wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TRIAL SEJARAH K1 PUTRAJAYA 2018

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

Menurut pandangan Islam, konsep tamadun memberi penekanan kepada pembangunan unsur-unsur tertentu.

Apakah unsur-unsur tersebut?

a)

Bandar dan seni

b)

Lahiriah dan falsafah

c)

Lahiriah dan rohaniah

d)

Bandar dan budaya

2.

Gambar merupakan sistem tulisan tamadun Mesir Purba.

Mengapakah tulisan tersebut diperkenalkan ?


I Merekod aktiviti pertanian

II Mencatat pengutipan cukai

III Menyebarkan pengaruh politik

IV Memudahkan urusan perdagangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam pendidikan di Sparta ?

 Mempelajari taktik peperangan

 Latihan kekuatan fizikal

 Kemahiran menggunakan senjata

a)

Menanam sikap bertanggungjawab

b)

Mengukuhkan semangat patriotisme

c)

Melahirkan individu seimbang

d)

Melatih pemimpin berwibawa

4.

Perkara berikut merupakan persatuan perdagangan dan perusahaan di India.


 Persatuan tukang logam

 Persatuan tukang kayu


Bagaimanakah persatuan tersebut menjaga kebajikan pengguna ?

a)

Menambah kuantiti

b)

Menurunkan cukai

c)

Mengawal kualiti

d)

Menaikkan harga

5.

Peta menunjukkan lokasi kerajaan Angkor berhampiran dengan Tasik Tonle Sap.

Apakah manfaat lokasi tersebut terhadap kerajaan Angkor ?

a)

Kepadatan penduduk

b)

Laluan perdagangan

c)

Pelabuhan entrepot

d)

Kesuburan tanah

6.

Kewujudan bahasa Sanskrit di Asia Tenggara dikaitkan dengan kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha.

Apakah kepentingan bahasa tersebut ?

a)

Menentukan taraf sosial

b)

Menyatukan golongan rakyat

c)

Meningkatkan pencapaian intelek

d)

Mengembangkan aktiviti perdagangan

7.

Maklumat menunjukkan salah satu amalan masyarakat Zaman Jahiliah.


  • Masyarakat Arab Jahiliah = Mananam bayi perempuan hidup-hidup


Apakah faktor yang menyebabkan masyarakat pada zaman tersebut bertindak demikian ?

a)

Menonjolkan kekuasaan

b)

Memartabatkan maruah keluarga

c)

Membuktikan kekuatan fizikal

d)

Mengamalkan semangat assabiah

8.

Maklumat menerangkan peristiwa yang berlaku di Bukit Safa.

  • Bukit Safa= Majlis dihadiri oleh semua ketua pentadbir kota Makkah

Apakah kepentingan peristiwa tersebut ?

a)

Penentangan Arab Quraisy terhadap Islam

b)

Pembentukan kerajaan Islam yang pertama

c)

Pemisahan antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam

d)

Penyebaran Islam secara terbuka kepada orang Islam

9.

Peristiwa berikut berlaku setelah tentera Islam mencapai kemenangan dalam Perang Badar.

 Semua tawanan Arab Quraisy diampunkan

 Tawanan lelaki diberikan syarat untuk membebaskan diri

 Tawanan kanak-kanak dan wanita dibebaskan

Apakah yang dapat dibuktikan melalui peristiwa tersebut ?

a)

Golongan lemah perlu diutamakan

b)

Islam berkembang secara toleransi

c)

Hukuman berbeza mengikut jantina

d)

Memberi kemaafan perbuatan mulia

10.

Nabi Muhammad s.a.w berjaya membuka semula kota Makkah pada tahun 630 Masihi.

Apakah peristiwa yang mempercepatkan pembukaan semula kota tersebut ?

a)

Penguasaan ekonomi oleh Yahudi

b)

Perluasan ketenteraan Quraisy Makkah

c)

Pembunuhan anggota Bani Khuzaah

d)

Penawanan kafilah perdagangan Parsi

11.

Bagaimanakah pemerintahan kerajaan bani Umaiyyah memperkemaskan sistem ketenteraan ?

a)

Membayar gaji yang tinggi

b)

Menubuhkan Diwanul Jundi

c)

Membina kubu pertahanan di sempadan

d)

Memperkenalkan jawatan panglima tentera

12.

Maklumat berikut berkaitan dengan sumbangan pemerintah kerajaan Bani Abbasiyah.

Baitulhikmah ditubuhkan semasa zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid

Apakah fungsi institusi tersebut ?

a)

Menguruskan hal kewangan

b)

Mengumpulkan rekod keagamaan

c)

Mengendalikan urusan pentadbiran

d)

Menjalankan kegiatan penterjemahan

13.

Maklumat berikut berkaitan dengan tindakan Maharaja di Eropah.

Maharaja John VI Cantacuzens membuat perjanjian dengan Orhan.

Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani ?

a)

Menuntut takhta

b)

Mengawal rakyat

c)

Memperbesar tentera

d)

Mengukuhkan ekonomi

14.

