wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH SPM 2014

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Anda sebagai seorang anak petani di China pada zaman Dinasti Han. Bagaimanakah anda dapat mengubah status sosial anda?

a)

Memajukan perniagaan

b)

Memiliki tanah yang luas

c)

Menyertai pasukan tentera tetap

d)

Meningkatkan pencapaian pendidikan

2.

Mohenjo Daro-Harappa adalah bandar terancang terawal di dunia. Mengapakah masyarakat Tamadun Indus berjaya membina bandar terancang tersebut?

a)

Perluasan ajaran agama

b)

Sistem pemerintahan teokrasi

c)

Sumbangan golongan bangsawan

d)

Pertembungan dengan tamadun luar

3.

Jadual 1 berkaitan dengan tokoh yang telah menyumbang terhadap perkembangan tamadun.


Apakah sumbangan mereka?

a)

Membentuk empayar pemerintahan

b)

Memperkenalkan pemerintahan monarki

c)

Mengasaskan pentadbiran secara birokrasi

d)

Melaksanakan sistem pemerintahan republik

4.

Athens merupakan sebuah negara kota dalam Tamadun Yunani. Apakah matlamat pendidikan di negara kota tersebut?

a)

Melahirkan pegawai kerajaan yang berpendidikan

b)

Mewujudkan masyarakat yang celik huruf

c)

Membentuk warganegara yang taat

d)

Melahirkan manusia yang seimbang

5.

Peta 1 menunjukkan kerajaan maritim di Asia Tenggara. Mengapakah kerajaan tersebut berjaya meneroka dunia luar?

a)

Kegiatan pertanian berkembang maju

b)

Kerajaan asing memberikan bantuan

c)

Pusat latihan kelautan ditubuhkan

d)

Mahir dalam pembinaan kapal

6.

Rajah 1 berkaitan dengan perubahan yang berlaku kepada kerajaan Funan.


[Kerajaan Agraria --- Kerajaan Maritim]


Mengapakah perubahan tersebut berlaku?

a)

Kekuatan tentera

b)

Perluasan empayar

c)

Kemajuan pelabuhan

d)

Pertambahan penduduk

7.

Tokoh berikut telah membantu mengukuhkan pemerintahan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq.


 Khalid bin al-Walid

 Usamah bin Zaid


Apakah bantuan yang diberikan oleh tokoh-tokoh tersebut?

a)

Menggubal undang-undang

b)

Mengatasi ancaman kuasa luar

c)

Memperkukuh sistem pendidikan

d)

Mempelbagaikan kegiatan pertanian

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan Perjanjian Hudaibiyah.


[630 Masihi : Orang Arab Quraisy melanggar syarat Perjanjian Hudaibiyah]


Apakah kesan peristiwa tersebut?

a)

Kota Makkah dikuasai Islam

b)

Sistem kabilah dimansuhkan

c)

Urusan perdagangan terjejas

d)

Penduduk Madinah berhijrah

9.

Apakah perkara yang diutamakan oleh Nabi Muhammad SAW dalam mendirikan negara Islam Madinah?

a)

Menyatukan wilayah

b)

Menyusun perlembagaan

c)

Mengadakan rundingan damai

d)

Meminta bantuan orang Badwi

10.

Bagaimanakah kedudukan orang Yahudi dalam Piagam Madinah?

a)

Memimpin angkatan tentera

b)

Menjadi pentadbir wilayah

c)

Diberi pengecualian cukai

d)

Diiktiraf sebagai rakyat

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan tokoh pengembara Islam pada abad ke-14.


[Ibn Battuta : Hasil tulisan beliau menjadi rujukan sejarawan hingga kini]


Mengapakah tulisan beliau menjadi rujukan sehingga kini?

a)

Ketepatan fakta

b)

Keunikan ilustrasi

c)

Keindahan bahasa

d)

Kepelbagaian teknik

12.

Antara yang berikut, yang manakah sumbangan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq kepada kerajaan Islam Madinah?

a)

Memerangi golongan al-Riddah

b)

Memperkenalkan pelbagai cukai

c)

Menubuhkan Jabatan Kehakiman

d)

Menyelesaikan perpecahan umat Islam

13.

Golongan raja di Asia Tenggara menggunakan gelaran berikut setelah kedatangan Islam.


 Zillullah fil-alam

 Zillullah fil-ardh


Mengapakah gelaran tersebut digunakan?

a)

Melambangkan kemakmuran kerajaan

b)

Mengekalkan warisan tradisi

c)

Mengesahkan kewibawaan

d)

Memelihara hak penduduk

14.

