NEW
Font size
WorksheetsTRIAL SEJARAH K1 SANDAKAN 2018
Total questions: 40
Worksheet time: 1hrs 20mins
Bagaimanakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut pandangan cendekiawan Islam?
Kebebasan mengamalkan sebarang agama
Kemajuan pesat dalam bidang ekonomi
Kesejahteraan semua lapisan rakyat
Ketinggian tatasusila masyarakat
Gambar 1 berkaitan dengan tamadun awal di China.
Apakah yang berkaitan dengan tulang tersebut?
Pengenalan sistem tulisan
Peningkatan status masyarakat
Pengenalan sistem perundangan
Peralatan untuk berperang
Gambar 1 berkaitan dengan simbol Yin dan Yang.
Apakah maksud simbol tersebut?
Mandat dari syurga
Pemujaan roh nenek moyang
Unsur alam yang saling melengkapi
Ramalan peristiwa yang akan berlaku
Bandar berikut wujud pada zaman tamadun Indus.
Anga Kalinga Karusa
Apakah persamaan bandar tersebut?
Pusat penterjemahan
Pusat ketenteraan
Pusat pertanian
Pusat perdagangan
Gambar 1 menunjukkan sebahagian daripada Tembok Besar China.
Mengapakah tembok tersebut dibina?
Menandakan sempadan negeri
Menjamin keselamatan wilayah
Menjadi benteng penghalang banjir
Melambangkan keagungan kerajaan
Stresthin merupakan sebuah pertubuhan perdagangan di India. Antara matlamat pertubuhannya ialah
Menjamin kesetiaan pekerja
Mengawal kadar gaji pekerja
Mempertahankan hak majikan
Memperjuangkan had masa bekerja
Gambar 1 ialah Gunung Jerai di Kedah. Apakah kepentingan gunung tersebut kepada kemajuan kerajaan Kedah Tua?
Simbol penguasaan alam semesta
Lambang kekuatan pemerintah
Benteng pertahanan negeri
Memudahkan kedatangan pedagang
Gambar berikut menunjukkan candi
Angkor Wat di Kemboja.
Mengapakah kerajaan Angkor membina candi tersebut?
Sebagai pusat kegiatan perdagangan
Menjadi pusat pentadbiran
Lambang penguasaan alam semesta
Memperkukuhkan sistem pertahanan Negara
Mengapakah Nabi Muhammad SAW digelar sebagai al-Amin?
Keturunan baginda dihormati
Memiliki kebijaksanaan
Berpengalaman luas
Sentiasa dipercayai
Mengapakah orang Arab Quraisy
Makkah menentang ajaran Islam?
I Perbezaan kepercayaan
II Prinsip perjuangan berbeza
III Terpengaruh dengan Bani Qainuqa’
IV Tanggapan salah terhadap tugas Nabi Muhammad SAW
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
630 Masihi
Nabi Muhammad SAW membuka semula kota Makkah.
Apakah kepentingan peristiwa di atas terhadap kerajaan Islam Madinah?
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Penerusan sistem kabilah
Memperkukuh negara
Pertambahan penduduk
Antara berikut keadaan yang manakah
membenarkan perang dalam Islam?
I Meluaskan wilayah
II Mempertahankan diri
III Menjaga harta benda
IV Menguasai ekonomi
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Bagaimanakah Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya mengatasi ancaman kuasa Rom dan Parsi?
Menghantar ekspedisi perang
Mengutus utusan damai
Mendapatkan bantuan luar
Memperkuat angkatan laut
Pada zaman pemerintahan khulafa al- Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura.
Apakah kebaikan sistem tersebut?
Menjamin kesinambungan pemerintahan
Meneruskan tradisi masyarakat Arab
Mendapat sokongan orang bukan Arab
Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan
Apakah yang berkaitan dengan tokoh dalam senarai berikut?
John Crawford
Snouck Hurgronje
Emanuel Gadinho Eredia
Melaksanakan pentadbiran Barat
Memperkenalkan ilmu matematik
Menterjemahkan karya falsafah Arab
Membincangkan teori kedatangan Islam
Sultan Iskandar Musa Mahkota Alam telah menubuhkan institusi baitulmal di Acheh. Apakah fungsi institusi tersebut?
Menjaga perbendaharaan negara
Menguruskan adat istiadat istana
Menyeragamkan sistem pentadbiran
Mengawal pelaksanaan undang- undang
Antara yang berikut, yang manakah
terkandung dalam Hukum Kanun
Melaka?
I Kesalahan jenayah
II Tatacara peperangan
III Hubungan diplomatik
IV Bidang tugas pemerintah
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Peta 2 menunjukkan jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka.
Apakah faktor yang membolehkan Melaka meluaskan jajahan takluk?
Bantuan tentera asing
Kepadatan penduduk
Kekayaan hasil bumi
Pengaruh agama Islam
Apakah tujuan penjelajahan orang Eropah ke Asia pada abad ke-16?
Mengaut keuntungan
Memperoleh hamba abdi
Menyebarkan ilmu pengetahuan
Memperkenalkan sistem pemerintahan
Sistem feudal yang diamalkan pada awal Zaman Pertengahan di Eropah mempunyai persamaan dengan sistem feudal yang diamalkan dalam masyarakat Melayu tradisional.