Apakah faktor kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah dalam penyebaran Islam di Eropah ?

I Bantuan luar

II Semangat ghazi

III Kekuatan akidah

IV Sokongan penduduk

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

15.

Konsep berikut telah menjadi pegangan orang Melayu bagi mengukuhkan lagi institusi kesultanan

 Pengikat antara golongan rakyat dengan pemerintah

 Mengangkat kedudukan sultan ke tahap tertinggi

Apakah konsep yang dimaksudkan ?

a)

Tulah

b)

Serah

c)

Daulat

d)

Kerah

16.

Senarai berikut ialah cerita dalam masyarakat Melayu tradisional.

 Batu Belah Batu Bertangkup

 Bawang Merah Bawang Putih

Apakah kebaikan cerita tersebut ?

a)

Memberi hiburan

b)

Memberi pengajaran

c)

Meningkatkan kerjasama

d)

Meningkatkan pengetahuan

17.

Peristiwa berikut berlaku di Eropah pada Zaman Pertengahan.

 Serangan Viking dan Magyar

 Penguasaan orang Islam di kawasan Mediterranean

Apakah kesan peristiwa tersebut terhadap masyarakat Eropah pada masa itu ?

a)

Menjejaskan kegiatan perdagangan

b)

Memperkukuh kedudukan gereja

c)

Melakukan perluasan kuasa

d)

Membentuk sistem feudal

18.

Rajah menunjukkan kesan revolusi yang berlaku di Eropah.

Sekiranya anda seorang pemimpin di Britain, bagaimanakah anda mengatasi masalah tersebut ?

a)

Memperdagangkan di pasaran antarabangsa

b)

Mengagihkan kepada penduduk tempatan

c)

Menyimpan sebagai stok penimbal

d)

Menjual dengan harga yang murah

19.

Dailog berikut mungkin berlaku dalam kalangan masyarakat tempatan di Tanah Melayu pada abad ke-19.

Penduduk A : Pada mulanya pembesar Melayu menguasai perlombongan bijih timah di Tanah Melayu

Penduduk B : Kedatangan British telah mengubah penguasaan pembesar Melayu

Apakah bukti pembesar Melayu menguasai sektor perlombongan ?

I Menentukan harga jualan

II Menetapkan gaji pelombong

III Merancang lokasi pemasaran

IV Mengeluarkan kebenaran pajakan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

20.

Jadual menunjukkan bilangan sekolah rendah mengikut aliran di Tanah Melayu pada tahun 1938.

Mengapakah keadaan tersebut wujud di Tanah Melayu ?

a)

Permintaan golongan elit

b)

Peranan golongan mubaligh

c)

Kurang bantuan dari kerajaan

d)

Kewujudan masyarakat majmuk

21.

Maklumat berkaitan dengan kedatangan kuasa Imperialis Barat ke Timur

  • China dan India = sasaran kuasa Emperialis Barat

Mengapakah China dan India menarik minat kuasa imperialis Barat?

a)

Potensi bidang pertanian

b)

Kekayaan hasil bumi

c)

Pasaran yang luas

d)

Kedudukan yang strategik

22.

Maklumat berikut menerangkan pelaksanaan birokrasi Barat yang diperkenalkan oleh Raja Chulalongkorn di Thailand.

 Memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah

 Melantik Juruaudit dari Britain

 Mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan

Apakah kesan tindakan pemimpin tersebut?

a)

Membuktikan kewibawaan

b)

Mengukuhkan pembesar tradisional

c)

Mengurangkan pengaruh institusi raja

d)

Mengekalkan kedaulatan

23.

Rentap telah berjuang menentang James Brooke di Sungai Skrang.

Mengapakah penentangan itu berlaku ?

a)

Dituduh sebagai lanun

b)

Dipaksa membayar cukai

c)

Dikerah sebagai buruh paksa

d)

Dilarang membuka tanah baharu

24.

Gambar menunjukkan satu mesyuarat orang Melayu yang diadakan di Durian Sebatang, Perak pada tahun 1875.

Apakah iktibar yang boleh diambil daripada peristiwa di atas?

a)

Mengukuhkan toleransi

b)

Sesuatu tindakan perlukan kata sepakat

c)

Orang Melayu taat kepada pemerintah

d)

Mewujudkan pentadbiran yang mantap

25.

Senarai berikut berkaitan persatuan negeri di Tanah Melayu.

 Kesatuan Melayu Perak  Kesatuan Melayu Selangor

 Kesatuan Melayu Pahang

Apakah matlamat penubuhan persatuan tersebut?

I. Memperjuangkan hak

II. Memupuk perpaduan

III. Menggabungkan ideologi

IV. Menuntut kemerdekaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

26.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895.

Apakah keistimewaan undang-undang ini?

a)

Membentuk lapan Jemaah Menteri

b)

Mempengaruhi undang-undang Barat

c)

Mengiktiraf orang Melayu sebagai rakyat Johor

d)

Mengangkat kedudukan golongan bangsawan

27.

