Font size
Worksheets2018 Sejarah Percubaan K1 Johor
Total questions: 40
Worksheet time: 40mins
Orang Mesir Purba menanam mayat bersama barangan dan peralatan keperluan manusia.
Mengapakah amalan tersebut dilakukan?
Menunjukkan darjat si mati
Mengelak harta mereka dirampas
Membalas budi si mati semasa hidup
Percaya kepada kehidupan selepas mati
Apakah keistimewaan golongan artisan di kalangan masyarakat di Lembah Indus?
Mahir dalam penghasilan logam dan tembikar
Merupakan golongan pembesar kerajaan
Terlibat dalam penulisan karya sastera
Pemimpin upacara keagamaan
(Pilih 2 jawapan)
Polis ialah institusi politik yang merdeka di Yunani. Manakah antara berikut merupakan ciri-ciri polis?
Mempunyai agora
Mempunyai acropolis
Mempunyai tentera berkuda
Mempunyai undang-undang tersendiri
Mengapakah Maharaja Shih Huang Ti membina Tembok Besar China?
Menunjukkan kekuatan ketenteraan dinasti Chin
Menunjukkan keindahan seni bina China
Menahan daripada serangan orang gasar
Memperingati jasa ayah baginda
Rajah berikut menunjukkan tahap perkembangan sesebuah pelabuhan dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.
Pelabuhan X dalam rajah tersebut ialah
pelabuhan bebas
pelabuhan bandar
pelabuhan nelayan
pelabuhan kerajaan
Dalam sistem pentadbiran kerajaan Srivijaya, terdapat jawatan datu. Apakah peranan datu dalam sistem pentadbiran tersebut ?
Ketua agama
Pentadbir daerah
Pemerintah tentera
Pencatat salasilah raja
Nabi Muhammad SAW diamanahkan oleh pemimpin Arab Quraisy untuk meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya.
Apakah kepentingan peristiwa tersebut kepada masyarakat Arab ?
Penyebaran Islam di Makkah
Perbalahan antara kaum dielakkan
Perkembangan perdagangan di Makkah
Perlantikan pemimpin dari kalangan orang Islam
Al-Arqam bin Abu Arqam telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah. Bagaimanakah beliau menyumbang untuk membantu penyebaran Islam ?
Membantu mengumpul ayat al-Quran
Mengetuai kumpulan penghijrahan ke Habsyah
Mewakafkan rumah sebagai pusat kegiatan dakwah
Merisik maklumat penentangan daripada musyrikin Quraisy
(Pilih 2 jawapan) Antara berikut yang manakah berkaitan dengan penghijrahan Nabi Muhammad SAW
ke Madinah?
Wujudnya golongan Muhajirin dan Ansar
Struktur pentadbiran dipimpin oleh khalifah
Terbinanya bangunan yang lengkap dengan infrastruktur
Mempersaudarakan orang Islam Makkah dan Madinah
Apakah sumbangan Abdullah bin Abu Bakar, Amir bin Fuhairah dan Abdullah bin Arqat
Meneruskan dakwah ke Taif
Menandatangani Perjanjian Hudaibiyah
Membantu Rasulullah berhijrah ke Madinah
Menamatkan pemulauan terhadap orang Islam
Kerajaan Bani Umaiyah telah mewujudkan sistem hijabah.
Bagaimanakah sistem tersebut dilaksanakan ?
Penetapan peraturan di istana
Kebebasan bersuara dilakukan
Halangan mengkritik pemerintah
Pemeriksaan untuk menemui khalifah
Golongan ghazi telah membawa kejayaan kepada kemunculan dan peluasan empayar Kerajaan Turki Uthmaniyyah.
Mengapakah golongan ini dianggap penting?
Terdiri daripada pahlawan
Golongan yang dermawan
Membina teknologi yang baru
Mahir dalam bidang undang-undang
Sifat amanah dan jujur di kalangan para pedagang Islam menyebabkan mereka diberi jawatan di pelabuhan. Apakah nama jawatan itu?
Penggawa
Laksamana
Syahbandar
Penghulu Bendahari
Wilayah Aru, Siak dan Rokan termasuk dalam jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka. Apakah usaha sultan Melaka untuk memperkukuh kedudukan Islam di wilayah tersebut ?
Membina institusi pendidikan
Melatih pendakwah tempatan
Mendirikan pusat penterjemahan
Menghantar ulama mengajar agama
Undang-undang berikut iaitu Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Perak dan Undang-Undang Pahang dilaksanakan dalam kerajaan Melayu sebelum kedatangan penjajahan Barat. Apakah kepentingan undang-undang tersebut ?
Menentukan corak pemerintahan sesebuah kerajaan
Menyekat perluasan pengaruh kerajaan luar
Menetapkan sempadan antara negeri
Mengehadkan bidang kuasa raja
Apakah perkara yang paling penting sebelum para pedagang dapat menjalankan aktiviti jual beli di Melaka?
Membuka gerai
Membayar cukai
Membayar zakat
Berjumpa laksamana
Berdasarkan jadual di atas, yang manakah berkaitan dengan tokoh tersebut ?
Penerokaan kawasan Timur
Penerokaan kawasan Barat
Perebutan takhta pemerintahan
Peperangan sesama mazhab Kristian
Kegiatan ekonomi negara jajahan telah distruktur oleh penjajah kesan daripada imperialisme.
Mengapakah hal ini terjadi?
Memajukan negara jajahan
Memenuhi keperluan industri
Mewujudkan peluang pekerjaan
Melaksanakan pentadbiran baru
Apakah kesan penggunaan kapal korek dalam kegiatan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu pada abad ke-20?
Lombong orang Cina terpaksa ditutup
Pembesar Melayu menyediakan modal
Kuala Lumpur sebagai pusat pengeluaran
Syarikat Eropah menjadi pengeluar utama
Sistem Kontrak dan Sistem Kangani adalah cara kemasukan buruh dari luar ke Tanah Melayu pada kurun ke-19. Mengapakah sistem tersebut dipilih oleh para imigran?
Keselamatan dijamin oleh pihak berkuasa
Latihan kemahiran disediakan oleh kerajaan
Tambang pengangkutan dibayar oleh majikan
Tempat penginapan disediakan oleh agensi yang dilantik
Pembukaan Terusan Suez, Penggunaan telegraf dan Penggunaan kapal wap teleh memberi kesan terhadap Asia Tenggara. Apakah kesan tersebut?
Perkembangan pengangkutan laut
Peningkatan taraf hidup penduduk
Perluasan imperialisme Barat
Pertambahan imigran Eropah
Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di tanah jajahan mereka di Asia Tenggara.
Apakah ciri sistem birokrasi tersebut?
Pengekalan pemerintahan beraja
Pelantikan pembesar daerah
Pengenalan sistem ufti
Pentadbiran melalui biro
Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranya daripada cengkaman penjajah asing.
Apakah faktor kejayaan perjuangan para nasionalis tersebut?
Bantuan golongan bangsawan
Perpaduan penduduk peribumi
Kerjasama dengan kuasa asing
Kepelbagaian hasil dalam negara
(Pilih 2 Jawapan) Andaikan anda seorang pembesar tempatan di Pasir Salak, Perak semasa British memperkenalkan pentadbiran Barat.
Mengapakah anda menentang British ?
Hilang kawasan pegangan
Peraturan membuka tanah baru
Larangan memungut hasil hutan
Campur tangan dalam adat resam
Mengapakah KMM melaksanakan strategi untuk bekerjasama dengan Jepun?
Menghalau penjajah asing
Menyekat pengaruh komunis
Mendapatkan petempatan khas
Menghalang kemasukan imigran
Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19.
Apakah persamaan pembentukan kedua-dua negara bangsa tersebut?
Mengekalkan sistem monarki
Menggunakan kaedah realpolitik
Mengamalkan prinsip demokrasi
Menguatkuasakan falsafah legalisme
(Pilih 2 jawapan) Dalam konteks negara moden, bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dari segi
agama
bahasa
adat resam
kegiatan ekonomi
Prinsip kerakyatan sama rata
Pesuruhjaya negeri di setiap negeri
Majlis Raja-Raja hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu
Apakah sistem pentadbiran yang berkaitan dengan maklumat tersebut?
Malayan Union
Pentadbiran Tentera British
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu tidak menggalakkan penjajahan bentuk baharu.
Apakah tindakan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan piagam tersebut?
Menamatkan Malayan Union
Memperkukuh sistem pertahanan
Mengawal kedatangan kaum imigran
Mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu
(Pilih 2 jawapan) Antara yang berikut, manakah jenis kerakyatan yang telah diterima dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Melalui permohonan
Kuat kuasa undang-undang
Perkenan Raja-Raja Melayu
Kelulusan Dewan Undangan Negeri
Apakah yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu pada tahun 1950-an untuk merealisasikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?
Berunding dengan komunis
Mengadakan pungutan suara
Mendapatkan sokongan luar
Memperkukuh perpaduan kaum
Pada tahun 1946, Sabah diserahkan kepada British oleh Syarikat Borneo Utara British.
Apakah kesan penyerahan tersebut terhadap Sabah?
Pentadbiran tradisional kekal
Sistem feudal berakhir
Menjadi tanah jajahan
Berkerajaan sendiri
Seorang pegawai tertinggi angkatan tentera telah dijatuhi hukuman.
Siapakah yang berkuasa memberi pengampunan kepada pegawai tersebut?
Perdana Menteri
Menteri Pertahanan
Mahkamah Persekutuan
Yang di-Pertuan Agong
Apakah syarat untuk menjadi Ahli Dewan Negara dalam sistem pemerintahan di Malaysia?
Menang dalam pilihan raya
Aktif dalam pertubuhan politik
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun
Cemerlang dalam perkhidmatan awam
Rakyat Malaysia mesti berbangga dengan Jalur Gemilang kerana ia adalah lambang
Keagungan
Kegigihan
Kemajuan
Kedaulatan
Dasar Penswastaan dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat.
Apakah matlamat dasar tersebut?
Mengimbangi pemilikan harta antara kaum
Mengurangkan beban kewangan kerajaan
Meningkatkan kemajuan ekonomi
Memperhebatkan pembukaan tanah
Apakah tujuan Sukan Malaysia atau SUKMA diadakan?
Memantapkan ekonomi negara
Memperkukuh perpaduan rakyat
Memajukan industri pelancongan
Mengimbangi ekonomi antara kaum
Pada 28 Jun 1914, peristiwa pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary berlaku.
Antara yang berikut, yang manakah kesan daripada peristiwa tersebut?
Perang Dingin
Perang Saudara
Perang Dunia Pertama
Pembentukan Pakatan Bertiga
Mengapakah berlaku perubahan dasar di atas?
Pengaruh Britain di Timur berkurangan
Bantuan pertahanan dari Komanwel
Suasana yang aman di Vietnam
Perjanjian Inggeris-Tanah Melayu ditandatangani
Apakah keputusan yang dicapai dalam mesyuarat tersebut?
Pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM)
Pengisytiharan Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
Pembentukan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
Penubuhan Pusat Kajian Bahasa Inggeris (RELC)
