wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Set 1

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Aktiviti peniagaan dapat dibahagikan kepada aktiviti berasaskan barang dan perkhidmatan. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti berasaskan perkhidmatan?

a)

Pembuatan

b)

Penternakan

c)

Pemasangan

d)

Pengangkutan

2.

Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan?

a)

Menambah kos perbelanjaan

b)

Meningkatkan imej perniagaan

c)

Untuk mengembangkan perniagaan

d)

Meningkatkan kadar bayaran cukai

3.

Pernyataan yang manakah benar tentang ciri-ciri sebuah perniagaan perkongsian?

a)

Liabiliti tidak terhad

b)

Jangka hayat adalah kekal

c)

Bilangan pemilik ialah antara 2 orang hungga 50 orang

d)

Perniagaan boleh diteruskan jika terdapat rakan kongsi meninggal

4.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah menerangkan penubuhan syarikat awam berhad?

a)

Mengisi borang PNA42

b)

Mendaftar dengan pendaftar Pesuruhjaya Koperasi Malaysia

c)

Laporan kewangan tahunan perlu diumumkan

d)

Mempamerkaan sijil perakuan pendaftaran (Borang D)

5.

Puan Mariah mempunyai sebuah kedai runcit yang mempunyai 10 orang pekerja di Melaka. Apakah cabaran yang mungkin dihadapi oleh perniagaan Puan Mariah?

a)

Aliran tunai yang negatif

b)

Kos overhead yang rendah

6.

Pernyataan yang manakah benar tentang skala perniagaan Kedai Runcit Emir?

a)

Dikenal sebagai skala perniagaan tempatan

b)

Memerlukan modal yang banyak

c)

Bersaiz besar-besaran

7.

Isu serantau ialah isu yang melibatkan

a)

perniagaan di kawasan setempat seperti hubungan perniagaan dengan komuniti

b)

perdagangan antarabangsa seperti eksport dan import

c)

hubungan antara Malaysia dengan negara jiran seperti Thailand

8.

Antara yang berikut, pernyataan yang manakah merupakan peranan agensi kerajaan di atas?

a)

Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan

b)

Mempromosikan aktiviti perdagangan di Malaysia

c)

Menyediakan latihan dan pembangunan usahawan

9.

Apakah yang akan berlaku jika harga barang dan perkhidmatan meningkat secara berterusan?

a)

Meningkatkan daya saing

b)

Mengurangkan kuasa beli

c)

Meningkatkan permintaan barang

d)

Mengurangkan pengeksportan barang

10.

Deflasi merupakan satu keadaan

a)

pengurangan import barang dan perkhidmatan secara berterusan

b)

penambahan import barang dan perkhidmatan secara berterusan

c)

kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan

d)

kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan

11.

Bahagian fungsian yang manakah mungkin wujud dalam sebuah koperasi yang menjual alat tulis?

a)

Jualan

b)

Penyelidikan dan pembangunan

c)

Pembelian

d)

Khidmat pelanggan

12.

E&E Plastik Sdn. Bhd. merupakan sebuah organisasi perniagaan yang mengeluarkan pelbagai jenis produk. Apakah jenis penjabatan yang boleh diamalkan oleh syarikat ini?

a)

Penjabatan mengikut matriks

b)

Penjabatan mengikut produk

13.

Apakah jenis penjabatan yang sesuai untuk organisasi yang mempunyai banyak pasaran luar negara?

a)

Penjabatan mengikut produk

b)

Penjabatan mengikut matriks

c)

Penjabatan mengikut geografi

14.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan tujuan pengurusan bahan mentah?

a)

Mengurangkan kos pemesanan bahan mentah

b)

Mengurangkan kos pengawalan bahan mentah

c)

Mengurangkan kos pemegangan bahan mentah

15.

Apakah maksud harta intelek?

a)

Hasil ciptaan atau kreativiti yang berasal daripada daya intelektual atau minda seseorang

b)

Hasil ciptaan atau rekaan yang berasal daripada pembangunan dan penyelidikan sesebuah organisasi

c)

Hasil ciptaan atau kreativiti yang berasal daripada ilham atau inspirasi seseorang

16.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan 4P?

a)

Pengedaran

b)

Produk

c)

Penyelarasan harga

d)

Promosi

17.

Bagaimanakah cara yang digunakan oleh peniaga untuk mengatasi pesaing?

a)

Mempelbagaikan produk

b)

Memberi layanan yang lebih mesra

c)

Menetapkan harga yang tinggi

d)

Memberi layanan yang lebih mesra

18.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan akta penubuhan perniagaan?

a)

Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

b)

Akta Hak Cipta 1997

c)

Akta Syarikat 1965

d)

Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012

19.

Berapakah yuran pendaftaran untuk Restoran Naz?

a)

RM10 setahun

b)

RM60 setahun

c)

RM30 setahun

d)

RM15 setahun

20.

Faktor manakah yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan untuk memulakan perniagaan?

a)

Pesaing

b)

Rancangan perniagaan

c)

Modal

d)

Lokasi