wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PROGRAM KOLABRATIF JPN SELANGOR (BAB 1-10 T5)

Total questions: 40

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Kedaulatan diiktirafkan sebagai ________________ dan _______________ sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentadbiran negara.

a)

kekuasaan

b)

kebebasan

c)

kewibawaan

d)

keamanan

2.

Kedaulatan merujuk perkataan daulat yang bermaksud kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara.

a)

Bahasa Yunani

b)

Bahasa Arab

c)

Bahasa Inggeris

d)

Bahasa Melayu

3.

Kedaulatan merupakan asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama dengan hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing.

a)

Aristotle

b)

Tun Dr. Mohamed Salleh Abas

c)

Ibn Khaldun

d)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

4.

Apakah jawatan utama bagi ketua negara di Malaysia? (Buku teks m.s 8)

a)

Raja

b)

Menteri Besar

c)

Perdana Menteri

d)

Yang di-Pertuan Agong

5.

Perlembagaan merupakan________________________sebagai teras pemerintahan sesebuah negara.

a)

peraturan tertinggi

b)

undang-undang tertinggi

c)

undang-undang

d)

peraturan

6.

a) Namakan dua asas dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

a)

Undang-undang Negeri Melayu

b)

Undang Undang Tubuh Johor

c)

Undang-undang Inggeris

d)

Hukum Kanun Melaka

7.

Pada zaman pemerintahan British, raja diterima sebagai pemerintah __________________

a)

teragung

b)

berdaulat

c)

tertinggi

8.

a) Namakan dua asas dalam penggubalan Perlembagaan Persekutuan.

a)

Undang-undang Negeri Melayu

b)

Undang Undang Tubuh Johor

c)

Undang-undang Inggeris

d)

Hukum Kanun Melaka

9.

Gambar menunjukkan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang mempelihatkan pemerintahan beraja yang berwibawa. Pada masa itu raja berkuasa mutlak di mana (BT ms 38)


I. Berkuasa terhadap pentadbiran

II. Berkuasa terhadap kehakiman

III. Berkuasa menasihati negara luar

IV. Berkuasa merampas kerajaan lain

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Semasa Malayan Union Majlis Sultan-sultan hanya berkuasa ke atas (BT ms 43)

a)

Perbendaharaan

b)

Undangan-undang berkaitan agama Islam

c)

Pentadbiran

d)

Peperangan

11.

Apakah kedudukan baginda seperti termaktub dalam Perkara 32 Perlembagaan persekutuan. (BT ms 47 )

a)

Ketua Hakim

b)

Ketua SPRM

c)

Ketua anak negeri

d)

Ketua Utama Negara

12.

3. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dalam pemerintahan dan bertindak mengikut nasihat Perdana Menteri.

Antara Kuasa Eksekutif baginda adalah (BT ms48)

a)

Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri

b)

Melantik Menteri Besar

c)

Melantik Adun

d)

Melantik Ketua SPRM

13.

Sistem Raja Berpelembagaan dan Dewan Berparlimen mewujudkan mekanisme semak dan imbang dalam pemerintahan negara ini. Hal ini kerana__________ dalam hal ekonomi, politik dan dasar negara. ( BT ms 56)

a)

Raja berkuasa mutlak

b)

Raja bertanggungjawab

c)

Raja berkecuali

d)

Raja berwibawa

14.

Apakah taman negara yang diisytiharkan sebagai Tapak warisan Dunia UNESCO pertama di negara kita?

a)

Taman Negara Mulu, Sarawak

b)

Taman Negara Kinabalu, Sabah

c)

Taman Hidupan Liar Krau, Pahang

d)

Taman Negara Royal Belum, Perak

15.

Kerajaan Negeri memberi kerjasama kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina perumahan kos rendah. Bagaimanakah kerjasama tersebut dilaksanakan?

a)

Pembekalan bekalan buruh yang ramai

b)

Penyediaan bahan binaan yang mencukupi

c)

Penyelarasan harga rumah yang berpatutan

d)

Penyediaan tanah dengan harga yang murah

16.

Apakah pihak yang terlibat dalam merangka strategi menyediakan perumahan mampu milik?

a)

Majlis Gerakan Negara

b)

Majlis Perumahan Negara

c)

Jabatan Perangkaan Negara

d)

Jabatan Perancangan Bandar

17.

Siapakah yang dilantik menjadi Pengarah Operasi Negeri dalam RASCOM?

a)

Perdana Menteri

b)

Ketua Menteri Sarawak

c)

Yang Dipertuan Agong

d)

Menteri Pertahanan Negara

18.

Apakah kesimpulan terhadap kerajaan melalui penubuhan ESSCOM di Sabah?

a)

Pemberian kuasa autonomi kepada kerajaan Negeri

b)

Pengukuhan kerjasama antara agensi kerajaan

c)

Kesungguhan menjamin kesejahteraan rakyat

d)

Kesepakatan dalam membangunkan ekonomi negara

19.

Cadangan TERAWAL Pembentukan Malaysia telah dikemukakan oleh tokoh tersebut pada tahun 1887.

Siapakah beliau ? M/S-91

a)

Lord Brassey

b)

Sir Malcom Macdonald

20.

PESURUHJAYA TINGGI ialah jawatan yang disandang oleh ketua perwakilan negara dalam kalangan negara KOMANWEL.

Apakah JAWATAN yang setara dengan Pesuruhjaya Tinggi kini? M/S 91

a)

Duta

b)

Presiden

c)

Perdana Menteri

d)

Ketua Menteri

21.

Konsep MELAYU-RAYA telah diperjuangkan para nasionalis Melayu seperti Ahmad Boestamam. Idea mereka adalah menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia.

Mengapakah idea tersebut gagal? m/s-92

a)

Indonesia telah merdeka dahulu

b)

Tanah Melayu telah merdeka dahulu tanpa Indonesia

22.

Tokoh tersebut merupakan pemimpin parti PAP di Singapura yang menyokong penyertaan Singapura ke dalam gagasan Malaysia.

Siapakah tokoh tersebut? m/s 97

a)

LEE KUAN YEW

b)

DAVID MARSHALL

c)

TAN CHENG LOCK

d)

TUNKU ABDUL RAHMAN

23.

BARISAN SOSIALIS menentang Singapura menyertai gagasan Malaysia kerana menganggap pembentukan Malaysia sebagai .

m/s 97

a)

penjajahan baharu

b)

merugikan ekonomi Singapura

c)

Singapura perlu tunduk kepada Kuala Lumpur

24.

Mengapakah A.M.AZAHARI melalui Parti Rakyat Brunei menentang Brunei menyertai gagasan Malaysia ? m/s 97

a)

Khuatir Brunei akan hilang kekayaan

b)

Bimbang pengaruh komunis

c)

Menganggap Kuala Lumpur terlalu berkuasa

d)

Lebih berminat bergabung dengan Sabah, Sarawak, dan Kalimantan Utara.

25.

Antara berikut yang manakah antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia?

i. Cabaran politik di Sarawak

ii. Cabaran perpaduan kaum

iii. Cabaran sosioekonomi di Semenanjung Tanah Melayu

iv. Cabaran pembangunan di pinggir bandar

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

26.

Apakah usaha kerajaan untuk melibatkan rakyat dengan aktiviti pertanian komersial di Sarawak dan Sabah?

a)

Kerajaan menaiktaraf kemudahan awam

b)

Kerajaan mempelbagaikan pertanian komersial

c)

Kerajaan membuka peluang penduduk menyertai kegiatan ekonomi berkaitan dengan petroleum

27.

Mengapakah penduduk di kawasan pedalaman tidak mendapat peluang secukupnya untuk bersekolah?

a)

Guru kurang terlatih

b)

Sekolah yang wujud hanya sekolah vernakular

c)

Kebanyakan sekolah yang wujud berada di kawasan bandar

d)

Kebanyakan rakyat mengutamakan pendidikan tidak formal

28.

Mengapakah kempen Malaysian Malaysia menggugat kestabilan politik negara?

a)

Mengubah sempadan Singapura

b)

Tuntutan hak sama rata semua kaum

c)

Mengutamakan peranan kaum bumiputera

d)

Mempertikaikan peranan Majlis Raja-Raja Melayu

29.

Menurut Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, pemisahan Singapura merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. Apakah rasional Tunku Abdul Rahman bertindak sedemikian?

a)

Mengelakkan ancaman komunis di Singapura

b)

Perbezaan ideologi

c)

Singapura lebih maju dalam aspek ekonomi

d)

Mengelakkan perebutan kuasa antara pemimpin

30.

Manakah antara berikut merupakan faktor ekonomi yang membawa kepada pemisahan Singapura daripada Malaysia?

a)

Singapura menuntut pembukaan pasaran bersama disegerakan

b)

Rusuhan kaum pada 21 Julai 1964

c)

Singapura tidak bersetuju dengan tambahan cukai yang perlu diberikan kepada Kerajaan Persekutuan

d)

Kerjasama pemimpin PAP dengan Perikatan

31.

Pilih prinsip utama Dasar Kebudayaan Kebangsaan

a)

Beteraskan kebudayaan rakyat asal rantau Melayu

b)

Islam menjadi unsur penting

c)

Unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar diterima sebagai elemen penting

d)

Unsur yang menunjukkan kepelbagaian kebudayaan menjadi teras dasar tersebut

32.

Program Citrawarna Malaysia yang dianjurkan pada tahun 1999 adalah untuk tujuan promosi (a)  

33.

Senarai berikut berkaitan dengan cadangan dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan


- Penekanan kepada mata pelajaran sejarah

Mewajibkan matapelajaran Tatarakyat


Apakah jawatankuasa yang membuat cadangan tersebut?

a)

Jawatankuasa Razak

b)

Jawatankuasa Kabinet

c)

Jawatankuasa Fenn-Wu

d)

Jawatankuasa Rahman Talib

34.

Mengapakah Aminuddin Baki memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan pada tahun 1965?

a)

Melahirkan tenaga kerja mahir

b)

Menjamin kecemerlangan negara

c)

Memperkasakan sekolah vokasional

d)

Memudahkan perkongsian kepakaran

35.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) bermula pada tahun ________ hingga tahun ________

a)

1960,1970

b)

1970,1980

c)

1966,1970

d)

1970,1990

36.

Dalam pelaksanaan DEB, antara program yang dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar termasuklah:

a)

Penerokaan tanah baharu

b)

Bantuan peralatan pertanian

c)

Pembukaan Bandar Baru

d)

Pembentukan kawasan perindustrian bebas

37.

Pilih 2 peranan WISMA PUTRA dalam memelihara kedaulatan negara:

a)

Menggubal dasar luar

b)

Menjaga kepentingan nasional Malaysia

c)

Menghantar pasukan pengaman ke PBB

38.

Siapakah tokoh negara tersebut yang dilantik sebagai wakil tetap negara ke PBB yang PERTAMA ?

a)

DR. ISMAIL ABDUL RAHMAN

b)

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

c)

TAN SRI RAZALI ISMAIL

39.

Bagaimanakah rakyat Malaysia berjuang menunjukkan sokongan kepada Palestin menentang regim Zionis Israel?

a)

menerima masuk pelarian

b)

menghantar bantuan perubatan

c)

meningkatkan kerjasama kebudayaan

d)

memutuskan hubungan dengan negara kuasa besar

40.

Persidangan Alam Sekitar di Bali, Indonesia telah menggalakkan penggunaan tenaga baru. Apakah tenaga baru tersebut?

a)

Tenaga solar

b)

Tenaga Nuklear

c)

Tenaga elektrik

d)

Tenaga Haba