wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

( BAB 4 ) SEJARAH TINGKATAN 4

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Mengapakah British Military Administration (BMA) diperkenalkan di Tanah Melayu?


I Menentang tentera Jepun

II Mengembalikan keamanan

III Memulihkan kepercayaan rakyat

IV Meningkatkan taraf hidup penduduk

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Apakah ciri-ciri Perlembagaan Malayan Union?


I Kewarganegaraan jus soli

II Kewujudan sebuah kesatuan

III Kekuasaan Raja-raja Melayu diperkukuhkan

IV Keistimewaan penduduk peribumi terpelihara

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

III dan IV

d)

I dan IV

3.

Mengapakah British melakukan tindakan berikut?


Singapura diasingkan daripada pentadbiran Malayan Union.

a)

Mengawal keselamatan rakyat British

b)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

c)

Mengurangkan kuasa politik orang Melayu

d)

Menjamin kepentingan sebagai pelabuhan bebas

4.

Raja-raja Melayu menjadi Ahli Majlis Raja-raja dalam sistem pentadbiran Malayan Union.


Apakah fungsi Raja-raja Melayu dalam sistem pentadbiran tersebut?

a)

Menjamin hak istimewa orang Melayu

b)

Mengutip zakat fitrah daripada orang Islam

c)

Membincangkan soal agama dan adat istiadat Melayu

d)

Menasihati Pesuruhjaya British dalam urusan pentadbiran

5.

Apakah tindakan Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan persetujuan Sultan Kelantan menandatangani perjanjian Malayan Union?

a)

Mengadakan rundingan

b)

Mengugut diturunkan takhta

c)

Menawarkan ganjaran lumayan

d)

Menghapuskan hak orang Melayu

6.

Apakah akhbar Melayu yang menyuarakan bantahan terhadap pembentukan Malayan Union?


I Berita Harian

II Warta Negara

III Utusan Melayu

IV Lembaga Malaya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

7.

Jadual berikut berkaitan dengan Kongres Melayu.


Tarikh 11 Mei 1946

Lokasi Istana Johor


Apakah yang diputuskan dalam kongres tersebut?

a)

Penubuhan UMNO

b)

Pemansuhan Malayan Union

c)

Pembubaran Kesatuan Melayu Muda

d)

Pemulauan majlis pelantikan Gabenor

8.

Mengapakah Vyner Brooke menyerahkan pentadbiran Sarawak kepada kerajaan British pada tahun 1946?


I Ancaman Jepun

II Masalah pewarisan takhta

III Desakan kerajaan British

IV Pemberontakan dalam negeri

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Apakah reaksi kakitangan awam Sarawak terhadap arahan yang dikeluarkan oleh British?


Pekeliling No. 9/1946

(Circular No.9)

a)

Meletakkan jawatan

b)

Mengadakan demonstrasi

c)

Mematuhi arahan kerajaan

d)

Mengadakan rundingan damai

10.

Mengapakah penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat bantahan penduduk tempatan?

a)

Kekurangan kesedaran politik

b)

Kelemahan sistem perhubungan

c)

Ketiadaan pemimpin berwibawa

d)

Kerjasama British dengan pembesar

11.

Jadual berikut menunjukkan perubahan harga beras.


Disember 1944 | Julai 1945 |Ogos 1945

8.20

36.00

75.00


Apakah kesan kenaikan harga barang tersebut?

a)

Peningkatan kadar inflasi

b)

Penduduk mati kelaparan

c)

Pembukaan lebih banyak kawasan sawah

d)

Perpindahan beramai-ramai ke luar bandar

12.

Antara berikut, yang manakah merupakan usaha yang dilakukan oleh BMA bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada British?


I Membaiki prasarana

II Memulihkan ladang getah

III Memberi latihan kepimpinan

IV Menegakkan undang-undang

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

13.

Rajah berikut menunjukkan tindakan British mengubah status Tanah Melayu.


Negeri Naungan ---->Negeri Jajahan


Bagaimanakah perubahan tersebut dilaksanakan?

a)

Memperkenalkan Malayan Union

b)

Melaksanakan dasar dekolonisasi

c)

Menggubal perlembagaan merdeka

d)

Membentuk Persekutuan Tanah Melayu

14.

Dialog berikut mungkin berlaku dalam kalangan imigran pada tahun 1946.


Ah Ching : Anak saya Swee Ling lahir pada 1 April 1946


Muthu : Bertuah sungguh anak awak. Anak awak layak mendapat taraf kerakyatan Malayan Union


Mengapakah taraf kerakyatan tersebut layak diperoleh Swee Ling?

a)

Pembinaan satu bangsa

b)

Pelaksanaan prinsip jus soli

c)

Persetujuan penduduk tempatan

d)

Pengenalan dasar kependudukan

15.

