wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH SPM 2008

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah sistem penanaman secara bergilir diamalkan pada zaman Dinasti Tang di China?

a)

Meminimumkan kos

b)

Mengekalkan kesuburan tanah

c)

Mengurangkan tenaga kerja

d)

Menjimatkan masa

2.

Apakah kepentingan kandungan karya The Art of War yang ditulis oleh Sun Tzu kepada masyarakat hari ini?

a)

Menerangkan sistem pemerintahan

b)

Mengatur strategi perniagaan

c)

Menentukan bentuk hubungan luar

d)

Membantu perlakasanaan peperiksaan awam

3.

Rajah 1 berkaitan dengan sistem republik yang diamalkan di Rom. Mengapakah dua orang konsul dilantik mengetuai pentadbiran?

a)

Menyekat pengaruh gereja

b)

Mengimbangi kuasa pemerintahan

c)

Memperkukuh kedudukan pemerintah

d)

Mengelakkan penjajahan kuasa asing

4.

Rakyat Athens tidak berpuas hati terhadap golongan aristokrat kerana kuasa mereka mengatasi kuasa Raja. Apakah kesan daripada rasa tidak puas hati tersebut?

a)

Perampasan kuasa

b)

Pemulauan pilihan raya

c)

Perlucutan jawatan pentadbiran

d)

Perubahan struktur masyarakat

5.

Pernyataan berikut merujuk kepada hubungan antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim. Apakah kesan hubungan tersebut kepada kerajaan agraria?

a)

Menjadi kuasa laut yang unggul

b)

Pesaing yang hebat

c)

Pembekal sumber makanan

d)

Menakluk kawasan berhampiran

6.

Apakah kesan pembinaan sistem pengairan di Angkor pada zaman Raja Indravarman 1?

a)

Penempatan kekal lebih banyak

b)

Keperluan beras negara dipenuhi

c)

Sistem pertanian pindah berkembang

d)

Pergantungan pada hasil hutan berkurangan

7.

Apakah kesan amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?

a)

Mewujudkan semangat assabiah

b)

Memulakan persaingan kuasa

c)

Memantapkan sistem pentadbiran

d)

Memperkukuh perpaduan antara suku

8.

Maklumat berikut merujuk kepada peperangan yang berlaku di kalangan masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah. Bagaimanakah peperangan tersebut dapat dielakkan ?

a)

Mengimbangi taraf ekonomi antara etnik

b)

Meningkatkan persefahaman penduduk

c)

Memperkuat bidang ketenteraan

d)

Meningkatkan kemajuan infrastruktur

9.

Tokoh berikut telah memberi sumbangan dalam perkembangan Islam. Apakah sumbangan mereka?

a)

Menamatkan pemulauan terhadap orang Islam

b)

Membantu Rasulullah berhijrah ke Madinah

c)

Meneruskan dakwah ke Taif

d)

Menandatangani perjanjian Hudaibiyah

10.

Pernyataan berikut merupakan satu daripada syarat Perjanjian Hudaibiyah. Mengapakah Nabi Muhammad SAW menerima syarat tersebut walaupun tidak dipersetujui para sahabat yang lain?

a)

Mengelakkan peperangan

b)

Mempertahankan imej Islam

c)

Memelihara hubungan kekeluargaan

d)

Memudahkan penyebaran ajaran Islam

11.

Kerajaan Bani Umaiyah telah mewujudkan sistem hijabah. Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan?

a)

Penetapan peraturan di istana

b)

Halangan mengkritik pemerintah

c)

Pemeriksaan untuk menemui khalifah

d)

Kebebasan bersuara dihadkan

12.

Apakah peranan golongan Mudejar di Eropah?

a)

Menerapkan cara hidup Islam

b)

Menyertai pasukan tentera khas

c)

Mengelakkan perkembangan ilmu

d)

Menjadi pembayar cukai tambahan

13.

Apakah kriteria penganugerahan jawatan syahbandar kepada seorang pedagang Islam di sesebuah pelabuhan di Asia Tenggara?

a)

Mentaati pemerintah

b)

Mahir berniaga

c)

Bersifat jujur

d)

Cekap mentadbir

14.

Perkara yang manakah menunjukkan kedatangan Islam ke Asia Tenggara mempengaruhi cara hidup masyarakat tempatan?

a)

Amalan bersemah

b)

Adat persandingan

c)

Persaudaraan ummah

d)

Cara bercucuk tanam

15.

Tokoh berikut berperanan penting dalam Kesultanan Melayu Melaka. Apakah peranan mereka?

a)

Menasihati pemerintah

b)

Menetapkan istiadat diraja

c)

Mengetuai utusan diplomatik

d)

Menguatkuasakan undang- undang

16.

Rajah 2 menerangkan tentang kaedah penyelidikan dalam masyarakat Melayu tradisional. Apakah X?

a)

Menerusi pantun

b)

Menghadap guru

c)

Pembacaan kitab

d)

Pengajian sekolah pondok

17.

Maklumat berikut menunjukkan kemunculan golongan baru dalam era Reformation di Eropah. Apakah peranan golongan tesebut?

a)

Menyekat perkembangan kuasa bangsawan

b)

Memperkukuh kuasa golongan monarki

c)

Memperluas ajaran agama Kristian

d)

Mempertahankan Gereja Katolik

18.

Apakah aspek yang ditekankan oleh Gereja Katolik pada Zaman Pertengahan di Eropah?

a)

Penguasaan kemahiran teknologi

b)

Pengukuhan institusi keluarga

c)

Penerokaan wilayah baru

d)

Pembelajaran ilmu akhirat

19.

Apakah tujuan Land Settlementb Order dikuatkuasakan di Sarawak pada tahun 1933?

a)

Memajukan kegiatan pertanian

b)

Melindungi tanah peribumi

c)

Membenarkan imigran memiliki tanah

d)

Memudahkan usaha membina kemudahan asas

20.

Andaikan anda mengusahakan sebidang tanah di Tanah Melayu pada awal abad ke-18. Bagaimanakah anda menjalankan aktiviti tersebut?

a)

Mendapat keizinan residen

b)

Memperoleh perkenan Sultan

c)

Mendapat kebenaran pembesar

d)

Mempunyai sumber kewangan

21.

Mengapakah kerajaan Belanda bersikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan di Indonesia?

a)

Menghalang perkembangan sekolah agama

b)

Menghadkan aktiviti budaya tempatan

c)

Menyekat rakyat mendapat pekerjaan

d)

Memecahkan belahkan perpaduan rakyat

22.

Jadual 1 merujuk kepada novel yang dihasilkan di Asia Tenggara sebelum Perang Dunia Kedua. Apakah persamaan isu yang dimuatkan dalam novel tersebut?

a)

Nasib kaum wanita

b)

Penindasan oleh penjajah

c)

Peningkatan status sosial

d)

Tuntutan kemerdekaan

23.

Mengapakah Sistem Tanaman Paksa yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia perlu ditentang?

a)

Menjejaskan eksport negara

b)

Mengundang kehadiran pekerja asing

c)

Menghadkan jenis tanaman komersial

d)

Mengekalkan kemunduran rakyat tempatan

24.

Jadual 2 menunjukkan tokoh tempatan yang telah menentang kuasa British pada abad ke-19. Mengapakah penentangan tersebut berlaku?

a)

Pencerobohan kawasan

b)

Penghapusan sistem perhambaan

c)

Peningkatan imigran

d)

Paksaan bayar ufti

25.

Mengapakah Count Camillo Benso di Cavour menyanjung amalan realpolitik?

a)

Kestabilan politik terjamin

b)

Kejayaan menyatukan Itali

c)

Kerjasama dengan negara lain

d)

Kemakmuran ekonomi negara

26.

Kata perbilangan adat berikut berkaitan dengan Adat Perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan. Perbilangan tersebut dapat dikaitkan dengan

a)

Protokol istana

b)

Upacara perkahwinan

c)

Menyambut kelahiran

d)

Pemilihan pemimpin

27.

Senarai berikut menerangkan pertubuhan yang ditubuhkan di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Apakah persamaan pendirian ahli pertumbuhan tersebut?

a)

Menentang kemasukan kaum imigran

b)

Menentang pembentukan Sistem Ahli

c)

Menyokong pendidikan sekular

d)

Menyokong Malayan Union

28.

Rajah 3 menunjukkan penyatuan ketiga-tiga unit politik di Tanah Melayu dalam pentadbiran Malayan Union. Mengapakah British bertindak demikian?

a)

Menjimatkan kewangan kerajaan

b)

Memelihara hak istimewa pribumi

c)

Memperkukuh pemerintahan beraja

d)

Melatih penduduk tempatan mentadbir

29.

Apakah manfaat yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Kebebasan berpolitik

b)

Menguasai pentadbiran

c)

Menentukan kerakyatan

d)

Kedudukan istimewa dilindungi

30.

Mengapakah parti berikut ditubuhkan?

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Mempertahankan hak pribumi

d)

Mengurangkan pengaruh golongan radikal

31.

Apakah kepentingan Sistem Ahli yang diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1951?

a)

Mengukuhkan kuasa penjajah

b)

Memelihara hak penduduk pribumi

c)

Melatih pemimpin dalam pentadbiran

d)

Meraku kuasa pembesar tempatan

32.

Jadual 3 menerangkan peristiwa penentangan Indonesia terhadap gagasan Malaysia. Mengapakah Indonesia bertindak demikian?

a)

Terpengaruh dengan dakwah komunis

b)

Tidak dijemput untuk berunding

c)

Terpedaya dengan penjajah Belanda

d)

Tindakan peluasan wilayah terhalang

33.

Maklumat berikut merujuk kepada penubuhan Parti Perikatan Sarawak. Apakah kesan penubuhan parti tersebut?

a)

Meneruskan sistem politik tradisional

b)

Menamatkan pemerintahan Brooke

c)

Merealisasikan pembentukan Malaysia

d)

Menjayakan pengasasan Persekutuan Borneo

34.

Encik Abu telah diisytiharkan muflis oleh makamah. Mengikut sistem pilihan raya di Malaysia beliau tidak layak untuk

a)

Menjadi calon pilihan raya

b)

Meyertai parti politik

c)

Mendaftar sebagai pengundi

d)

Menjalankan kempen pilihan raya

35.

Apakah syarat pindaan pelembagaan yang berkaitan dengan kedudukan istimewa orang Melayu?

a)

Persetujuan lebih suara Dewan Parlimen

b)

Persetujuan lebih suara 2/3 Dewan Parlimen

c)

Persetujuan majoriti lebih 2/3 Dewan Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-Raja

d)

Persetujuan majoriti lebih 2/3 Dewan Parlimen dan kelulusan Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak

36.

Apakah peranan lembaga pertubuhan peladang (LPP) yang ditubuhkan pada 1973?

a)

Membangunkan industri desa

b)

Mengawal kualiti hasil pertanian

c)

Menjalankan penyelidikan pertanian

d)

Membantu petani dalam kegiatan koperasi

37.

Bagaimanakah matlamat Rancangan Malaya pertama untuk membangunkan kawasan luar bandar dapat dicapai?

a)

Menyatupadukan penduduk

b)

Membuka kawasan pertanian baru

c)

Menyediakan kemudahan pinjaman

d)

Menamatkan kutipan cukai pertanian

38.

Peristiwa berikut berlaku semasa Perang Dunia Kedua. Mengapakah Amerika Syarikat mengambil tindakan demikian?

a)

Menguji kekuatan senjata

b)

Mengikari Perjanjian Versailles

c)

Mengelakkan perang berpanjangan

d)

Mengatasi masalah kemelesetan ekonomi

39.

Sebagai anggota Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah memberi sumbangan ke arah memelihara keamanan dunia. Apakah sumbangan tersebut?

a)

Menentang dasar apartheid

b)

Menghantar pasukan pemerhati

c)

Membebaskan negara yang dijajah

d)

Menyarankan penggunaan dinar emas

40.

Jadual 4 berkaitan dengan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Apakah isu yang diketengahkan dalam persidangan tersebut?

a)

Mewujudkan kerjasama ketenteraan

b)

Memerangi penyalahgunaan dadah

c)

Memulihara alam sekitar

d)

Menentang keganasan