wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SPM K1 T5B3

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

SPMU 2018

Persidangan Damai Paris menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. T5 B3 ms 68 [ P1 B1-B11 ]

Apakah kesan deklarasi tersebut terhadap Eropah?

a)

Sistem beraja dipulihkan

b)

Kuasa gereja diperkukuh

c)

Negara bangsa baharu muncul

d)

Pakatan tentera serantau dibentuk

2.

SPMU 2018

Rajah 2 berkaitan dengan fasal yang terkandung dalam perlembagaan atau Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu. T5 B3 ms 84 [ P1 B8- B11 ]

Mengapakah perlembagaan atau undang-undang tubuh tersebut diperkenalkan?

a)

Menghalang perluasan kuasa asing

b)

Menyekat penghijrahan penduduk

c)

Melindungi hak penduduk tempatan

d)

Menyeragamkan sistem kutipan cukai

3.

SPMU 2018

Gambar 3 adalah pemerintah Johor yang berusaha menghalang campur tangan British.

Bagaimanakah baginda bertindak menghalang British daripada menguasai negeri Johor ? T5 B3 ms 82 [ P3 B4-B7 ]

a)

Menyatupadukan pelbagai kaum

b)

Menggubal perlembagaan bertulis

c)

Menyekat kemasukan buruh asing

d)

Mendapatkan bantuan kerajaan berjiran

4.

SPM 2017

Maklumat berkaitan dengan revolusi yang berlaku di Eropah pada abad ke-17 dan abad ke-18. T5 B3 ms 67 [ P3 B1 ]

  • 1688 - Revolusi Inggeris
  • 1789 - Revolusi Perancis

Apakah kesan revolusi tersebut terhadap Eropah ?

a)

Sistem sosialis tamat

b)

Ideologi komunis meluas

c)

Kuasa rakyat bawahan terjejas

d)

Negara berasaskan bangsa dibentuk

5.

SPM 2017

Berikut adalah Jemaah Menteri yang ditubuhkan di Kelantan pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II ( 1836 1886).

  • Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan

Apakah fungsi Jemaah Menteri tersebut ?

T5 B3 ms 84 [ JADUAL ]

a)

Menguruskan pembangunan

b)

Menjaga hal ehwal luar

c)

Mengurus kewangan

d)

Menjaga keamanan

6.

SPM 2017

Maklumat berikut berkaitan dengan peperangan yang melibatkan negara Jerman.

 Peperangan dengan Denmark - 1864

 Peperangan dengan Austria - 1864

 Peperangan dengan Perancis - 1870

Mengapakah peperangan tersebut berlaku ?

T5 B3 ms 70 [ RAJAH ]

a)

Serangan balas

b)

Penyatuan negara

c)

Penguasaan ekonomi

d)

Kediktatoran pemerintah

7.

SPMU 2017

Apakah persamaan kandungan undang-undang tubuh kerajaan Melayu berikut?

T5 B3 ms 80 [ P5 B7 ] ms 85 [ P2 B3-B4 ]

 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

 Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911

a)

Peranan mufti

b)

Pewaris sultan

c)

Tugas penasihat

d)

Keselamatan sultan

8.

SPMU 2017

Itali dan Jerman adalah dua buah negara bangsa moden di Eropah pada abad ke-19. T5 B3 ms 68 [ P2 B8 ]

Apakah kaedah yang digunakan untuk memajukan negara tersebut?

a)

Realpolitik

b)

Perjanjian

c)

Perundingan damai

d)

Kuat kuasa undang-undang

9.

SPM 2016

Senarai berikut adalah undang-undang tubuh kerajaan Melayu. T5 B3 ms 80 [ P5 B7 ] ms 81 [ P1 B6-B15] ms 85 [ P2 B3-B9 ]

 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor

 Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu

Apakah persamaan kandungan kedua-dua undang-undang tubuh tersebut?

I Kuasa rakyat

II Pewaris takhta

III Tugas jemaah menteri

IV Pelantikan penasihat kewangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

SPM 2016

Mengapakah Otto Eduard von Bismarck menyerang negara berikut pada abad ke-19? T5 B3 ms 69 [ P1 B8 ]

 Denmark

 Austria

 Perancis

a)

Menyekat kuasa asing

b)

Menyatukan negara bangsa

c)

Menentang fahaman sosialis

d)

Memulihkan sistem monarki

11.