Siapakah yang akan mengetuai pentadbiran Malayan Union di Tanah Melayu?

a)

Gabenor

b)

Residen General

c)

Raja-raja Melayu

d)

Pesuruhjaya Tinggi

16.

Maklumat berikut berkaitan dengan konsep kerakyatan dalam Malayan Union.


Prinsip Jus Soli


Apakah maksud prinsip tersebut?

a)

Kerakyatan melalui permohonan

b)

Kerakyatan berdasarkan sumbangan

c)

Kerakyatan menerusi undang-undang

d)

Kerakyatan berdasarkan tempat kelahiran

17.

Akhbar berikut memainkan peranan penting membincangkan isu semasa pada tahun 1946.


Majlis

Warta Negara

Utusan Melayu


Apakah isu yang paling hangat pada ketika itu?

a)

Pengisytiharan darurat

b)

Pembentukan Malaysia

c)

Pelaksanaan pilihan raya

d)

Penubuhan Malayan Union

18.

Bagaimanakah orang Melayu menentang Malayan Union?


I Meletak jawatan beramai-ramai

II Menggunakan taktik perang gerila

III Mengadakan bantahan besar-besaran

IV Menyuarakan bantahan melalui akhbar

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

19.

Senarai berikut merupakan tokoh wanita negara kita.


Cikgu Zaharah Abdullah

Halimahton Abd Majid

Datin Puteh Mariah Ibrahim


Apakah persamaan antara mereka?

a)

Menjaga kepentingan diri

b)

Meningkatkan ekonomi desa

c)

Mempelopori pendidikan wanita

d)

Mempunyai semangat kebangsaan

20.

Tindakan berikut dilakukan oleh Raja-raja Melayu bagi menentang Malayan Union.


Membawa kes ke Mahkamah Tinggi England

Menghantar surat bantahan ke London

Menyokong Kongres Melayu


Mengapakah tindakan sedemikian berlaku?

a)

Kehilangan kuasa politik

b)

Majlis Raja-raja dibubarkan

c)

Sistem pentadbiran disatukan

d)

Syarat kerakyatan diperketat

21.

Petikan berikut diubahsuai daripada Warta Negara, 3 April 1946


“Hari lahirnya Malayan Union itu adalah hari yang sehabis-habis sedih bagi orang Melayu”


Mengapakah penubuhan Malayan Union dianggap sedemikian?

a)

Menghapuskan sistem beraja

b)

Menyekat kemasukan imigran

c)

Menggugat kedaulatan negara

d)

Mengutamakan pendidikan sekular

22.

Maklumat berikut berkaitan perhimpunan besar-besaran orang Melayu di Tanah Melayu.

Tarikh Tempat

15 Disember 1945 Kota Bharu

19 Januari 1946 Alor Setar

10 Februari 1946 Batu Pahat


Mengapakah perhimpunan tersebut diadakan?

a)

Menghalang kemasukan imigran

b)

Membantah keganasan komunis

c)

Menolak Persekutuan Tanah Melayu

d)

Menentang pelaksanaan Malayan Union

23.

Istilah berikut dikaitkan dengan hari lahir Malayan Union.


Hari Kematian


Bagaimanakah orang Melayu menzahirkan kesedihan mereka pada hari tersebut?

a)

Memakai lilitan kain putih pada songkok

b)

Melancarkan pemberontakan bersenjata

c)

Membakar bangunan pentadbiran kerajaan

d)

Menganjurkan mogok secara besar-besaran

24.

Peristiwa berikut berkaitan pakatan antara pemimpin dan cendekiawan Melayu


Peristiwa Kongres Melayu

Tarikh 1-4 Mac 1946

Tempat Bangunan Kelab Sultan Sulaiman


Apakah persetujuan yang dicapai dalam kongres tersebut?

a)

Perkabungan orang Melayu di mulakan

b)

Pengisytiharan pemulauan Malayan Union

c)

Penubuhan United Malays National Organisation

d)

Penglibatan Raja-raja Melayu dalam perjuangan

25.

Maklumat berikut merujuk kepada Ahli Parlimen British yang dihantar ke Tanah Melayu.


L.D Gammans

David Rees William


Apakah yang dilakukan oleh UMNO ketika kehadiran mereka?

a)

Menghantar surat bantahan rasmi

b)

Memohon diadakan rundingan damai

c)

Melancarkan pemberontakan bersenjata

d)

Mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran

26.

Apakah kesan pengenalan Malayan Union terhadap orang Melayu di Tanah Melayu?

a)

Perpaduan kukuh

b)

Peningkatan ekonomi

c)

Perkembangan budaya

d)

Pengukuhan kuasa sultan

27.

Senarai berikut merujuk kepada masalah yang dihadapi oleh Charles Vyner Brooke.


