wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 1

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan kerajaan terawal di Alam Melayu?

a)

A. Kerajaan Funan

b)

B Kerajaan Champa

c)

C Kerajaan Srivijaya

d)

D Kerajaan Kedah tua

2.

Apakah kerajaan yang wujud selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

A Johor Riau

b)

B Majapahit

c)

C Srivijaya

d)

D Jambi

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan Wilayah pengaruh?

a)

Tanah pegangan pembesar tempatan

b)

Kawasan rakyat menerima kekuasaan raja

c)

Kedaulatan kerajaan diiktiraf

d)

Kekuatan sebuah kerajaan

4.

Bagaimana menentukan wilayah pengaruh sesuatu kerajaan?

a)

Mendapat pengiktirafan raja China

b)

Mendapat cop mohor sultan

c)

Melalui kesetiaan kepada pemerintah

d)

Menerusi upacara kesetiaan pembesar

5.

Meminum air sumpah merupakan satu upacara utama bagi kerajaan Srivijaya.


Apakah kepentingan upacara tersebut?.

a)

Membuktikan kesetiaan

b)

Menghormati undang-undang

c)

Menentukan hak pembesar daerah

d)

Menyempurnakan acara keagamaan

6.

Kerajaan X telah meneruskan ciri-ciri negara bangsa yang diasaskan oleh Kerajaan Funan dan Champa. Apakah X?

a)

Majapahit

b)

Langkasuka

c)

Kedah Tua

d)

Srivijaya

7.

Bagaimana kerajaan Johor- Riau mengukuhkan ciri-ciri negara bangsa Alam Melayu?

a)

Mengutuskan pembesar daerah

b)

Menjalankan upacara angkat sumpah

c)

Menekankan ciri keislaman

d)

Menjalakan penaklukan

8.

Bagaimanakah kedudukan Raja di Alam Melayu diperkukuhkan?

a)

Ketaatan rakyat kepada raja

b)

Kemajuan aktiviti pelabuhan

c)

Ketegasan undang-undang

d)

Kegagahan laksamana

9.

Raja Champa dianggap sebagai pemerintah yang suci.


Apakah gelaran yang dikaitkan dengan kepercayaan tersebut?

a)

Dewa Krishna

b)

Dewa Raja

c)

Dewa Vishnu

d)

Dewa Siva

10.

Apakah kerajaan yang wujud selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka?

ms:5

a)

Kerajaan Srivijaya

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Johor Riau

d)

Kerajaan Jambi

11.

Kesultanan Melayu Melaka telah mempunyai ciri negara bangsa berikut


- Kerajaan


Apakah bukti yang menyokong pernyataan tersebut?

a)

Ketaatan rakyat

b)

Kewujudan Raja

c)

Kewujudan pembesar

d)

Kemajuan perdagangan

12.

Antara berikut yang manakah membuktikan ciri kedaulatan negara bangsa Kesultanan Melayu Melaka. Ms 6

a)

Pembesar dilantik oleh Sultan

b)

Sultan berkuasa mengawal rakyat

c)

Semangat kerjasama pembesar

d)

Pentadbiran pusat berjalan lancar

13.

Bagaimana kerajaan Melayu Melaka mendapatkan wilayah taklukan.

a)

Menjalinkan hubungan persahabatan

b)

Mengukuhkan hubungan diplomatik

c)

Meningkatkan aktiviti perdagangan

d)

Memenangi siri peperangan

14.

Kerajaan Melaka memperoleh wilayah X melalui kaedah perkahwinan.


Apakah X?

a)

Kuala Linggi

b)

Patani

c)

Kampar

d)

Majapahit

15.

Antara berikut yang manakah merupakan lambang identiti kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Adat istiadat

b)

Duit syiling

c)

Arca raja

d)

Undang-undang

16.

Apakah kesan perlaksanaan undang-undang berikut dalam kerajaan Melayu Melaka?


- Hukum Kanun Melaka

- Undang-Undang Laut Melaka

a)

Meningkatkan kepercayaan rakyat

b)

Memjamin hubungan antara kerajaan

c)

Mengukuhkan kedudukan kerajaan

d)

Meningkatkan kesucian raja

17.

Golongan pembesar diberikan kuasa bagi meningkatkan keberkesanan sistem petadbiran Kesultanan Melayu Melaka.


Kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai ....

a)

Kawasan pegangan

b)

Kawasan pemakanan

c)

Wilayah pungutan cukai

d)

Wilayah anugerah diraja

18.

Antara berikut, yang manakah merupakan tugas Bendahara?

a)

Menjadi Ketua turus angkatan tentera

b)

Menjaga keselamatan laut

c)

Mengutip cukai di pelabuhan

d)

Menjaga keamanan di darat

19.

Apakah bukti menunjukkan bahawa penghulu bendahari telah berjaya membawa keunggulan kerajaan Melayu Melaka?

a)

Pentadbiran pelabuhan yang sistematik

b)

Pengurusan kewangan yang teratur

c)

Pembentukan tentera yang kuat

d)

Perlaksanaan undang-undang yang berkesan

20.

Antara berikut yang manakah merupakan sumber pendapatan kerajaan Melayu Melaka?


I Ufti daripada wilayah talukkan

II Cukai perdagangan

III Pengeluaran rempah ratus

IV Penjualan beras dan gandum

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Bagaimana peranan syahbandar dapat menjana pendapatan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Mengekang jualan secara riba

b)

Mengutip cukai di pelabuhan

c)

Menyediakan gudang penyimpanan

d)

Menyediakan ruang perniagaan

22.

