wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH TING 5 BAB 2

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Seorang penduduk pribumi Tanah Melayu pada abad ke-19 berhasrat memajukan sebidang tanah yang belum dimiliki.


Syarat manakah yang menyukarkan hasrat tersebut?

a)

Persetujuan pembesar

b)

Kebenaran residen

c)

Kerjasama pemodal

d)

Perkenan sultan

2.

Mengapakah Naning berjaya mengalahkan British pada tahun 1831 ?

a)

Menggunakan askar upahan

b)

Mempunyai tentera yang terlatih

c)

Membina kubu pertahanan yang kukuh

d)

Mendapat sokongan pembesar tempatan

3.

Dialog di bawah mungkin berlaku di Naning semasa pentadbiran Penghulu Dol Said pada kurun ke-19.

A: Tok, British minta cukai.

B: Berapa banyak?

A: Satu persepuluh daripada hasil kita.

B: Jangan bayar walau sedikit pun.


Apakah tindakan British setelah arahannya diingkari?

a)

Menduduki Naning

b)

Membunuh Dol Said

c)

Merampas hasil penduduk

d)

Memulau wilayah Naning

4.

Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning antara tahun 1831 hingga tahun 1833.

Mengapakah beliau menentang British?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pencabulan adat tradisi

c)

Pembayaran ufti tahunan

d)

Pengenalan peraturan tanah

5.

Antara tahun 1831 hingga tahun 1832, British menghadapi tentangan daripada Penghulu Dol Said di Naning Mengapakah British ditentang di wilayah tersebut?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pengenalan peraturan tanah

c)

Arahan membayar ufti tahunan

d)

Mencabuli perjanjian damai

6.

Maklumat di bawah menunjukkan tokoh tempatan yang telah menentang kuasa British pada abad ke-19.

Rentap : Sarawak

Mat Salleh : Sabah

Mengapakah penentangan tersebut berlaku?

a)

Pencerobohan kawasan

b)

Penghapusan sistem perhambaan

c)

Peningkatan kemasukan imigran

d)

Paksaan membayar ufti

7.

Mengapakah British menggunakan nama Sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan pada tahun 1915?

a)

Menghormati sultan

b)

Mengekalkan kuasa Sultan

c)

Kesetiaan rakyat kepada Sultan

d)

Kuasa mutlak berada di tangan Sultan

8.

Rajah berikut menerangkan perubahan jawatan Tok Janggut di Kelantan.

Pemimpin Tempatan - Perdana Menteri

Apakah peristiwa yang menyebabkan perubahan tersebut?

a)

Pembunuhan Penasihat British

b)

Perluasan kuasa British

c)

Penawanan Pasir Puteh

d)

Pengunduran tentera Siam

9.

21 Julai 1875:

Mesyuarat antara Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang

Peristiwa di atas berlaku di negeri Perak.

Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Pengurangan kuasa sultan

b)

Pemecatan Sultan Ismail

c)

Pembunuhan J.W.W. Birch

d)

Pemansuhan jawatan Residen

10.

Pantun berikut menggambarkan kedudukan pembesar di Perak semasa penjajahan British.

'Buah pala dari Makasar,

Jatuh sebiji ke dalam dulang;

Diberi pencen kepada pembesar,

Jawatan diwarisi turut hilang.'


Bagaimanakah para pembesar tersebut berusaha untuk mengembalikan hak mereka ?

a)

Mengadakan kerjasama dengan orang Bugis

b)

Menghapuskan sistem pemilikan hamba

c)

Memperkukuhkan sistem pentadbiran tradisional

d)

Berjuang untuk menolak campur tangan Barat

11.

Dialog berikut mungkin berlaku di Durian Sebatang, Perak pada tahun 1875.

Pembesar Y : Saya mencadangkan supaya J.W.W. Birch dibunuh.

Ahli Mesyuarat : Kami semua sangat setuju dengan cadangan tersebut.


Mengapakah pembesar tersebut mencadangkan supaya J.W.W. Birch dibunuh?

a)

Kedaulatan negeri terancam

b)

Jawatan Residen dimansuhkan

c)

Pelaksanaan pendidikan sekular

d)

Kos sara hidup rakyat meningkat

12.

Apakah tindakan J.W.W.Birch yang menyebabkan orang Melayu bangkit menentang British di Pasir Salak, Perak?

a)

Larangan mengutip hasil hutan

b)

Menghalang kemasukan imigrin

c)

Campur tangan dalam pentadbiran

d)

Mengambil alih aktiviti perlombongan

13.

Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah.

  • Mat Salleh
  • Dato’ Bahaman


Mengapakah perjuangan mereka gagal?

a)

Senjata tidak lengkap

b)

Tenaga tentera kurang

c)

Kemudahan asas kurang

d)

Sokongan pembesar tidak cukup

14.

