NEW
Font size
Worksheetsspm sejarah 2015
Total questions: 40
Worksheet time: 20mins
1 Bagaimanakah ciri kehidupan bandar yang bertamadun menurut pandangan cendekiawan Islam ?
A Kebebasan mengamalkan sebarang agama
B Kemajuan pesat dalam bidang ekonomi
C Kesejahteraan semua lapisan rakyat
D Ketinggian tatasusila masyarakat
Masyarakat dalam Tamadun Indus ( 2000 sebelum Masihi ) berjaya membina bandar terancang tertua di dunia.
Kemampuan masyarakat dalam tamadun tersebut membina bandar terancang adalah disebabkan oleh
I Amalan sikap terbuka
II Pertembungan dengan budaya lain
III Perluasan wilayah pemerintahan
IV Kejayaan kegiatan penjelajahan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
3 Masyarakat Athens mementingkan sukan, seni berpidato dan kesusasteraan dalam sistem pendidikan. T4 ms53
Mengapakah bidang tersebut penting ?
A Memudahkan mobiliti sosial
B Membina watak kepimpinan
C Melahirkan rakyat yang seimbang
D Memperkukuhkan jati diri masyaraka
Bagaimanakah kedudukan seorang raja di India diperkukuhkan?
A Penggunaan gelaran maharaja
B Perlantikan golongan Ksyatria
C Pengamalan upacara keagamaan
D Pengiktirafan golongan Brahmin
Dalam kerajaan awal di Asia Tenggara, raja dikaitkan dengan konsep berikut.
*Dewa Raja
*Order Kosmos
Mengapakah konsep tersebut dikaitkan dengan raja ?
A Mengekalkan pemerintahan yang adil
B Memantapkan adat istiadat di istana
C Mempelbagai upacara keagamaan
D Memantapkan kuasa pemerintahan
Gambar 1 ialah Gunung Jerai di Kedah.
Gambar 1
Apakah kepentingan gunung tersebut kepada kemajuan kerajaan Kedah Tua
A Memudahkan kedatangan pedagang
B Simbol penguasaan alam semesta
C Lambang kekuatan pemerintah
D Benteng pertahanan negeri
Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalingan pemimpin musyrikin Quraisy di Makkah pada Zaman Jahiliah.
Pemimpin 1 : Kita perlu menentang Muhammad habis-habisan kerana dia menggugat kedudukan kita
Pemimpin 2 : Ya, tambahan pula ajarannya bertentangan dengan amalan nenek moyang kita
Apakah kesan dialog tersebut terhadap Nabi Muhammad SAW ? T4 ms112
A Penyebaran Islam tersekat
B Perjanjian damai dimeterai
C Penghijrahan baginda ke Habsyah
D Pemulauan terhadap keluarga baginda
Pada peringkat awal penyebaran Islam di Makkah, golongan hamba adalah golongan yang mula-mula tertarik kepada ajaran Islam.
Mengapakah mereka tertarik kepada ajaran Islam ?
A Mempertahankan prinsip kesamarataan
B Mendapat galakan daripada keluarga
C Diberi jaminan keselamatan
D Peka terhadap perubahan
Apakah peristiwa yang dapat dikaitkan dengan maklumat berikut ?
*Menyediakan tempat tinggal
* Menjanjikan keselamatan
* Kesediaan mempertahankan Islam
A Perjanjian Hudaibiah
B Perjanjian Aqabah
C Baiah al-Ridwan
D Majlis Tahkim
Rajah 1 berkaitan dengan rentetan peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW.
Menerima wahyu-----X-------Singgah di Quba------Sampai di Madinah.
Apakah X?
A Bersetuju memeterai Perjanjian Aqabah
B Sepakat membina masjid al-Nabawi
C Muafakat dengan golongan Ansar
D Bersembunyi di Gua Thur
Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan Berjaya meluaskan wilayah Islam ?
A Semangat jihad dipupuk
B Armada laut diperkukuhkan
C Perkahwinan politik digalakkan
D Perjanjian dengan pemimpin tempatan
Bagaimanakah Khalifah Umar bin Al-Khattab mengawal hakim daripada melakukan penyelewengan ?
A Mewujudkan peraturan yang tegas
B Memberikan gaji setiap bulan
C Melantik pegawai risikan
D Membuat pemantauan
Rajah 2 menunjukkan perubahan yang berlaku dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara selepas kedatangan Islam .
Rajah 2
Sebelum Islam Beraja
Selepas Islam X
Apakah X ?
A Kesultanan
B Demokrasi
C Aristokrasi
D Republik
Apakah yang berkaitan dengan tokoh dalam senarai berikut ?