SPM 2016

Senarai berikut adalah ciri-ciri sesuatu bangsa.T5 B3 ms 73 [ P4 B3 ]

 Persamaan adat resam

 Persamaan bidang kesenian

 X

Apakah X?

a)

Persamaan pandangan dunia

b)

Persamaan bahasa pertuturan

c)

Persamaan sistem kepercayaan

d)

Persamaan dasar pemerintahan

12.

SPM 2016

Deklarasi berikut telah diisytiharkan selepas Perang Dunia Pertama. T5 B3 ms 68 [ P1 B5-B6 ]

  • Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson

Apakah perkara yang dicadangkan dalam deklarasi tersebut?

a)

Pemulihan sistem monarki

b)

Pengharaman amalan realpolitik

c)

Penyatuan rakyat melalui agama

d)

Penetapan sempadan negara berasaskan bangsa

13.

SPMU 2016

Negara berikut muncul di Eropah pada awal abad ke-20.

T5 B3 ms 68 [ P1 B9 ]

 Poland

 Yogoslavia

 Czechoslovakia

Kemunculan negara-negara tersebut adalah berdasarkan

a)

lokasi strategik

b)

kumpulan etnik

c)

sistem perundangan

d)

kekayaan hasil bumi

14.

SPMU 2016

Apakah kepentingan sistem Pembesar Empat Lipatan dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka? T5 B3 ms 78 [ P2 B13-B14 ]

a)

Memastikan adat istiadat dipatuhi

b)

Memastikan sistem warisan terpelihara

c)

Menjamin keutuhan sistem pemerintahan beraja

d)

Mempertahan sistem perundangan tempatan

15.

SPM 2015

Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. T5 B3 ms 71 [ P1 B13 & P2 B4 ]

Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia?

I Desakan kumpulan radikal

II Pemimpin dan rakyat bermuafakat

III Semangat toleransi menjadi amalan

IV Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

SPM 2015

Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19.

Apakah persamaan pembentukan kedua-dua negara bangsa tersebut? T5 B3 ms 68 [ P2 B8 ] ms 69 [ P1 B2 ]

a)

Mengekalkan sistem monarki

b)

Menggunakan kaedah realpolitik

c)

Mengamalkan prinsip demokrasi

d)

Menguatkuasakan falsafah legalisme

17.

SPM 2015

Persidangan Damai Paris telah menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. T5 B3 ms 68 [ P1 B5-B6 ]

Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut?

a)

Sistem monarki dipulihkan

b)

Amalan realpolitik diharamkan

c)

Rakyat disatukan berdasarkan agama

d)

Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa

18.

SPMU 2015

Apakah bukti yang menunjukkan Adat Perpatih menepati ciri-ciri demokrasi?

T5 B3 ms 87 [ P3 B2 ] ms 88 [ P1 B5-B6 ]

I Masalah diselesaikan secara musyawarah

II Perkongsian kuasa pemerintahan diamalkan

III Wanita terlibat dalam sistem pentadbiran

IV Ketua dipilih dari peringkat bawah

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

SPMU 2015

Dalam konteks negara moden, bangsa merujuk kepada sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dari segi

T5 B3 ms 73 [ P4 B3 ]

I agama

II bahasa

III adat resam

IV kegiatan ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

SPM 2014

Kedua-dua tokoh berikut berjaya menyatukan negara masing-masing di Eropah pada abad ke-19.

T5 B3 ms 68 [ P2 B8 ] ms 69 [ P1 B2 ]

 Count Camillo Benso di Cavour

 Otto Eduard von Bismarck

Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut?

a)

Mengenepikan perbezaan warna kulit

b)

Menyatukan masyarakat majmuk

c)

Menggunakan kaedah realpolitik

d)

Membina empayar yang luas

21.

SPM 2014

Mengapakah Prussia memulangkan semula wilayah Venetia kepada Itali pada tahun 1866? T5 B3 ms 68 [ P2 B12-13 ]

a)

Pertukaran wilayah

b)

Arahan Liga Bangsa

c)

Kekalahan dalam peperangan

d)

Kerjasama menewaskan Austria

22.

SPM 2014

Apakah peranan Lembaga dalam sistem pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan? T5 B3 ms 88 [ P2 B4 ]

a)

Memilih Undang

b)

Menjadi ketua agama

c)

Menjaga alat kebesaran

d)

Menggubal dasar negara

23.

SPMU 2014

Kata perbilangan adat berikut berkaitan dengan masyarakat yang mengamalkan Adat Perpatih di Negeri Sembilan. T5 B3 ms 88 [ P4 B6 ]

Bulat anak buah menjadi buapak

Bulat buapak menjadi lembaga

Bulat menjadi penghulu

Bulat penghulu mejadi raja

Mengapakah perkataan bulat dalam kata perbilangan adat di atas diulang- ulang?

a)

Mempertahankan konsep raja berkuasa mutlak

b)

Mengekalkan khazanah budaya bangsa

c)

Menegakkan keadilan dalam kehidupan

d)

Menegaskan kepentingan permuafakatan

24.

SPMU 2014

Senarai berikut adalah peperangan yang melibatkan Jerman pada abad ke-19.

 1864 – Perang dengan Denmark

 1866 – Perang dengan Austria

 1870 – Perang dengan Perancis

Apakah kesan peperangan tersebut terhadap Jerman?

T5 B3 ms 69 [ P1 B10-B11 ] ms 70 [ PETA ]

a)

Kehilangan wilayah

b)

Keselamatan terjamin

c)

Penamatan sistem monarki

d)

Pembentukan negara bangsa

25.

SPM 2013

Pada tahun 1911, Sultan Zainal Abidin III meluluskan perlembagaan yang dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu.

Mengapakah perlembagaan tersebut diluluskan? T5 B3 ms 84 [ P1 B9-B10 ]

a)

Meluaskan wilayah pengaruh

b)

Mengekalkan kedaulatan negeri

c)

Membentuk kerajaan demokrasi

d)

Mengukuhkan hubungan dengan Siam

26.

SPM 2013

Maklumat berikut merujuk kepada perlembagaan kerajaan Melayu.T5 B3 ms 81 [ P1 B2-B3 ] ms 85 [ P1 B3 & P2 B2-B3 ]

 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor

 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu

Apakah persamaan kandungan kedua-dua perlembagaan tersebut?

I Raja dipilih melalui sistem giliran

II Cukai tanah dikuatkuasakan

III Islam sebagai agama rasmi

IV Raja mesti berbangsa Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

27.

SPM 2012

Rajah 1 berkaitan dengan ciri sesuatu bangsa. T5 B3 ms 73 [ P4 B3 ]

Apakah X?

a)

Persamaan falsafah hidup

b)

Persamaan warna kulit

c)

Persamaan adat resam

d)

Persamaan kepercayaan

28.

SPM 2012

Rajah 2 menunjukkan negara bangsa baru yang muncul di Eropah pada awal abad ke-20.Apakah asas bagi kemunculan negara tersebut? T5 B3 ms 68 [ P1 B9 ]

a)

Kumpulan etnik

b)

Sistem demokrasi

c)

Kedudukan geografi

d)

Kekayaan hasil bumi

29.

SPM 2011

Senarai berikut adalah undang-undang tubuh kerajaan Melayu.

 Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895

 Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911

Mengapakah undang-undang tersebut digubal ?

T5 B3 ms 84 [ P1 B9-B10 ] ms 86 [ P2 B7 ]

a)

Meningkatkan kecekapan pemerintah

b)

Membentuk pentadbiran demokratik

c)

Memperkukuhkan sistem pertahanan

d)

Mengekalkan kedaulatan negeri

30.

SPM 2011

Tokoh berikut telah berjaya menyatukan negara masing-masing pada abad ke- 19. T5 B3 ms 69 [ P1 B2 ]

A. Count Camillo Bensor di Cavour - Itali

B. Otto Eduard Von Bismarck - Jerman

Bagaimanakah mereka berjaya melakukan penyatuan tersebut?

a)

Mewujudkan pakatan strategik

b)

Menyekat pengaruh agama

c)

Mengamalkan realpolitik

d)

Melaksanakan sistem perundingan

31.