Bagaimanakah pertapakan Islam di Brunei menyebabkan pengislaman wilayah di sekitarnya seperti Kepulauan Sulu dan Mindanao?

a)

Pendidikan dipergiat

b)

Perdagangan diperluas

c)

Kekuatan empayar dipertingkat

d)

Hubungan dengan China diperkukuh

15.

Peta 2 menunjukkan jajahan takluk Kesultanan Melayu Melaka.


Apakah faktor yang membolehkan Melaka meluaskan jajahan takluk?

a)

Pengaruh agama Islam

b)

Bantuan tentera asing

c)

Kepadatan penduduk

d)

Kekayaan hasil bumi

16.

Bagaimanakah Laksamana membantu meneruskan perkembangan Islam di Melaka pada abad ke-I6?

a)

Mengetuai protokol di istana

b)

Mengawal keamanan dalam negeri

c)

Mentadbir kemudahan di pelabuhan

d)

Menjaga keselamatan kawasan perairan

17.

Mengapakah Gereja Katolik menjadi institusi yang berkuasa di Eropah pada Zaman Gelap?

a)

Memiliki hanyak tanah

b)

Berhak mengutip cukai

c)

Mendapat sokongan petani

d)

Bergiat dalam perdagangan

18.

Rajah 2 menunjukkan perubahan sumber tenaga kepada Tenaga X di Eropah pada abad ke-18.


Apakah Tenaga X?

a)

Wap

b)

Gasolin

c)

Elektrik

d)

Matahari

19.

Pada tahun 1920, British telah mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah di Tanah Melayu. Mengapakah British memperkenalkan enakmen tersebut?

a)

Melahirkan tenaga mahir

b)

Menyatukan pelbagai kaum

c)

Membanteras ancaman komunis

d)

Mengurangkan kemasukan imigran

20.

Jadual 2 berkaitan dengan mata wang yang digunakan di Tanah Melayu sebelum kedatangan penjajah Barat.


Mengapakah penggunaan mata wang tersebut semakin pupus menjelang abad ke-19?

a)

Kekurangan logam

b)

Kelembapan ekonomi

c)

Pengenalan wang kertas

d)

Penggunaan syiling emas

21.

British telah memperkenalkan sistem birokrasi Barat di Tanah Melayu. Mengapakah sistem tersebut ditentang oleh penduduk tempatan?

a)

Kegiatan ekonomi tradisional terjejas

b)

Pengaruh golongan agama merosot

c)

Pemimpin kehilangan kuasa

d)

Tanah peribumi dirampas

22.

Penjajah Sepanyol memperkenalkan Sistem Encomienda di Filipina. Mengapakah penduduk Filipina tidak berpuas hati terhadap sistem tersebut?

a)

Ekonomi sara diri terjejas

b)

Cukai yang membebilhkun

c)

Perusahaan tradisional terancam

d)

Perdagangan tukar barang terganggu

23.

Mengapakah British menggunakan nama sultan Kelantan untuk mematahkan penentangan penduduk tempatan pada tahun 1915?

a)

Menghormati sultan

b)

Mengekalkan kuasa sultan

c)

Kesetiaan rakyat kepada sultan

d)

Kuasa mutlak berada di tangan sultan

24.

Rajah 3 berkaitan dengan pembesar-pembesar di Pahang yang menentang British.


Mengapakah mereka menentang British?

a)

Pembinaan balai polis

b)

Pencabulan perjanjian

c)

Pengenalan perdagangan bebas

d)

Pelaksanaan pendidikan secular

25.

Kedua-dua tokoh berikut berjaya menyatukan negara masing-masing di Eropah pada abad ke-19.


 Count Camillo Benso di Cavour

 Otto Eduard von Bismarck


Apakah persamaan kedua-dua tokoh tersebut?

a)

Mengenepikan perbezaan warna kulit

b)

Menyatukan masyarakat majmuk

c)

Menggunakan kaedah realpolitik

d)

Membina empayar yang luas

26.

Mengapakah Prussia memulangkan semula wilayah Venetia kepada Itali pada tahun 1866?

a)

Pertukaran wilayah

b)

Arahan Liga Bangsa

c)

Kekalahan dalam peperangan

d)

Kerjasama menewaskan Austria

27.

Apakah peranan Lembaga dalam sistem pentadbiran Adat Perpatih di Negeri Sembilan?

a)

Memilih Undang

b)

Menjadi ketua agama

c)

Menjaga alat kebesaran

d)

Menggubal dasar negara

28.

Senarai berikut adalah tindakan British yang membangkitkan kemarahan orang Melayu pada tahun 1940-an.


 Pengenalan Malayan Union

 Penyerahan Sarawak kepada British


Mengapakah tindakan tersebut membangkitkan kemarahan orang Melayu?

a)

Mencampuri adat istiadat tempatan

b)

Menjejaskan hak kaum peribumi

c)

Menghalang perpaduan kaum

d)

Mengubah sempadan negeri

29.

