wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL SPM SEJARAH PULAU PINANG 2021

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan wilayah pengaruh?

a)

Kawasan tanah jajahan dan takluk raja

b)

Kawasan yang dinaungi oleh raja dan kerabatnya

c)

Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seseorang raja

d)

Kawasan yang rakyatnya menganggap raja sebagai tuhan atau wakil tuhan

2.

Bagaimanakah Raja dalam kerajaan Alam Melayu memperkukuh kedudukannya?

a)

Ketaatan rakyat kepada raja

b)

Rakyat dianggap suci

c)

Rakyat menyembah raja

d)

Rakyat menjalankan kerahan tenaga

3.

Apakah faktor perbezaan idea nasionalisme antara negara dengan zaman?

a)

Politik

b)

Darjat

c)

Keturunan

d)

Ekonomi

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan pendapat tokoh mengenai nasionalisme.

Siapakah tokoh yang memberikan tafsiran nasionalisme tersebut?

a)

Dato' Onn Jaafar

b)

Dr. R. Suntharalingam

c)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

d)

Professor William R. Roff

5.

Antara berikut, yang manakah faktor berlakunya Perang Dunia Pertama?

a)

Persaingan kuasa imperialis

b)

Pakatan ketenteraan

c)

Perselisihan faham

d)

Mendapatkan barang mewah

6.

Antara berikut, yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Liga Bangsa-Bangsa selepas Perang Dunia Pertama?

a)

Krisis Manchuria

b)

Kemuncak krisis Balkan

c)

Kesan Perjanjian Versailles

d)

Kegagalan perjanjian pelucutan senjata

7.

Siapakah tokoh yang boleh dikaitkan dengan X?

a)

Sultan

b)

Gabenor

c)

Residen

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

8.

Apakah inti pati syarat kewarganegaraan mengikt prinsip jus soli?

a)

Seluruh rakyat yang dilahirkan di Britain diiktiraf sebagai warga Malayan Union

b)

Seluruh rakyat yang dilahirkan di mana-mana negara diiktiraf sebagai warga Malayan Union

c)

Seluruh rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singapura diiktiraf sebagai warga Malayan Union

d)

Seluruh rakyat yang dilahirkan di Tanah Melayu sahaja diiktiraf sebagai warga Malayan Union

9.

Antara berikut, tokoh manakah merupakah wakil Raja-raja Melayu dalam Jawatankuasa Kerja?

a)

Dato' Hamzah Abdullah

b)

Haji Mohamad Sheriff Osman

c)

Dato' Abdul Rahman Mohd Yassin

d)

Haji Megat Yunus

10.

Jawatankuasa Kerja ditubuhkan pada 25 Julai 1946. Apakah cadangan yang disarankan oleh jawatankuasa tersebut?

a)

Menyatukan sesetengah negeri Melayu dalam satu pentadbiran

b)

Menjaga kepentingan orang Melayu sahaja

c)

Mengenakan syarat kewarganegaraan yang ketat

d)

Menubuhkan Dewan Rakyat dan Dewan Negara

11.

Gambar menunjukkan kegiatan komunis di Tanah Melayu sekitar tahun 1925. Apakah yang anda faham mengenai ideologi Komunisme?

a)

Fahaman politik

b)

Perjuangan Parti Komunis Malaya

c)

Perjuangan menentang kuasa penjajah

d)

Ekonomi dan barang pengguna sebagai milik negara

12.

Mengapakah Parti Komunis Indonesia (PKI) berusaha membuka cawangan mereka di Tanah Melayu?

a)

Mengasaskan PKM

b)

Menyusup kesatuan sekerja

c)

Kegagalan menguasai Pulau Jawa

d)

Mendapatkan sokongan orang Melayu

13.

Pada pendapat anda, mengapakah pembentukan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) merupakan satu tindakan yang wajar bagi negara berbilang bangsa?

a)

Mencapai kemerdekaan

b)

Mengadakan Pilihan Raya Umum

c)

Menggalakkan penubuhan parti politik berasaskan kaum

d)

Meningkatkan kesedaran kerjasama politik dalam kalangan pemimpin kaum

14.

Maklumat berikut berkaitan dengan isu kedudukan ekonomi orang Melayu.

