Font size
WorksheetsSEJARAH TING 5 BAB 1
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
Apakah slogan Perancis dalam usaha memperluas tanah jajahan mereka?
Beban Orang Putih
Asia untuk Orang Asia
Tugas Menyebarkan Tamadun
Kemakmuran Bersama Asia Timur
Mengapakah negara-negara Barat memberi tumpuan kepada negara China pada abad ke-19?
Bahan mentah banyak
Tenaga mahir ramai
Tanah subur
Pasaran luas
Revolusi Perindustrian yang berlaku di Eropah telah mendorong British menguasai ekonomi Tanah Melayu.
Bagaimanakah British bertindak untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu?
Meningkatkan cukai eksport
Menyediakan peluang pekerjaan
Menyalurkan bantuan kewangan
Memeterai pelbagai perjanjian
Perkembangan teknologi telegraf pada abad ke 17, telah membantu kuasa-kuasa barat menjalankan kegiatan imperialisme di Asia tenggara.
Bagaimanakah perkembangan tersebut membantu kegiatan imperialisme?
Menjimatkan kos
Mempercepat arahan
Mempermudah kegiatan perisikan
Membolehkan penyebaran propaganda
Apakah implikasi pembinaan terusan Suez kepada sektor perdagangan?
Perjalanan menjadi lebih selamat
Jarak perjalanan dapat dipendekkan
Bahan mentah mendapat pasaran tinggi
Sistem barter bertukar kepada sistem wang
Perkembangan teknologi berikut berlaku pada abad ke-19.
· Pembukaan Terusan Suez
· Penggunaan telegraf
· Penggunaan kapal wap
Apakah kesan perkembangan teknologi tersebut terhadap Asia Tenggara?
Perkembangan pengangkutan laut
Peningkatan taraf hidup penduduk
Perluasan imperialisme Barat
Pertambahan imigran Eropah
Imperialis Barat telah memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Asia Tenggara. Apakah perubahan yang diperkenalkan melalui sistem tersebut?
Penekanan konsep persamaan taraf
Perluasan peluang pendidikan
Pembesar mengetuai jabatan
Penubuhan kerajaan pusat
Penjajah Barat telah melaksanakan sistem birokrasi Barat di tanah jajahan mereka di Asia Tenggara.
Apakah ciri sistem birokrasi tersebut?
Pengekalan pemerintahan beraja
Pelantikan pembesar daerah
Pengenalan sistem ufti
Pentadbiran melalui biro
British telah memperkenalkan Sistem Birokrasi Barat di Tanah Melayu. Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan?
Tanah peribumi dirampas
Pemimpin kehilangan kuasa
Pengaruh golongan agama merosot
Kegiatan ekonomi tradisional terjejas
Penjajah Sepanyol memaksa penduduk Filipina menerima Sistem Encomienda.
Mengapakah sistem tersebut menimbulkan kebencian penduduk tempatan terhadap penjajah?
Syarat kerakyatan ketat
Harga komoditi rendah
Imigran bertambah
Cukai tinggi
Penjajah Sepanyol memperkenalkan Sistem Encomienda di Filipina.
Mengapakah penduduk Filipina tidak berpuas hati terhadap sistem tersebut?
Ekonomi sara diri terjejas
Cukai yang membebankan
Perusahaan tradisional terancam
Perdagangan tukar barang terganggu
Terdapat persamaan pemilihan golongan Mandarin dalam birokrasi di Vietnam dengan sistem pentadbiran Tanah Besar China.
Merujuk pernyataan di atas, pemilihan tersebut dibuat berdasarkan
pungutan suara rakyat
pencapaian dalam peperiksaan
pelantikan oleh Gabenor Jeneral
pencalonan oleh pembesar tempatan
Akta Kampung Ulu Burma (1887)
Akta Perkampungan Burma(1889)
Apakah kesan akta berikut terhadap masyarakat Burma?
Peningkatan taraf hidup
Penindasan golongan petani
Pengukuhan golongan agama
Penghapusan pentadbiran tradisional
Apakah kesan pengenalan akta berikut terhadap Burma?
Pengaruh golongan agama meningkat
Sistem pentadbiran tradisional terhapus
Pendapatan penduduk tempatan merosot
Kedudukan raja semakin kukuh
British telah memperkenalkan jawatan berikut di tanah Melayu pada abad ke 19 dan awal abad ke 20.
· Residen
· Penasihat British
Apakah persamaan tugas pegawai yang menjawat jawatan tersebut?
Menjaga kepentingan penduduk tempatan
Menasihati sultan dalam pentadbiran
Memperkukuh pentadbiran tradisional
Melatih pembesar tempatan mentadbir
Apakah faktor yang membolehkan Thailand mengekalkan kemerdekaannya?
Kekuatan tentera
Perkongsian kuasa
Kedudukan strategik
Pemodenan pentadbiran
Raja Chulalongkorn telah memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah.
Mengapakah perubahan tersebut dilakukan?
Memperkukuhkan sistem pemerintahan beraja
Memantapkan pentadbiran kerajaan
Memelihara kedaulatan negara
Memenuhi tuntutan rakyat
Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn :
Memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Thailand.
Mengapakah pemerintah Thailand mengambil tindakan tersebut?
Persaingan kuasa besar
Pemantapan kuasa pemerintah
Pengekalan kemerdekaan negara
Penguasaan ekonomi oleh pembesar
Antara yang berikut, yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?
Perang Rusia-Jepun
Perang Dingin di Eropah
Perjuangan golongan Luddite
Perjuangan Parti Komunis Malaya
Mengapakah Sistem Tanaman Paksa diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia perlu ditentang?
Menjejaskan eksport negara
Mengundang kehadiran pekerja asing
Menghadkan jenis tanaman komersial
Mengekalkan kemunduran rakyat tempatan
Pertubuhan Muhammadiyah merupakan pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia.
Apakah matlamat perjuangan pertubuhan tersebut?
Mempertahankan kuasa pemimpin tempatan
Meningkatkan kerjasama dengan kerajaan
Memperjuangkan kemajuan ekonomi
Menghindari ancaman sekularisme
Muhammadiyah adalah pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia.
Mengapakah pertubuhan tersebut ditubuhkan?
Menentang sekularisme
Melancarkan pemberontakan
Menuntut kebebasan bersuara
Membentuk kerajaan campuran
Sepanyol telah memperkenalkan Sistem Polo di Filipina.
Apakah kesan pengenalan sistem tersebut?
Pertambahan tenaga kerja asing
Penindasan penduduk peribumi
Pengangguran semakin meningkat
Pengeluaran hasil pertanian berkurangan
Mengapakah perubahan corak perjuangan tersebut berlaku?
Blok kuasa dunia dibentuk
Perjuangan awal kurang berjaya
Kerjasama dengan negara serantau
Sumber kewangan tidak mencukupi
Mengapakah corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara
berubah daripada sederhana kepada radikal ?
Sekatan pengaruh luar
Perjuangan tidak berkesan
Kekurangan sumber kewangan
Sokongan pemerintah tempatan
Tokoh berikut adalah nasionalis di Asia Tenggara yang telah menghasilkan karya sastera sebelum Perang Dunia Kedua.
Pak Sako – Tanah Melayu
Jose Rizal – Filipina
Chairil Anwar – Indonesia
Apakah isu yang dimuatkan dalam karya mereka?
Pembentukan kerajaan sendiri
Penggunaan bahasa peribumi
Penindasan terhadap rakyat
Pembelaan terhadap wanita
Novel
Noli Me Tangere - Jose Rizal
Kerikil-Kerikil Tajam- Chairil Anwar
Putera Gunung Tahan- Pak Sako
Apakah persamaan isu yang dimuatkan dalam novel tersebut ?
