wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL SEJARAH K1 JOHOR (MUAR) 2019

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Dalam karyanya Muqaddimah, Ibn Khaldun menekankan ciri kehidupan bandar yang bertamadun.


Apakah ciri kehidupan tersebut ?

a)

Ketinggian moral

b)

Kemajuan ekonomi

c)

Kesejahteraan hidup

d)

Kebebasan beragama

2.

Masyarakat Indus telah menjalankan hubungan perdagangan dengan masyarakat Mesopotamia.


Apakah bukti arkeologi yang menyokong pernyataan di atas?

a)

Gendang gangsa

b)

Tembikar tanah

c)

Batu Bersurat

d)

Cap mohor

3.

Mengapakah negara kota Athens dan Corinth memberi tumpuan kepada aktiviti perdagangan?

a)

Ketidaksesuaian tanah untuk pertanian

b)

Kekurangan punca air untuk sumber pengairan

c)

Perkembangan dalam bidang pembuatan kapal

d)

Ramai tenaga mahir dalam bidang perdagangan

4.

Mengapakah dua orang konsul dilantik mengetuai pentadbiran dalam sistem republik Rom?

a)

Menyekat pengaruh gereja

b)

Mengimbangi kuasa pemerintah

c)

Memperkukuh kedudukan pemerintah

d)

Mengelakkan penjajahan kuasa asing

5.

Dalam kerajaan awal Asia Tenggara, rakyat biasa takut untuk menderhaka kepada raja.


Mengapakah mereka bersikap demikian?

a)

Raja menguasai empayar

b)

Raja menjadi ketua pendeta

c)

Raja adalah bayangan tuhan

d)

Raja memiliki kekuatan tentera

6.

Gambar berikut menunjukkan candi Angkor Wat di Kemboja.


Mengapakah kerajaan Angkor membina candi tersebut ?

a)

Menjadi pusat pentadbiran

b)

Sebagai pusat kegiatan perdagangan

c)

Lambang penguasaan alam semesta

d)

Memperkukuhkan sistem pertahanan negara

7.

Setelah menerima wahyu yang kedua Nabi Muhammad SAW mula merancang untuk menyebarkan Islam.


Apakah strategi yang digunakan oleh baginda untuk menyebarkan ajaran Islam?

a)

Memperbaiki sistem pentadbiran

b)

Membetulkan akidah masyarakat

c)

Meningkatkan ekonomi ummah

d)

Memperkasa sistem kabilah

8.

Dialog di atas mungkin berlaku di antara pemimpin Quraisy di Makkah.


Apakah kesannya terhadap Nabi Muhammad SAW?

a)

Penyebaran Islam tersekat

b)

Perjanjian damai tersekat

c)

Penghijrahan baginda ke Habsyah

d)

Pemulauan terhadap keluarga baginda

9.

Apakah kepentingan Piagam Madinah yang dirangka oleh Nabi Muhammad SAW pada tahun 622 Masihi?

a)

Melindungi tradisi masyarakat Arab

b)

Menamatkan permusuhan dengan raja

c)

Memberi panduan pemerintahan negara

d)

Menyediakan strategi menghadapi ancaman Quraisy Makkah

10.

Selepas dua tahun Perjanjian Hudaibiah dimeterai, orang Quraisy Makkah mencabuli perjanjian tersebut dengan menyokong Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.


Apakah kesan daripada pencabulan tersebut ?

a)

Penyebaran Islam tergendala

b)

Pembukaan semula kota Makkah

c)

Penduduk Madinah semakin terancam

d)

Penghijrahan Nabi Muhammad SAW terhalang

11.

Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura.


Apakah kebaikan sistem tersebut ?

a)

Meneruskan tradisi masyarakat Arab

b)

Mendapat sokongan orang bukan Islam

c)

Menjamin kesinambungan pemerintahan

d)

Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan

12.

Dasar sosial Islam yang diamalkan kerajaan Turki Uthmaniyah telah menarik minat orang Kristian di Eropah untuk memeluk Islam.


Apakah aspek yang ditekankan dalam dasar tersebut ?

a)

Jurai keturunan

b)

Warisan bangsa

c)

Pengumpulan kekayaan

d)

Kecemerlangan individu

13.