Tokoh berikut telah berjuang menentang penjajah .

  • Syarif Masahor
  • Datu Patinggi Abdul Gapur


Mengapakah mereka menentang pentadbiran Brooke?

a)

Menyekat kadatangan imigran

b)

Mempertahan hak mengutip cukai

c)

Mengawal kegiatan mencari hasil hutan

d)

Mengekalkan system pemerintahan beraja

15.

Haji Abdul Rahman Limbong telah memimpin penduduk tempatan Kuala Telemong, Terengganu menentang British.


Mengapakah penentangan itu dilakukan ?

a)

Pengenalan pendidikan sekular

b)

Pengenalan peraturan tanah

c)

Perlucutan jawatan pembesar

d)

Pembunuhan penduduk tempatan

16.

Pembesar Pahang :

  • Imam Rasul
  • Tok Gajah
  • Dato’ Bahaman

Mengapakah mereka menentang British?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pencabulan perjanjian

c)

Pengenalan perdagangan bebas

d)

Pelaksanaan pendidikan secular

17.

Bagaimanakah Rentap menentang pentadbiran Brooke di Sarawak?

a)

Mengutip hasil tanpa lesen

b)

Menyerang kubu pertahanan musuh

c)

Mengelak pembayaran cukai tanah

d)

Memohon bantuan kuasa luar

18.

Rentap adalah wira masyarakat Iban yang menentang pentadbiran Brooke di Sarawak.

Apakah tindakan beliau untuk menentang pentadbiran Brooke?

a)

Menyerang kubu pertahanan

b)

Enggan membayar cukai tanah

c)

Meminta bantuan tentera asing

d)

Mengutip hasil hutan tanpa lesen

19.

Rajah di atas menunjukkan perbalahan antara dua orang pembesar di Sungai Ujong.

Apakah kesan perbalahan tersebut?

a)

Kekurangan pelabur luar

b)

Kemerosotan hasil tempatan

c)

Perluasan pengaruh asing

d)

Perubahan sempadan negeri

20.

Sistem pendidikan pada zaman penjajah telah membangkitkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Kemasukan imigran tidak terkawal

b)

Kemunculan ramai golongan intelek

c)

Kewujudan golongan bangsawan

d)

Kepelbagaian sukatan mata pelajaran

21.

Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berbanding dengan Negeri-Negeri Selat?

a)

Kekurangan sumber modal

b)

Penolakan ideologi Kaum Muda

c)

Penguatkuasaan undang-undang

d)

Ketiadaan pemimpin berkebolehan

22.

Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam.

Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang Melayu?

a)

Mengutamakan pemimpin

b)

Memelihara warisan tradisi

c)

Berani mengkritik penjajah

d)

Bekerjasama dengan kaum imigran

23.

Senarai berikut adalah tokoh luar negara yang mempengaruhi Gerakan Islah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

· Syeikh Muhammad Abduh

· Sayyid Jamaluddin al-Afghani


Apakah bukti yang menunjukkan mereka berpengaruh ?

a)

Kekukuhan perpaduan pelbagai kaum

b)

Kemunculan semangat kebangsaan

c)

Perluasan penggunaan tulisan jawi

d)

Perkembangan kegiatan kesenian

24.

Apakah idea yang diketengahkan oleh Kaum Muda pada awal abad ke-20?

a)

Penjanaan ajaran Islam untuk kemajuan

b)

Pembentukan negara yang merdeka

c)

Penubuhan syarikat kerjasama

d)

Pemeliharaan tradisi bangsa

25.

Kaum Muda gagal meluaskan pengaruhnya ke Negeri –Negeri Melayu berbanding Negeri-Negeri Selat.


Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Bilangan ahli sedikit

b)

Sumber kewangan kurang

c)

Penyebaran risalah disekat

d)

Kemudahan perhubungan terhad

26.

Bagaimanakah British menghalang Gerakan Islah di Negeri-Negeri Melayu pada awal abad ke-20 ?

[Pilih 2 jawapan]

a)

Mengugut pemimpin

b)

Menyekat kegiatan dakwah

c)

Menghalang kemasukan risalah

d)

menyekat peluang belajar ke luar negara

27.

Akhbar berikut digunakan oleh Kaum Muda sebagai wadah perjuangan mereka di Tanah Melayu pada tahun 1930-an.

  • Al-Imam
  • Neraca
  • Saudara


Apakah isu yang dimuatkan oleh akhbar tersebut?

a)

Peranan golongan pembesar

b)

Mengkritik kelemahan raja

c)

Penghapusan amalan perhambaan

d)

Menggalakkan pendidikan Inggeris

28.