Bagaimanakah isu tersebut diatasi melalui Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)?

a)

Menubuhkan Rurai Industrial Development Authority RIDA

b)

Menubuhkan FELDA

c)

Melaksanakan Sistem Ahli

d)

Mewujudkan Jawatankuasa Kebangsaan

15.

Apakah tujuan pilihan raya diadakan di Tanah Melayu pada ketika itu?

a)

Membetulkan pandangan politik

b)

Melatih orang tempatan dalam pentadbiran

c)

Langkah ke arah berkerajaan sendiri

d)

Rakyat berpeluang memilih wakil dalam membentuk kerajaan

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan Jawatankuasa Pilihan Raya. Apakah peranan jawatankuasa tersebut?

a)

Menubuhkan kabinet pertama

b)

Mengkaji dan membuat cadangan

c)

Mengendalikan proses pilihan raya

d)

Memastikan kemenangan Parti Perikatan

17.

Gambar berikut berkaitan dengan perhimpunan bersejarah yang pernah berlaku di negara kita. Apakah tujuan perhimpunan tersebut diadakan?

a)

Menentang Malayan Union

b)

Pemasyhuran kemerdekaan

c)

Menghargai jasa pemimpin negara

d)

Mengumumkan tarikh kemerdekaan

18.

Suruhanjaya Reid yang ditubuhkan pada tahun 1956 terdiri daripada beberapa tokoh.

Apakah fungsi penubuhan suruhanjaya tersebut?

a)

Membentuk Kabinet

b)

Merundingkan kemerdekaan

c)

Menetapkan tarikh kemerdekaan

d)

Merangka Perlembagaan Persekutuan

19.

Apakah pengertian kemerdekaan menurut Soekarno, Presiden Indonesia?

a)

Bebas selama-lamanya

b)

Perjuangan menghadapi penjajahan

c)

Merangkumi politik, ekonomi dan moral

d)

Membebaskan diri daripada penjajahan kuasa Barat

20.

Pernyataan berikut berkaitan dengan pendapat tokoh tentang kemerdekaan.

Siapakah tokoh yang dikaitkan dengan pernyataan di atas?

a)

Nelson Mandela

b)

Mahatma Gandhi

c)

Tunku Abdul Rahman

d)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

21.

Kedaulatan berdasarkan rajah berikut boleh dilihat daripada beberapa suudut pandangan. Berdasarkan takrifan dari sudut bahasa, apakah yang boleh dimaksudkan kedaulatan dari perkataan bahasa Inggeris?

a)

Kuasa negara bebas

b)

Kuasa penuh negara

c)

Kuasa tertinggi kerajaan

d)

Kuasa mutlak pemerintah

22.

Maklumat di rajah berikut berkaitan dengan pandangan tokoh tentang kedaulatan sesebuah negara.

Berdasarkan pernyataan berikut, siapakah tokoh X?

a)

Aristotle

b)

Jean Bodin

c)

Ibn Khaldun

d)

Tunku Abdul Rahman

23.

Sebelum kedatangan kuasa Barat ke negara kita, undang-undang dan adat Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat.

Apakah kepentingan undang-undang dan adat Melayu?

a)

Panduan raja

b)

Punca kuasa raja

c)

Menjamin hak rakyat

d)

Kawalan pembesar

24.

Undang-undang berikut diambil daripada undang-undang yang digubal di England.

Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan?

a)

Melindungi penduduk asal

b)

Memelihara kepentingan British

c)

Melaksanakan undang-undang British

d)

Menggantikan undang-undang tempatan

25.

Maklumat berikut berkaitan dengan pemerintahan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).

Apakah bukti pernyataan tersebut?

a)

Raja ketua agama Islam

b)

Undang-undang Tubuh dirujuk

c)

Pegawai British dilantik oleh Raja-raja Melayu

d)

British mentadbir melalui surat perisytiharan Raja-raja Melayu

26.

Berbanding dengan raja di Negeri-negeri Melayu Bersekutu, kedudukan raja-raja di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu adalah lebih kukuh. Mengapakah hal demikian berlaku?

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Pentadbiran dan pembesar Melayu

c)

Pentadbiran tidak bersifat persekutuan

d)

Undang-undang Tubuh Kerajaan dirujuk

27.

Apakah kepentingan peranan Kerajaan Tempatan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan hari ini?

a)

Menggubal undang-undang tempatan

b)

Melaksanakan arahan kerajaan negeri

c)

Menjayakan program kerajaan persekutuan

d)

Menjadi perantara kerajaan negeri dengan rakyat

28.

