Font size
WorksheetsSEJARAH SPM 2009
Total questions: 40
Worksheet time: 21mins
Dalam karyanya Muqaddimah, Ibn Khaldun menekankan ciri kehidupan bandar yang bertamadun. Apakah ciri kehidupan tersebut?
Kebebasan beragama
Kesejahteraan hidup
Kemajuan ekonomi
Ketinggian moral
Perkembangan yang pesat dalam perancangan bandar berlaku pada sekitarb tahun 2000 S.M. dalam Tamadun Indus. Apakah faktor yang mendorong perkembangan tersebut?
Kemahiran ilmu geometri
Kejayaan kegiatan penerokaan
Keluasan kawasan pemerintahan
Kegiatan keagamaan
Gambar 1 menunjukkan sebahagian daripada Tembok Besar China. Mengapakah tembok tersebut dibina?
Menandakan sempadan negeri
Menjamin keselamatan wilayah
Menjadi benteng penghalang banjir
Melambangkan keagungan kerajaan
Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam pendidikan di Athens?
Menanam sikap keberanian
Melatih pemimpin berwibawa
Melahirkan individu seimbang
Mengukuhkan semangat patriotisme
Mengapakah konsep berikut diamalkan oleh kerajaan awal di Asia Tenggara?
Mempelbagaikan istiadat istana
Mengekalkan pentadbiran yang adil
Menggambarkan upacara keagamaan
Memperkukuhkan kedudukan pemerintah
Pada zaman pemerintahan Raja Indravarman I, kerajaan Angkor berjaya menghasilkan beras yang mencukupi untuk menampung keperluan rakyat. Apakah faktor kejayaan tersebut?
Pembinaan baray
Kemasukan buruh luar
Penerokaan tanah baru
Pengenalan kaedah penggiliran tanaman
Peperangan al-Basus berlaku selama 40 tahun antara Bani Bakar dengan Bani Taghlib semasa Zaman Jahiliah di Tanah Arab. Mengapakah peperangan tersebut berlaku?
Perebutan harta rampasan perang
Pembunuhan anggota kabilah
Perselisihan tentang hak perniagaan
Pencerobohan kawasan penempatan
Tokoh berikut telah memberi sumbangan kepada penyebaran Islam pada peringkat awal di Makkah. Bagaimanakah beliau menyumbang untuk membantu penyebaran Islam?
Membantu mengumpul ayat Al-Quran
Mengetuai kumpulan penghijrah ke Habsyah
Mewakafkan rumah sebagai pusat kegiatan dakwah
Merisik maklumat penentangan daripada musyrikin Quraisy
Selepas dua tahun perjanjian Hudaibiyah dimeterai, orang Quraisy Makkah mencabuli perjanjian tersebut dengan menyokong Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza'ah. Apakah kesan daripada pencabulan tersebut?
Penyebaran Islam tergendala
Pembukaan semula kota Makkah
Penduduk Madinah semakin terancam
Penghijrahan Nabi Muhammad S.A.W terhalang
Orang Mawali ialah orang bukan Arab yang memeluk Islam. Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan mereka?
Diwajibkan menyertai kerahan tenaga
Dikenakan bayaran cukai tambahan
Dilantik mengetuai pentadbiran wilayah
Dipertanggungjawabkan membina terusan
Apakah sumbangan Khalifah Uthman bin Affan kepada kemajuan sistem pertahanan negara Islam Madinah?
Membina markas tentera
Mewujudkan pasukan tentera tetap
Menubuhkan angkatan tentera laut
Melantik panglima tentera sebagai gabenor
Apakah sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam bidang kesenian yang masih kekal hingga ke hari ini?
Seni teater
Seni arca
Seni bina
Seni tari
Tokoh berikut memainkan peranan penting membantu Melaka menyebarkan Islam di Asia Tenggara. Bagaimanakah beliau melaksanakannya?