Rajah 4 merujuk kepada struktur pentadbiran peringkat negeri di Tanah Melayu pada tahun 1948. Apakah tugas Menteri Besar?

a)

Mengetuai angkatan tentera

b)

Mengetuai upacara rasmi

c)

Mengetuai pentadbiran

d)

Menabalkan raja

30.

Gambar 1 adalah Dato' Onn bin Jaafar.


Apakah cadangan beliau untuk menyatupadukan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka?

a)

Membuka keahlian UMNO kepada semua kaum

b)

Menubuhkan Jawatankuasa Antara Kerajaan

c)

Menganjurkan Konvensyen Kebangsaan

d)

Membentuk Parti Perikatan

31.

Maklumat berikut berkaitan dengan rundingan yang dilakukan sebelum kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.


[18 Januari - 8 Februari 1956 : Rundingan London]


Apakah persetujuan yang dicapai dalam rundingan tersebut?

a)

Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum

b)

Penetapan syarat mendapatkan kerakyatan

c)

Pembentukan suruhanjaya bebas mengkaji perlembagaan

d)

Pelaksanaan pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan

32.

Apakah yang dilaksanakan oleh pemimpin Tanah Melayu pada tahun 1950-an untuk merealisasikan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

Memperkukuh perpaduan kaum

b)

Mengadakan pungutan suara

c)

Mendapatkan sokongan luar

d)

Berunding dengan komunis

33.

Mengapakah Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) bimbang penyertaan Sarawak dalam Malaysia?

a)

Kerajaan British menentang

b)

Ancaman komunis meningkat

c)

Tanah Melayu terlalu berkuasa

d)

Serangan tentera Kalimantan Utara

34.

Maklumat berikut berkaitan dengan perkembangan pengaruh golongan radikal di Singapura.


[April 1961 : Barisan Sosialis telah memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura]


Bagaimanakah pemimpin Singapura mengatasi pengaruh golongan tersebut?

a)

Menyarankan penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara

b)

Mencadangkan penggabungan Singapura dengan Tanah Melayu

c)

Membentuk pakatan tentera dengan negara jiran

d)

Menguatkuasakan undang-undang darurat

35.

Pernyataan berikut berkaitan dengan perkara 153 dalam Perlembagaan Malaysia.


[Peranan Yang di-Pertuan Agong dalam menjaga dan memelihara hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak]


Apakah hak istimewa orang Melayu dan bumiputera yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut?

a)

Menjadi ahli Dewan Rakyat

b)

Penerimaan pangkat kebesaran

c)

Jawatan dalam perkhidmatan awam

d)

Kebebasan menganuti mana-mana agama

36.

Seorang pegawai tertinggi angkatan tentera telah dijatuhi hukuman. Siapakah yang berkuasa memberi pengampunan kepada pegawai tersebut?

a)

Perdana Menteri

b)

Menteri Pertahanan

c)

Mahkamah Persekutuan

d)

Yang di-Pertuan Agong

37.

Melalui Dasar Pertanian Negara, kerajaan telah memperkenalkan program pembangunan in-situ. Apakah tujuan program tersebut dilaksanakan?

a)

Memulihkan kawasan berproduktiviti rendah

b)

Menggalakkan kemasukan pelabur asing

c)

Mengawal kemasukan buruh luar

d)

Menyusun semula masyarakat

38.

Jadual 3 menerangkan matlamat rancangan pembangunan ekonomi kerajaan Malaysia pada tahun 1970-an.

Apakah langkah kerajaan untuk mencapai matlamat tersebut?

a)

Memulakan industri berat

b)

Memajukan sektor pelancongan

c)

Menambahkan peluang pekerjaan

d)

Meningkatkan pendapatan rakyat

39.

Senarai berikut adalah pertubuhan antarabangsa yang disertai oleh Malaysia.


 Komanwel

 Pergerakan Negara-Negara Berkecuali

 Negara-Negara Selatan


Apakah faedah yang Malaysia peroleh dalam pertubuhan tersebut?

a)

Ekonomi maju

b)

Keselamatan terjamin

c)

Identiti bangsa mantap

d)

Kawasan perairan terkawal

40.

Rajah 5 menunjukkan kesan Perang Dunia Pertama terhadap Jerman.


- Kehilangan tanah jajahan

- Bayaran


Apakah tindakan Jerman untuk menghadapi kesan tersebut?

a)

Mendapatkan sokongan rakyat

b)

Memperbesar angkatan tentera

c)

Mengukuhkan kedudukan ekonomi

d)

Menggabungkan wilayah-wilayah kecil