wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

GAMIFIKASI QUIZIZZ T4B5

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Penentangan berterusan terhadap Malayan Union menyebabkan British menubuhkan pentadbiran yang baharu.

Apakah pentadbiran tersebut?

a)

Sistem Ahli

b)

Jawatankuasa Kerja

c)

Persekutuan Tanah Melayu

d)

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

2.

Mengapakah British menubuhkan Jawatankuasa Kerja pada 25 Jualai 1946?

a)

Menggubal perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Mengkaji isu perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

c)

Membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

d)

Menerima memorandum Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

3.

Apakah kesan penubuhan Jawatankuasa Kerja terhadap negara?

a)

Pembentukan persekutuan

b)

Pembinaan negara bangsa

c)

Pemuafakatan antara kaum

d)

Penggubalan perlembagaan

4.

Apakah persamaan tugas pemimpin UMNO berikut?

Dato' Onn Jaafar

Haji Megat Yunus

Dato' Abdul Rahman Mohd Yassin

a)

Menubuhkan Majlis Perundangan Persekutuan

b)

Membentuk gabungan persatuan Melayu

c)

Menghalang sistem pentadbiran British

d)

Menjadi anggota Jawatankuasa Kerja

5.

Bagaimanakah golongan nasionalis Melayu radikal menentang penubuhan Jawatankuasa Kerja?

a)

Menyerang British

b)

Menubuhkan kongres

c)

Membentuk PUTERA

d)

Melakukan demonstrasi

6.

Bagaimana golongan nasionalis Melayu radikal membuka minda rakyat ke arah proses kemerdekaan?

a)

Menerbitkan akhbar

b)

Menawarkan hadiah

c)

Mengadakan lawatan

d)

menubuhkan persatuan

7.

Apakah cadangan PUTERA-AMCJA sebagai alternatif menggantikan Perjanjian Persekutuan 1948?

a)

Perlembagaan Rakyat

b)

Perlembagaan Malaysia

c)

Perlembagaan Bersama

d)

Perlembagaan Gabungan

8.

Apakah persamaan perkara yang dicadangkan oleh gabungan berikut dalam Perlembagaan Rakyat?

PUTERA

AMCJA

a)

Pilihan raya

b)

Adat istiadat

c)

Bahasa kebangsaan

d)

Syarat kewarganegaraan

9.

Orang Melayu diberi kuasa mengetuai hal ehwal agama Islam dan adat istiadat dalam Perlembagaan Rakyat

Bagaimanakah orang Melayu menguruskan kuasa tersebut?

a)

Diselia oleh Majlis Khas

b)

Dipimpin oleh Pejabat Agama

c)

Dikawal oleh Raja-raja Melayu

d)

Dipantau oleh pembesar Melayu

10.

Maklumat berikut berkaitan dengan peristiwa yang berlaku di Tanah Melayu.

British bersetuju membubarkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948.

Mengapakah British bersetuju melakukan perubahan tersebut?

a)

Permintaan orang dagang

b)

Peperangan orang Jepun

c)

Penentangan orang Melayu

d)

Pelancaran revolusi bersenjata

11.

Tokoh berikut telah menyaksikan bantahan orang Melayu terhadap Malayan Union

Rees William

L.D. Gammas

Apakah laporan mereka kepada Dewan Parlimen British sekiranya Malayan Union dilaksanakan?

a)

Perpaduan akan terjalin

b)

Huru - hara akan berlaku

c)

Gabungan semua negeri

d)

Peperangan akan meletus

12.

Raja-raja Melayu telah memberi cadangan terhadap Kerajaan British semasa pertemuan pada 27 Mei 1946.

Apakah cadangan Raja-raja Melayu ?

I Raja berkuasa dalam perundangan

II Pengenalan jawatan Residen Jeneral

III Pengenalan sistem Raja Berperlembagaan

IV Penubuhan persekutuan bertaraf naugan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

13.

Piagam Atlantik telah diisytiharkan pada bulan Ogos 1941.

