wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH SPM 2006

Total questions: 40

Worksheet time: 22mins

Name
Class
Date
1.

[Pada tahun 1922, pengkaji Mesir Purba

Howard Carter menemui mayat Tutankhamun

II yang diselaputi emas]


Merujuk pernyataan di atas, apakah kesimpulan yang dapat dibuat?

a)

Upacara pemujaan semangat

b)

Konsep kehidupan selepas mati

c)

Percaya kepada kelahiran semula

d)

Amalan penyembahan nenek moyang

2.

[Masyarakat Indus telah menjalankan

hubungan perdagangan dengan masyarakat

Mesopotamia]


Apakah bukti arkeologi yang menyokong pernyataan di atas?

a)

Cap mohor

b)

Batu bersurat

c)

Tembikar tanah

d)

Gendang gangsa

3.

[Mesopotamia --- Indus --- Mesir Purba]


Rajah di atas menunjukkan pertembungan tamadun awal. Apakah kesan pertembungan tersebut kepada tamadun Indus?

a)

Pembinaan bandar terancang

b)

Peningkatan teknologi pertanian

c)

Perluasan kawasan pemerintahan

d)

Perkembangan hasil kesusasteraan

4.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan gambar di atas?

a)

Pengenalan sistem tulisan

b)

Senjata untuk berperang

c)

Alat upacara pengebumian

d)

Lambang status masyarakat

5.

Bagaimanakah Rom menjadi sebuah republik pada tahun 509 S.M.?

a)

Penaklukan orang gasar

b)

Penjajahan Julius Caesar

c)

Pertabalan Maharaja Augustus

d)

Pemberontakan golongan patrician

6.

Berdasarkan rajah di atas, bagaimanakah legalisme dilaksanakan?

a)

Hakim dibayar gaji yang tinggi

b)

Rakyat di bawah penguasaan tentera

c)

Raja harus memiliki kuasa yang utuh

d)

Juri dilantik daripada kalangan bangsawan

7.

Apakah kaitan penemuan artifak di atas dengan kerajaan Kedah Tua?

a)

Pusat pengumpulan barang

b)

Sebuah pelabuhan entreport

c)

Hubungan baik dengan China

d)

Kerajaan tertua di Tanah Melayu

8.

Bagaimanakah cara hidup masyarakat Arab jahiliah?

a)

Memencilkan diri

b)

Mengelakkan ancaman musuh

c)

Mengamalkan semangat kesukuan

d)

Mengamalkan kepercayaan politiesme

9.

[Tarikh Peristiwa 6 Ogos 610M. (17 Ramadhan) : Wahyu pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w.]


Peristiwa di atas menunjukkan

a)

agama Islam tersebar

b)

kemunculan kerajaan Islam

c)

penentangan Arab Quraisy terhadap Islam

d)

pemisah Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam

10.

Undang-undang bertulis :

- Hukum Kanun Melaka

- Undang-undang Laut Melaka


Penyataan di atas menunjukkan undang-undang yang diamalkan dalam Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah persamaan undang-undang tersebut?

a)

Peraturan berkeluarga

b)

Pantang larang anggota masyarakat

c)

Penetapan tugas raja dan pembesar

d)

Penetapan tanggungjawab dan hukuman

11.

Mengapakah orang Arab Quraisy Makkah menentang ajaran Islam?

a)

Prinsip persamaan taraf

b)

Perbezaan dari segi kepercayaan

c)

Terpengaruh dengan Bani Qainuqa’

d)

Tanggapan salah terhadap tugas Nabi Muhammad s.a.w.

12.

 Empangan Abu Musa - Basrah

 Terusan Amirul Mukminin - Mesir


Apakah tujuan pembinaan sistem pengairan di atas?

a)

Membekalkan air bersih

b)

Mengatasi masalah banjir

c)

Meningkatkan pengeluaran pertanian

d)

Menyimpan air untuk musim kemarau

13.

 Pasai

 Pattani


Bagaimanakah cara pembentukan kerajaan Islam di atas?

a)

Pengislaman rakyat

b)

Pengislaman pemerintah

c)

Penguasaan perdagangan

d)

Penghapusan pengrauh Hindu

14.

Mengapakah undang-undang Islam sukar dilaksanakan sepenuhnya oleh pemerintah Islam di Asia Tenggara?

a)

Pembesar kurang memberi galakan

b)

Mendapat tentangan daripada penduduk

c)

Masih terikat dengan undang-undang adat

d)

Perang saudara di kalangan pemimpin tempatan

15.

Apakah ciri matrilineal dalam Adat Perpatih?

a)

Pelantikan ketua adat

b)

. Nasab keturunan bapa

c)

Perkahwinan luar suku

d)

Perempuan mewarisi harta

16.

[Sepanyol : Ferdinand Aragon]

[Portugal : Putera Henry]


Berdasarkan jadual di atas, yang manakah berkaitan dengan tokoh tersebut?

a)

Penerokaan kawasan Timur

b)

Pelayaran mengelilingti dunia

c)

Perebutan takhta pemerintahan

d)

Peperangan semasa mazhab Kristian

17.

Apakah pengajaran kepada masyarakat Tanah Melayu sekiranya ingin menguasai semula perlombongan bijih timah daripada pelombong Eropah pada abad ke-20?

a)

Mengumpul modal

b)

Menguasai teknologi

c)

Membayar pampasan

d)

Mempunyai ilmu pengetahuan

18.

Berdasarkan jadual di atas, mengapakah penguasaan pemodal China dalam sektor perlombongan bijih timah merosot?

a)

Gangguan kongsi gelap

b)

Pengenalan kapal korek

c)

Kekurangan tenaga mahir

d)

Peningkatan kemasukan buruh

19.

Pada tahun 1917, undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah mengasingkan insurans nyawa daripada insurans

a)

kesihatan

b)

kebakaran

c)

kenderaan

d)

perkhidmatan

20.

[25 November 1913 – Akta Tanah Simpanan Melayu ]


Apakah kesan pengenalan akta di atas terhadap orang Melayu?

a)

Peningkatan taraf hidup

b)

Penerokaan kawasan baru

c)

Pengekalan pemilikan tanah

d)

Pengekalan aktiviti pertanian tradisional

21.

Mengapakah sistem pendidikan pada zaman penjajah gagal menyatupadukan kaum di Tanah Melayu?

a)

Penubuhan sekolah Inggeris

b)

Pengaruh golongan mubaligh

c)

Pengamalan asuhan kekuarga

d)

Perkembangan sekolah vernakular

22.

Mengapakah kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah pada tahun 1920 di Tanah Melayu?

a)

Menyekat pengaruh komunis

b)

Mengawal aktiviti sekolah Cina

c)

Mengurangkan kadar buta huruf

d)

Mengehadkan penggunaan bahasa ibunda

23.

Apakah implikasi pengenalan akta di atas kepada Burma?

a)

Pengaruh golongan agama meningkat

b)

Sistem pentadbiran tradisional tehapus

c)

Kedudukan institusi beraja diperkukuhkan

d)

Pendapatan penduduk tempatan merosot

24.

Pembesar Mandarin di Vietnam dipilih melalui

a)

peperiksaan

b)

pemilihan rakyat

c)

pelantikan maharaja

d)

persetujuan golongan bangsawan

25.

Berdasarkan maklumat di atas, apakah tujuan Belanda mengasingkan sistem pendidikan tersebut?

a)

Mengelakkan masalah pemberian bantuan

b)

Menyekat penghijrahan penduduk ke bandar

c)

Memecahbelahkan perpaduan penduduk tempatan

d)

Memecahbelahkan perpaduan penduduk tempatan

26.

Mengapakah corak gerakan nasionalisme di Asia Tenggara berubah daripada sederhana kepada

radikal?

a)

Sekatan pengaruh luar

b)

Perjuangan tidak berkesan

c)

Kekurangan sumber kewangan

d)

Sokongan pemerintah tempatan

27.

Apakah implikasi pelaksanaan birokrasi Barat kepada negara Thai?

a)

Persaingan kuasa Barat

b)

Pemantapan kuasa raja

c)

Pengekalan kemerdekaan

d)

Penguasaan ekonomi oleh pembesar

28.

Apakah kesan dasar pentadbiran British di Tanah Melayu pada awal abad ke-20?

a)

Pembukaan bandar baru

b)

Pertambahan buruh asing

c)

Pengenalan pendidikan vernakular

d)

Peningkatan taraf hidup penduduk tempatan

29.

Mengapakah Gerakan Islah boleh berkembang di Negeri-Negeri Selat?

a)

Tiada tentangan agama

b)

Banyak sumber kewangan

c)

Ramai pemimpin berkaliber

d)

Tiada sekatan undang-undang

30.

 Pengasuh, 1918

 Majalah Guru,1924

 Bulan Melayu, 1930


Mengapakah majalah di atas penting ketika itu?

a)

Menghayati ajaran agama

b)

Menghargai warisan bangsa

c)

Meningkatkan kemajuan bangsa

d)

Menggalakkan budaya membaca

31.

Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang dikuatkuasakan pada tahun 1895 mempunyai ciri asas bagi pembinaan negara dan bangsa.


Apakah buktinya?

a)

Pemerintahan raja berkuasa mutlak

b)

Perlembagaan bertulis yang lengkap

c)

Pengiktirafan kerakyatan pelbagai kaum

d)

Persamaan dengan hukum Kanun Melaka

32.

[8 Februari 1946 : Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British]


Mengapakah penyerahan tersebut ditentang oleh pemimpin dan persatuan kaum tempatan Sarawak?

a)

Penentangan Majlis Negeri

b)

Penipuan terhadap pembesar

c)

Penghapusan hak istimewa peribumi

d)

Percanggahan dengan Perlembagaan 1941

33.

Mengapakah Jata Negara penting kepada warganegara Malaysia?

a)

Memupuk perpaduan

b)

Menanam semangat waja

c)

Mengukuhkan kedaulatan sultan

d)

Menerapkan semangat patriotisme

34.

Apakah tindakan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk menilai pelaksanaan program Rancangan Malaya Kedua?

a)

Memperkenalkan Buku Merah

b)

Menubuhkan Majlis Amanah Rakyat

c)

Merangka Pelan Induk Perindustrian

d)

Melaksanakan Dasar Pertanian Negara

35.

[Temasya Sukan Malaysia (SUKMA)]


Apakah faedah yang diperoleh daripada sukan di atas?

a)

Menangkis ancaman luar

b)

Memupuk semanagat setia kawan

c)

Menyatupadukan penduduk berbilang kaum

d)

Mewujudkan semangat kerjasama negeri terlibat

36.

[ Cabaran kelapan Wawasan 2020 : Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya.]


Apakah langkah yang perlu diambil bagi menghadapi cabaran di atas?

a)

Kekayaan negara dikongsi

b)

Pelaburan asing ditingkatkan

c)

Peluang pekerjaan ditambah

d)

. Budaya cemerlang diamalkan

37.

Rajah di atas merujuk kepada perikatan negara di Eropah yang wujud pada akhir abad ke-19. Apakah implikasi pembentukan pakatan tersebut?

a)

Perebutan bahan mentah

b)

Peningkatan ekonomi dunia

c)

Permulaan persaingan kuasa

d)

Pembentukan perpaduan sejagat

38.

Apakah masalah yang dihadapi oleh negara bekas tanah jajahan Barat selepas Perang Dunia Kedua?

a)

Membentuk kerajaan baru

b)

Mewujudkan perpaduan kaum

c)

Membangunkan sektor ekonomi

d)

Menghapuskan warisan penjajah

39.

Mengapakah Rancangan Colombo penting kepada negara anggota Komanwel?

a)

Membiayai pengajian pelajar

b)

Memajukan sektor pertanian

c)

Menggalakkan aktiviti pelancongan

d)

Menyediakan kemudahan perubatan

40.

[Telefon --- Internet]


Berdasarkan rajah di atas, apakah kesan perkembangan teknologi tersebut kepada Malaysia?

a)

Peningkatan kadar celik huruf

b)

Penyatuan dunia tanpa sempadan

c)

Pembentukan masyarakat berpengetahuan

d)

Penyebaran maklumat dalam masa yang singkat