SPM 2010

Tokoh berikut telah membangkitkan semangat rakyat Prussia di medan perang.

T5 B3 ms 69 [ P1 B12 ]

  • OTTO EDUARD VON BISMARCK

Bagaimanakah beliau berjaya membangkitkan semangat tersebut?

a)

Membebaskan golongan hamba

b)

Menyingkirkan golongan kapitalis

c)

Menyemai sikap antikuasa asing

d)

Menghapuskan pemerintahan diktator

32.

SPM 2010

Apakah peranan Buapak dalam sistem pemerintahan yang berasaskan Adat Perpatih di Negeri Sembilan?

T5 B3 ms 88 [ P3 B1 & P2 B6-B7]


I Menasihati undang

II Memimpin suku

III Mengetuai Perut

IV Melantik Lembaga

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

SPM 2009

Kata perbilangan adat berikut diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan. T5 B3 ms 88 [ P4 B2 ]

Alam beraja

Luak berpenghulu

Suku berlembaga

Anak buah berbuapak

Apakah corak pentadbiran yang digambarkan oleh kata perbilangan adat tersebut?

a)

Teokrasi

b)

Demokrasi

c)

Autokrasi

d)

Birokrasi

34.

SPM 2019

Tokoh berikut mengamalkan konsep realpolitik serta politik darah dan besi semasa memerintah Jerman pada abad ke-19. T5 B3 ms 69 [ P1 B3 ]

  • Otto Eduard von Bismarck

Mengapakah beliau mengamalkan konsep tersebut?

a)

Menyatukan negara

b)

Melicinkan pentadbiran

c)

Menghapuskan sistem beraja

d)

Menggubal perlembagaan moden

35.

SPM 2008

Mengapakah Count Camillo Benso di Cavour menyanjung amalan realpolitik?

T5 B3 ms 68 [ P2 B9 ]

a)

Kestabilan politik terjamin

b)

Kejayaan menyatukan Itali

c)

Kerjasama dengan negara lain

d)

Kemakmuran ekonomi negara

36.

SPM 2008

Kata perbilangan adat berikut berkaitan dengan Adat Perpatih yang diamalkan

di Negeri Sembilan. T5 ms 88 [ P4 B1 ]

Alam beraja

Luak berpenghulu

Suku berlembaga

Anak buah berbuapak

Perbilangan tersebut dapat dikaitkan dengan

a)

Protokol istana

b)

Upacara perkahwinan

c)

Menyambut kelahiran

d)

Pemilihan pemimpin

37.

SPM 2007

 Peperangan dengan Denmark – 1864

 Peperangan dengan Austria – 1866

 Peperangan dengan Perancis – 1870

Senarai di atas menunjukkan peperangan yang melibatkan negara Jerman.

Mengapakah peperangan tersebut berlaku? T5 B3 ms 69 [ P1 B3 ]

a)

Serangan balas

b)

Penyatuan negara

c)

Penguasaan ekonomi

d)

Kediktatoran pemerintah

38.

SPM 2007

Antara yang berikut, yang manakah ciri kenegaraan dalam Kesultanan Melayu Melaka?

T5 B3 ms 75 [ P1 B6-B7 ]

I Rakyat

II Harta

III Pembesar

IV Kerajaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

39.

SPM 2006

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 mempunyai ciri asas bagi pembinaan negara dan bangsa.

Apakah buktinya? T5 B3 ms 80 [ P5 B3-B4 ]

a)

Pemerintahan raja berkuasa mutlak

b)

Perlembagaan bertulis yang lengkap

c)

Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum

d)

Persamaan dengan hukum Kanun Melaka

40.

SPM 2005

Bagaimanakah pengaruh kekuasaan seseorang raja kerajaan Melayu tradisional ditentukan?

T5 B3 ms 65 [ P1 B10 ]

a)

Kesetiaan rakyat

b)

Kegiatan ekonomi

c)

Konsep ketuhanan

d)

Kekayaan hasil bumi