wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH T5 BAB4( KUIZ MUDAH HAFAL)

Total questions: 36

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

1.Perkara berikut merupakan satu daripada ciri Malayan Union yang dilaksanakan oleh British pada tahun 1946.

Kerakyatan

jus soli

Mengapakah orang Melayu menentang ciri tersebut?

a)

A Fahaman komunis mudah bertapak

b)

B Persaingan dengan orang asing

2.

Mengapakah pertubuhan berikut menyokong Malayan Union?

 Angkatan Pemuda Insaf ( API )

 Angkatan Wanita Sedar ( AWAS )

a)

A Hak masyarakat Melayu dilindungi

b)

B Menyanjung sistem pentadbiran Barat

3.

Maklumat berikut berkaitan dengan pentadbiran penjajah di Tanah Melayu

 Prinsip kerakyatan sama rata

 Pesuruhjaya negeri di setiap negeri

 Majlis Raja-Raja hanya membincangkan soal agama

Islam dan adat istiadat Melayu

Apakah sistem pentadbiran yang berkaitan dengan maklumat tersebut?

a)

A Malayan Union

b)

B Negeri-negeri Melayu Bersekutu

4.

Pantun berikut menggambarkan kesan pembentukan Malayan Union di Tanah Melayu.

Dari Bentan ke Kuala Sedidi Singgah

Berjaja di Batu Pahat

Syarat kerakyatan secara jus soli

Kuasa raja turut tergugat

Apakah tindakan orang Melayu? T5 B4 ms 99

a)

A Memohon bantuan luar

b)

B.Mengadakan demonstrasi secara aman

5.

Pernyataan berikut menerangkan maksud prinsip kerakyatan secara jus soli yang ditentang hebat oleh orang Melayu.


Jus soli


Kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura

Bagaimanakah isu tersebut berjaya diselesaikan?

a)

A Kesamarataan agihan ekonomi

b)

B.Mengiktiraf hak istimewa orang Melayu

6.

Sebagai rakyat yang cinta akan negara, mengapakah anda menentang Malayan Union?

a)

A Mempertahankan tamadun bangsa

b)

B Kesukaran mendapatkan kerakyatan

7.

Senarai berikut adalah tindakan British yang membangkitkan kemarahan orang Melayu pada tahun 1940-an. T5 B4 ms 99

 Pengenalan Malayan Union

 Penyerahan Sarawak kepada British


tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang Melayu?

a)

A Mencampuri adat istiadat tempatan

b)

B Menjejaskan hak kaum peribumi

8.

Pernyataan berikut berkaitan dengan kandungan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu pada tahun 1946.

Semua rakyat British daripada tanah jajahannya boleh menjadi rakyat Malayan Union.

Apakah kesan pernyataan tersebut? T5 B4 ms 99

a)

A Komposisi penduduk seimbang

b)

B Kedudukan kaum peribumi terancam

9.

Apakah hasrat British membentuk sebuah bangsa Malayan Union? T5 B4 ms 96

a)

A Menumpukan taat setia

b)

B. Membanteras ancaman komunis

10.

Rajah 3 berkaitan dengan asas kerakyatan Malayan Union pada tahun 1946.

Asas Kerakyatan Malayan Union

@Kewarganegaraan sama rata

@Prinsip jus soli

a)

A. Pengurangan jumlah penduduk peribumi

b)

B Perpaduan dalam kalangan rakyat terjejas

11.

Mengapakah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ditubuhkan pada tahun 1946 ? T5 B4 ms 101

a)

A Mengeratkan perpaduan antara kaum

b)

B Menentang pelaksanaan Malayan Union

12.

Malayan Union memperkenalkan prinsip kerakyatan jus soli. Mengapakah orang Melayu menentang kerakyatan tersebut ?

a)

A Menggugat kedudukan raja

b)

B Memusnahkan status quo

13.

Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946? T5 B4 ms 95

a)

A. Mengurangkan kemasukan orang dagang

b)

B. Menghapuskan negara dan bangsa Melayu

14.

Senarai berikut menerangkan penubuhan yang ditubuhkan di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua. T5 B4 ms 100

 Angkatan Pemuda Insaf (API)

 Angkatan Wanita Sedar (AWAS)

 Barisan Tani Malaya (BATAS)

a)

A. Menyokong Malayan Union

b)

B Menentang kemasukan kaum imigran

15.

Rajah 3 menunjukkan pernyataan ketiga-tiga unit politik di Tanah Melayu dalam pentadbiran Malayan Union.


MALAYAN UNION

@Negeri-Negeri Selat

@Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

@Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu


Mengapakah British bertindak demikian? T5 B4 ms 95

a)

A Menjimatkan kewangan kerajaan

b)

B. Melatih penduduk tempatan mentadbir

16.

Peristiwa 1946

Pengenalan Malayan Union


Apakah kesan peristiwa di atas terhadap orang Melayu?

a)

A Perpaduan kukuh

b)

B Ekonomi meningkat

17.

Akhbar Tempatan

Utusan Melayu

Majlis

Warta Negara

Apakah peranan akhbar di atas semasa Malayan Union diperkenalkan?

a)

A Menyeru orang Melayu bersatu

b)

B.Memulaukan upacara pelantikan Gabenor .

