wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Skor Paper 1 (1)

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Masyarakat Barat mengaitkan tamadun dengan pencapaian lahiriah. Apakah unsur-unsur lahiriah yang dipentingkan?

a)

Penulisan undang-undang

b)

Kesopanan dan tatasusila

c)

Kepercayaan dan agama

d)

Pembangunan insan

2.

Kod Undang-undang Hammurabi telah menjadi dasar perundangan dalam tamadun Mesopotamia.

Apakah kepentingan perundangan tersebut kepada masyarakat Mesopotamia?

a)

Melicinkan urusan pentadbiran

b)

Mengawal kegiatan perdagangan

c)

Mengurangkan kuasa golongan bangsawan

d)

Mengukuhkan struktur organisasi masyarakat

3.

Mengapakah sistem pentadbiran Rom diketuai oleh dua orang konsul?

a)

Menjimatkan kos pentadbiran

b)

Mengimbangi kuasa pemerintahan

c)

Mengelakkan pemberontakan rakyat

d)

Mengamalkan sistem pentadbiran demokrasi

4.

Sukan Olimpik telah diperkenalkan pada zaman Yunani, iaitu pada tahun 776 S.M.

Apakah tujuan Sukan Olimpik diadakan?

a)

Mengukuhkan hubungan antara negara kota

b)

Menentukan kekuatan negara kota

c)

Memperingati Dewi Athena

d)

Menghormati Tuhan Zeus

5.

Bagaimanakah Raja Indravarma I berjaya menjadikan kerajaan Angkor sebuah kerajaan yang kuat?

a)

Membina sistem pengairan

b)

Memantapkan sistem pentadbiran

c)

Menyediakan kemudahan pelabuhan

d)

Meluaskan wilayah takluk

6.

Gambar 1 menunjukkan monumen penting di Asia Tenggara. Mengapakah monumen tersebut dibina?

a)

Pusat pentadbiran

b)

Pusat perdagangan

c)

Benteng pertahanan

d)

Lambang orde kosmos

7.

Rajah 1 ialah garis masa yang menunjukkan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW.

Apakah X?

a)

Dakwah Islamiah secara terbuka

b)

Memerima wahyu pertama

c)

Berhijrah ke Madinah

d)

Pengisytiharan sebagai Rasulullah

8.

Mengapakah Nabi Muhammad SAW tidak turut berhijrah ke Habsyah?

i Memberi tumpuan kepada penyebaran Islam di Makkah

ii Pemulauan oleh penduduk Habsyah terhadap keluarga Nabi

iii Nabi tidak mendapat jemputan daripada penduduk Habsyah

iv Menjaga keselamatan umat Islam yang tidak berhijrah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Apakah keistimewaan piagam tersebut?

a)

Menerima wahyu Allah

b)

Menamatkan perang saudara

c)

Merintis pembukaan kota Makkah

d)

Menjadikan panduan untuk khalifah

10.

Mengapakah Nabi Muhammad SAW menerima syarat Perjanjian Hudaibiyah walaupun kandungannya lebih memihak kepada Quraisy Makkah?

a)

Usaha untuk menawan orang Quraisy

b)

Cara untuk mengelakkan peperangan

c)

Taktik untuk menyerang Makkah

d)

Strategi untuk menyebarkan Islam

11.

Apakah tujuan Khalifah Ali meminta Gabenor al-Aystar mengikat perjanjian dengan golongan zimmi?

a)

Membina sistem pengairan

b)

Mengenakan kutipan jizyah

c)

Memantapkan sistem pentadbiran

d)

Melatih orang tempatan sebagai tentera

12.

Kerajaan Bani Umaiyah telah berjaya menjalankan penyelidikan bagi memajukan bidang pertanian. Apakah kemajuan tersebut?

a)

Menebus guna tanah

b)

Mencipta peralatan moden

c)

Menggunakan baja asli

d)

Menghasilkan benih berkualiti

13.

Gambar 2 ialah Masjid Agung Demak di Jawa.

Apakah kepentingan masjid tersebut kepada kerajaan Islam Demak?

a)

Menterjemah kitab al-Dur al-Manzum

b)

Menempatkan 22 orang ulama

c)

Menjadi markas dakwah Islamiah

d)

Menyebarkan pengaruh kesusasteraan rakyat

14.

Pantun berikut menggambarkan amalan hidup masyarakat Asia Tenggara selepas kedatangan Islam.


Pergi mendaki Gunung Daik,

Hendak menjerat kancil dan rusa,

Bergotong-royong amalan yang baik,

Elok diamalkan setiap masa.


Apakah nilai yang diterapkan daripada amalan tersebut?

a)

Bekerjasama

b)

Integriti

c)

Amanah

d)

Kecekapan

15.

Rajah 2 merujuk kepada sisem pentadbiran kerajaan Melayu.


Pentadbiran pusat ---> Pentadbiran X ---> Pentadbiran kampung


Apakah X?

a)

Kawasan

b)

Wilayah

c)

Daerah

d)

Jajahan

16.

Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan terdiri daripada 12 suku.

Mengapakah ahli setiap suku tidak dibenarkan berkahwin dengan suku yang sama?

a)

Menjamin hak perwarisan harta

b)

Mengelakkab fahaman Assabiah

c)

Memelihara persefahaman dan keharmonian

d)

Menganggap suku sebuah keluarga yang besar

17.

Apakah faktor yang mendorong kemunculan golongan baron di Eropah pada Zaman Gelap?

a)

Kemusnahan kuasa pusat

b)

Kemunculan petani kecil

c)

Kemerosotan perdagangan

d)

Keperluan bahan mentah

18.

Maklumat berikut berkaitan dengan Revolusi Pertanian di Eropah.


> Sebelum tahun 1761, tuan tanah di Britain menghadapi masalah untuk mengusahakan pertanian secara besar-besaran.<


Apakah masalah tersebut?

a)

Ketiadaan modal

b)

Kekurangan kemahiran

c)

Kesukaran mendapatkan buruh

d)

Kelemahan sistem pemilikan tanah

19.

Andaikan anda terlibat dengan kegiatan ekonomi sara diri Tanah Melayu pada awal abad ke 18. Bagaimanakah anda menggunakan lebihan pengeluaran yang berlaku?

a)

Keperluan pasaran tempatan

b)

Keperluan pasaran luar

c)

Sumber pembayaran zakat

d)

Sumber pembayaran ufti

20.

Rajah 3 menunjukkan perubahan yang berlaku dalam sistem pemilikan tanah di Tanah Melayu selepas kedatangan British.


Sebelum British (Pembesar) ---> Selepas British ( X)

Apakah X?

a)

Sultan

b)

Residen

c)

Komprador

d)

Kapitalis

21.

Dialog berikut diucapkan oleh rakyat Indonesia pada awal abad ke-19 akibat tidak berpuas hati dengan tindakan Belanda. 

Rakyat 1 : Menyesal aku hantar anak melanjutkan pelajaran.

Rakyat 2 : Betullah.. belajar tinggi pun, tidak berpeluang bekerja dalam sektor kerajaan.

Mengapakah rakyat Indonesia bersikap sedemikian?

a)

Pelaksaan Sistem Polo

b)

Pelaksaan Sistem birokrasi Barat

c)

Pelaksanaan Sistem Tanaman Paksa

d)

Pelaksanaan sistem pendidikan Barat

22.

Tahun 1906 >> Persatuan Belia Buddha


Apakah isu yang digunakan oleh persatuan tersebut untuk membangkitkan semangat nasionalisme?

a)

Isu kaum

b)

Isu Kasut

c)

Isu Kerakyatan

d)

Isu kedaulatan

23.

Rajah 4 menerangkan perubahan sikap Dato' Syahbandar di Sungai Ujong.


21 April 1874

Enggan menandatangani perjanjian dengan British


10 November 1874

Menandatangani perjanjian dengan British


Apakah yang menyebabkan perubahan tersebut?

a)

Gagal menguasai Sungai Ujong

b)

Gagal menyelesaikan isu tanah

c)

Gagal menawan Bukit Putus

d)

Gagal menawan Balai Polis

24.

Bagaimanakah pertubuhan berikut menentang pihak Jepun di Tanah Melayu?


  • Force 136
  • Parti Komunis Malaya
a)

Menjalankan perang gerila

b)

Menubuhkan tentera semut

c)

Melaksanakan perang saraf

d)

Menyebarkan propaganda

25.

Maklumat berikut merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Kerajaan Melayu.

  • Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
  • Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911

Apakah kepentingan undang-undang tubuh tersebut?

a)

Menghalang pengaruh komunis

b)

Mengeratkan kerjasama rakyat

c)

Memantapkan sistem pentadbiran

d)

mengekalkan raja berkuasa mutlak

26.

Pembinaan negara dan bangsa di Jerman dan Madinah.


Negara >>>>>>>> Amalan

Jerman >>>>>>>>>>X

Madinah >>>>>>>>>> Musyawarah

Apakah X?

a)

Syura

b)

Monarki

c)

Realpolitik

d)

Autokratik

27.

Mengapakah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 memberi manfaat kepada orang Melayu?

a)

Melindungi kedudukan istimewa

b)

Memelihara ekonomi

c)

Menguasai pentadbiran

d)

Memberi kebebasan berpolitik

28.

Gambar 3 menunjukkan demonstrasi antipenyerahan Sarawak oleh orang Melayu Sarawak pada tahun 1949.

Apakah tindakan British untuk menyekat penentangan tersebut?

a)

Mengarahkan kakitangan kerajaan melatakkan jawatan

b)

Mengharamkan persatuan dan pertubuhan

c)

Mengeluarkan Surat Pekeliling Bil.9

d)

Menghantar surat bantahan ke London

29.

Antara yang berikut, yang manakah ciri-ciri Sistem Ahli?


i Kabinet bayangan

ii Sembilan orang anggota

iii Dipilih melalui pilihan raya

iv Menggubal perlembagaan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

30.

Jadual 3 berkaitan dengan keputusan pilihan raya yang disertai oleh Parti Perikatan.

Apakah rumusan daripada keputusan pilihan raya tersebut?

a)

Pemilihan secara mutlak

b)

Penglibatan golongan raja

c)

Permuafakan kaum

d)

Pembahagian kuasa

31.

Apakah persamaan tokoh-tokoh berikut?

  • Lord Brassey
  • Malcolm MacDonald
  • Dato' Onn Jaafar
a)

Menggubal Perlembagaan Tanah Melayu

b)

Mencadangkan pembentukan Malaysia

c)

Menentang penubuhan Malayan Union

d)

Mengesyorkan pengasasan MAPHILINDO

32.

Antara yang berikut, manakah merupakan hak autonomi yang diberikan kepadaan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak menurut Perlembagaan Malaysia?

i Kewangan

ii Imigresen

iii Perkhidmatan awam

iv Hal ehwal luar negara

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

33.

Apakah tindakan yang membolehkan kerakyatan seseorang dilucutkan berdasarkan perkara 24 Perlembagaan Malaysia?

a)

Tidak mengamalkan Rukun Negara

b)

Tidak memartabatkan bahasa Melayu

c)

Mempunyai kerakyatan negara lain

d)

Melanggar undang-undang adat

34.

Maklumat berikut menerangkan tentang Badan Perundangan di Malaysia.


X


  • Merupakan dewan terpenting
  • Ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya
  • Mengandungi 22 ahli

Apakah X?

a)

Dewan Negara

b)

Dewan Rakyat

c)

Dewan Keadilan

d)

Dewan Undangan Negeri

35.

Semua hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri.

Mengapakah hakim tidak dibenarkanmengambil bahagian dalam politik.?

a)

perlindungan keselamatan

b)

halangan jangka masa bertugas

c)

pertindihan bidang kuasa yang ada

d)

jaminan kesaksamaan undang-undang

36.

Deklarasi Kuala Lumpur 1971 telah mengisytiharkan rantau Asia Tenggara sebagai zon Aman, Mengapakah pengisytiharan tersebut penting kepada Asia Tenggara?

a)

Mengukuhkan pemerintahan demokrasi

b)

Menjamin pertubuhan ekonomi

c)

Memelihara kesejahteraan rakyat

d)

mengekalkan kestabilan politik

37.

Dasar Kependudukandilancarkan pada 29 Mac 1984 bermatlamat mencapai sasaran 70 juta penduduk menjelang 2100.

Apakah kesan positik pelaksaan dasar tersebut?

i menggalakkan perpaduan

ii memajukan pendidikan

iii memenuhi bekalan tenaga kerja

iv meningkatkan produktiviti

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

38.

Pernyataan berikut berkaitab dengan cabaran kesembilan wawasan 2020.

> Memupuk dan membina masyarakat makmur<


Bagaimanakah cabaran tersebut dapat diatasi?

a)

Memastikan rakyat beretika

b)

memantapkan jati diri rakyat

c)

mempunyai taraf hidup yang tinggi

d)

melahirkan rakyat yang berjiwa bebas

39.

Senarai berikut berkaitan dengan penyertaan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa.

  • Komanwel
  • Negara-Negara Selatan
  • Penubuhan Persidangan islam

Apakah tujuan menyertai pertubuhan tersebut?

a)

Menjamin keselamatan

b)

menguasai ekonomi dunia

c)

mengadakan pakatan ketenteraan

d)

memantapkan struktur pentadbiran

40.

Malaysia memberi sumbangan penting dalam Pertubuhan bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung keamana dunia.

Apakah sumbangan tersebut?

i menentang dasar apartied

ii menghantar pasukan pemerhati

iii membebaskan negara yang dijajah

iv memberi bantuan kewangan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv