wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MODUL 1 K1 TRIAL KEDAH 2017

Total questions: 40

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.
Dalam karyanya Muqaddimah, Ibn Khaldun menekankan ciri kehidupan bandar yang bertamadun. Apakah ciri kehidupan tersebut?
a)
Kebebasan beragama
b)
Kesejahteraan hidup
c)
Kemajuan ekonomi
d)
Ketinggian moral 
2.
Andaikan anda seorang pembesar pada zaman Dinasti Chou di China.
Apakah yang akan anda lakukan untuk membuktikan kesetiaan anda kepada raja?
I Melindungi raja
II Menyerahkan ufti
III Memberi tanah
 IV Memberi bantuan ketenteraan
a)
I dan II
b)
I dan IV 
c)
II dan III
d)
III dan IV
3.
Mengapakah system penanaman secara bergilir diamalkan pada zaman Dinasti Tang di China?
a)
Meminimumkan kos
b)
Mengekalkan kesuburan tanah
c)
Mengurangkan tenagan kerja
d)
Menjimatkan masa
4.
Mengapakah bidang berikut diberi penekanan dalam pendidikan di Athens
·  Membaca
·  Sukan
·  muzik
 
       
a)
Menanam sifat keberanian
b)
Melatih pemimpin berwibawa
c)
Melahirkan individu seimbang 
d)
Mengukuhkan semangat patriotisme
5.
Apakah kesan pembinaan sistem pengairan di Angkor pada zaman Raja Indravarman I?
a)
Penempatan kekal lebih banyak
b)
Keperluan beras negara dipenuhi
c)
Sistem pertanian pindah berkembang
d)
Pergantungan pada hasil hutan berkurang
6.
Mengapakah konsep berikut diamalkan oleh kerajaan awal di Asia Tenggara?
·  Konsep dewa-raja
·  Konsep orde kosmos
 
     
a)
Mempelbagaikan istiadat istana
b)
Mengekalkan pentadbiran yang adil
c)
Menggambarkan upacara keagamaan
d)
Memperkukuhkan kedudukan pemerintah 
7.
Senarai berikut berkaitan dengan masyarakat Arab Jahiliah.
·  Sistem kabilah
·  Semangat assabiah
 
   
   
I Menggalakkan mobiliti sosial
II Menyukarkan perpaduan rakyat
III Menggalakkan semangat perkauman
IV Menghalang pelbagai kegiatan ekonomi
a)
I dan II 
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
8.
Maklumat berikut merujuk kepada peperangan yang berlaku di kalangan masyarakat Arab pada Zaman Jahiliah        

Perang al-Basus 
·  Berlaku antara Bani Tabligh dengan Bani Bakar
·  Berlangsung selama 40 tahun
Bagaimanakah peperangan tersebut dapat dielakkan? 
a)
Mengimbangi taraf ekonomi antara etnik
b)
Meningkatkan persefahaman penduduk
c)
Meningkatkan kemajuan infrastruktur
d)
Memperkuat bidang ketenteraan
9.
Orientalis Barat menganggap hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari Makkah ke Madinah sebagai pelarian.
 
Apakah alasan untuk menyangkal anggapan tersebut ?
I Diberi sambutan meriah
 II Dijemput penduduk tempatan
III Galakan oleh pemimpin Quraisy
IV Mendapat bantuan masyarakat Arab
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
10.
Apakah peristiwa yang membawa kepada pembukaan semula kota Makkah ?
a)
Penyeksaan terhadap golongan hamba
b)
Pencabulan syarat Perjanjian Hudaibiyah
c)
Pemulauan terhadap keluarga Bani Hashim
d)
Pertelingkahan antara suku Aus dan Khazraj
11.
Bagaimanakah Khalifah Uthman bin Affan Berjaya meluaskan wilayah Islam ?
a)
Semangat jihad dipupuk
b)
Armada laut diperkukuhkan
c)
Perkahwinan politik digalakkan
d)
Perjanjian dengan pemimpin tempatan
12.
Pada zaman pemerintahan khulafa al-Rasyidin, seseorang khalifah dilantik melalui sistem syura.
Apakah kebaikan sistem tersebut?
a)
Meneruskan tradisi masyarakat Arab
b)
Mendapat sokongan orang bukan Arab
c)
Menjamin kesinambungan pemerintahan
d)
Menjamin pemilihan pemimpin berkelayakan
13.
Rajah di bawah menunjukkan perubahan gelaran raja-raja Melaka pada abad ke-15 Masihi.

Dewa Raja
Khalifatul Mukminin  
Mengapakah perubahan tersebut berlaku?
a)
Peningkatan ekonomi
b)
Perluasan jajahan
c)
Perubahan jawatan
d)
Pengislaman pemerintah
14.
Bagaimana penyebaran Islam berlaku di Kepulauan Sulu dan Mindanao jika dikaitkan dengan pertapakan Islam di Brunei?
a)
Melalui perdagangan
b)
Melalui pendidikan
c)
Melalui penaklukan
d)
Melalui perkahwinan
15.
Apakah fungsi institusi baitulmal semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
a)
Menguruskan harta kerajaan
b)
Menentukan jenis-jenis cukai
c)
Mengendalikan protokol istana
d)
Menentukan tugas pembesar
16.
Maklumat berikut berkaitan dengan pendidikan formal di Tanah Melayu.
         
·  Mempunyai sukatan pelajaran
·  Pembelajaran di dalam kelas
·  Diawasi oleh mudir

Maklumat di atas berkaitan dengan
a)
Sekolah pondok
b)
Sistem madrasah
c)
Pengajian di masjid
d)
Pendidikan di istana
17.
Apakah kesan daripada penggubalan Akta Anti penggabungan (Anti-Combination Act) semasa permulaan zaman Revolusi Perindustrian?
a)
Harga barangan merosot
b)
Buruh luar dilarang bekerja
c)
Gaji pekerja tidak meningkat
d)
Kanak-kanak dilarang bekerja
18.
Pada abad ke-16 berlaku gerakan Reformation di Eropah Barat.
 Apakah bidang yang berkaitan dengan gerakan tersebut?
a)
Politik
b)
Ekonomi
c)
Keagamaan
d)
Pendidikan
19.
Akta Tanah Simpanan Melayu telah diperkenalkan pada 25 November 1913.
Apakah kesan akta tersebut terhadap orang Melayu?
a)
Dilarang menanam tanaman komersial
b)
Dikenakan cukai yang tinggi
c)
Boleh membuka tanah baru
d)
Taraf hidup meningkat
20.
Mengapakah sistem pendidikan pada zaman penjajah gagal mewujudkan perpaduan kaum di Tanah Melayu?
a)
Pengaruh adat resam
b)
Pengaruh golongan mubaligh
c)
Perkembangan sekolah vernakular
d)
Perkembangan sekolah Inggeris
21.
Mengapakah sistem Encomienda mendapat tentangan daripada rakyat Filipina?
a)
Mengkristiankan penduduk 
b)
Melaksanakan kerahan tenaga
c)
Mengukuhkan kuasa Gabenor Jeneral
d)
Menghapuskan kuasa pembesar tempatan
22.
·  Anak golongan  priyayi diasingkan daripada anak orang kebanyakan
·  Pendidikan terhad di kawasan bandar 

Mengapakah penjajah Belanda menjalankan dasar tersebut di Indonesia? 
a)
Menjimatkan perbelanjaan
b)
Melatih penduduk menjadi pemimpin
c)
Memecahbelahkan perpaduan rakyat         
d)
Mengekalkan sistem pendidikan tradisional
23.
Apakah bukti yang menunjukkan J.W.W. Birch telah mencampuri adat resam masyarakat Melayu di Perak?
a)
Melucutkan jawatan pembesar tempatan
b)
Menentang amalan penggunaan orang suruhan 
c)
Memperkenalkan undang-undang tanah
d)
Memperkenalkan sistem pengambilan buruh asing
24.
Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) ditubuhkan pada tahun 1934.
Apakah matlamat penubuhan PASPAM?
a)
Memajukan taraf hidup orang Melayu
b)
Menyedarkan tentang masa depan orang Melayu
c)
Menggalakkan persaudaraan orang Melayu 
d)
Meningkatkan peluang pendidikan kepada orang Melayu
25.
Senaraikan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.    
 
 I Kebebasan asasi
 II Kekuatan ketenteraan
 III Keunggulan undang-undang
IV Kedaulatan raja yang memerintah
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV                                                   
26.
Maklumat berikut merupakan antara fasal yang dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Terengganu 1911.

· 
Ketaatan kepada pemerintah

·  Kesalahan khianat kepada negeri
 
     
Mengapakah fasal-fasal tersebut disenaraikan?
a)
Melicinkan pentadbiran
b)
Menjamin kebajikan rakyat
c)
Menjaga kedaulatan negeri 
d)
Membendung masalah jenayah
27.
Mengapakah British bersetuju melaksanakan Sistem Ahli ?
a)
Melatih penduduk tempatan memerintah negara 
b)
Melatih penduduk tempatan untuk menghadapi pilihanraya
c)
Membantu penduduk tempatan mengendalikan ekonomi negara
d)
Membantu penduduk tempatan mengatasi masalah Parti Komunis Malaya
28.
·  Majlis Eksekutif
·  Majlis Undangan
·  Majlis Raja-Raja Melayu

   Ketiga-tiga majlis di atas ialah badan pentadbiran Malayan Union. Siapakah yang mengetuai badan-badan tersebut ?
a)
Pesuruhjaya Tinggi 
b)
Gabenor 
c)
Residen
d)
Sultan
29.
Mengapakah Dato’ Onn Ja’afar bertindak keluar dari UMNO pada tahun  1951?
a)
Ingin mengasaskan parti pelbagai kaum
b)
Beliau dikalahkan  dalam pemilihan parti.
c)
Mengurangkan tekanan dari penjajah British
d)
Cadangan membuka keahlian UMNO ditolak
30.
Antara berikut yang manakah berkaitan manifesto Parti Perikatan dalam  Pilihanraya 1955?

I meningkatkan ekonomi
II menubuhkan universiti
III menjaga hak asasi manusia
IV mewajibkan pendidikan
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
31.
Mengapakah cadangan Lee Kwan Yew agar Persekutuan Tanah Melayu  digabungkan dengan Singapura  tidak diterima oleh Tunku Abdul Rahman? 
a)
Sukar untuk mewujudkan perpaduan
b)
Berlaku ketidakseimbangan penduduk
c)
Pengaruh komunis semakin merebak
d)
Jurang sosial yang tidak seimbang
32.
Dasar konfrontasi yang diisytiharkan oleh Presiden Soekarno dengan  konsep Ganyang Malaysia merupakan penentangan terhadap aspek,    
I Ekonomi
II Politik
III Kerakyatan 
IV Kemasyarakatan
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV
33.
Bagaimanakah rakyat Malaysia terlibat dalam sistem pemerintahan negara?
a)
Memilih perwakilan ke parlimen
b)
Menamatkan sistem beraja
c)
Mengamalkan kepercayaan
d)
Menubuhkan kerajaan sendiri                                               
34.
Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah dipinda beberapa kali. Mengapakah perlembagaan tersebut dipinda?
a)
Memastikan kelancaran pentadbiran
b)
Mematuhi perintah Majlis Raja-raja Melayu
c)
Mengelakkan tekanan pihak luar 
d)
Mengikut perubahan ekonomi semasa                               
35.
Antara berikut yang manakah lambang negara Malaysia?
       
I Bulan
II Jata Negara
III Lagu Kebangsaan
IV Wau
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV                                                                       
36.
Maklumat berikut berkaitan dengan penubuhan Majlis Amanah Rakyat (RIDA).      

Tahun
1966
Agensi
Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan bagi menggantikan 
a)
Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)
b)
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
c)
Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
d)
Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)   
37.
Dasar Penswastaan dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada bulan Mac 1983.
 Apakah matlamat Dasar Penswastaan?
a)
Melahirkan tokoh usahawan Melayu
b)
Mengurangkan bebanan kewangan kerajaan
c)
Menguruskan kekayaan negara
d)
Menjana pendapatn sektor swasta 
38.
Maklumat berikut berkaitan dengan Penyata Razak 1956        

Penyata Razak 1956
·  Sistem persekolahan yang sama
·  Penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan
Apakah kesan penting elemen tersebut dalam dasar pendidikan negara?
a)
Kemerdekaan negara 1957
b)
Sistem Pendidikan Kebangsaan Pertama
c)
Menyuburkan semangat perpaduan
d)
Sistem persekolahan beraneka jurusan                                   
39.
Apakah faedah yang diperoleh Malaysia sebagai ahli Bank Dunia?    
 I Meningkatkan kesihatan rakyat
 II Meningkatkan pengeluaran makanan
 III Menyediakan peluang pekerjaan
 IV Membasmi kemiskinan di luar bandar
a)
I dan II
b)
I dan IV
c)
II dan III
d)
III dan IV                                                             
40.
Apakah tujuan kerajaan melancarkan Koridor Raya Multimedia?
a)
Menghindarkan perkembangan sosial
b)
Melahirkan masyarakat bermaklumat                           
c)
Meningkatkan jurang antara bandar dengan luar bandar
d)
Meningkatkan jurang antara negara maju dan negara membangun