Tokoh berikut membincangkan tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.


Mengapakah mereka berpendapat perdagangan merupakan faktor penting kedatangan Islam ke Asia Tenggara?

a)

Pelabuhan menjadi tumpuan pedagang

b)

Penglibatan raja dalam perdagangan

c)

Syahbandar mengawal perdaganga

d)

Cukai perdagangan berpatutan

14.

Bagaimanakah pertapakan Islam di Brunei menyebabkan pengislaman wilayah di sekitarnya seperti Kepulauan Sulu dan Mindanao?

a)

Pendidikan dipergiat

b)

Perdagangan diperluas

c)

Kekuatan empayar dipertingkat

d)

Hubungan dengan China diperkukuh

15.

Jadual berikut menunjukkan gelaran yang digunakan di Tanah Melayu setelah kedatangan Islam.


Mengapakah gelaran tersebut digunakan?

a)

Mengekalkan warisan tradisi bangsa Melayu

b)

Melambangkan kekuatan pengaruh raja

c)

Mengesahkan kewibawaan pemerintah

d)

Memelihara penduduk tempatan

16.

Mengapakah institusi baitulmal diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka ?

a)

Menguruskan harta kerajaan

b)

Mengendalikan adat istiadat istana

c)

Menetapkan kadar cukai pedagang

d)

Menentukan bidang tugas pembesar

17.

Portugal dan Sepanyol bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan.

Bagaimanakah persaingan tersebut dapat diselesaikan?

a)

Membayar wang pampasan

b)

Mengadakan pungutan suara

c)

Penggunaan kekuatan tentera

d)

Penetapan sempadan pengaruh

18.

Apakah sumbangan Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian di Britain pada abad ke-18?


I Menyediakan sumber modal

II Menyediakan bahan makanan

III Menyediakan keperluan alat ganti

IV Menyediakan sistem pengangkutan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Apakah sumbangan Henry N. Ridley terhadap perusahaan getah ?

a)

Memberi subsidi baja

b)

Membawa masuk imigran luar

c)

Mengagih benih secara percuma

d)

Memajak tanah peribumi untuk penanaman

20.

Mengapakah sistem pendidikan pada zaman penjajah gagal menyatupadukan kaum di Tanah Melayu ?

a)

Penubuhan sekolah Inggeris

b)

Pengaruh golongan mubaligh

c)

Pengamalan asuhan keluarga

d)

Perkembangan sekolah vernakular

21.

Mengapakah negara berikut menjadi sasaran imperialisme Barat pada abad ke-19?

a)

Pasaran keluaran kilang Barat

b)

Kekayaan bahan mentah

c)

Pelabuhan perdagangan

d)

Tanah yang subur

22.

British telah memperkenalkan jawatan berikut di Tanah Melayu pada abad ke 19 dan awal abad ke 20 untuk menasihati sultan dalam pentadbiran.


Apakah jawatan tersebut?


I Residen

II Residen Jeneral

III Gabenor Jeneral

IV Penasihat British

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Mengapakah corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berubah daripada sederhana kepada radikal ?

a)

Sekatan pengaruh luar

b)

Perjuangan tidak berkesan

c)

Kekurangan sumber kewangan

d)

Sokongan pemerintah tempatan

24.

Peristiwa di atas berlaku di negeri Perak.

Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Pemecatan sultan Ismail

b)

Pengurangan kuasa sultan

c)

Pembunuhan J.W.W.Birch

d)

Pemansuhan jawatan Residen

25.

Apakah idea yang diketengahkan oleh Kaum Muda pada awal abad ke-20?

a)

Pemeliharaan tradisi bangsa

b)

Penubuhan syarikat kerjasama

c)

Pembentukan negara yang merdeka

d)

Penjanaan ajaran Islam untuk kemajuan

26.

Mengapakah negara bangsa yang wujud pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka sangat digeruni oleh kerajaan lain di Kepulauan Melayu?

a)

Kelengkapan tentera yang moden

b)

Pembentukan empayar yang luas

c)

Pembesar negeri yang berwibawa

d)

Kemewahan ekonomi yang dimiliki

27.

Senarai berikut adalah undang-undang tubuh kerajaan Melayu.


Mengapakah undang-undang tersebut digubal ?

a)

Mengekalkan kedaulatan negeri

b)

Membentuk pentadbiran demokratik

c)

Memperkukuhkan sistem pertahanan

d)

Meningkatkan kecekapan pemerintah

28.

Rajah di bawah berkaitan dengan asas kerakyatan Malayan Union pada tahun 1946.


Apakah kesan pelaksanaan asas kerakyatan tersebut?

a)

Perkembangan ekonomi luar bandar

b)

Pengukuhan kuasa pembesar tempatan

c)

Pengurangan jumlah penduduk pribumi

d)

Perpaduan dalam kalangan rakyat terjejas

29.

Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu ?

a)

Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

b)

Penyelarasan sistem pewarisan takhta

c)

Pelaksanaan sistem penasihat

d)

Penubuhan Majlis Raja-Raja

30.

Antara yang berikut, manakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?


I Melalui permohonan

II Kuat kuasa undang-undang

III Perkenan Raja-Raja Melayu

IV Kelulusan Dewan Undangan Negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

31.

Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan yang dilakukan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.


Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut

a)

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Penetapan syarat mendapatkan kerakyatan

c)

Pembentukan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

32.

Pada bulan September 1965, Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno di Indonesia.Apakah kesan tindakan tersebut terhadap Malaysia?

a)

Hubungan luar terhad

b)

Dasar konfrantasi tamat

c)

Kedaulatan negara tergugat

d)

Golongan radikal memberontak

33.

Rajah di bawah menunjukkan dua corak pemerintahan negara demokrasi


Negara DemokrasiDemokrasi Berparlimen dan Raja BerperlembagaanSistem Republik


Apakah persamaan sistem pemerintahan tersebut?

a)

Perdana Menteri berkuasa membubarkan parlimen

b)

Pentadbiran dijalankan oleh golongan pembesar

c)

Pilihan raya diadakan untuk memilih pemimpin

d)

Dewan Perhimpunan bersidang dua kali setahun

34.

Rajah berikut merujuk bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

Apakah X ?

a)

Pelajaran

b)

Perhutanan

c)

Hiburan awam

d)

Perancangan bandar

35.

Gambar di bawah menunjukkan Jata Negara, Negara kita, Malaysia.

Mengapakah jata tersebut penting kepada negara dan bangsa Malaysia?


I Memperkukuh perpaduan rakyat

II Melambangkan kemajuan ekonomi

III Mempertahan semangat kenegerian

IV Melahirkan rakyat bersemangat waja

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

36.

Dalam mencapai matlamat Dasar Pertanian Negara kerajaan memperkenalkan program pembangunan In Situ.

Bagaimanakah program ini dilaksanakan?

a)

Melahirkan golongan generasi muda yang berminat menyertai bidang pertanian

b)

Membawa masuk tenaga pakar luar negara untuk majukan pertanian

c)

Meningkatkan kelahiran golongan petani moden

d)

Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah

37.

X dalam rajah di atas merujuk kepada

a)

Jawatankuasa Kabinet

b)

Majlis Gerakan Negara

c)

Majlis Angkatan Tentera

d)

Jawatankuasa Antara Kerajaan

38.

Perang Dunia Kedua telah membawa kepada kemunculan blok dunia dan Perang Dingin.

Apakah maksud Perang Dingin?

a)

Perang antara kuasa lemah dengan kuasa besar

b)

Perang perdagangan untuk menguasai ekonomi dunia

c)

Perang yang berlaku sepanjang musim sejuk di Eropah

d)

Perang kerana ideologi dan fahaman politik yang berbeza

39.

Jadual berikut berkaitan dengan Dasar Luar Malaysia Tahap 1


Dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan tentera Komanwel Mengapakah Malaysia mengamalkan dasar tersebut ?


I Keperluan pasaran

II Sikap diskriminasi

III Persamaan ideologi

IV Ancaman keselamatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

40.

Jadual di berikut berkaitan dengan Pertubuhan Persidangan Islam ( OIC ).

Apakah isu yang diketengahkan dalam persidangan tersebut ?

a)

Mewujudkan kerjasama ketenteraan

b)

Memerangi penyalahgunaan dadah

c)

Memulihara alam sekitar

d)

Menentang keganasan