Apakah negara yang merangka piagam tersebut?

a)

Itali

b)

Jerman

c)

Perancis

d)

Amerika Syarikat

14.

Apakah gesaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang terkandung dalam Piagam Atlantik 1945?

a)

Amalan monarki

b)

Dasar liberalisasi

c)

Amalan realpolitik

d)

Dasar dekolonisasi

15.

British menyokong pembentukan Persekutuan Tanah Melayu kerana dasar dekolonisasi.

Apakah kebaikan dasar tersebut kepada negara?

a)

Pembentukan masyarakat berbilang kaum

b)

Berpeluang menubuhkan kerajaan sendiri

c)

Menyeragamkan sistem pentadbiran

d)

Meningkatkan kerjasama ekonomi

16.

Bagaimanakah kedudukan Singapura setelah Persekutuan Tanah Melayu dibentuk?

a)

Tanah jajahan

b)

Negara merdeka

c)

Negara naungan

d)

Bertaraf bebas

17.

Siapakah yang memegang kuasa eksekutif terhadap Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Residen

b)

Gabenor Jeneral

c)

Raja-raja Melayu

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

18.

Siapakah yang bertanggungjawab mengesahkan rang undang-undang yang telah diluluskan dalam Dewan Perundangan Negeri?

a)

Sultan

b)

Gabenor

c)

Parlimen British

d)

Pesuruhjaya Tingg British

19.

Mengapakah British menubuhkan majlis berikut dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Membantu Pesuruhjaya Tinggi British

b)

Mentadbir pemerintahan peringkat pusat

c)

Mengembalikan kuasa raja-raja Melayu

d)

Mengasaskan sistem pembahagian kuasa

20.

Rajah menunjukkan cara memperolehi kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Apakah cara X

a)

Kehakiman

b)

Pendaftaran

c)

Perkahwinan

d)

Perkenan sultan

21.

Rakyat raja diperoleh secara kuat kuasa undang - undang.

Apakah syarat untuk menjadi Rakyat Raja

I Tingkah laku yang baik

II Memahami adat resam

III Bertutur bahasa setempat

IV Keluarganya rakyat tempatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

22.

Maklumat berikut berkaitan dengan kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Apakah status kerakyatan tersebut?

a)

Rakyat British

b)

Rakyat Raja Melayu

c)

Rakyat Negeri-Negeri Selat

d)

Rakyat Negeri Naungan British

23.

Pilih jawapan yang BETUL berkaitan syarat menjadi rakyat British di Persekutuan Tanah Melayu 1948.

a)

Mempunyai pekerjaan yang tetap

b)

Mempunyai tingkah laku yang baik

c)

Bermastautin dalam tempoh 10 tahun

d)

Berkahwin dengan penduduk tempatan

24.

Antara berikut, yang manakah bidang kuasa Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

I Tanah

II Agama Islam

III Perdagangan

IV Hal ehwal luar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Menurut Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, siapakah yang layak mendapat kewarganegaraan melalui prinsip Jus Soli?

a)

Rakyat Raja

b)

Rakyat British dari Britain

c)

Orang yang berjasa

d)

Penduduk yang berumur 18 tahun ke atas

26.

Pernyataan berikut berkaitan dengan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Apakah bukti yang menyokong pernyataan tersebut?

a)

Raja menjadi Ketua Pentadbir Negeri

b)

Raja menentukan dasar pentadbiran kerajaan

c)

Raja dirujuk dalam bidang kuasa kerajaan Persekutuan

d)

Raja Melayu menguruskan hal ehwal agama Islam dan adat Melayu

27.

Berdasarkan undang-undang yang dikuatkuasakan, kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu boleh diberikan atas sebab naturalisasi

Apakah maksud naturalisasi?

a)

Tiada rekod jenayah

b)

Taat setia kepada raja

c)

Memenuhi syarat yang ditetapkan

d)

Memahami adat resam tempatan

28.

Mengapakah orang Melayu diberikan kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Diiktiraf sebagai penduduk asal

b)

Merangka Perjanjian Persekutuan

c)

British memenuhi tuntutan pelbagai pihak

d)

Terlibat dalam penggubalan perlembagaan

29.

Mengapakah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dapat diterima oleh masyarakat Tanah Melayu?

I Peduduk membentuk kerajaan sendiri

II Pembukaan ruang kewarganegaraan untuk kaum bukan Melayu

III Pengiktirafan hak keistimewaan orang Melayu

IV Penguasaan ekonomi oleh masyarakat tempatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

30.

Persekutuan Tanah Melayu telah membuka jalan ke arah perpaduan dan kerjasama kaum di negara kita

Manakah yang berikut berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)

Parti Perikatan

b)

Perlembagaan Rakyat

c)

Jawatankuasa Kerja

d)

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

31.

Rajah menunjukkan pihak yang terlibat dalam penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang menggantikan Malayan Union

Apakah perumpamaan yang sesuai untuk merumuskan perkara tersebut?

a)

Isi dengan kuku

b)

Aur dengan tebing

c)

Rakyat umpama akar

d)

Muafakat membawa berkat

32.

Mengapakah John Thivy dan Tan Cheng Lock menolak perjanjian pembentukan persekutuan

a)

Memenuhi pembahagian kuasa

b)

Menuntut konsep sebuah republik

c)

Memajukan ekonomi orang Melayu

d)

Mengukuhkan kuasa British di Tanah Melayu

33.

Apakah matlamat perjuangan golongan nasionalis Melayu radikal?

I Berkompromi dengan British

II Penubuhan kesatuan Melayu

III Kebebasan daripada penjajahan

IV Penyatuan seluruh Tanah Melayu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

34.

Maklumat berikut berkaitan dengan perjuangan rakyat.

Mengapakah berlakunya peristiwa tersebut?

a)

Pergolakan daripada Bintang Tiga

b)

Perlantikan Gabenor Jeneral British

c)

Perbalahan masyarakat pelbagai kaum

d)

Penolakan terhadap Perlembagaan Rakyat

35.

Apakah kebaikan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 terhadap sistem pemerintahan beraja?

a)

Pemansuhan sistem pewarisan takhta

b)

Pengukuhan kedudukan Raja-raja Melayu

c)

Pengenalan Sistem Raja Berperlembagaan

d)

Pentadbiran diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong

36.

Mengapakah orang bukan Melayu menyokong persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Diterima sebagai rakyat asal

b)

Dianggap sebagai kaum bumiputera

c)

Diberi peluang menjadi warganegara

d)

Dikecualikan membayar cukai tahunan

37.

Mengapakah konsep Persekutuan Tanah Melayu turut disokong oleh pentadbir British di Tanah Melayu?

I Menggalakkan kemajuan ekonomi

II Mewujudkan keamanan dan kestabilan

III Menghormati tuntutan Raja-raja Melayu

IV Menyediakan Tanah Melayu ke arah kemerdekaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

38.

Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) telah ditubuhkan di negara kita selepas Perang Dunia Kedua.

Apakah kesan penubuhan CLC terhadap negara?

a)

Menyusun semula masyarakat pelbagai kaum

b)

Membantu perkembangan sosioekonomi negara

c)

Membangunkan peluang pekerjaan di luar bandar

d)

Memupuk persefahaman pemimpin pelbagai kaum

39.

Persidangan Majlis Raja-raja Melayu telah diadakan pada 15 Februari 1948 setelah Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah peranan utama Raja-raja Melayu tersebut?

a)

Menjadi tonggak utama kerajaan

b)

Mendukung perjuangan maruah bangsa

c)

Menuntut kemerdekaan daripada British

d)

Memupuk perpaduan antara kaum

40.

Persekutuan Tanah Melayu telah berjaya ditubuhkan pada tahun 1948.

Apakah faktor utama Persekutuan Tanah Melayu berjaya ditubuhkan?

a)

Persefahaman antara orang Melayu

b)

Kerjasama antara pemimpin UMNO

c)

Tindakan agresif Raja-raja Melayu

d)

Berlaku tolak ansur antara kaum