Apakah kerajaan kerja sama erat di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri?

a)

Memajukan ekonomi negara

b)

Memelihara kedaulatan negara

c)

Menjamin kesejahteraan rakyat

d)

Memartabatkan undang-undang

29.

Mengapakah Brunei yang pada peringkat awal mengalu-alukan cadangan pembentukan Malaysia namun mengubah pendirian dan menarik diri?

a)

Isu kemerdekaan

b)

Sultan hilang kuasa

c)

Peranan Parti Rakyat

d)

Kepentingan kekayaan

30.

Apakah reaksi dari negara Indonesia dan Filipina terhadap pembentukan Malaysia?

a)

Menentang gagasan

b)

Menyokong gagasan

c)

Tiada campur tangan

d)

Berpandangan positif

31.

Senarai berikut berkaitan dengan hasil bumi yang terdapat di Sarawak dan Sabah.

Apakah kepentingan hasil bumi tersebut berikutan pembentukan Malaysia?

a)

Strategi perdagangan

b)

Asas pertanian moden

c)

Mempelbagaikan ekonomi

d)

Peningkatan eksport negara

32.

Sarawak dan Sabah kaya dengan hasil hutan dan sumber alam seperti ilustrasi di atas.

Mengapakah usaha mengimbangi pembangunan dan ekonomi di kedua-dua negeri tersebut menjadi satu cabaran?

a)

Rakyat tidak berpendidikan

b)

Pengalaman ekonomi sara diri

c)

Kekurangan kemudahan awam

d)

Tiada rancangan pembangunan ekonomi

33.

Rajah berikut boleh dikaitkan dengan pelaksanaan dasar sosial untuk mengukuhkan perpaduan rakyat.

Merujuk kepada Rajah di atas, apakah X dan Y?

a)

Parti politik

b)

Pilihan raya

c)

Rukun Negara

d)

Bahasa kebangsaan

34.

Maklumat berikut berkaitan dengan dasar kerajaan dalam memajukan ekonomi negara.

Apakah tujuan negara kita melaksanakan dasar tersebut?

a)

Kestabilan politik

b)

Kepelbagaian eksport

c)

Kemajuan perindustrian

d)

Kemakmuran ekonomi rakyat

35.

Senarai berikut berkaitan dengan rancangan pembangunan untuk penduduk luar bandar.

Apakah matlamat yang hendak dicapai melalui rancangan pembangunan tersebut?

a)

Keamanan negara

b)

Kestabilan ekonomi

c)

Peningkatan taraf hidup

d)

Peningkatan eksport negara

36.

Rancangan Buku Hijau dilancarkan oleh Tun Abdul Razak Hussein pada 20 Disember 1974.

Apakah objektif rancangan tersebut?

a)

Menambah rakyat pendapatan

b)

Menebus guna tanah pinggir hutan

c)

Mewujudkan industri kecil dan sederhana

d)

Menjayakan program pembangunan wilayah

37.

Tahun 1990-an menyaksikan Malaysia mula menjalinkan hubungan dengan negara sedang membangun di Afrika dan negara di Kepulauan Pasifik Selatan.

Apakah faktor utama yang membawa kepada perubahan tersebut?

a)

Kepimpinan

b)

Ikatan sejarah

c)

Keperluan semasa

d)

Tuntutan perdagangan

38.

Dasar luar Malaysia berubah selari dengan perkembangan negara.

Apakah ciri dasar luar Malaysia berikutan perkembangan yang berlaku pada tahun 1970-an?

a)

Probarat

b)

Anti Komunis

c)

Tidak berpihak

d)

Hubungan diplomatik dengan semua negara

39.

Maklumat berikut berkaitan dengan isu kemanusiaan dan keamanan yang diperjuangkan oleh Malaysia tercinta.

Mengapakah tercetusnya kedua-dua isu tersebut?

a)

Peperangan

b)

Bencana alam

c)

Perang saudara

d)

Kelemahan kepimpinan

40.

Mengapakah Malaysia memberikan bantuan dan sokongan kepada rakyat Syria?

a)

Mewujudkan kesedaran

b)

Mengeratkan silaturahim

c)

Menamatkan peperangan

d)

Mengurangkan kesengsaraan