Akhbar berikut memberikan saranan untuk kemajuan ekonomi orang Melayu pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.


  • Warta Malaya
  • Warta Negara Majlis


Apakah 2 saranan tersebut?

a)

Menjalankan aktiviti perniagaan

b)

Menubuhkan syarikat kerjasama

c)

Mengasaskan institusi kewangan

d)

Melaksanakan penyatuan tanah

29.
  • Pengasuh 1918
  • Majalah Guru 1924
  • Bulan Melayu 1930

Mengapakah majalah di atas penting ketika itu ?

a)

Menghayati ajaran agama

b)

Menghargai warisan bangsa

c)

Meningkatkan kemajuan bangsa

d)

Menggalakkan budaya membaca

30.

Majalah Guru memainkan peranan penting dalam memajukan bidang pendidikan pada awal abad ke-20 di Tanah Melayu.

Apakah isu yang difokuskan dalam majalah tersebut?

a)

Menghargai warisan bangsa

b)

Memperjuangkan hak wanita

c)

Memajukan bidang kesusasteraan

d)

Mengekalkan nilai murni masyarakat

31.

Tokoh berikut adalah pengarang Majalah Guru pada tahun 1920an.


 Muhammad Dato’ Muda Linggi

 Yusuf Ahmad

 Mohd Sidin Rashid


Apakah 2 isu yang dibangkitkan kepada orang Melayu oleh pengarang tersebut?

a)

Kemunculan golongan radikal

b)

Pengurangan kuasa pembesar

c)

Pendidikan anak-anak

d)

Kemunduran ekonomi

32.

Novel berikut adalah karya Ishak Haji Muhammad (Pak Sako).

  • Anak Mat Lela Gila
  • Putera Gunung Tahan


Apakah persamaan tema dalam novel tersebut?

a)

Menghargai warisan bangsa

b)

Menghargai sumbangan tokoh

c)

Kepentingan pendidikan moden

d)

Cinta akan tanah air

33.

Maklumat di bawah menerangkan novel yang diterbitkan sebelum Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu.

Melor Kuala Lumpur : Harun Aminurrashid (1930-an)


Apakah mesej yang disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut?

a)

Mencintai tanah air

b)

Menghargai warisan bangsa

c)

Kebebasan kaum wanita

d)

Perpaduan antara kaum

34.

Pada awal abad ke-20, kegiatan berpersatuan di Sabah tidak menonjol.

Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Halangan daripada pemerintah

b)

Kelemahan sistem perhubungan

c)

Menghadapi masalah kewangan

d)

Perbezaan taraf hidup antara etnik

35.

Antara sumbangan Mohamad Eunos Abdullah terhadap orang Melayu di Singapura ialah

a)

mewartakan tanah pertanian

b)

memberi peluang pendidikan

c)

mendapatkan petempatan khas

d)

menyediakan tapak perniagaan

36.

Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh pengasas Kesatuan Melayu Singapura.

Kesatuan Melayu Singapura 1926

· Mohammad Eunos Abdullah

· Tengku Kadir Ali

· Embok Suloh

Antara berikut yang manakah berkaitan dengan tokoh tersebut?

a)

Mendapat pendidikan Inggeris

b)

Menentang pentadbiran Inggeris

c)

Memperjuangkan kepentingan politik

d)

Memperjuangkan kepentingan sosioekonomi

37.

Kesatuan Melayu Muda :

Menghalau penjajah British dari Tanah Melayu


Apakah tindakan yang diambil oleh pertubuhan tersebut untuk mencapai matlamat perjuangan?

a)

Membantu perjuangan golongan kiri

b)

Bergabung dengan kuasa Barat lain

c)

Mendapatkan sokongan pembesar

d)

Bekerjasama dengan pihak Jepun

38.

Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan pertubuhan Melayu pada tahun 1930-an.

Mengapakah KMM melaksanakan strategi tersebut?

a)

Menghalau penjajah asing

b)

Mendapatkan petempatan khas

c)

Menyekat pengaruh komunis

d)

Menghalang kemasukan imigran

39.

Apakah 3 kesan dasar pentadbiran British di Tanah Melayu pada awal abad ke-20?

a)

Pembukaan bandar baru

b)

Pertambahan buruh asing

c)

Pengenalan pendidikan vernakular

d)

Peningkatan taraf hidup penduduk tempatan

40.

Apakah kesan kesengsaraan berikut terhadap penduduk Tanah Melayu?

a)

Mendapatkan bantuan luar

b)

Menyerah nasib kepada penjajah

c)

Menolak penguasaan kuasa asing

d)

Membentuk sistem politik sendiri