Pembesar akan mengutip cukai di kawasan ____

a)

jajahan

b)

pegangan

c)

pelabuhan

d)

naungan

23.

Antara berikut yang manakah menjadi bukti kekayaan Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Kehadiran golongan saudagar

b)

Keluasan kawasan perhutanan

c)

Kerancakan aktiviti penanaman

d)

Kemampuan membeli senjata

24.

Tugas laksamana telah berjaya memasyhurkan Kesultanan Melayu Melaka.


Apakah tugas pembesar tersebut?

a)

Menjaga keselamatan kota Melaka

b)

Menjadi panglima angkatan Laut

c)

Merupakan ketua turus angkatan tentera

d)

Menguatkuasa undang-undang laut

25.

Siapakah yang melantik pembesar di kawasan jajahan zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Sultan dan Pembesar Berempat

b)

Ketua tanah jajahan

c)

Pembesar berempat

d)

Bendahara

26.

Antara tugas pembesar tanah jajahan ialah menjaga keamanan. Apakah tugas lain yang diberikan kepada pembesar tersebut?

a)

Membina istana

b)

Mengutip cukai

c)

Menguruskan pelabuhan

d)

Menguatkuasa undang-undang

27.

Bendahara Tun Perak antara pembesar zaman Kesultanan Melayu Melaka yang sangat berpengaruh.


Apakah bukti menyokong kenyatan tersebut ?

a)

Melantik anak sendiri sebagai sultan

b)

Membangunkan kawasan pelabuhan

c)

Menjadi bendahara bagi empat orang sultan

d)

Mengurus kewangan kerajaan

28.

Apakah kepentingan lambang kebesaran Kesultanan Melayu Melaka berikut?

a)

Menjadi simbol kedaulatan kerajaan

b)

Mengambarkan kekuatan tentera

c)

Menunjukkan kekayaan kerajaan

d)

Mengukuhkan hubungan diplomatik

29.

Apakah hukuman bagi kesalahan memalsukan titah sultan?

a)

Bunuh

b)

Dipenjara

c)

Buang daerah

d)

Dimalukan

30.

Apakah tugas sultan yang terkandung di dalam fasal 1 Undang-undang Kanun Melaka?

a)

Mengiktiraf wakil negara lain

b)

Menguatkuasa undang-undang keluarga

c)

Menjadi ketua turus angkatan perang

d)

Melantik golongan pembesar

31.

Bagaimana kandungan dalam Hukum Kanun Melaka dapat mengekalkan keharmonian sebuah keluarga zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Menjatuhkan hukuman ke atas nakhoda

b)

Menjelaskan berkaitan hasil perniagaan

c)

Menyelesaikan masalah berkaitan perkahwinan

d)

Menjatuhkan hukuman kepada kelalaian malim

32.

Bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia boleh mencontohi cara jual beli zaman Kesultanan Melayu Melaka?

a)

Membangunkan perniagaan rempah ratus

b)

Menjalankan perniagaan tanpa riba

c)

Menanamkan semangat berniaga sejak kecil

d)

Memajukan kegiatan penanaman bergilir

33.

Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada perlaksanaan undang-undang Laut Melaka berkaitan peranan nakhoda kapal?

a)

Memastikan keuntungan dalam jual beli

b)

Mempelajari kemahiran ilmu bintang

c)

Masalah diselesaikan dengan mesyuarat

d)

Meneroka teknologi pelayaran

34.

Di dalam undang-undang Laut Melaka terdapat undang-undang berkaitan jenayah di atas kapal.


Antara berikut, yang manakah termasuk dalam kategori tersebut?

a)

Memberontak

b)

Mencederakan

c)

Memeras ugut

d)

Menipu

35.

Apakah kesan pengamalan konsep waadat dalam kerajaan Melayu Melaka?

a)

Mengukuhkan kedaulatan

b)

Memajukan sistem ekonomi

c)

Menjamin kesejahteraan rakyat

d)

Menjaga warisan bangsa

36.

Masyarakat dalam Kesultanan Melayu Melaka terbahagi kepada dua iaitu pemerintah dan yang dperintah.


Antara berikut, yang manakah termasuk dalam golongan yang diperintah?

a)

Imam

b)

Tok Siak

c)

Tok Kadi

d)

Ulama

37.

Bagaimana sultan dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat zaman Kesultranan Melayu Melaka?

a)

Meningkatkan taraf sosial

b)

Mengadakan upacara sumpah setia

c)

Memperkenalkan undang-undang

d)

Megurangkan beban cukai

38.

Apakah kerajaan yang memiliki empayar yang berlorek?

a)

Kerajaan Melaka

b)

Kerajaan Majapahit

c)

Kerajaan Funan

d)

Kerajaan Srivijaya

39.

Bagaimana rakyat zaman Kesultanan Melayu Melaka menyumbang tenaga melalui sistem kerah?

a)

Menjadi pendayung kapal perang

b)

Menjalankan gotong royong

c)

Membina istana raja

d)

Menjadi tentera diraja

40.

Bagaimana konsep waadat dapat dilaksanakan oleh rakyat Malaysia pada hari ini?

a)

Mentaati perintah raja

b)

Mempertahankan kedaulatan negara

c)

Mengukuhkan perpaduan rakyat

d)

Memelihara keamanan negara