wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI SEJARAH TINGKATAN 4

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan konsep kedaulatan?

a)

I Perluasan jajahan takluk

II Mengukuhkan hubungan persahabatan

III Pengiktirafan oleh kuasa asing

IV Bebas daripada campur tangan kuasa asing

b)

A I dan II

c)

B I dan IV

d)

C II dan III

e)

D III dan IV

2.

Wilayah pengaruh Kesultanan Melayu Melaka terdiri daripada keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera. Apakah kepentingan wilayah pengaruh ini?

a)

Memperkukuhkan kewibawaan pemerintah

b)

Membolehkan penguasaan sumber kekayaan

c)

Membantu dalam penyebaran Islam

d)

Menghindari campur tangan kuasa asing

3.

Antara pernyataan berikut, yang manakah merujuk kepada kawasan pegangan?

a)

Kawasan yang dikhaskan bagi aktiviti jual beli

b)

Kawasan larangan bagi rakyat biasa

c)

Kawasan pentadbiran Pembesar Berempat

d)

Kawasan pentadbiran pembesar jajahan

4.

Sultan menerajui sistem petadbiran Kesultanan Melayu Melaka. Siapakah yang membantu sultan dalam pentadbiran pusat?

a)

Pembesar Berlapan

b)

Pembesar jajahan

c)

Pembesar wilayah jajahan

d)

Pembesar Berempat

5.

Pembesar Berempat manakah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan kota Melaka?

a)

Bendahara

b)

Temenggung

c)

Penghulu Bendahari

d)

Laksamana

6.

Dalam kalangan Pembesar Berempat, Bendahara memainkan peranan paling penting dalam pentadbiran. Antara berikut, yang manakah bidang tugas Bendahara?

a)

I Ketua turus angkatan perang

II Menjaga keharmonian rakyat

III Meguruskan hal ehwal kewangan

IV Pemangku sultan

b)

A I dan II

c)

B I dan IV

d)

C II dan III

e)

D III dan IV

7.

Dalam Hukum Kanun Melaka, urusan kekeluargaan sangat diberi perhatian. Apakah matlamat undang-undang kekeluargaan ini?

a)

I Memastikan keharmonian dalam keluarga

II Memastikan ketua keluarga meminkan peranannya

III Mengelakkan masalah keruntuhan akhlak

IV Menyelesaikan masalah dalam perkahwinan

b)

A I dan II

c)

B I dan IV

d)

C II dan III

e)

D III dan IV

8.

Di bawah Undang-Undang Laut Melaka, siapakah yang menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap penumpang?

a)

Penghulu Bendahari

b)

Syahbandar

c)

Nakhoda

d)

Laksamana

9.

Antara amalan berikut, yang manakah berkaitan dengan kesetiaan rakyat terhadap pemerintah dalam Kesultanan Melayu Melaka?

a)

I Sistem perhambaan

II Sistem serah

III Sistem kerah

IV Sistem perundangan

b)

A I dan II

c)

B I dan IV

d)

C II dan III

e)

D III dan IV

10.

Apakah kepentingan perlantikan Pembesar Berempat dalam pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengurangkan beban tugas pemerintah

b)

Mengeratkan hubungan golongan pemerintah dengan golongan yang diperintah

c)

Melindungi kepentingan golongan pemerintah

d)

Mewujudkan permaufakatan antara pemerintah dan pembesar dalam mentadbir kerajaan

11.

Antara berikut, yang manakah dapat dikaitkan dengan konsep nasionalisme?

a)

Perpaduan rakyat

b)

Perjuangan menentang penjajah

c)

Perjuangan untuk menegakkan keadilan

12.

" Kita hendak menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap dan kuat, boleh berdiri di atas kaki sendiri dan mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa lain yang tegap dan bersatu."


Siapakah tokoh yang menyatakan idea nasionalisme tersebut?

a)

Hans Kohn

b)

Dato' Onn Jaafar

c)

Dr. Burhanuddin al-Helmi

d)

Prof. Datuk Zainal Abdidin Abdul Wahid

13.

Revolusi Keagungan 1688 menyaksikan usaha untuk menegakkan kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat di Britain.


