NEW
Font size
WorksheetsGAMIFIKASI QUIZIZZ T4B7
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Angkatan Pemuda Insaf (API) telah diharamkan oleh British.
Mengapakah British mengharamkan pertubuhan tersebut?
Memperjuangkan hak rakyat
Membuat tuntutan kemerdekaan
Menyokong perjuangan komunis
Menggunakan pendekatan radikal
Apakah konsep yang digunakan oleh Kesatuan Melayu Muda dalam memperjuangkan kemerdekaan?
Melayu Raya
Malaysia
Merdeka
Tanah Melayu untuk Malayan
Apakah matlamat penubuhan parti Hizbul Muslimin?
Kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan jalan terbuka secara lembut
Kemerdekaan Tanah Melayu melalui perundingan
Membina satu negara yang teguh dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
Mencapai kemerdekaan Tanah Melayu sebagai sebuah negara Islam
Gambar di atas menunjukkan pengerusi Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC). Siapakah beliau?
V.T. Sambanthan
John Thivy
E.E.C. Thuraisingham
L.R. Doraisamy
Bagaimanakah CLC ingin meningkatkan ekonomi dan pendidikan orang Melayu?
Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
Pilihan raya diadakan pada peringkat Majlis Perundangan Persekutuan
Kedudukan istimewa orang Melayu di negara ini diperakui
Penubuhan jawatankuasa pendidikan
Apakah maksud Sistem Ahli?
Sistem yang mengkaji semula pendidikan di Tanah Melayu
Sistem yang menetapkan syarat-syarat kewarganegaraan PersekutuanTanah Melayu
Sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu
Sistem yang menjalankan pilihan raya pada peringkat majlis bandaran
Siapakah yang memegang jawatan Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri dalam Sistem Ahli?
Lee Tiang Keng
E.E.C. Thuraisingham
Dr Ismail Abdul Rahman
Dato Onn Jaafar
Apakah maksud sekolah vernakular?
Sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar
Sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Sekolah yang menggunakan bahasa isyarat
Sekolah yang menggunakan lebih daripada tiga bahasa sebagai bahasa pengantar
Apakah kesan sistem persekolahan yang menggunakan bahasa pengantar dan kurikulum yang berlainan?
Menyatupadukan rakyat berbilang kaum
Membolehkan rakyat menguasai pelbagai bahasa
Menimbulkan jurang perbezaan ekonomi dan sosial antara rakyat berbilang kaum
membawa kepada rusuhan kaum antara rakyat
Berdasarkan Laporan Barnes 1951, bahasa pengantar yang digunakan di sekolah rendah ialah
Bahasa Melayu atau bahasa Cina
Bahasa Melayu sahaja
Bahasa Inggeris sahaja
Bahasa Inggeris atau bahasa Melayu
Mengikut Laporan Barnes, bahasa pengantar di sekolah menengah ialah
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Laporan Fenn-Wu 1951 memberi tumpuan kepada
Pendidikan sekolah Melayu
Pendidikan sekolah Inggeris
Pendidikan sekolah Cina
Pendidikan sekolah Tamil
Antara berikut, yang manakah benar mengenai pengajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil di bawah Ordinan Pelajaran 1952?
I Diajar di sekolah rendah
II Diajar di sekolah menengah
III Perlu ada sekurang-kurangnya 20 orang murid
IV Perlu ada sekurang-kurangnya 15 orang murid
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah persamaan matlamat penubuhan persatuan berikut?
Pembinaan negara bangsa
Bersatu pertahankan hak peribumi
Bekerjasama dengan semua kaum
Pembinaan sebuah negara yang merdeka
Mengapakah perundingan antara kaum penting bagi Persekutuan Tanah Melayu mencapai status berkerajaan sendiri?
Mengukuhkan isntitusi beraja
Menyatupadukan pelbagai kaum
Merangka perlembagaan baharu
Melaksanakan pilihan raya umum
CLC berperanan menyelesaikan isu pertikaian antara kaum di Tanah Melayu.
Apakah isu tersebut?
Keistimewaan semua kaum
Kemajuan sektor perdagangan
Kedudukan ekonomi kaum lain
Kewarganegaraan bukan Melayu
Apakah kepentingan penubuhan CLC terhadap negara?
Mendapat sokongan semua kaum
Menjadi asas kemerdekaan negara
Meningkatkan kestabilan sosioekonomi
Menggembleng tenaga menyokong kerajaan
Senarai berikut berkaitan dengan persekolahan di Sabah dan Sarawak
Apakah kesan daripada persekolahan tersebut?
Perbezaan jurang ekonomi
Perpaduan kaum terlaksana
Pengurusan yang sistematik
Perkembangan Bahasa Inggeris
Slogan "Hidup Melayu" digunakan oleh UMNO dalam perjuangannya.
Apakah matlamat yang hendak dicapai?
Kemerdekaan bersama Indonesia
Kemerdekaan sebagai negara IsIam
Kemerdekaan melalui kerjasama kaum
Pembubaran Malayan Union
Bagaimanakah CLC mengatasi isu ketidakseimbangan antara kaum dalam sektor perniagaan dan perusahaan?
Menubuhkan FELDA
Memperkenalkan Sistem Ahli
Mencadangkan penubuhan RIDA
Mengkaji sistem pendidikan kebangsaan
Maklumat berikut berkaitan Sistem Ahli.
Satu sistem kabinet bayangan yang terdiri daripada beberapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat.
Siapakah yang melantik Ahli dalam sistem tersebut?
Gabenor
Raja-raja Melayu
Setiausaha kerajaan
Pesuruhjaya Tinggi British
Sistem Ahli mula dilaksanakan dalam tahun 1951.
Apakah tujuan kerajaan British memperkenalkan sistem tersebut?
Proses dekolonisasi
Mengkaji hubungan kaum
Tuntutan Dato' Onn Jaafar
Pembentukan Kabinet Pertama
Sistem Ahli merupakan satu sistem kabinet bayangan dan terdiri daripada beberapa orang pemimpin masyarakat.
Bagaimanakah sistem ini membantu usaha ke arah berkerajaan sendiri?
Menggalakkan perpaduan
Mengenal pasti pemimpin berkaliber
Menyelesaikan masalah hubungan kaum
Melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran
Apakah tugas Ahli dalam Sistem Ahli?
Melatih penduduk tempatan
Mewartakan undang-undang
Mencadangkan undang-undang
Memastikan kelicinan pentadbiran
Apakah tujuan Ordinan Pelajaran 1952 diwujudkan?
Meninjau perkembangan sistem pedidikan di Tanah Melayu
Mempertingkat pengajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di sekolah-sekolah
Membentuk sistem pendidikan yang menggunakan bahasa rasmi Persekutuan
Menekankan kepentingan penubuhan sekolah rendah dan menengah dalam usaha membina negara bangsa
Antara yang berikut yang manakah merupakan cadangan dalam Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956?
Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah
Sekolah Jenis Umum menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Sekolah Umum menggunakan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar
Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
Pernyataan berikut merujuk kepada Laporan woodhead 1955 di Sabah.
Menetapkan peperiksaan di sekolah menengah
Apakah bahasa untuk mengendalikan peperiksaan tersebut?
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Melayu
Bahasa Ibunda
Ordinan Pelajaran 1952 gagal mencapai matlamat. Apakah faktor jawatankuasa pelajaran tersebut gagal
Negara mengalami masalah kewangan
Kejatuhan harga komoditi utama negara
Ancaman Komunis semasa Zaman Darurat
Mendapat tentangan daripada semua kaum
Laporan Fenn-Wu diterbitkan pada tahun 1951.
Mengapakah laporan tersebut diterbitkan?
I Memansuhkan sekolah Vernakular
II Menggubal kurikulum yang seragam
III Mengkaji pendidikan sekolah Cina
IV Mencadangkan penambahbaikan sekolah Cina
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Sistem pendidikan sebelum merdeka tidak dapat memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku?
Kemudahan asas terhad
Bahasa ibunda digunakan
Pentadbiran yang berbeza
Peruntukan kewangan terhad
Bagaimanakah Sistem Ahli dapat memperkukuh perpaduan rakyat ?
Ahli dipantau oleh suruhanjaya bebas
Undang-undang anti perkauman digubal
Ahli dilantik dalam kalangan pelbagai kaum
Mewajibkan penggunaan bahasa kebangsaan
Maklumat tersebut berkaitan dengan matlamat perjuangan parti X.
Apakah X?
Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
Pergerakan Pemuda Melayu
(PPM)
Parti Kebangsaan Melayu Malaya
(PKMM)
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak
(PKMS)
Pada tahun 1954, Dato' Onn Jaafar menubuhkan Parti Negara.
Apakah matlamat perjuangan parti tersebut?
I Hak yang sama untuk semua
II Pentadbiran Islam di negeri Melayu
III Kemerdekaan melalui kerjasama kaum
IV Pembentukan satu parti untuk semua
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah matlamat yang hendak dicapai oleh pakatan UMNO, MCA dan MIC melalui parti Perikatan?
Kestabilan politik
Kemajuan ekonomi
Kemerdekaan negara
Kerjasama antara kaum
Sistem ahli mengekalkan tiga portfolio bawah pentadbiran British.
Antara berikut yang manakah portfolio tersebut?
Hal Ehwal Dalam Negeri
Pertanian dan Perhutanan
Perumahan dan Kerja Raya
Tanah Lombong dan perhutanan
Konvesyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada Ogos 1954.
Apakah resolusi konvensyen tersebut?
Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perbandaran
Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya
Pembentukan Parti Perikatan
Mendesak British mengadakan pilihan raya Persekutuan
Parti X memilih kapal layar sebagai logo yang melambangkan kesediaan menempuh cabaran dan rintangan bagi mencapai kemerdekaan negara.
Apakah X
Parti Negara
Parti Perikatan
Parti Kemerdekaan Malaya
Parti Islam Se-Tanah Melayu
Apakah cadangan Jawatankuasa Woodhead bagi sistem pendidikan di Sarawak dan Sabah?
Mengutamakan Bahasa Inggeris
Mewajibkan pendidikan sekolah rendah
Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
Menggunakan latar belakang etnik sebagai asas pendidikan
Apakah sumbangan Dato' Abdul Razak Hussein dalam bidang pendidikan?
Menyediakan pendidikan percuma
Mewujudkan sekolah berbilang bangsa
Melaksanakan pengajaran Bahasa Melayu
Mengasaskan sistem pendidikan kebangsaan negara
Usaha ke arah kemerdekaan menekankan langkah pemuafakatan sebagai asas pembinaan negara bangsa.
Apakah nilai penting bagi merealisasikan perkara tersebut?
Keadilan
Toleransi
Kerjasama
Musyawarah