Apakah persamaan tersebut?
Golongan agama menerajui pentadbiran
Petani berpeluang meningkatkan status sosial
Rakyat berhak memilih pemerintah
Raja pemilik tanah secara mutlak
Mengapakah British membawa masuk buruh dari India dan China ke Tanah Melayu pada ke-19?
Mengimbangi komposisi kaum
Menambah bilangan penduduk
Melicinkan pentadbiran kerajaan
Memaksimumkan keuntungan
Apakah sumbangan Henry N. Ridley terhadap perusahaan getah?
Memberi subsidi baja
Membawa masuk imigran luar
Mengagih benih secara percuma
Memajak tanah peribumi untuk penanaman
Antara yang berikut, yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?
Perang Rusia-Jepun
Perang Dingin di Eropah
Perjuangan golongan Luddite
Perjuangan Parti Komunis Malaya
Penjajah Sepanyol memperkenalkan Sistem Encomienda di Filipina. Mengapakah penduduk Filipina tidak berpuas hati terhadap sistem tersebut?
Ekonomi sara diri terjejas
Cukai yang membebankan
Perusahaan tradisional terancam
Perdagangan tukar barang terganggu
Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berbanding dengan Negeri-Negeri Selat?
Kekurangan sumber modal
Penolakan ideologi Kaum Muda
Penguatkuasaan undang-undang
Ketiadaan pemimpin berkebolehan
Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British.
Mengapakah penentangan tersebut dilakukan?
Pengenalan pendidikan sekular
Pengenalan peraturan tanah
Perlucutan jawatan pembesar
Pembunuhan penduduk tempatan
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 mempunyai ciri asas bagi pembinaan negara dan bangsa. Apakah buktinya?
Pemerintahan raja berkuasa mutlak
Perlembagaan bertulis yang lengkap
Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum
Persamaan dengan hukum Kanun Melaka
Bagaimanakah pengaruh kekuasaan seseorang raja kerajaan Melayu tradisional ditentukan?
Kesetiaan rakyat
Kegiatan ekonomi
Konsep ketuhanan
Kekayaan hasil bumi
Malayan Union memperkenalkan prinsip kerakyatan jus soli. Mengapakah orang Melayu menentang kerakyatan tersebut?
Menggugat kedudukan raja
Memusnahkan status quo
Pembentukan pelbagai budaya
Penghapusan ekonomi tradisional
Apakah gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkandung dalam piagam di atas?
Dasar liberalisasi
Amalan realpolitik
Dasar dekolonisasi
Amalan monarki
Apakah kebaikan Sistem Ahli kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu?
Mendapat peluang mentadbir kerajaan
Mengekalkan pentadbiran tradisional
Mendapat pengiktirafan kuasa besar
Menjimatkan kewangan kerajaan
Gambar 3 berkaitan Rundingan London yang diadakan pada tahun 1956 .
Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut?
Pembentukan Jawatankuasa Antara Kaum
Kelonggaran syarat mendapatkan kerakyatan
Penubuhan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan
Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia?
Memujuk Singapura menyerti persekutuan
Menggalakkan penubuhan Parti Perikatan
Melaksanakan sistem Birokrasi Barat
Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak
Idea Pembentukan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke-19. Mengapakah idea tersebut dipersetujui British
Mengurangkan kuasa Raja-Raja
Penyatuan pentadbiran tanah jajahan
Menghapuskan pengaruh komunis
Mengehadkan kemasukan imigran
Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak memastikan pilihanraya yang diadakan di Malaysia adil dan telus?
Menyediakan jadual awal berkempen bagi calon
Menetapkan manifesto parti politik yang bertanding
Membenarkan pengundi berdaftar sahaja layak mengundi
Melarang pemerhati dari luar negara memantau pengundian
Apakah maksud lambang bulan sabit berwarna kuning dalam Jata Negara kita?
Kedaulatan raja
Islam agama rasmi
Perpaduan kaum
Hak istimewa Melayu
Rancangan Malaysia Pertama dilaksanakan pada tahun 1956-1960. Apakah matlamat rancangan tersebut?
Membangunkan kawasan luar bandar
Menyusun semula sistem pendidikan
Memajukan sektor perindustrian berat
Memperkukuhkan sistem pertahanan Negara
Bagaimanakah matlamat Rancangan Malaya Pertama untuk membangunkan kawasan luar bandar dapat dicapai?
I Menyatupadukan penduduk
II Membuka kawasan pertanian baru
III Menyediakan kemudahan pinjaman
IV Menamatkan kutipan cukai pertanian
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Gambar berikut menunjukkan penderitaan yang dialami rakyat Palestin akibat kekejaman tentera Israel.
Bagaimanakah Malaysia membantu untuk mengurangkan penderitaan tersebut?
Menghantar bantuan ketenteraan
Menganjurkan persidangan antarabangsa
Meningkatkan kerjasama kebudayaan
Menambahkan pelaburan pelbagai sektor
Apakah matlamat penubuhan Liga Bangsa 1919?
Memupuk keamanan dunia
Mengeratkan hubungan perdagangan
Menggalakkan kerjasama pendidikan
Meningkatkan kerjasama kebudayaan
