wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SOALAN TRIAL SPM SEJARAH JOHOR 2021 (KLUANG)

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

Soalan berikut berkaitan dengan wilayah pengaruh dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka.

a)

Wilayah naungan

b)

Wilayah taklukan

c)

Wilayah kedaulatan

d)

Wilayah persekutuan

2.

Dalam Hukum Kanun Melaka, urusan kekeluargaan sangat diberi perhatian. Apakah matlamat undang-undang kekeluargaan ini?

a)

Memastikan ketua keluarga memainkan peranannya

b)

Memastikan adat-adat pernikahan dipatuhi

c)

Memastikan keharmonian dalam keluarga

d)

Mengelakkan masalah keruntuhan akhlak

3.

Apakah kesan daripada peristiwa di atas terhadap negara kita?

a)

Kesedaran memperjuangkan kedaulatan negara

b)

Kemunculan kerajaan pusat dan kerajaan negeri

c)

Kebangkitan rakyat menentang raja berkuasa mutlak

d)

Kemunculan rusuhan jalanan untuk menumbangkan kerajaan

4.

Bagaimanakah Pak Sako memberikan kesedaran nasionalisme di Tanah Melayu?

a)

Meningkatkan ilmu pengetahuan

b)

Menyentuh sindiran kepada penjajah

c)

Mengingatkan kepentingan kebebasan

d)

Menyeru rakyat kembali kepada Islam

5.

Perang Dunia Kedua berlaku pada tahun 1939 hingga 1945.

Apakah faktor yang menyebabkan tercetusnya perang tersebut?

a)

Krisis rantau Balkan

b)

Persidangan Damai Paris

c)

Kemunculan pakatan tentera

d)

Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa

6.

Kekejaman tentera Jepun dan kesengsaraan hidup semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah mencetuskan penentangan penduduk.

Apakah cara penentangan tersebut?

a)

Menubuhkan Rejimen Askar Melayu

b)

Menubuhkan Tentera Semut

c)

Melancarkan Perang Saraf

d)

Mengadakan demonstrasi

7.

Apakah implikasi terhadap institusi beraja sekiranya Malayan Union berjaya dilaksanakan?

a)

Kedudukan raja diiktiraf Malayan Union

b)

Kedaulatan institusi beraja akan terhapus

c)

Kepimpinan pemimpin tempatan tergugat

d)

Keistimewaan orang-orang Melayu hilang

8.

Charles Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British pada 1 Julai 1946.

Mengapakah penyerahan ini berlaku?

a)

Masalah kewangan

b)

Masalah pewarisan takhta

c)

Mengukuhkan pertahanan

d)

Mengalakkan pelaburan luar

9.

Apakah bidang kuasa majlis tersebut?

a)

Kewarganegaraan

b)

Keselamatan

c)

Kehakiman

d)

Kewangan

10.

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948 berjaya mewujudkan sebuah negara bangsa yang kukuh.

Apakah iktibar yang boleh diambil dari penubuhan ini?

a)

Taat setia kepada pemerintah

b)

Sanggup berkorban demi negara

c)

Hormat menghormati antara kaum

d)

Kerjasama antara rakyat dengan pemimpin

11.

Dalam situasi bagaimanakah sesebuah kerajaan itu boleh mengistiharkan darurat?

a)

Serangan tentera siber

b)

Berlaku pertukaran kerajaan

c)

Ancaman kepada keselamatan negara

d)

Provokasi terhadap pemerintahan negara

12.

Apakah tugas mereka dalam usaha kerajaan memerangi ancaman komunis?

a)

Memusnahkan kubu operasi komunis

b)

Mempertahankan bandar dan kampung

c)

Mengesan tempat persembunyian komunis

d)

Membuat penyusupan dalam organisasi PKM

13.

Mengapakah Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu di Tanah Melayu?

a)

Tanah Melayu satu-satunya tanah air mereka

b)

Taat setia orang Melayu yang tidak berbelah bahagi

c)

Memupuk kesetiaan dan perpaduan kaum di Tanah Melayu

d)

Menyekat penglibatan orang Melayu dalam bidang ekonomi

14.

Sistem Ahli diperkenalkan selaras dengan dasar dekolonisasi British di Tanah Melayu.

Siapakah yang bertanggungjawab melantik anggota Sistem Ahli?

a)

Gabenor Jeneral

b)

Yang di-Pertuan Agong

c)

Setiausaha Tanah Jajahan

d)

Pesuruhjaya Tinggi British

15.

Encik Salleh adalah warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang berminat untuk bertanding dalam Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.

Apakah syarat yang perlu beliau patuhi?

a)

Berumur tidak lebih daripada 21 tahun

b)

Wajib mendaftar sebagai ahli sesebuah parti

c)

Tinggal di Tanah Melayu dalam tempoh 6 bulan terdahulu

d)

Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

16.

Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) berperanan menggubal undang-undang pentadbiran pada peringkat Persekutuan Tanah Melayu.

Apakah institusi yang memainkan peranan yang sama seperti MPP pada hari ini?

a)

Istana

b)

Parlimen

c)

Mahkamah

d)

Kementerian

17.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas mendapat persetujuan Raja-raja Melayu.

Apakah tugas suruhanjaya tersebut?

a)

Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

b)

Mengemukakan memorandum kepada raja-raja Melayu

c)

Memberi kuasa mutlak kepada penduduk untuk mentadbir

d)

Meninjau pendapat penduduk tentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

18.

Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen merupakan antara intipati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.

Antara berikut yang manakah memberi gambaran jelas tentang Yang di-Pertuan Agong?

a)

Tidak boleh dibicara di mana-mana mahkamah

b)

Kuasa mengatasi Perlembagaan Persekutuan

c)

Ketua agama Islam di semua negeri Melayu

d)

Dipilih oleh Majlis Raja-Raja setiap lima tahun sekali

19.

Apakah kepentingan lambang-lambang tersebut?

a)

Simbol kegigihan

b)

Simbol keagungan

c)

Simbol kegemilangan

d)

Simbol identiti negara

20.

Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berkaitan penglibatan ini?

a)

Menjamin keamanan dan kestabilan politik

b)

Mempunyai pemimpin yang berwibawa

c)

Menerima pengiktirafan antarabangsa

d)

Memiliki tentera yang berdisiplin

21.

Apakah maksud perkataan tersebut?

a)

Kuasa pemerintahan sesebuah kerajaan

b)

Kebebasan dan kemerdekaan negara

c)

Kuasa penuh terhadap pemerintahan

d)

Kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan

22.

Perpaduan kaum penting dalam usaha kita mengekalkan kedaulatan negara.

Manakah antara berikut merupakan peranan rakyat untuk mengekalkan perpaduan kaum?

a)

Menyanjungi dan menghargai adat dan warisan negara

b)

Menganggotai pasukan keselamatan dan sukarelawan

c)

Melibatkan diri dalam program kemasyarakatan

d)

Menghormati agama dan budaya pelbagai kaum

23.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sistem demokrasi di Malaysia.

Apakah yang menjadi asas kepada amalan demokrasi tersebut?

a)

Pilihan raya umum 1963

b)

Pilihan raya umum 1958

c)

Pilihan raya umum 1957

d)

Pilihan raya umum 1955

24.

Mengapakah pindaan tersebut dilaksanakan?

a)

Menyesuaikannya dengan keperluan semasa

b)

Mengikut permintaan parti-parti politik

c)

Mengekalkan keluhuran perlembagaan

d)

Melengkapi antara satu sama lain

25.

Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk menggantikan Malayan Union.

Apakah hak dan kuasa Majlis Raja-Raja pada masa itu?

a)

Membincangkan undang-undang berkaitan agama Islam

b)

Membincangkan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan

c)

Mendapatkan penerangan tentang dasar Kerajaan Persekutuan

d)

Menasihati Pesuruhjaya Tinggi British

26.

Perlembagaan Persekutuan telah menggariskan peruntukan berkaitan dengan kebebasan asasi.

Apakah bukti negara kita mengamalkan kebebasan asasi dalam beragama?

a)

Menganjurkan aktiviti agama secara tertutup

b)

Membenarkan sikap diskriminasi terhadap agama lain

c)

Menjadikan agama Islam sebagai agama Persekutuan

d)

Mengizinkan penganut agama lain mengamalkan agama masing-masing

27.