Peta menunjukkan tiga unit politik di Tanah Melayu yang disatukan dalam pentadbiran Malayan Union.

Apakah alasan British bertindak menyatukan negeri-negeri tersebut?

a)

Memelihara bangsa Melayu

b)

Memantapkan sistem feudal Melayu

c)

Melatih penduduk tempatan mentadbir

d)

Menjimatkan kos pentadbiran

28.

Surat Pekeliling berikut dikeluarkan kerana bantahan rakyat terhadap British diSarawak.

Surat Pekeliling Bil. 9

Apakah kesan pengeluaran surat pekeliling di atas?

a)

Kakitangan awam meletak jawatan

b)

Ekonomi negara meleset

c)

Kebajikan rakyat terbela

d)

Taraf hidup meningkat

29.

Februari 1953 = Penubuhan Persidangan Kebangsaan.

Apakah tujuan penubuhan persidangan tersebut?

a)

Meningkatkan taraf ekonomi penduduk Tanah Melayu

b)

Memupuk kerjasama sosial bagi meningkatkan taraf hidup

c)

Mencapai kerjasama politik bagi memupuk perpaduan

d)

Mendapatkan sokongan daripada penduduk Tanah Melayu

30.

Gambar menunjukkan rundingan di London yang dihadiri oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1956.

Apakah hasil dari rundingan di atas?

a)

Pembentukan sebuah suruhanjaya mengkaji perlembagaan

b)

Pemisahan Singapura dari Persekutuan Tanah Melayu

c)

Pengisytiharan pembentukan Malaysia

d)

Perlaksanaan Sistem Ahli

31.

Gambar merupakan tokoh yang berjasa kepada Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah peranan beliau dalam proses untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu?

a)

Pengerusi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

b)

Pengerusi Parti Kemerdekaan Tanah Melayu (IMP)

c)

Perunding Jawatankuasa Hubungan Antara Kerajaan

d)

Perunding dalam tuntutan kemerdekaan di London

32.

Apakah peranan Suruhanjaya Cobbold dalam menjayakan pembentukan Malaysia?

a)

Memujuk Singapura menyertai Persekutuan

b)

Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak

c)

Melaksanakan sistem birokras ibarat

d)

Menggalakkan penubuhan parti Perikatan

33.

Dialog berikut berkaitan dengan tuntutan rakyat Sarawak dan Sabah.

Tokoh A :Kita perlu menuntut kuasa mengawal hal imigresen

Tokoh B : Kita juga perlu mengawal perkhidmatan awam

Tokoh C : Tuntutan ini perlu disegerakan

Apakah kesan dialog tersebut?

a)

Penubuhan Suruhanjaya Cobbold

b)

Penubuhan Suruhanjaya Reid

c)

Pembentukan Malaysia 1963

d)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

34.

Gambar menunjukkan Jata Negara Malaysia.

Apakah yang dilambangkan oleh lima bilah keris pada perisai dalam jata tersebut?

a)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

b)

Keberanian rakyat Malaysia

c)

Islam agama rasmi negara

d)

Hak istimewa Melayu

35.

Pada tahun 1958, Encik Sulaiman ingin mengusahakan tanaman pisang secara kecil-kecilan, tetapi tidak mempunyai sumber modal yang cukup.

Apakah agensi kerajaan yang boleh membantu Encik Sulaiman?

a)

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)

b)

Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)

c)

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

d)

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI)

36.

Maklumat berikut berkaitan dengan dasar pembangunan ekonomi negara.

  • Pembangunan in-situ

Mengapakah dasar tersebut dilaksanakan?

a)

Memastikan keberkesanan projek perindustrian

b)

Meningkatkan kecekapan guna tenaga

c)

Memajukan ekonomi luar bandar

d)

Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah

37.

Pengenalan Akta Bahasa Kebangsaan telah diluluskan pada tahun 1967.

Kesan pengenalan akta tersebut ialah ?

a)

Kurikulum bahasa Melayu disemak semula

b)

Bahasa Melayu digunakan di mahkamah

c)

Kedudukan bahasa Melayu semakin kukuh

d)

Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar

38.

Pernyataan berikut adalah cabaran keempat Wawasan 2020.

  • Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika

Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengatasi cabaran tersebut?

a)

Memastikan kestabilan politik

b)

Mengukuhkan kedudukan ekonomi

c)

Menguasai bidang sains dan teknologi

d)

Melaksanakan sistem pendidikan berkesan

39.

Dasar Apartheid diamalkan oleh Afrika Selatan.

Bagaimanakah Malaysia menentang dasar tersebut?

a)

Memutuskan hubungan diplomatik

b)

Menamatkan perlindungan politik

c)

Menyekat bantuan kemanusiaan

d)

Menghalang hubungan perdagangan

40.

Apakah peristiwa yang menyebabkan matlamat ZOPFAN [ Zon Aman Bebas dan Berkecuali ] teruji ?

a)

Perjuangan bangsa Moro di Filipina

b)

Serangan Gerakan Pemisah di Thailand

c)

Campurtangan Amerika di Vietnam

d)

Pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea