Font size
WorksheetsSEJARAH SPM 2010
Total questions: 40
Worksheet time: 21mins
Maklumat berikut berkaitan dengan sistem tulisan dalam Tamadun Mesir Purba. Apakah sistem tulisan tersebut?
Hieroglif
Ideogram
Cuneiform
Piktograf
Apakah kesan pengamalan sifat terbuka dalam masyarakat Indus?
Perluasan pengaruh
Pertukaran teknologi
Penyebaran agama Hindu
Perkembangan bidang penulisan
Penganut agama Hindu berusaha untuk mencapai moksya. Mereka berbuat demikian supaya
dilahirkan semula
diberi pengampunan
dimasukkan ke syurga
disatukan dengan tuhan
Sejak tahun 100 Masihi, perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu telah berkembang. Apakah kepentingan Alam Melayu kepada India pada masa itu?
Pusat keagamaan
Pusat kesusasteraan
Pembekal tenaga buruh
Pembekal rempah ratus
Apakah faktor kemajuan masyarakat kerajaan maritim di Asia Tenggara?
Kekayaan hasil pertanian
Kekayaan hasil hutan
Kemahiran membina kapal
Kebolehan membina terusan
Bagaimanakah kerajaan Funan berubah daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim?
Pertahanan laut kuat
Pelabuhan yang strategik
Persaingan antara kerajaan
Kemerosotan hasil pertanian
Peperangan al-Basus yang berlaku pada Zaman Jahiliah menunjukkan masyarakat Arab mementingkan
agama
darjat
puak
kawasan
Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama iaitu surah al-Alaq ayat 1-5 pada 6 Ogos 610 Masihi (17 Ramadhan). Apakah yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW menerusi surah tersebut?
Mengekalkan persamaan taraf sesama manusia
Penyatuan umat di bawah satu akidah
Pembelaan terhadap agama
Membaca untuk meningatkan ilmu
Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi seperti yang terkandung dalam Piagam Madinah?
Diiktiraf sebagai penduduk Madinah
Bebas menjalin hubungan dengan pihak luar
Terlibat dalam pentadbir negara
Dijamin keselamatan selagi setia
Tindakan berikut dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW selepas Perang Badar berakhir. Apakah kesan daripada tindakan tersebut?
Suku yang bertelagah berdamai
Islam diterima dengan kerelaan
Kebebasan beragama diamalkan
Pengukuhan pentadbiran kerajaan Islam
Pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura. Apakah kebaikan sistem tersebut?
Menjamin kesinambungan pemerintahan
Meneruskan tradisi masyarakat Arab
Mendapat sokongan orang bukan Islam
Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan
Mengapakah Khalifah Umar bin al-Khattab mewujudkan jawatan Wali atau Gabenor semasa pemerintahan beliau?
Mempergiat usaha penyebaran agama Islam
Memperkukuh perpaduan penduduk
Memperluas kawasan pemerintahan
Mempertingkat sistem pentadbiran wilayah
Menurut catatan China, perkampunan Ta Shih telah wujud di Sumatera Utara pada tahun 650 Masihi. Kewujudan perkampungan tersebut membuktikan
kewujudan pusat pendidikan Islam
peranan pedagang menyebarkan Islam
kemunculan sebuah kerajaan Islam
perkembangan kesusasteraan Islam
Apakah persamaan pendapat tokoh berikut tentang cara kedatangan Islam ke Asia Tenggara?
Melalui kegiatan perdagangan
Menerusi aktiviti penaklukan
Mengislamkan pemerintah
Menjalankan perkahwinan siasah
Senarai berikut merujuk kepada undang -undang bertulis dalam kerajaan Melayu tradisional. Apakah kesan pelaksanaan undang-undang tersebut?
Melicinkan sistem pentadbiran
Menyekat pengaruh asing
Memantapkan sistem pendidikan
Mengeratkan hubungan diplomatik
Maklumat berikut berkaitan dengan pendidikan formal di Tanah Melayu. Maklumat tersebut berkaitan dengan
sekolah pondok
sistem madrasah
pembelajaran di masjid
pengajaran di istana
Jadual berikut berkaitan dengan penciptaan mesin di England. Apakah kegunaan mesin tersebut?
Memintal benang
Menjana kuasa
Mengepam air
Melebur besi
Bandar berikut muncul pada Zaman Kemuncak Pertengahan (1300-1600 Masihi) di Itali. Apakah faktor kemunculan badan tersebut?
Keseragaman undang-undang
Peluasan wilayah kekuasaan
Kemajuan perdagangan
Kekayaan sumber alam
Jadual berikut berkaitan dengan kemasukan kaum imigrin ke Tanah Melayu. Apakah kesan pertambahan tersebut?
Kemerosotan kuasa pemimpin tempatan
Peningkatan petempatan setinggan
Kewujudan masyarakat majmuk
Perkembangan pertanian sara diri
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan sekolah vernakular Melayu pada akhir abad ke -19?
Terbuka kepada semua golongan
Ditadbir oleh golongan ulama
Dinaungi golongan pembesar
Pendidikan terhad di peringkat rendah
Berdasarkan rajah berikut, apakah kesimpulan yang dapat anda buat berhubung kegiatan ekonomi masyarakat Melayu tradisional?
