NEW
Font size
Worksheets2021 TRIAL SEJARAH K1 KEDAH
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Senarai berikut merupakan wilayah pengaruh dalam salah satu kerajaan Alam Melayu.
- Segenting Kra
- Sungai Mekong
Apakah kerajaan yang dikaitkan dengan wilayah tersebut?
Angkor
Funan
Majapahit
Siam
Pemantapan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka dilakukan melalui sistem
Pentadbiran wilayah
Pentadbiran berpusat
Raja Berpelembagaan
Pembesar Empat Lipatan
Pernyataan berikut berkaitan dengan nasionalisme.
Siapakah tokoh yang memberikan tafsiran di atas?
Dato' Onn Jaafar
Dr. R. Suntharalingam
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Tan Sri Dr Khoo Khay Kim
Parti Rakyat yang ditubuhkan pada tahun 1932 telah melancarkan Revolusi Thai.
Apakah kesan revolusi tersebut?
Dasar tutup pintu dilaksanakan
Pemerintahan republik dilaksanakan
Sistem raja berkuasa mutlak ditamatkan
Kuasa pembesar tempatan diperkukuhkan
Maklumat berikut berkaitan dengan perjanjian selepas Perang Dunia Pertama.
Mengapakah Liga Bangsa-Bangsa menemui kegagalan?
Gagal tangani krisis pencerobohan
Kurangnya sumber kewangan
Bilangan ahli yang sedikit
Kelemahan kepimpinan
Maklumat berikut berkaitan dengan kemunculan nasionalisme berfahaman melampau di Eropah
ADOLF HITLER == JERMAN
Bagaimanakah tokoh tersebut mengembalikan maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?
Memulihkan sistem monarki
Membina angkatan tentera
Membangunkan industri baru
Mengadakan pilihan raya
British Military Administration (BMA) di Tanah Melayu bermula pada 12 September 1945 setelah Jepun menyerah kalah.
Mengapakah British memperkenalkan sistem pemerintahan tersebut?
Menentang musuh British
Menentang kekejaman Jepun
Memulihkan kegiatan ekonomi
Memulihkan kepercayaan rakyat
Kerajaan British mengisytiharkan Malayan Union pada 1 April 1946.
Mengapakah Raja-Raja Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union tersebut?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah maksud Persekutuan?
Kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi
Kerajaan yang mempunyai Raja Berpelembagaan
Gabungan beberapa buah negeri di bawah pemerintahan raja
Gabungan beberapa buah negeri di bawah satu unit pentadbiran
Apakah matlamat Piagam Atlantik yang digubal oleh Britain dan Amerika Syarikat pada bulan Ogos 1941?
Menggubal undang-undang
Meluluskan undang-undang
Menghalang perluasan wilayah
Memantapkan ekonomi negara
Menjelang tahun 1924, cawangan Parti Kuomintang (KMT ditubuhkan pada hampir setiap bandar di negeri Melayu.
Apakah tujuan penubuhan KMT?
Menyebarkan pengaruh liberal
Menyebarkan pengaruh komunis
Menyebarkan pengaruh kapitalis
Menyebarkan pengaruh nasionalis
Maklumat berikut berkaitan usaha menangani ancaman komunis.
- Dalam bahasa Semai dikenali sebagai Urang Perang
- Mereka lebih dikenali sebagai "The Silent Killers"
Apakah nama pasukan keselamatan di atas yang ditubuhkan oleh British?
Auxiliary Police
Home Guard
Sarawak Ranger
Senoi Praaq
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) berperanan untuk menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian kaum.
Antara isu tersebut ialah
kedudukan sekolah vernakular Cina dan Tamil
kedudukan ekonomi kaum pendatang
kedudukan hak istimewa orang Melayu
kedudukan jawatan Perdana Menteri
Tokoh yang berikut memberi sumbangan kepada negara sebelum merdeka.
* Dato' Onn Jaafar
* H.S.Lee
* Dr. Ismail Abdul Rahman
Apakah sumbangan tokoh tersebut?
Menganggotai Suruhanjaya Reid
Menganggotai Sistem Ahli
Menubuhkan Parti Perikatan
Menjadi presiden parti politik
Apakah pilihan raya terawal di negara kita?
Pilihan raya Majlis Perbandaran Johor Bahru
Pilihanraya Majlis Perbandaran George Town
Pilihanraya Majlis Perbandaran Kota Bharu
Pilihanraya Majlis Perbandaran Ipoh
Apakah tugas Jawatankuasa Pilihan Raya yang dibentuk pada 1 Februari 1954?
Mengira undi
Menjalankan pilihan raya
Mengumumkan keputusan
Mengkaji hal ehwal pilihan raya
Jadual di bawah berkaitan dengan rundingan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Antara perkara yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak ialah
I kerjasama bidang pertahanan
II pengekalan sistem demokrasi
III hak kerakyatan orang dagang
IV pengenalan Menteri Kewangan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar menunjukkan Tunku Abdul Rahman diarak ke Padang Banda Hilir, Melaka.
Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada rakyat negara ini?
Kempen pilihan raya umum
Pelantikan Perdana Menteri
Pengisytiharan tarikh kemerdekaan
Kunjungan pemimpin tertinggi negara
Setelah mencapai kemerdekaan, kuasa menggubal undang-undang peringkat Persekutuan terletak di bawah
Parlimen
Dewan Undangan Negeri
Mahkamah Persekutuan
Majlis Perundangan Persekutuan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) ditubuhkan untuk
memajukan kawasan penanaman padi negara
menyediakan kawasan perindustrian baharu negara
memajukan kawasan perlombongan bijih timah negara
memajukan tanah baharu secara besar-besaran bagi pertanian
Kedaulatan ditakrif sebagai
kekuasaan pemerintahan yang adil
kekuasaan tunggal dalam sesebuah negara
kekuasaan yang dicapai oleh pemimpin tempatan
kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara
Bagaimanakah rakyat dapat mengukuhkan pertahanan negara?