Nasib kaum wanita
Penindasan oleh penjajah
Peningkatan status sosial
Tuntutan kemerdekaan
Raden Adjeng Kartini:
-Penulisan Seorang Puteri Jawa
-Habis Gelap Terbitlah Terang
Karya di atas mendedahkan tentang
kemunduran rakyat
kemerosotan ekonomi
ketidakadilan undang-undang
kelemahan sistem pemerintahan
Jose Rizal :
Dijatuhi hukuman bunuh oleh penjajah Sepanyol
Mengapakah tokoh nasionalis tersebut dijatuhi hukuman bunuh?
Bersubahat dengan Amerika Syarikat
Dituduh menyertai gerakan pemberontakan
Disyaki mengkhianat agama Kristian
Membunuh pegawai tinggi kerajaan
Apakah tindakan Jose Rizal setelah gerakan dakyah gagal mencapai matlamatnya?
Menubuhkan Katipunan
Membentuk Liga Filipina
Melancarkan revolusi bersenjata
Menyebar fahaman melalui akhbar
Apakah tuntutan gerakan nasionalisme tahap awal di Filipina?
Hak mengundi
Hak kebebasan bersuara
Pengembalian kuasa raja
Pemerintahan kerajaan sendiri
Mengapakah penduduk tempatan Filipina menentang penjajah Sepanyol walaupun menganut kepercayaan yang sama?
Menjadi buruh paksa
Dianggap kelas kedua
Mazhab agama berbeza
Dikerah menjadi tentera
Sistem pendidikan di Indonesia awal abad ke 19
Bandar: Anak golongan priyayi
Kampung: Anak orang kebanyakan
Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan Belanda mengasingkan sistem pendidikan tersebut?
Mengelakkan masalah pemberian bantuan
Menyekat penghijrahan penduduk ke bandar
Memecahbelahkan perpaduan penduduk tempatan
Menghapuskan amalan tradisi penduduk tempatan
Mengapakah kerajaan Belanda bersikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan di Indonesia ?
Menghalang perkembangan sekolah agama
Mengehadkan aktiviti budaya tempatan
Menyekat rakyat mendapat pekerjaan
Memecahbelahkan perpaduan rakyat
Liga Antipemisahan adalah sebuah gerakan nasionalisme di Burma yang menentang tindakan British memisahkan pentadbiran India dengan Burma pada tahun 1920an.
Mengapakah Liga Antipemisahan menentang tindakan tersebut?
Memperjuangkan kemerdekaan negara
Menyekat perluasan fahaman komunis
Melindungi kepentingan golongan petani
Mempertahankan kedudukan golongan pelajar
X adalah pertubuhan nasionalisme tahap awal di Burma.
- X: Ditubuhkan pada tahun 1906 dan menggunakan isu kasut
Apakah X?
Liga Antipemisahan
Persatuan Belia Buddha
Liga Pembebasan Rakyat AntiFasis
Parti Dobama Asiayone
Akhbar berikut diterbitkan di Asia Tenggara pada abad ke-19.
· Tribune indigene
· Cloche Felee
· Warta Malaya
Mengapakah pihak penjajah menyekat kebebasan akhbar tersebut?
Membendung fahaman komunis
Mengelakkan kebangkitan rakyat
Mengurangkan campur tangan asing
Melemahkan pengaruh kelas bangsawan
Pada tahun 1932, Parti Rakyat melancarkan revolusi di Thailand.
Apakah kesan revolusi tersebut?
Dasar tutup pintu dikuatkan
Pemerintahan republik dilaksanakan
Kuasa pembesar tempatan diperkukuh
Sistem raja berkuasa mutlak tamat
Setiap nasionalis pasti akan memperjuangkan kebebasan negaranya daripada cengkaman penjajah asing.
Apakah faktor kejayaan perjuangan para nasionalis tersebut?
Bantuan golongan bangsawan
Perpaduan penduduk peribumi
Kerjasama dengan kuasa asing
Kepelbagaian hasil dalam negara
Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan pentadbiran birokrasi Barat di Asia Tenggara ?
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
