Font size
WorksheetsPerniagaan Set 3
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Kelebihan pengambilan sumber manusia dalaman ialah
melahirkan idea baharu
dapat memotivasikan pekerja
mempunyai kemahiran baharu
bersemangat dalam menjalankan tugas
Antara yang berikut, keadaan yang manakah menyebabkan trend menurun dalam persekitaran perniagaan?
Aktiviti pemasaran yang kurang berkesan
Pekerja yang tidak inovatif dan kreatif
Sistem pengurusan yang kurang cekap
Gaya pengurusan yang menunjukkan tindakan majikan yang tegas dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan dikenal sebagai
gaya pengurusan laisez-faire
gaya pengurusan sokongan
gaya pengurusan sederhana
gaya pengurusan autokratik
Antara yang berikut, yang manakah merupakan elemen dalam perancangan strategik?
Pembentukan misi
Pembentukan objektif
Pembentukan taktik
Pembentukan strategik
Apakah maksud visi perniagaan?
Sesuatu yang dibentuk untuk memotivasikan pekerja
Apa yang ingin dicapai oleh organisasi
Tujuan penubuhan sesebuah organisasi
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Antara yang berikut, yang manakah persoalan perlu dijawab untuk membentuk suatu pernyataan misi yang berkesan?
Apakah yang kita lakukan
Bilakah kita lakukan
Bagaimanakah kita lakukan
Untuk siapa kita lakukan
Pernyataan yang manakah benar tentang objektif perniagaan?
Dicapai dalam jangka masa pendek sahaja
Matlamat yang ingin dicapai oleh organisasi
Tujuan asas pembentukan sesebuah organisasi
Pernyataan yang manakah benar tentang OBU?
Mengeluarkan barang dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pengguna
Bermatlamat untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan pada kos yang minimum
Didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
Carta Gantt ialah
carta yang menunjukkan jenis aktiviti yang dirancang dengan tempoh yang masa telah ditetapkan
carta yang menunjukkan tempoh matang bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek
carta yang menunjukkan masa permulaan bagi beberapa aktiviti yang terlibat dalam sesuatu projek
'Restoran Makanan Laut Siti ingin meningkatkan keuntungan sebanyak 25% dalam masa setahun'
Apakah ciri-ciri SMART yang terdapat dalam objektif Restoran Makanan Laut Siti?
Boleh diukur
Boleh dicapai
Munasabah
Ringkas
Apakah maksud titik pulang modal?
Kaedah digunakan untuk menentukan jumlah hasil yang diterima bersamaan dengan jumlah kos yang ditanggung
Kaedah digunakan untuk menentukan jumlah kos berubah bersamaan dengan jumlah kos tetap
Apakah maksud pertumbuhan perniagaan?
Mengurangkan kos perbelanjaan untuk mencapai matlamat organisasi
Meningkatkan kecekapan dalam pengeluaran barang dan perkhidmatan
Menambahkan hasil dari semasa ke semasa untuk mencapai matlamat Organisas
Pernyataan yang manakah benar tentang maksud memaksimumkan keuntungan?
Memperoleh keuntungan tertinggi akibat daripada pengurangan kos pengeluaran
Memperoleh keuntungan tertinggi akibat daripada penggunaan faktor pengeluaran dengan cekap
Memperoleh keuntungan tertinggi akibat daripada peningkatan produktiviti pekerja
Bagaimanakah peniaga dapat meningkatkan keuntungan syarikat?
Mengurangkan kos dalam pengeluaran
Menjual barang pada harga di bawah kos
Meningkatkan perbelanjaan dalam pembelian input
Menambahkan bilangan pekerja dalam pengeluaran
Pernyataan yang manakah merupakan kesan kegagalan mencapai matlamat dan objektif?
Gagal dalam persaingan
Kualiti produk terjejas
Produktiviti pekerja menurun
Pengeluaran produk berkurang
Butiran yang manakah diklasifikasikan sebagai kos tetap?
Insurans kilang
Belanja alat-alat kecil
Upah pekerja produktif
Kos belian bahan mentah
Pernyataan yang manakah tepat tentang tujuan bahagian fungsian sumber manusia?
Menjawab pertanyaan pelanggan
Memastikan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran mencukupi
Memastikan organisasi mempunyai pekerja yang berkemahiran
Menyediakan pakar untuk memberikan maklumat mengikut kehendak Pelanggan
Pernyataan yang manakah merupakan peranan bahagian fungsian jualan?
Menyediakan sebut harga barang yang dijual
Mengenal pasti keperluan dan kehendak pelanggan
Membuat promosi melalui pelbagai media komunikasi
Memasarkan produk dan perkhidmatan kepada pelanggan
Puan Ely bercadang untuk membuka sebuah restoran makanan laut di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Antara yang berikut, bahagian fungsian yang manakah lebih sesuai ditubuhkan di restoran tersebut?
Jualan
Pengagihan
Pengeluaran
Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan pengurusan sumber manusia?
Merancang sumber manusia
Latihan dan pembangunan
Hubungan industri
Memasarkan produk