Mengapakah usaha tersebut dinamai Revolusi Keagungan?

a)

Berlaku di Britain

b)

Menegakkan keadilan

c)

Revolusi oleh rakyat jelata

d)

Tidak berlaku pertumpahan darah

14.
  • Brahmo Samaj
  • Arya Samaj


Apakah perkara yang diperjuangkan oleh gerakan perjuangan nasionalisme di India seperti tersebut di atas?

a)

Satyagradha

b)

Kemerdekaan

c)

Kepentingan sosioagama

d)

Hak dan kepentingan rakyat

15.

Apakah gerakan yang dapat dikaitkan dengan perkembangan idea Pan-Islamisme?

a)

Dahagi India

b)

Gerakan Islah

c)

Kebangkitan Tok Janggut

d)

Sumpah Pemuda Indonesia

16.

Apakah matlamat perjuangan tokoh nasionalisme Filipina tersebut?

a)

Kemerdekaan Filipina

b)

Hak dan kebebasan penduduk

c)

Pembentukan kerajaan sendiri

d)

Filipina sebahagian daripada Sepanyol

17.
  • Persekutuan Guru-guru Melayu Semenanjung
  • The Malay Mail


Apakah bidang kemajuan yang diperjuangkan?

a)

Kemerdekaan

b)

Kemajuan ekonomi

c)

Pendidikan

d)

Persuratkhabaran

18.

Apakah pendapat nasionalisme bagi Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim?

a)

Perjuangan orang Melayu bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam negara sendiri

b)

Fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap bangsa di dunia

c)

Perjuangan menentang penjajahan

d)

Kebimbangan masyarakat terhadap sekularisme dan imperialisme Barat

19.

Siapakah yang menggubal Bill of Rights?

a)

Thomas Jefferson

b)

Jean Jacques Rousseau

c)

Hans Kohn

d)

John Locke

20.

"Menjadikan satyagraha sebagai pegangan untuk menggerakkan nasionalisme di India"


Siapakah yang menerajui pertubuhan tersebut?

a)

Bal Gangadhar Tilak

b)

Bipin Chandra Pal

c)

Muhammad Ali Jinnah

d)

Mahatma Gandhi

21.

Perang Dunia Pertama telah tercetus pada tahun 1914. Apakah faktor pemangkin perang tersebut?

a)

Perluasan pengaruh Itali di Habsyah

b)

Perbezaan ideologi politik dan ekonomi

c)

Penubuhan blok baharu di Barat

d)

Pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary

22.

Krisis Rantau Balkan menjadi penyebab Eropah terjerumus dalam Perang Dunia Pertama. Pilih pasangan yang tepat yang terlibat dalam krisis tersebut.

a)

Serbia dan Itali

b)

Britain dan Rusia

c)

Jerman dan Perancis

d)

Austria-Hungary dan Serbia

23.

Apakah kesan Perang Dunia Pertama terhadap Eropah?

a)

Pakatan tentera dibentuk

b)

Pemerintahan beraja tamat

c)

Kerjasama ekonomi dipersetujui

d)

Keperluan bahan mentah meningkat

24.

Bagaimanakah pemerintahan Dinasti Habsburg di bawah empayar Austria-Hungary berakhir?

a)

Penamatan sistem raja berkuasa mutlak

b)

Pengenalan sistem raja berperlembagaan

c)

Perjanjian gencatan senjata ditandatangani

d)

Pemberontakan tercetus di wilayah jajahannya.

25.

Empayar Uthmaniyah mengalami perpecahan selepas Perang Dunia Pertama. Apakah kesan perpecahan tersebut?

a)

Kerjasama rakyat terjalin

b)

Kerajaan republik dibentuk

c)

Kemunculan negara baharu

d)

Kemerosotan pengaruh komunis

26.

Bagaimanakah Adolf Hilter mengembalikan semua maruah bangsa dan negaranya selepas Perang Dunia Pertama?

a)

Mengadakan referendum

b)

Memulihkan sistem monarki

c)

Memperbesar angkatan tentera

d)

Membangunkan industri baharu

27.

Mengapakah Itali menganggap Perjanjian Versailes tidak adil?

a)

Tidak diberikan tanah jajahan baharu

b)

Dikehendaki membayar pampasan perang

c)

Tidak dibenarkan membina angkatan tentera

d)

Diarah membebaskan semua tawaran perang

28.

Liga Bangsa-Bangsa gagal memastikan keamanan dunia. Apakah bukti kegagalan tersebut?

a)

Tercetus krisis Albania

b)

Berlaku Krisis Manchuria

c)

Kejadian Pemberontakan Paris

d)

Termeterainya Perjanjian Versailles

29.

Jerman menggunakan serangan Blitzkrieg bagi menakluki negara di Eropah Barat. Bagaimanakah serangan tersebut dilakukan?

a)

Serangan gerila

b)

Serangan terancang

c)

Serangan secara kilat

d)

Serangan berani mati

30.

Bagaimanakah tentera Bersekutu berjaya memperdayakan tentera Jerman pada tahun 1944?

a)

Memasang poster propaganda

b)

Mengelirukan tempat pendaratan

c)

Menyerang dari pelbagai penjuru

d)

Mengadakan kempen pengampunan

31.

1.British Military Administration berusaha untuk mengembalikan kestabilan dan memulihkan kepercayaan rakyat selepas perang dunia kedua.


Apakah masalah besar yang dihadapi oleh Pentadbiran Tentera British?

a)

Perkauman

b)

Kewangan

c)

Bekalan makanan

d)

Kerosakan bangunan

32.

Jadual yang menunjukkan peningkatan harga barang dari bulan disember 1941 hingga bulan ogos 1945 di Tanah Melayu pada zaman pendudukan Jepun. 

Mengapakah keadaan ini berlaku ?


a)

Bencana alam

b)

Sekatan ekonomi 

c)

Masalah pengangguran  

d)

Kegiatan pasaran gelap. 

33.

Mengapakah Sir Harold MacMicheal tidak disenangi oleh orang melayu.

a)

Memaksa raja menandatangani perjanjian.

b)

Menentang demontrasi orang melayu.

c)

Menjadi gabenor Malayan union.

d)

Membantu pasukan komunis

34.

Apakah peranan akhbar – akhbar berikut semasa pembentukan Malayan union

• Majlis

• Utusan melayu

• Warta negara

a)

Menggalakkan perkembangan ekonomi

b)

Membolehkan bantahan disuarakan

c)

Menyebarkan pengetahuan agama

d)

Mengatasi masalah pendidikan.

35.

Apakah kesan pelaksanaan sistem pentadbiran

Malayan union terhadap orang melayu

a)

Mengeratkan perpaduan.

b)

Meningkatkan Ekonomi.

c)

Mengembangkan budaya.

d)

Mengukuhkan kuasa sultan.

36.

BARIP -(Barisan Pemuda Sabah)


Aktif membangkitkan kesedaran politik

dikalangan masyarakat setempat.


Bagaimanakah tindakan British untuk melumpuhkan Gerakan nasionalisme ini ?

a)

A Dibuang negeri.

b)

B Ditangkap dan dipenjara.

c)

C Menawarkan kenaikan panmgkat.

d)

D Menghadkan peluang dalam pentadbiran.

37.

Maklumat berikut merujuk rancangan British untuk mewujudkan sistem pentadbiran baharu di Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua.


Mewujudkan pentadbiran cekap

Memastikan sumbangan orang asing

Memperkenalkan syarat kewarganegaraan terbuka


Apakah sistem pentadbiran yang dapat menjayakan rancangan tersebut?

a)

A, Negeri-negeri Melayu Bersekutu

b)

B. British Military Adminisration

c)

C. Persekutuan Tanah Melayu

d)

D. Malayan Union

38.

British telah melantik Sir Harold Mac Michael untuk mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu bagi melaksanakan Malayan Union. Bagaimanakah beliau mendapatkan persetujuan tersebut?

a)

Membuat desakan

b)

Mewujudkan imuniti

c)

Mengekalkan gelaran

d)

Menggunakan ugutan

39.

Mengapakah tidak ada sebarang penentangan secara terbuka berlaku di sabah apabila SBUB menyerahkan sabah kepada British pada tahun 1946?

a)

A Kepimpinan yang lemah.

b)

B Keupayaan memerintah sendiri.

c)

C Kesedaran politik yang sederhana.

d)

D Tidak wujud kerjasama antara kaum.

40.

Apakah reaksi kaum ibu dalam persatuan kebangsaan melayu Sarawak terhadap pengambilan Sarawak oleh British ?

a)

A Memulau pentadbiran british.

b)

B Melancarkan serangan bersenjata.

c)

C Membunuh gabenor Sarawak.

d)

D Mengadakan demonstrasi.