18.

Mengapakah orang Melayu menerima Persekutuan Tanah Melayu 1948 berbanding Malayan Union? T5 B4 ms 107

a)

A Raja berkuasa mutlak

b)

B Hak istimewa terjamin

19.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditandatangani pada 1948

Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap perjuangan orang Melayu ?

a)

A Berkuasa mengawal pentadbiran

b)

B. Hak istimewa dilindungi

20.

Maklumat berikut berkaitan dengan keanggotaan Jawatankuasa Eksekutif yang ditubuhkan pada 1948. T5 B4 ms 104

 Pegawai kanan British

 Pemimpin UMNO

 Wakil Raja – Raja Melayu

Apakah tujuan jawatankuasa tersebut dibentuk ?

a)

A Mengambil langkah mengurangkan kemasukan imigran

b)

B.Membincangkan bentuk pentadbiran bagi menggantikan Malayan Union

21.

Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu tidak menggalakkan penjajahan bentuk baharu.

Apakah tindakan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan piagam tersebut? T5 B4 ms 104

a)

A Menamatkan Malayan Union

b)

B Memperkukuh sistem pertahanan

22.

Piagam Atlantik yang ditandatangani oleh 50 buah negara pada 24 Jun 1945 telah menjadi piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. T5 B4 ms 104 Apakah manfaat piagam tersebut terhadap negara-negara di Asia Tenggara?

a)

A Berpeluang menubuhkan kerajaan sendiri

b)

B.Menyeragamkan sistem pentadbiran

23.

Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948? T5 B4 ms 103

a)

A Kekuatan perpaduan orang Melayu

b)

B.Memenuhi desakan orang dagang

24.

Apakah langkah kerajaan British di Tanah Melayu yang bersesuaian dengan Piagam Atlantik 1945? T5 B4 ms 104

a)

A. Menerima cadangan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

b)

B Membentuk Jawatankuasa Perundingan Kerjasama Kaum

25.

Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu? T5 B4 ms 107

a)

A. Penubuhan Majlis Raja-Raja

b)

B.Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

26.

Apakah manfaat yang diperoleh orang Melayu melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948? T5 B4 ms 108

a)

A Kebebasan berpolitik

b)

B Kedudukan istimewa dilindungi

27.

Piagam Atlantik

Apakah gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkandung dalam piagam di atas? T5 B4 ms 104

a)

A Dasar liberalisasi

b)

B Dasar dekolonisasi

28.

Perlembagaan 1941 adalah perlembagaan bertulis pertama di Sarawak. T5 B4 ms 110

Mengapakah perlembagaan tersebut penting kepada penduduk Sarawak?

a)

A Ekonomi diagih sama rata

b)

B Mendapat taraf kerajaan sendiri

29.

Bagaimanakah masyarakat tempatan menentang penyerahan Sarawak Kepada kerajaan British pada tahun 1946? T5 B4 ms 111

a)

A Menganjurkan kongres

b)

B Mengadakan demonstrasi

30.

Gambar 1 menunjukkan demonstrasi rakyat Sarawak kerana menentang penyerahan Sarawak kepada British pada tahun 1946.

Mengapakah terdapat sepanduk yang tertulis ``WE DO NOT WANT TO BE COLONISED’’ (KAMI TIDAK MAHU DIJAJAH) ? T5 B4 ms 110

a)

A Taraf kerajaan sendiri terjejas

b)

B Sempadan negeri akan diubah

31.

Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada British. T5 B4 ms 111

Mengapakah penyerahan tersebut mendapat bantahan penduduk tempatan?

a)

A Sistem beraja tergugat

b)

B Negeri menjadi tanah jajahan

32.

Berdasarkan Perlembagaan 1941, Vyner Brooke berjanji akan memberikan taraf kerajaan sendiri kepada Sarawak. Mengapakah janji tersebut tidak dapat dilaksanakan? T5 B4 ms 110

a)

A Tentangan pembesar tempatan

b)

B British mengambil alih pentadbiran

33.

Pada 8 Februari 1946, Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British. T5 B4 ms 110

Apakah kesan sekiranya penyerahan tersebut tidak dilaksanakan?

a)

A Kemasukan kaum imigran akan berterusan

b)

B Pembentukan kerajaan sendiri menjadi kenyataan

34.

Pada tahun 1949, Gabenor Sarawak, Duncan Stewart telah dibunuh. Apakah kesan peristiwa pembunuhan tersebut? T5 B4 ms 111

a)

A Pentadbiran kerajaan menjadi lemah

b)

Rosli Dhobi dihukum gantung

35.

8 Februari 1946

Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British

Mengapakah penyerahan tersebut ditentang oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan Sarawak? T5 ms 110

a)

A. Penghapusan hak istimewa peribumi

b)

B Percanggahan dengan Perlembagaan 1941

36.

Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British pada tahun 1946. Mengapakah penyerahan tersebut tidak dipersetujui oleh penduduk Sarawak? T5 B4 ms 110

a)

A Mencanggahi Perlembagaan 1941

b)

B Mengugut pembesar bagi mendapat persetujuan