wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH SPM T4/B7

Total questions: 42

Worksheet time: 42mins

Name
Class
Date
1.
Maklumat berikut berkaitan dengan teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara 
•  Islam dari Semenanjung Tanah Arab   •  Islam dari China  
•  Islam dari India
Mengapakah pakar sejarah fokus wilayah tersebut apabila membincangkan tentang teori kedatangan islam ? 
 I. Kedudukan wilayah tersebut di tengah-tengah kawasan Asia Tenggara
 II. Unsur budaya wilayah tersebut mempengaruhi budaya Asia Tenggara
 III. Hubungan wilayah tersebut dengan Asia Tenggara telah lama terjalin
 IV. Wilayah tersebut pernah menjadi sebahagian wilayah Asia Tenggara    
T4 B7 ms 174-178 (SPMU 2016)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
2.
Senarai berikut adalah teori kedatangan Islam di Asia Tenggara.  
•  Islam dari Arab  
•  Islam dari China
 
•  Islam dari India

Apakah persamaan cara penyebaran Islam berdasarkan ketiga-tiga teori tersebut?    
T4 ms 175-176 (SPM 2009)
a)
A. Menerusi kegiatan perluasan kuasa
b)
B. Melalui pertukaran kebudayaan
c)
C. Melalui kegiatan perdagangan
d)
D. Menerusi kegiatan kesusasteraan 
3.
Apakah yang berkaitan dengan tokoh dalam senarai berikut ? 
•  John Crawford  
•  Snouck Hurgronje
 
•  Emanuel Gadinho Eredia
   
T4 ms 174-176 (SPM 2015)
a)
 A. Melaksanakan pentadbiran Barat
b)
B. Memperkenalkan ilmu matematik
c)
C. Menterjemahkan karya falsafah Arab
d)
D. Membincangkan teori kedatangan Islam
4.
Apakah persamaan pendapat tokoh berikut tentang cara kedatangan Islam ke Asia Tenggara
•  John Crawford  
• 
Emanuel Gadinho Eredia
 
• 
Snouck Hurgronje

   
T4 ms 175-177 (SPM 2010)
a)
A. Melalui kegiatan perdagangan
b)
B. Menerusi aktiviti penaklukan
c)
C. Mengislamkan pemerintah
d)
D. Menjalankan perkahwinan siasah
5.
•  John Crawford  
•  Snouck Hurgronje
 
•  Emanuel Gadinho Eredia

Apakah persamaan tokoh di atas?
T4 ms 175  (SPM 2005)
a)
A Memulakan pentadbiran Barat
b)
B Menterjemahkan ilmu algebra
c)
C Menterjemahkan karya falsafah
d)
D Mengemukakan teori kedatangan Islam
6.
Menurut catatan China , Perkampungan Ta Shih telah wujud di Sumatera Utara pada tahun  650 Masihi.
Kewujudan perkampungan tersebut membuktikan    
T4 ms 176 (SPM 2010)
a)
A. Kewujudan pusat pendidikan Islam
b)
B. Peranan pedagang menyebarkan Islam
c)
C. Kemunculan sebuah kerajaan Islam
d)
D. Perkembangan kesusasteraan Islam
7.
Ajaran Islam disebarkan dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara secara aman dan tertib.
Keadaan tersebut berlaku kerana masyarakat Asia Tenggara T4 ms 179 (SPM 2011)
a)
A. Sedia menerima perubahan
b)
B. Tabah menghadapi cabaaran 
c)
C. Bersepakat dalam perjuangan 
d)
D. Bekerjasama untuk kesejahteraan
8.
Senarai berikut adalah hasil karya sastera tempatan di Asia Tenggara.   
• Hikayat Acheh
 
• Hikayat Raja-Raja Pasai
 
• Hikayat Merong Mahawangsa

Apakah persamaan maklumat yang terkandung dalam karya tersebut?                                  
T4 ms 176 (SPMU 2015)
a)
A. Peraturan di istana
b)
B. Sistem perlantikan raja
c)
C. Pengurusan perdagangan
d)
D. Cara penyebaran Islam
9.
Pedagang Islam memainkan peranan penting menyebarkan Islam pada peringkat awal  kedatangan Islam ke Asia Tenggara.
Bagaimanakah mereka dapat melaksanakan peranan tersebut?
T4 ms179 (SPM 2012)
a)
A Menghasilkan karya
b)
B Menerajui pentadbiran
c)
C Membuka perkampungan
d)
D Mendirikan pusat pendidikan 
10.
Pedagang Islam berjaya menarik minat penduduk tempatan di Asia Tenggara  untuk mendalami ajaran Islam
Bagaimanakah mereka dapat berbuat demikian ?    
T4 m/s 180 (SPM 2013)
a)
A. Menulis kitab agama
b)
B. Mendirikan madrasah 
c)
C. Mengamalkan sikap jujur
d)
D. Memuliakan kedudukan raja
11.
Apakah kriteria penganugerahan jawatan syahbandar kepada seorang pedagang Islam di sesebuah pelabuhan di Asia Tenggara?
T4 ms 180 (SPM 2008)
a)
A. Mentaati pemerintah
b)
B. Mahir berniaga
c)
C. Bersifat jujur
d)
D. Cekap mentadbir
12.
X : Menentukan kemajuan perdagangan
     Berurusan dengan pedagang   
X dalam maklumat  di atas ialah jawatan dalam sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.  
Apakah jawatan tersebut?    
T4 ms 180 (SPM 2007)
a)
A. Temenggung
b)
B. Syahbandar
c)
C. Laksamana
d)
D. Bendahara
13.
Ulama Islam mengislamkan golongan raja dan bangsawan terlebih dahulu supaya Islam  tersebar luas di Asia Tenggara. Mengapakah ulama Islam bertindak demikian?
T4 ms 180 (SPMU 2014)
a)
A. Mematuhi konsep kedaulatan pemerintah
b)
B. Mengetahui kesetiaan rakyat kepada pemerintah
c)
C. Menghormati kuasa mutlak pemerintah
d)
D. Melindungi kepentingan pemerintah
14.
•  Pasai   •  Pattani   
Bagaimanakah cara pembentukan kerajaan Islam di atas?
T4 ms 176 (SPM 2006)
a)
A. Pengislaman rakyat
b)
B. Pengislaman pemerintah
c)
C. Penguasaan perdagangan
d)
D. Penghapusan pengaruh Hindu 
15.
Pattani    
Raja Phaya Tu Nak Pa diislamkan oleh
Syeikh Said

Pasai  
Raja Malik al-Salih diislamkan oleh Syeikh Ismail dari Semenanjung Tanah Arab 

Mengapakah para ulama mengislamkan golongan raja?
T4 ms 176, 180-182  (SPM 2012) 
   
a)
A. Menyekat pengaruh agam lain 
b)
B. Menguasai bidang pentadbiran 
c)
C. Mendapatkan anugerah raja
d)
D. Mempengaruhi rakyat jelata 
16.
Bagaimanakah pertapakan Islam di Brunei menyebabkan pengislaman wilayah di sekitarnya  seperti Kepulauan Sulu dan Mindanao? T4 ms 182     SPM 2014
a)
A. Pendidikan dipergiat
b)
B. Perdagangan diperluas
c)
C. Kekuatan empayar dipertingkat
d)
D. Hubungan dengan China diperkukuh
17.
Tokoh berikut memainkan peranan penting membantu Melaka menyebarkan Islam  di Asia Tenggara.
Bendahara Tun Perak - Melaka
Bagaimanakah beliau melaksanakannya?
T4 ms 181 (SPM 2009)
a)
A. Menyertai para ulama
b)
B. Menjalankan perluasan kuasa
c)
C. Menghasikan kitab ilmu tasawuf
d)
D. Mengislamkan golongan pemerintah
18.
Bagaimanakah tokoh berikut membantu menyebarkan Islam di Asia Tenggara ?
T4 B7 ms 181 (SPM 2016) 
 
Tun Perak
     
a)
A. Menggalakkan pembinaan madrasah
b)
B. Mengislamkan golongan bangsawan
c)
C. Melaksanakan perluasan kuasa
d)
D. Menggalakkan penulisan kitab
19.
Peta 2 menunjukkan jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka.  
Apakah faktor yang membolehkan Melaka meluaskan jajahan takluk?    
T4 ms 181 & 196 (SPM 2014)
a)
A. Pengaruh agama Islam
b)
B. Bantuan tentera asing
c)
C. Kepadatan penduduk
d)
D. Kekayaan hasil bumi
20.
•  Aru  
•  Siak
 
• Rokan
 
Apakah usaha Sultan Melaka untuk memperkukuhkan kedudukan Islam di wilayah tersebut? 
 T4 ms 181 (SPM 2011)
a)
A. Membina insitusi pendidikan
b)
B. Melatih pendakwah tempatan
c)
C. Mendirikan pusat penterjemahan
d)
D. Menghantar ulama mengajar agama
21.
Mengapakah Sultan Mansur Shah ( Melaka) menghantar kitab al-dur al-Manzum ke Sumatera-Pasai ?
T4 B7 ms 183 (SPMU 2016)
a)
A. Untuk dibahaskan
b)
B. Untuk diterjemahkan
c)
C. Sebagai lambang kedaulatan
d)
D. Sebagai hadiah perkahwinan 
22.
Karya sastera manakah yang dibacakan kepada tentera Melaka ketika serangan Portugis ?
T4 B7 ms 183 (SPMU 2016)
a)
A. Hikayat Amir Hamzah
b)
B. Hikayat Nabi Bercukur
c)
C. Hikayat Nur Muhammad
d)
D. Hikayat Merong Mahawangsa
23.
Karya berikut mempunyai pengaruh terhadap rakyat Kesultanan Melayu Melaka.
• Hikayat Amir Hamzah
• Hikayat Muhammad Ali Hanafiah 
Apakah pengaruh karya tersebut?
T4 ms 183 (SPM 2012)
a)
A. Memperluaskan ilmu pengetahuan
b)
B. Mewujudkan golongan intelek
c)
C. Memantapkan sisem perundangan
d)
D. Meningkatkan semangat perjuangan
24.
Kerajaan Islam berikut mempunyai pengaruh terhadap kerajaan Islam di Asia Tenggara
 •  Abbasiyah  
•  Turki Uthmaniyah 

Apakah pengaruh tersebut ?    
T4 MS 185 (SPM 2013)
a)
A. Sistem Pembesar Empat Lipatan
b)
B. Perluasan kawasan empayar
c)
C. Pembentukan Majlis Syura
d)
D. Amalan institusi kesultanan
25.
Rajah 2 menunjukkan perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara  selepas kedatangan Islam
Sebelum Islam (Beraja) →     Selepas Islam (X)
Apakah X ?    
T4 ms 185 (SPM 2015)
a)
 A. Kesultanan
b)
B. Demokrasi
c)
C. Aristokrasi
d)
D. Republik
26.
Rajah 2 menunjukkan perubahan konsep dalam sistem pemerintahan Kesultanan  Melayu Melaka pada abad ke-15 Masihi. 
Dewa Raja → Zilullah fil-alam 
Mengapakah perubahan tersebut berlaku ?    
T4 m/s 186 (SPM 2013)
a)
A. Perluasan wilayah
b)
B. Perubahan pemimpin
c)
C. Pengiktirafan kerajaan
d)
D. Pengislaman pemerintah
27.
Maklumat berikut berkaitan dengan pemerintah kerajaan di Asia Tenggara
Sultan                Kerajaan 
Malik Al-Zahir     Samudera-Pasai
Ali Mughayat Syah               Acheh
Apakah sumbangan kedua-dua pemerintah tersebut dalam bidang pentadbiran?    
T4 B7 ms 186 (SPM 2016)
a)
A. Menerapkan unsur Islam 
b)
B. Melantik ulama mentadbir wilayah
c)
C. Mewujudkan angkatan tentera bergaji
d)
D. Mengehadkan kuasa golongan bangsawan
28.
Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah mengubah sistem pemerintahan dan pentadbiran.   Apakah bukti pernyataan di atas ?
I. Wazir dilantik mentadbir wilayah
II. Institusi kesultanan diperkenalkan
III. Undang-undang syariah dilaksanakan
IV. Jawatan tradisional dimansuhkan    
T4 ms 186 (SPM 2013)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
29.
Selepas kedatangan Islam, sistem politik di Asia Tenggara mengalami perubahan.
Apakah perubahan tersebut?  
I. Institusi kesultanan diperkenalkan 
II. Islam dijadikan asas perundangan
III. Pembesar dilantik secara musyawarah
IV. Sistem beraja berkuasa mutlak tamat    
T4 ms 185 (SPM 2012)
a)
A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV 
30.
Undang-undang berikut wujud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. 
• Hukum Kanun Melaka
• Undang-Undang Laut Melaka
Apakah kepentingan undang-undang tersebut ? 
I. Menentukan struktur kerajaan
II. Menetapkan sempadan wilayah
III. Menyekat pengaruh budaya luar
IV. Memajukan kegiatan perdagangan    
T4 ms 186 (SPM 2013)
a)
 A. I dan II
b)
B. I dan IV
c)
C. II dan III
d)
D. III dan IV
31.
Mengapakah undang-undang Islam sukar dilaksanakan sepenuhnya oleh pemerintah Islam di Asia Tenggara? T4 ms 187 (SPM 2006)
a)
A. Pembesar kurang memberi galakan
b)
B. Mendapat tentangan daripada penduduk 
c)
C. Masih terikat dengan undang-undang adat
d)
D. Perang saudara di kalangan pemimpin tempatan
32.
Perkara yang manakah menunjukkan kedatangan Islam ke Asia Tenggara mempengaruhi cara hidup bermasyarakat tempatan?
T4 ms 190 (SPM 2008)
a)
A. Amalan bersemah
b)
B. Adat persandingan
c)
C. Persaudaraan ummah
d)
D. Cara bercucuk tanam
33.
Sultan Iskandar Musa Mahkota Alam telah menubuhkan institusi baitulmal di Acheh.
Apakah fungsi institusi tersebut?
T4 ms 191 (SPMU 2014)
a)
A. Menjaga perbendaharaan negara
b)
B. Menguruskan adat istiadat istana
c)
C. Menyeragamkan sistem pentadbiran
d)
D. Mengawal pelaksanaan undang-undang
34.
Jadual 3 menerangkan cara ulama menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
PattaniRaja Phaya Tu Nakpa diislamkan oleh Syeikh Said
PasaiRaja Malik al-Salih diislamkan oleh Syeikh Ismail
Mengapakah ulama mengislamkan pemerintah?
(T4/B7 ms 180)
a)
Mengharapkan anugerah
b)
Menguasai kerajaan
c)
Menarik perhatian rakyat
d)
Menyekat pengaruh agama lain
35.
Pedagang Islam telah dilantik sebagai syahbandar oleh pemerintah kerajaan Islam di Asia Tenggara.
Mengapakah pedagang Islam diberi keutamaan dalam perlantikan jawatan syahbandar tersebut?
(T4/B7 ms 180)
a)
Cekap dalam pentadbiran
b)
Mengamalkan sifat jujur
c)
Mahir dalam perniagaan
d)
Setia kepada bangsawan
36.

Di Acheh terdapat sebuah kanun yang mempunyai ciri -ciri sebuah perlembagaan Islam yang dikenali sebagai Kanun Mahkota Alam.

Apakah yang terkandung dalam kanun tersebut?

T4 ms 186 SM (SPM 2018)

a)

Tanggungjawab pemerintah

b)

Perbincangan masalah ibadah

c)

Cara penerimaan ufti dari luar

d)

Salasilah golongan bangsawan

37.

Ulama berikut menulis kitab agama Islam pada abad ke-17 di Acheh.

• Abdul Rauf Singkel

• Syeikh Nuruddin al-Raniri

Apakah perkara yang dibincangkan dalam penulisan mereka?

T4 ms 187 (SPM 2018)

a)

Kewajipan melakukan jihad

b)

Memperkukuhkan jati diri bangsa

c)

Mempertahankan budaya tempatan

d)

Kewajaran menghargai jasa tokoh

38.

Rajah 1 menunjukkan kaedah pendidikan tidak formal dalam masyarakat Melayu tradisional.

Kaedah Pendidikan Tidak Formal

⋅Pantun

⋅Cerita lisan

Apakah matlamat pendidikan tidak formal melalui kaedah tersebut?

T4 ms 201(SPM 2018)

a)

Meningkatkan kreativiti dalam bidang persuratan

b)

Membentuk masyarakat berakhlak mulia

c)

Melahirkan generasi yang celik huruf

d)

Membina insan yang berkemahiran

39.

Sistem sosial masyarakat Melayu berubah selepas kedatangan Islam.

Apakah perubahan tersebut?

T4 ms 190 (SPM 2018)

a)

Menekankan persamaan taraf

b)

Mementingkan adat turun - temurun

c)

Mengutamakan pencapaian ekonomi

d)

Menggalakkan perkahwinan siasah

40.

Tokoh berikut membincangkan tentang kedatangan Islam ke Asia Tenggara.

• John Crawford

• Emanuel Gadinho Eredia

• Snock Hurgronje

Mengapakah mereka berpendapat perdagangan merupakan faktor penting kedatangan Islam ke AsIa Tenggara?

a)

Cukai perdagangan berpatutan

b)

Syahbandar mengawal perdagangan

c)

Penglibatan raja dalam perdagangan

d)

Pelabuhan menjadi tumpuan pedagang

41.

Berikut merupakan kerajaan Islam di Asia Tenggara.

• Pasai

• Pattani

Bagaimanakah kerajaan tersebut dibentuk?

a)

Pengislaman raja

b)

Pengislaman rakyat

c)

Penguasaan perdagangan

d)

Penghapusan tradisi setempat

42.

Profesor Syed Muhammad Naquib al-Attas berpendapat kehidupan masyarakat Asia Tenggara berubah selepas kedatangan Islam.

Apakah perubahan tersebut?

I Melaksanakan hukum syarak

II Mementingkan pendidikan

III Mengutamakan adat tradisi

IV Menekankan kemajuan fizikal

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV