Font size
WorksheetsKuiz Bulan Bahasa KK Tasek Gelugor
Total questions: 35
Worksheet time: 18mins
Berikut merupakan peribahasa yang sama maksud dengan peribahasa di bawah ini, KECUALI...
Sambil menyelam minum air.
belayar sambil memapan, merapat sambil belayar
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
berkayuh sambil bertimba
sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau
- Bahasa Melayu tergolong ke dalam cabang Nusantara dalam keluarga
a. Austroasia
b. Tibet-Cina
c. Austronesia
d. Melanesia
Orang ramai berbondong-bondong ke pasar raya yang baru dibuka itu kerana promosi yang cukup hebat, namun setelah tiba di sana, kualiti barang-barang yang dijual tidaklah sebaik mana.
Nyatakan peribahasa yang paling sesuai dengan situasi di atas :
ayam tambat disambar helang, padi ditanam tumbuh lalang
laksana katak, sedikit hujan banyak bermain
indah khabar daripada rupa
perut kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas
Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Bahasa Melayu di negara ini adalah.....
a. Bahasa Pengantar
b. Bahasa Kebangsaan
c. Bahasa Perhubungan
d. Bahasa Rasmi
Wak Tony meminta beberapa .................. daun sirih sebagai pengeras untuk mengubati penyakit Pakcik Steve Roger.
a. Helai
b. Rumpun
c. Cekak
d. Batang
Cik Wanda Scarlet memang cantik orangnya. Namun dia ibarat.................kerana suka.............apabila bergaul dengan masyarakat setempat
Buka tembelang... bermuka-muka
Bermuka dua.....buka mulut
Bunga dedap...bermuka-muka
Banyak lemak....harga diri
Walaupun Natasha Romanoff merupakan .................... dalam keluarganya, tetapi ibu bapanya tidak terlalu manjakannya.
a. Anak manja
b. Anak emas
c.. Anak tiri
d. Anak pungut
Ayah belum membuat keputusan................bercuti di dalam negara...............di luar negara.
a. Baik...atau
b. Entah....tetapi juga
c. Sama ada...atau
d. Bukan sahaja....tetapi juga
Berbekalkan..............sekangkang kera, Megat Khairi bercucuk tanam untuk menampung keluarga
a. Pasir
b. Tanah
c. Padang
d. Tasik
Saiful memenangi sebuah kereta dalam pertandingan nyanyian itu tetapi malangnya dia tiada lesen memandu.
Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas ialah;
bagai si kudung mendapat cincin
bagai pelita kehabisan minyak
bagai tikus membaiki labu
bagai melukut di tepi gantang
Apakah maksud peribahasa berikut;
Bagai dakwat dengan kertas
Membuat masalah yang lebih besar hanya disebabkan perkara remeh.
Mempunyai peluang yang sungguh tipis
Perhubungan yang sangat rapat
Pekerjaan yang dilakukan bersama-sama.
Setiap pelajar dikehendaki mencipta se______ pantun sempena Minggu Bahasa yang akan diadakan pada minggu hadapan.
patah
buah
rangkap
lagu
Cik Nurha Nani tidak pernah melupai orang-orang yang berjasa kepadanya. ........................, dia akan mengadakan jamuan untuk mereka setiap tahun
a. Lagipun
b. Namun begitu
c. Kemudian
d. Oleh itu
Kecantikan corak kain-kain bunga itu menyebabkan pelancong India itu .................... sehingga dia tidak tahu yang mana satu hendak dibelinya
a. Putih mata
b. Rabun mata
c. Rambang mata
d. Gelap mata
Orang muda itu telah memilih beberapa................ jagung terbaik untuk dijadikan benih yang akan di tanam di se................tanah terbiar
a. Tongkol.....sekaki
b. Biji.....bidang
c. Buah....kumpulan
d. Tongkol....bidang
Setelah Puan Zuraidah selesai _____________ nasi, dia ___________ air pula.
memasak
mendidihkan
memasak
menjerang
menanak
memasak
menanak
menjerang
[BONUS]
Encik Faizul Zairi kelihatan kacak semenjak pulang dari Argentina.
Sila pilih perkataan yang sinonim bagi perkataan yang digariskan.