Hasil dipasarkan
Modal yang kecil
Usaha sama keluarga
Pengkhususan dalam kerja
Apakah kesan akta berikut terhadap masyarakat Burma?
Peningkatan taraf hidup
Penindasan golongan petani
Pengukuhan golongan agama
Penghapusan pentadbiran tradisional
Apakah kesan kesengsaraan berikut terhadap penduduk Tanah Melayu?
Mendapatkan bantuan luar
Menolak penguasaan kuasa asing
Menyerah nasib kepada penjajah
Membentuk sistem politik tersendiri
Pantun berikut menggambarkan kedudukan pembesar di Perak semasa penjajahan British. Bagaimanakah para pembesar tersebut berusaha untuk mengembalikan hak mereka?
Mengadakan kerjasama dengan orang Bugis
Menghapus sistem pemilikan hamba
Memperkukuh sistem pentadbiran tradisional
Berjuang untuk menolak campur tangan Barat
Akhbar berikut digunakan oleh Kaum Muda sebagai wadah perjuangan mereka di Tanah Melayu pada tahun 1930-an. Apakah isu yang dimuatkan oleh akhbar tersebut?
Peranan golongan pembesar
Mengkritik kelemahan raja
Penghapusan amalan perhambaan
Menggalakkan pendidikan Inggeris
Tokoh berikut telah membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan perang. Bagaimanakah beliau berjaya membangkitkan semangat tersebut?
Membebaskan golongan hamba
Menyingkir golongan kapitalis
Menyemai sikap antikuasa asing
Menghapuskan pemerintahan diktator
Apakah peranan Buapak dalam sistem pemerintahan yang berasaskan Adat Perpatih di Negeri Sembilan?
Menasihati Undang
Memimpin Suku
Mengetuai Perut
Melantik Lembaga
Pada awal abad ke-20, kegiatan berpersatuan di Sabah tidak menonjol. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
Halangan daripada pemerintah
Kelemahan sistem perhubungan
Menghadapi masalah kewangan
Perbezaan taraf hidup antara etnik
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan British pada 15 Ogos 1957. Apakah kesan perjanjian tersebut?
Pemisahan kuasa negeri dengan persekutuan
Pembentukan kerajaan bercorak republik
Pesuruhjaya Negeri dikekalkan
Pengaruh golongan kiri dihapuskan
Pada tahun 1949, Gabenor Sarawak, Duncan Stewart telah dibunuh. Apakah kesan peristiwa pembunuhan tersebut?
Pengaruh golongan radikal meningkat
Pentadbiran kerajaan menjadi lemah
Rosli Dhobi dihukum gantung
Vyner Brooke melepaskan kuasa pemerintahan
Apakah perkara yang dipersetujui dalam rundingan berikut?
Pengehadan bilangan kaum imigran
Penyertaan Singapura dalam Persekutuan Malaysia
Penggubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Penubuhan Lembaga Kemajuan Industri Desa (RIDA)
Tokoh berikut memberi sumbangan dalam pentadbiran negara sebelum merdeka. Apakah sumbangan mereka?
Menganggotai Sistem Ahli
Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya
Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
Menjadi Ahli Suruhanjaya Reid
Pada bulan April 1961, parti Barisan Sosialis telah memenangi pilihan raya Hong Lim, Singapura. Mengapakah kemenangan parti tersebut membimbangkan Lee Kuan Yew?
Kuasa British kukuh
Proses kemerdekaan tergugat
Kemajuan ekonomi tergendala
Perpaduan kaum terjejas
Idea pembentukan Persekutuan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke-19. Mengapakah idea tersebut dipersetujui British?
Mengurangkan kuasa raja-raja
Penyatuan pentadbiran tanah jajahan
Menghapuskan pengaruh komunis
Mengehadkan kemasukan imigran
Rajah berikut menerangkan bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Apakah X?
Pelajaran
Perhutanan
Hiburan awam
Perancangan bandar
Rajah berikut menunjukkan komponen Parlimen negara kita. Apakah X?
Yang di-Pertuan Agong
Yang Dipertua Negeri
Majlis Raja-Raja
Jemaah Menteri
Jadual berikut menererangkan sistem pemerintahan dua buah negara di Asia Tenggara. Apakah persamaan sistem pemerintahan tersebut?
Pilihan raya diadakan untuk memilih pemimpin
Pentadbiran dijalankan oleh golongan bangsawan
Perdana Menteri berkuasa membubarkan parlimen
Dewan Perhimpunan bersidang setiap tiga bulan
Pada 28 Jun 1914, peristiwa pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary berlaku. Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Perang Dingin
Perang Saudara
Perang Dunia Pertama
Pembentukan Pakatan Bertiga
Tunku Abdul Rahman telah mencetuskan idea penubuhan OIC pada tahun1971. Antara matlamat penubuhan pertubuhan tersebut adalah untuk
mengekalkan keamanan dunia
meningkatkan perhubungan sosio budaya
mengekalkan perdamaian antara negara Islam
meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan
Tokoh berikut adalah pemimpin Jerman yang dituduh mengingkari Perjanjian Versailles yang ditandatangani pada tahun 1919. Apakah bukti tuduhan tersebut?
Memperbesar angkatan tentera
Menakluki wilayah Itali
Menyertai Kuasa Bersekutu
Mengamalkan pemerintahan diktator