*John Crawford
* Snouck Hurgronje
* Emanuel Gadinho Eredia
A Melaksanakan pentadbiran Barat
B Memperkenalkan ilmu matematik
C Menterjemahkan karya falsafah Arab
D Membincangkan teori kedatangan Islam
Rajah 3 menunjukkan motif dalam seni ukiran masyarakat Melayu.
Burung ---------Tumbuh - tumbuhan
Ayam------------ Bunga - bungaan
Mengapakah perubahan tersebut berlaku ?
A Pengaruh ajaran Islam
B Pengaruh Hindu-Buddha
C.Pengaruh atau kepercayaan animisme
Pengaruh sistem tradisional
Apakah sumbangan tokoh berikut terhadap pendidikan formal di Tanah Melayu ?
*Tuk Pulai Chondong
*Tok Ku Paloh
A Melancarkan sistem madrasah
B Menyeragamkan sukatan pelajaran
C Memperkukuhkan sistem pendidikan pondok
D Mengasaskan pendidikan untuk kaum wanita
Akta Antipenggabungan ( Anti- Combination Act ) diperkenalkan di Britain pada peringkat awal Revolusi Perindustrian. T4 ms236
Akta tersebut menyebabkan
A Buruh asing dilarang bekerja
B Gaji pekerja tidak meningkat
C Harga barang berkurangan
D Wanita dilarang bekerja di kilang
Dialog berikut menggambarkan situasi di Eropah pada abad ke-16.
Mengapakah Martin Luther menenteng amalan penganut Kristian seperti dalam dialog di atas?
A Ajaran agama diseleweng
B Kadar jenayah meningkat
C Rakyat jelata tertindas
D Kuasa raja terhad
Pemodal dari Eropah dan China menguasai pertanian komersial di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British.
Mengapakah keadaan tersebut berlaku ?
A Menguasai kupulan kongsi gelap
B Mendapat bantuan pembesar tempatan
C Menguasai pasaran tenaga kerja tempatan
D Mendapat konses tanah daripada kerajaan
Jadual 1 berkaitan dengan dasar British dalam perusahaan tanaman getah di Tanah Melayu.
Jadual 1
Tahun 1920
Dasar Rancangan Stevenson diperkenalkan
Mengapakah dasar tersebut diperkenalkan ?
A Menstablkan harga
B Mengurangkan import
C Meningkatkan pengeluaran
D Menyekat kegiatan orang tengah
Gambar 2 menunjukkan seorang pembesar Mandarin di Vietnam. T5 ms11
Gambar 2
Bagaimanakah pembesar tersebut dilantik ?
A Keputusan pembesar tradisional
B Pemilihan oleh rakyat
C Perlantikan oleh penjajah
D Melalui sistem peperiksaan
Peta 1 menunjukkan wilayah yang dikuasai oleh imperialis Barat di Asia Tenggara pada tahun 1914.
Apakah keistimewaan wilayah tersebut ?
A Politik stabil
B Pentadbiran mantap
C Banyak bahan mentah
D Mata wang sistematik
Antara yang berikut, yang manakah mencetuskan semangat nasionalisme di Asia Tenggara?
A Perang Rusia-Jepun
B Perang Dingin di Eropah
C Perjuangan golongan Luddite
D Perjuangan Parti Komunis Malaya
Senarai berikut adalah tokoh luar negara yang mempengaruhi Gerakan Islah di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
*Syeikh Muhammad Abduh
*Sayyid Jamaluddin al-Afghani
Apakah bukti yang menunjukkan mereka berpengaruh ?
A Kekukuhan perpaduan pelbagai kaum
B Kemunculan semangat kebangsaan
C Perluasan penggunaan tulisan jawi
D Perkembangan kegiatan kesenian
Apakah tindakan J.W.W.Birch yang menyebakan orang Melayu bangkit menenteng British di Pasir Salak, Perak ? ,h
A Larangan mengutip hasil hutan
B Menghalang kemasukan imigrin
C Campur tangan dalam pentadbiran
D Mengambil alih aktiviti perlombongan
Negara dan bangsa Malaysia lahir apabila Persekutuan Tanah Melayu merdeka pada tahun 1957 dan pembentukan Persekutuan Malaysia pada tahun 1963 .
Apakah faktor yang menjayakan kemerdekaan dan pembentukan Malaysia ? T5 ms67-71
I Desakan kumpulan radikal
II Pemimpin dan rakyat bermuafakat
III Semangat toleransi menjadi amalan
IV Penduduk terdiri daripada pelbagai kaum
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Negara bangsa Jerman dan Itali dibentuk pada abad ke-19.
Apakah persamaan pmbentukan kedua-dua negara bangsa tersebut ?
A Mengekalkan sistem monarki
B Menggunakan kaedah realpolitik
C Mengamalkan prinsip demokrasi
D Menguatkuasakan falsafah legalisme
Persidangan Damai Paris telah Menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson. T5 ms68
Apakah perkara yang terkandung dalam deklarasi tersebut ?
A Sistem monarki dipulihkan
B Amalan realpolitik diharamkan
C Rakyat disatukan berdasarkan agama
D Sempadan negara ditentukan berasaskan bangsa
Pertubuhan berikut menyokong pembentukan Malayan Union pada tahun 1946.
* Angkatan Wanita Sedar (AWAS )
* Angkatan Pemuda Insaf (API )
* Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
Mengapakah pertubuhan tersebut bertindak demiki
A Mengekalkan sistem beraja
B Melicinkan sistem pentadbiran
C Mempertahankan hak penduduk tempatan
D Mengukuhkan pemerintahan tradisional
Pantun berikut menggambarkan kesan pembentukan Malayan union di Tanah Melayu.
Dari Bentan ke Kuala Sedidi
Singgah Berjaja di Batu Pahat
Syarat kerakyatan secara jus soli
Kuasa raja turut tergugat
Apakah tindakan orang Melayu ?
A Memohon bantuan luar
B Mengukuhkan pertahanan negeri
C Menggubal perlembagaan alternatif
D Mengadakan demonstrasi secara aman
Gambar 3 berkaitan Rundingan London yang diadakan pada tahun 1956 .
Apakah keputusan yang dicapai dalam rundingan tersebut ?
A Pembentukan Jawatankuasa Antara Kaum
B Kelonggaran syarat mendapatkan kerakyatan
C Penubuhan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan
D Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan
Konvensyen Kebangsaan dianjurkan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1953.
Apakah hasil konvensyen tersebut ?
A Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perbandaran
B Penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya
C Pelantikan Jawatankuasa Pilihan Raya
D Pembentukan Parti Perikatan
Rajah 4 adalah garis masa menunjukkan proses pembentukan Persekutuan Malaysia.
Rajah 4
September 1962-Referendum Singapura
Ogos 1962- X
Februari- Memorandum kepada Suruhanjaya Cobbold
Julai 1961-Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum
Apakah X
A Majlis perundangan Persekutuan
B Jawatankuasa Antara Kerajaan
C Jawatankuasa Eksekutif
D Suruhanjaya Reid
Mengapakah parti politik berikut menenteng penyertaan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia pada peringkat awal ?
Sarawak Chinese Association Parti Pesaka Anak Sarawak
A Bimbang ancaman komunis
B Tekanan daripada Indonesia
C Ingin merdeka terlebih dahulu
D Menyokong Persekutuan Borneo
Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan Raya bertindak memastikan pilihan raya yang diadakan di Malaysia adil dan telus ?
A Menyediakan jadual awal berkempen bagi calon
B Menetapkan manifesto parti politik yang bertanding
C Membenarkan pengundi berdaftar sahaja layak mengundi
D Melarang pemerhati dari luar negara memantau pengundian
Maklumat berikut berkaitan dengan pilihan raya di Malaysia
Tarikh : 16 Januari 2007,
Peristiwa : Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan tarikh mengundi bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Batu Talam, Raub, Pahang
Mengapakah pilihan raya kecil tersebut diadakan?
APembubaran rasmi parlimen
B Wakil rakyat meninggal dunia
C Persempadaan semula kawasan
D Pertambahan bilangan penduduk
Sistem persekolahan aneka jurusan telah diperkenalkan pada tahun 1965.
Mengapakah sistem persekolahan tersebut diperkenalkan ?
A Melahirkan tenaga kerja mahir
B Mengurangkan sekolah vernakular
C Memendekkan tempoh pembelajaran
D Menempatkan murid kelainan upaya
Dasar Penswastaan dilancarkan dalam Rancangan Malaysia Keempat.
Apakah matlamat dasar tersebut?
I Mengimbangi pemilikan harta antara kaum
II Mengurangkan beban kewangan kerajaan
III Meningkatkan kemajuan ekonomi
IV Memperhebatkan pembukaan tanah
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Selepas merdeka, Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan negara berikut .
*Britain
*Australia
*New Zealand
Mengapakah perjanjian tersebut ditandatangani ?
A Memperkuat pertahanan
B Menambah aset ketenteraan
C Mengekalkan hubungan diplomatik
D Menggalakkan kemasukan pelabur asing
Petikan berikut berkaitan dengan Perang dunia Kedua
Pada 1 September 1939, Hitler ( Jerman ) mara ke sempadan Poland . Dua hari kemudiannya, setelah mendesak agar Hitler berundur, Britain dan Perancis menyertai perang.
Sumber : B.H Liddell Hart History of the Second
Apakah alasan Britain dan Perancis menyertai perang tersebut ?
A Menguji kekuatan tentera
B Mempertahankan keselamatan
C Merampas kembali wilayah
D Menyekat pengaruh komunis