Mengapakah peruntukan tambahan diberikan kepada negeri tersebut?

a)

Mengelakkan penggubalan undang-undang baharu

b)

Menyesuaikan kemasukan negeri berkenaan ke dalam Malaysia

c)

Memudahkan pengurusan kawasan tempatan di Sabah dan Sarawak

d)

Membentuk kerajaan tempatan peringkat ketiga di negeri berkenaan

28.

Sistem Persekutuan yang diamalkan di Malaysia telah menjamin kedaulatan dan kestabilan negara ini.

Apakah kekuatan perlaksanaan sistem tersebut?

a)

Mengukuhkan jati diri rakyat

b)

Mewujudkan kerjasama erat

c)

Mengeratkan perpaduan kaum

d)

Menambahkan kekayaan hasil bumi

29.

Apakah kepentingan siri lawatan tersebut?

a)

Kemampuan mengekalkan kuasa

b)

Kecekapan membangunkan wilayah

c)

Kesepakatan menyelesaikan masalah

d)

Kebijaksanaan mendapatkan kemerdekaan

30.

Pada 30 September 1965, berlaku peralihan kepimpinan di Indonesia.

Apakah tindakan yang diambil oleh Indonesia kesan daripada perubahan tersebut?

a)

Menamatkan konfrontasi dengan Malaysia

b)

Mengumumkan dasar konfrontasi terhadap Malaysia

c)

Melancarkan serangan gerila di Sarawak dan Sabah

d)

Mendaratkan tenteranya di Labis, Johor

31.

Apakah persetujuan yang dicapai dalam Mesyuarat Khas Kabinet Malaysia pada awal Ogos 1965?

a)

Rancangan pemisahan Singapura

b)

Rancangan pembatalan konsep Melayu Raya

c)

Rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia

d)

Rancangan menamatkan konfrontasi dengan Indonesia

32.

Apakah matlamat operasi tersebut?

a)

Mengawal sempadan

b)

Membuka tanah hutan

c)

Membanteras komunis

d)

Mengadakan latihan tentera

33.

Dasar Pendidikan Kebangsaan dibentuk untuk memupuk perpaduan kaum.

Bagaimanakah dasar ini mampu dicapai melalui Laporan Rahman Talib?

a)

Menekankan aktiviti kokurikulum

b)

Mengadakan kurikulum yang sama

c)

Memperkenalkan pelbagai kursus kemahiran

d)

Memperkenalkan sistem persekolahan aneka jurusan

34.

Mengapakah Rukun Negara diisytiharkan secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong IV pada 31 Ogos 1970?

a)

Mewujudkan kaum mengikut identiti

b)

Meningkatkan kemajuan ekonomi

c)

Memperkukuh perpaduan kaum

d)

Melahirkan negara maju

35.

Apakah strategi DPN dalam bidang ekonomi?

a)

Mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian

b)

Membentuk masyarakat yang berdisiplin dan progresif

c)

Menyedia dan menambah baik kemudahan asas

d)

Menggunakan sains dan teknologi moden

36.

Apakah petunjuk berlakunya peningkatan kualiti hidup rakyat setelah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN)?

a)

Peningkatan kos sara hidup rakyat

b)

Penyediaan infrastruktur untuk rakyat

c)

Pertambahan jumlah kedatangan pelancong

d)

Pembentukan kawasan Zon Perindustrian Bebas

37.

Apakah kesan tersebut?

a)

Banyak nyawa terkorban

b)

Bermulanya dasar probarat

c)

Berlaku perubahan dasar luar

d)

Berlaku kemelesetan ekonomi

38.

Apakah peranan organisasi Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR)?

a)

Menyelesaikan jenayah antarabangsa

b)

Melindungi golongan tidak bernegara

c)

Mengawal penyakit berjangkit

d)

Menjamin keamanan dunia

39.

Apakah matlamat pertubuhan tersebut?

a)

Memelihara keamanan dunia

b)

Memupuk kerjasama sosiobudaya

c)

Meningkatkan taraf hidup negara miskin

d)

Menjaga kepentingan umat Islam sedunia

40.

Bagaimanakah rakyat Malaysia menyatakan sokongan padu terhadap perjuangan rakyat Palestin?

a)

Menyalurkan bantuan kemanusiaan

b)

Mewujudkan tabung sumbangan

c)

Meminta bantuan kuasa dunia

d)

Menghantar pasukan tentera