Menyertai para ulama
Menjalankan peluasan kuasa
Menghasilkan kitab ilmu tasawuf
Mengislamkan golongan pemerintah
Senarai berikut adalah teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara. Apakah persamaan cara penyebaran Islam berdasarkan ketiga-tiga teori tersebut?
Menerusi kegiatan perluasan kuasa
Melalui pertukaran kebudayaan
Melalui kegiatan perdagangan
Menerusi kegiatan kesusasteraan
Undang-undang berikut dilaksanakan dalam kerajaan Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat. Apakah kepentingan undang-undang tersebut?
Menentukan corak pemerintahan kerajaan
Menyekatkan perluasan pengaruh kerajaan luar
Menetapkan sempadan antara negeri
Menghadkan bidang kuasa raja
Mengapakah institusi baitulmal diperkenalkan oleh Kesultanan Melayu Melaka?
Menetapkan kadar cukai
Menguruskan harta kerajaan
Mengendalikan adat istiadat istana
Menentukan bidang tugas pembesar
Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani oleh Sepanyol dan Portugal pada tahun 1494. Apakah kesan perjanjian tersebut terhadap kedua-dua buah negara?
Pengukuhan institusi gereja
Wujud kerjasama ketenteraan
Perkongsian pelabuhan di timur
Pembahagian kawasan penjelajahan
Apakah kesan penaklukan Sepanyol terhadap kawasan berikut pada abad ke-15?
Tamadun tempatan tergugat
Pemerintahan tempatan dikekalkan
Taraf hidup masyarakat meningkat
Perdagangan antarabangsa berkembang
Jadual 1 menunjukkan nilai eksport getah Tanah Melayu antara tahun 1930-1932. Mengapakah nilai eksport getah Tanah Melayu merosot dalam tempoh tersebut?
Kekurangan buruh mahir
Kekurangan sumber modal
Penumpuan kepada perlombongan
Pengantungan kepada pasaran dunia
Bagaimanakah Akta Tanah Simpanan Melayu yang diperkenalkan oleh British pada 25 November 1913 memanfaatkan orang Melayu?
Memperkenalkan sistem perladangan
Mengekalkan hak milik
Mempelbagaikan jenis tanaman
Meneruskan ekonomi tradisional
Jadual 2 menerangkan perubahan dalam bidang pentadbiran yang berlaku di Thailand pada abad ke-19. Mengapakah perubahan tersebut dilakukan?
Memperkukuhkan sistem pemerintahan beraja
Memantapkan pentadbiran kerajaan
Memelihara kedaulatan negara
Memenuhi tuntutan rakyat
Pertubuhan Muhammadiyah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia. Apakah matlamat perjuangan pertubuhan tersebut?
Mempertahankan kuasa pemimpin tempatan
Meningkatkan kerjasama dengan kerajaan
Memperjuangkan kemajuan ekonomi
Menghindari ancaman sekularisme
Dialog di bawah mungkin berlaku di Naning semasa pentadbiran Penghulu Dol Said pada kurun ke-19. Apakah tindakan British setelah arahannya diingkari?
Menduduki Naning
Membunuh Dol Said
Merampas hasil penduduk
Memulau wilayah Naning
Apakah idea yang diketengahkan oleh Kaum Muda pada awal abad ke-20?
Penjanaan ajaran Islam untuk kemajuan
Pembentukan negara yang merdeka
Penubuhan syarikat kerjasama
Pemeliharaan tradisi bangsa
Majalah Guru memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu. Apakah isu yang difokuskan dalam majalah tersebut?
Menghargai warisan bangsa
Memperjuangkan hak wanita
Memajukan bidang kesusasteraan
Mengekalkan nilai murni masyarakat
Kata perbilangan adat berikut diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. Apakah corak pentadbiran yang digambarkan oleh kata perbilangan adat tersebut?
Teokrasi
Demokrasi
Autokrasi
Birokrasi
Tokoh berikut mengamalkan konsep realpolitik serta politik darah dan besi semasa memerintah Jerman pada abad ke-19. Mengapakah beliau mengamalkan konsep tersebut?
Menyatukan negara
Melicinkan pentadbiran
Menghapuskan sistem beraja
Menggubal perlembagaan moden
Apakah kesan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1984 terhadap sistem pemerintahan beraja di Tanah Melayu?
Pelaksanaan sistem penasihat
Penubuhan Majlis Raja-raja
Penyelarasan sistem pewarisan takhta
Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan
Apakah muslihat British memperkenalkan Malayan Union di Tanah Melayu pada tahun 1946?
Menyekat pengaruh dan campur tangan luar
Mendapatkan sokongan penduduk tempatan
Mengurangkan kemsukan orang dagang
Menghapuskan negara bangsa Melayu
Jadual 3 menunjukkan keputusan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955. Apakah menifesto Parti Perikatan sehingga membawa kepada kemenangan tersebut?
Peningkatan taraf kesihatan penduduk
Peningkatan sistem pentadbiran Barat
Peluang pekerjaan kepada rakyat
Perjuangan kemerdekaan tanah air
Gambar 2 menunjukkan Tunku Abdul Rahman sedang diarak di Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956. Mengapakah peristiwa tersebut penting kepada masyarakat Tanah Melayu?
Pengisytiharan tarikh kemerdekaan
Kunjungan pemimpin negara
Kempen pilihan raya umum
Pembentukan Persekutuan Malaysia
Jawatankuasa berikut ditubuhkan pada bulan Julai 1961. Apakah peranan jawatankuasa tersebut?
Merangka perlembagaan negara
Menetapkan tarikh pilihanraya umum
Menjelaskan tentang gagasan Malaysia
Merintis kerjasama pelbagai parti politik
Apakah hak keistimewaan yang diperoleh Sarawak dan Sabah apabila menyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Menentukan agama rasmi negeri
Mengawal hal ehwal imigresen
Menentukan dasar luar negeri
Mengawal sumber kewangan negeri
Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali.
Mengapakah perlembagaan tersebut dipinda?
Perubahan ekonomi semasa
Mengelak tekanan pihak luar
Memastikan kelancaran pentadbiran
Mematuhi perintah Majlis raja2
Apakah perkara yang terkandung dalam Akta Malaysia yang diistiharkan pada 26 Ogos 1963?
Hak Sabah mengawal perkhidmatan awam
Hal ehwal luar negeri tanggungjawab negeri
Pertahanan di bawah kawalan kerajaan negeri
Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan
Parti Rakyat Brunei pimpinan A.M. Azahari telah melancarkan Pemberontakan Brunei untuk menentang gagasan Malaysia. Mengapakah pemberontakan tersebut dilancarkan?
Menjaga hak peribumi
Tekanan penjajah British
Mengawal sumber ekonomi
Berhasrat menubuhkan Persekutuan Borneo
Rajah 1 menerangkan langkah kerajaan untuk memajukan ekonomi negara. Apakah kesan langkah tersebut?
Pembukaan tanah pertanian secara besar-besaran
Perkembangan pesat kemudahan asas
Peningkatan produktiviti sektor perkilangan
Penglibatan bumiputera dalam sektor perusahaan
MAPHILINDO yang ditubuhkan pada tahun 1963 adalah pertubuhan serantau yang dianggotai oleh Malaysia, Filipina dan Indonesia. Mengapakah pertubuhan tersebut ditubuhkan?
Meningkatkan hubungan persahabatan
Menyelesaikan pertelingkahan
Menggalakkan kerjasama pendidikan
Mewujudkan kerjasama dalam bidang ketenteraan
Malaysia menentang dasar Apartheid yang diamalkan oleh Afrika selatan. Apakah tindakan Malaysia terhdap negara tersebut?
Menamatkan perlindungan politik
Menghalang hubungan perdagangan
Memutuskan hubungan diplomatik
Menyekat bantuan kemanusiaan
Apakah matlamat penubuhan Liga Bangsa 1919?
Memupuk keamanan dunia
Mengeratkan hubungan perdagangan
Menggalakkan kerjasama pendidikan
Meningkatkan kerjasama kebudayaan