Sudah tua dan uzur

Tidak mempunyai anak lelaki

Enggan melantik Anthony Brooke sebagai pengganti


Bagaimanakah beliau mengatasi masalah tersebut?

a)

Menyerahkan Sarawak kepada British

b)

Memberi kemerdekaan kepada Sarawak

c)

Melatih pemimpin tempatan dalam pentadbiran

d)

Mengupah pakar perubatan memantau kesihatan

28.

Rajah berikut berkaitan penyerahan Sarawak kepada British oleh Charles Vyner Brooke.

| Masalah pewarisan takhta

Faktor --->| Desakan kerajaan British

penyerahan

| X


Apakah X?

a)

Masalah kewangan

b)

Pengekalan budaya

c)

Kepentingan peribadi

d)

Jaminan keselamatan

29.

Kata-kata berikut tertulis pada sepanduk dan poster gerakan antipenyerahan di Sarawak.


“Leburkan kolonial”

“Sarawak adalah hak kami”

“Kami membantah dengan sekeras-kerasnya akan tindakan Brooke menyerahkan Sarawak kepada kolonial Inggeris”


Apakah tindakan British untuk menggagalkan gerakan tersebut?

a)

Mengadakan rundingan damai

b)

Memperkuat pasukan keselamatan

c)

Memberi amaran kepada kakitangan kerajaan

d)

Memindahkan pemimpin ke kawasan pedalaman

30.

Maklumat berikut berkaitan dasar British di Sarawak.


Pekeliling No.9 / 1946


Mengapakah notis tersebut dikeluarkan?

a)

Memberi amaran kepada parti politik

b)

Mengawal pelantikan kakitangan kerajaan

c)

Mengingatkan tentang kebebasan bersuara

d)

Melarang pegawai awam menyertai gerakan antipenyerahan

31.

Maklumat berikut berkaitan tokoh pejuang wanita di Sarawak.


Cikgu Lily Eberwein

Cikgu Ajibah Abol


Apakah yang diperjuangkan oleh tokoh tersebut?

a)

Pengembalian hak mengundi

b)

Pendidikan tinggi untuk wanita

c)

Membantah Perlembagaan 1941

d)

Menentang penyerahan Sarawak

32.

Pentadbiran berikut diperkenalkan di Sabah selepas kekalahan tentera Jepun.


British Military Administration


Apakah tujuan pengenalan pentadbiran tersebut?

a)

Melatih kakitangan tempatan

b)

Menjimatkan kos pentadbiran

c)

Mengatasi kekurangan pegawai

d)

Mengembalikan ketenteraman negeri

33.

Siapakah Gabenor pertama yang dilantik di Sabah?

a)

Sir Rees William

b)

Sir Duncan Steward

c)

Sir Edward Twinning

d)

Sir Frank Swettenham

34.

Mengapakah British berminat untuk menguasai negeri Sabah?


I Menguasai sumber bahan mentah

II Menggantikan Sri Lanka sebagai jajahan

III Memajukan taraf hidup penduduk peribumi

IV Menjalin hubungan diplomatik dengan Brunei

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

35.

Pernyataan berikut merujuk kepada suasana politik di Sabah.


Parti politik di Sabah tidak aktif semasa pemerintahan British.


Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Tiada keyakinan diri yang tinggi

b)

Taraf pendidikan penduduk yang rendah

c)

Kurang semangat nasionalisme dalam diri

d)

Penindasan terhadap kegiatan berpersatuan

36.

Maklumat berikut merujuk kepada situasi berlaku di Sabah.


British memindahkan ahli dan pemimpin yang aktif dalam gerakan berpersatuan ke bandar yang lain.


Mengapakah tindakan tersebut dilakukan oleh pihak British?

a)

Meningkatkan perpaduan rakyat

b)

Menyekat perluasan kuasa asing

c)

Memajukan penduduk luar bandar

d)

Memantapkan kuasa pemerintahan

37.

Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat tentangan hebat dari penduduk tempatan.


Mengapakah penduduk bersikap sedemikian?

a)

Perubahan dasar perjuangan

b)

Tidak memahami tujuan penyerahan

c)

Bersikap terbuka terhadap perubahan

d)

Lebih berfokuskan perkembangan agama

38.

Bilakah tarikh penyerahan Sabah kepada British?

a)

12 Julai 1946

b)

12 Julai 1947

c)

15 Julai 1946

d)

13 Julai 1946

39.

Siapakah yang mengetuai Rukun 13?

a)

Rosli Dhaby

b)

Duncan Stewart

c)

Morshidi Sidek

d)

Datuk Patinggi Abang Haji Abdullah

40.

Siapakah yang mengetuai demonstrasi penentangan British pada 3 Oktober 1946?

a)

Datuk Patinggi Abang Haji Abdullah

b)

Johari Anang

c)

Sharkawi Osman

d)

Anthony Brooke