Menyambut hari kemerdekaan
Merayakan Hari Malaysia
Menganggotai pasukan keselamatan
Menganggotai pertubuhan antarabangsa
Pada tahun 1965, Tunku Abdul Rahman telah membawa usul pindaan perlembagaan di Parlimen. Apakah perkara yang berkaitan dengan pindaan tersebut?
Pemansuhan perkara berkaitan Singapura
Pelantikan Perdana Menteri Malaysia
Penyelarasan bidang kuasa antara kerajaan
Penyertaan Sarawak dan Sabah dalam Malaysia
Maklumat berikut berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang British di Negeri-negeri Selat
* Charter of Justice I-1807
* Charter of Justice II-1826
* Charter of Justice III-1885
Apakah kesan pelaksanaan undang-undang tersebut?
Penduduk asal dilindungi
Pelaburan asing digalakkan
Pentadbiran negeri disatukan
Pembesar tempatan dimansuhkan
Rajah berikut berkaitan dengan sistem pentadbiran Malaysia.
P merujuk kepada peranan
Dewan Negara
Dewan Rakyat
Perdana Menteri
Yang di-Pertuan Agong
Apakah tugas utama Jemaah Menteri?
Menggubal dasar negara
Menjamin keadilan sosial
Melaksanakan undang-undang
Melindungi hak istimewa bumiputera
Dalam sistem pentadbiran kerajaan Malaysia berlaku pemisahan kuasa antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?
Mengapakah pemisahan kuasa tersebut berlaku?
Menjamin keselamatan negara
Desakan daripada kerajaan-kerajaan negeri
Mengelakkan permasalahan dalam pentadbiran
Ekonomi negara akan berkembang maju
Antara yang berikut, perkara manakah yang terkandung dalam Senarai Negeri?
I Undang-Undang Islam
II Pertanian dan perhutanan
III Pendidikan
IV Pertahanan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rancangan pembentukan Malaysia disokong oleh pihak British kerana menyesuaikannya dengan rancangan dekolonisasi?
Apakah maksud dekolonisasi?
Menamatkan darurat
Kuasa autonomi negeri
Proses berkerajaan sendiri
Menamatkan pemerintahan beraja
Tun Abdul Razak Hussein menandatangani perjanjian Persetujuan Normalisasi Hubungan Indonesia-Malaysia di Jakarta pada 11 Ogos 1966.
Apakah kesannya kepada Malaysia?
Hari Malaysia diisytiharkan
Hubungan diplomatik terputus
Konflik bersenjata tercetus
Tamatnya dasar konfrontasi
Negara kita menghadapi pelbagai cabaran selepas pembentukan Malaysia. Antara berikut, yang manakah cabaran dalaman?
I. Krisis perlembagaan
II Sosioekonomi
III Campurtangan kuasa luar
IV Tentangan Indonesia dan Filipina
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah Tunku Abdul Rahman berpendapat pemisahan Singapura merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan?
Desakan pemimpin UMNO
Mengelakkan rusuhan kaum
Menyekat kemajuan Singapura
Kedegilan pemimpin Singapura
Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk memperkasakan perpaduan dan integrasi nasional dalam bidang politik?
MEmajukan bidang perindustrian dan perdagangan
Memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional
Menggalakkan pengamalan kebudayaan kebangsaan
Menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara
Antara berikut, yang manakah cadangan-cadangan tambahan Laporan Rahman Talib kepada Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956?
I Mewajibkan mata pelajaran Tatarakyat
II Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah
III Penekanan terhadap aktiviti kokurikulum
IV Sistem persekolahan aneka jurusan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Rancangan Buku Hijau peringkat kebangsaan telah dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974.
Apakah matlamat rancangan tersebut?
Memastikan industri desa terus berkembang
Membuka tanah baru untuk tanaman eksport
Membantu meningkatkan pendapatan kerajaan
Memastikan pengeluaran bahan makanan mencukupi
Maklumat berikut berkaitan industri kereta buatan Malaysia
* PROTON (1983)
* PERODUA (1993)
Mengapakah kerajaan menggalakkan industri tersebut?
Membawa masuk pekerja asing
Membuka peluang pekerjaan
Meningkatkan harga kereta import
Menggantikan sektor pertanian
Antara berikut, yang manakah faktor penggubalan dasar luar Malaysia?
I Kepimpinan
II Persekitaran luar
III Pengaruh kuasa besar
IV Desakan antarabangsa
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar adalah berkaitan dengan logo sebuah pertubuhan antarabangsa yang dianggotai Malaysia.
Apakah nama pertubuhan tersebut?
NAM
PBB
OIC
Komanwel
Bagaimanakah Malaysia menangani masalah penyalahgunaan dadah di peringkat antarabangsa?
Menganjurkan persidangan dadah antarabangsa
Meningkatkan cukai barangan berkaitan kokain
Menguatkuasakan undang-undang antarabangsa
Menghadkan import ubat mengandungi dadah
Negara-negara kuasa ekonomi dunia melindungi perdagangan mereka melalui
meningkatkan kemasukan pelabur
mengenakan tarif cukai yang tinggi
mempelbagaikan produk pengeluaran
menghentikan kemasukan barangan import
