Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TB01

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang ............................

a)

berjambang

b)

berjambak

c)

mekar

d)

ranum

2.

Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang .................... menghadapi dugaan.

a)

perenggus

b)

pembuli

c)

penyombong

d)

tabah

3.

Ketika ................... menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam dari desa itu.

a)

syuruk

b)

fajar

c)

pijar

d)

senja

4.

Hasnul tidak dapat tidur .................. semalam kerana diganggu nyamuk.

a)

nyenyak

b)

nyaman

c)

leka

d)

selesa

5.

Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan .................. pada waktu malam

a)

gelap

b)

cerah

c)

terang

d)

suram

6.

Pasar malam menjadi ................. apabila malam semakin larut

a)

senyap

b)

hening

c)

hinggar

d)

sunyi

7.

Keluarga Khalidi memberi ................................. kepadanya untuk berjaya.

a)

durungan

b)

dorongan

c)

deruan

d)

desakan

8.

Encik Jamali menunaikan ............................... datuk dengan sebaik-baiknya

a)

amanah

b)

amanat

c)

amalan

d)

ambilan

9.

Mak Cik Zainab memukul ular yang .......................... anak ayamnya petang semalam.

a)

mematuk

b)

membelit

c)

melulit

d)

melulur

10.

Adik Suhaila .......................... berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun

a)

hafal

b)

hasut

c)

hasil

d)

fasih

11.

Puan Zaiton amat .................. akan penyakit yang dihidapi oleh anaknya.

a)

risau

b)

keliru

c)

bimbang

d)

runsing

12.

Untuk memagari kebunnya, Pak Cik Rashid telah membeli beratus-ratus __________ kawat berduri.

a)

gelung

b)

gelong

c)

bidang

d)

utas

13.

__________ bunga kenanga terselit pada sanggul Sofia.

a)

sejambak

b)

sekuntum

c)

sejambangan

d)

seikat

14.

Sapu tangan itu dijahit dengan se __________ benang.

a)

utas

b)

untai

c)

gulung

d)

lembar

15.

"Masukkan se __________ garam ke dalam lauk itu," kata Mak Cik Salmah kepada Jamilah.

a)

cuit

b)

cubit

c)

colek

d)

culik

16.

Se __________ kata pun tidak tertulis walaupun sudah dua jam dia menghadap meja tulisnya.

a)

patah

b)

potong

c)

cebis

d)

cetus

17.

Kakak menggunakan se __________ kain sebagai pembalut luka pada jarinya.

a)

lembut

b)

lentur

c)

lembar

d)

lampir

18.

Pawagam menjadi ___________ setelah lampu dipasang menandakan filem telah selesai ditayangkan.

a)

riuh-rendah

b)

porak-peranda

c)

gelap-gelita

d)

terang-benderang

19.

Baju Jaswan Singh ___________ kerana terkena warna air ketika menyertai aktiviti mewarna.

a)

comot-momot

b)

serbah-serbeh

c)

compang-camping

d)

koyak-rabak

20.

Mereka ketawa ___________ apabila menonton filem komedi lakonan Tan Sri P. Ramlee.

a)

teresak-esak

b)

terkebil-kebil

c)

terbahak-bahak

d)

tergelak-gelak

21.

Keadaan menjadi _________ apabila sebuah pesawat merempuh bangunan pencakar langit itu.

a)

haru-biru

b)

keluh-kesah

c)

kusut-masai

d)

tunggang-langgang

22.

Setiap hari kami terpaksa __________ di kawasan perkuburan itu kerana jalan itu merupakan jalan pintas.

a)

ulang-alik

b)

bolak-balik

c)

mundar-mandir

d)

lalu-lalang

23.

Daerah Kuala Kangsar terkenal dengan penghasilan __________ Sayong yang digunakan untuk menyimpan air minuman.

a)

kekuda

b)

sesiku

c)

kekisi

d)

lelabu

24.

Imran __________________ pasukan bola sepak sekolahnya ke pertandingan peringkat zon.

a)

tertua

b)

diketuai

c)

mengetuai

d)

kepengetuaan

25.

Bapanya __________________ salah seorang pekerja untuk memantau tapak projek yang baharu.

a)

diarah

b)

mengarah

c)

terarah

d)

mengerah

26.

Semua borang _________________ hendaklah sampai kepada pihak penganjur seminggu sebelum pertandingan.

a)

disertai

b)

menyertai

c)

menyertakan

d)

penyertaan

27.

Norhidayah telah diisytiharkan sebagai olahragawati _______________ dalam sukan tahunan sekolahnya.

a)

terbaik

b)

kebaikan

c)

membaikan

d)

membaiki

28.

Pada minggu hadapan Persatuan Bahasa Melayu sekolah saya akan mengadakan _____________ menulis karangan.

a)

tandingan

b)

tandingi

c)

pertandingi

d)

pertandingan

29.

Emak sedang ________________ air teh sambil diperhatikan oleh kakak dan adik.

a)

tuang

b)

tuangi

c)

menuang

d)

menuangi

30.

Abang dilarang ________________ dengan budak-budak di simpang jalan itu kerana mereka kacang hantu.

a)

berkawan

b)

terkawan

c)

perkawanan

d)

mengawankan

31.

_________________ kes pembunuhan biasanya mengambil masa yang agak lama oleh mahkamah untuk diselesaikan.

a)

Bicara

b)

Berbicara

c)

Perbicaraan

d)

Pembicara

32.

Harga barangan yang dijual di pasar raya itu ............... berpatutan.

a)

adalah

b)

ialah

c)

dan

d)

yang

33.

Bertanggungjawab .......... sifat yang terpuji.

a)

ialah

b)

adalah

c)

yang

d)

dan

34.

Kempen Jantung Sihat _______________anjuran bersama Persatuan Jantung Malaysia dengan Soy Rich.

a)

ialah

b)

adalah

c)

dan

d)

yang

35.

Latihan itu ________________terlalu mudah untuk kanak-kanak seusianya.

a)

ialah

b)

adalah

c)

dan

d)

yang

36.

Sumbangan itu ________________daripada pelajar-pelajar, guru-guru dan para pekerja sekolah ini.

a)

ialah

b)

adalah

c)

dan

d)

yang

37.

Selepas Tan berpindah tempat duduk, penglihatannya menjadi jelas.

a)

kabur

b)

kabus

c)

gelap

d)

berbalam

38.

Persembahan budak itu mendapat pujian daripada orang ramai.

a)

hasutan

b)

hentaman

c)

kejian

d)

pulauan

39.

Projek pembinaan rumah pangsa itu terbengkalai sejak setahun yang lalu.

a)

tertunggu

b)

separuh

c)

selesa

d)

siap

40.

Hubungan Fiza dengan Arni menjadi renggang selepas peristiwa itu

a)

akrab

b)

baik

c)

putus

d)

mesra

41.

Kanak-kanak yang tidak siuman itu berlari-lari di hadapan pusat beli belah.

a)

gila

b)

waras

c)

mabuk

d)

terencat

42.

Sebagai ketua pasukan, Hafiz masih yakin bahawa pasukannya akan menang dalam perlawanan itu.

a)

tulus

b)

setuju

c)

sangsi

d)

berharap

43.

Lee Lian berasa amat gembira setelah mendengar keputusan yang diumumkan oleh juruacara.

a)

seronok

b)

marah

c)

sedih

d)

ceria

44.

"Pujian itu khusus untuk murid-murid Tahun Enam Mawar," kata guru besar.

a)

khas

b)

biasa

c)

umum

d)

tertentu

45.

Arumugam merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ handal.

a)

paling

b)

sekali

c)

betul

d)

nian

46.

" ________ cantik pemandangan yang kamu lukis ini," puji Halim kepada Zainal.

a)

sungguh

b)

sekali

c)

betul

d)

nian

47.

Pantas ___________ kuda putih itu berlari meninggalkan kuda-kuda yang lain.

a)

paling

b)

sekali

c)

sungguh

d)

nian

48.

Pesawat itu mendarat dengan laju _______ lalu terbabas di hujung landasan

a)

sungguh

b)

amat

c)

nian

d)

sekali

49.

Pintar __________Sang Monyet kerana berjaya menipu Sang Harimau yang garang itu.

a)

sungguh

b)

amat

c)

sekali

d)

nian

50.

Air sungai itu jernih __________ sehingga kelihatan ikan-ikan di dalamnya.

a)

sungguh

b)

sekali

c)

amat

d)

nian