(Jawapan lebih dari satu)
segak
tampan
jelik
elok
pelik
Shamsuria bercita-cita untuk mengikut.................. kakaknya menjadi seorang Chef de Partie
Jejak kaki
Jejak langkah
Bekas kaki
Langkah kaki
"Hamba hanya ____________ titah perintah baginda tuanku," kata Hang Pulun kepada Hang Pimana.
menurut
menjunjung
mematuhi
merafak
Kami dapat melihat perahu-perahu nelayan yang ____________ dipukul ombak ketika mengambil angin di tepi pantai itu.
terliang-liuk
terkontang-kanting
terolang-aling
terbuai-buai
__________ itu mengenakan pakaian tradisional Melayu daripada fabrik songket dalam suatu pertunjukan fesyen.
Seniwati
Peragawati
Pramugari
Biduanita
Sasterawan Negara Dato’ Dr. Usman Awang adalah tokoh sasterawan Malaysia yang menulis dalam semua genre sastera. Sasterawan terkemuka ini dialhirkan di Johor pada tahun 1929, dan meninggal dunia di Kuala Lumpur pada tahun 2001. Meskipun Uman Awang menghasilkan karya sastera dalam semua genre, namun ketokohannya yang menyerlah ialah dalam genre puisi dan drama.
Apakah nama pena sasterawan negara tersebut?
Tongkat Warrant
Keris Emas
Arena Wati
Awang Senandong
Ibu dan bapa Hani seorang guru di sekolah. Hani juga berminat dan bercita-cita menjadi seorang guru. Situasi ini sesuai dengan peribahasa……
a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
b. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
c. Bagai isi dengan kuku
d. melentur buluh biarlah dari rebungnya
“Aku memang pandai melukis. Kalau kau Nampak mural di sekolah, semua aku buat. Cantik, bukan?” kata Dollah. Sikap ini ibarat……………..
a. Masuk bakul angkat sendiri
b. Bagai pauh dilayang
c. Air dicincang takkan putus
d. Angkat bakul
Apakah maksud perkatan LESTARI
cantik
kekal
syahdu
berpengetahuan
Negeri manakah yang tidak memakai gelaran sultan ?
Terengganu
Perlis
Johor
Perak
Pilih peribahasa di bawah adalah betul kecuali;
Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat
Bila keranda dibawa, baru lah bercucuran air mata.
Tak tahu menari, dikatakan lantai jongkang-jongket
Sepuluh kali ukur, sekali kerat.
Jelaskan maksud peribahasa berikut;
Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
Makin kaya (berilmu) makin sombong
Makin banyak ilmu atau makin tinggi pangkat, makin rendah diri
Orang besar atau mulia tidak akan hilang atau jatuh martabatnya apabila merendah diri
Orang yang jahat, jika bergaul dengan orang yang baik-baik tidak akan berubah tabiatnya
Abu Hisyam menerima pekerjaan guru sandaran itu sebagai _____________ untuk memperoleh pekerjaan yang lebih baik.
Batu loncatan
Batu sandaran
Durian runtuh
Tanda mata
Tentera-tentera kerajaan telah berjaya menawan ……………………. pengganas.
Sekawan
Setompok
Sepasukan
Segerombolan
Murid-murid bangun ……………. mengucapkan “selamat sejahtera” kepada cikgu.
dan
lalu
sambil
serta
Beta ingin …………………….. sekarang kerana hari sudah larut malam, “...................... Sultan kepada pegawai istana baginda
bersantap, kata
bersiram, titah
bersemayam, kata
beradu, titah
Lengkapkan peribahasa berikut;
Kalau tak dipecahkan ................., manakan dapat sagunya.
Ruyung
Gayung
Labu
Pasu
[BONUS] apakah maksud Antonim?
kata yang sama maknanya dengan kata lain
kata yang berlawanan maknanya dengan kata lain
kata yang mempunyai sifat adjektif
kata yang mempunyai sifat subjektif
[BONUS]
Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa bentuk kata utama, antaranya kata kerja, kata adjektif, dan kata nama.
Berdasarkan gabungan kata di bawah, putuskan yang manakah gabungan bentuk kata bagi kata adjektif.
I. baik, gemuk, panjang
II. lebar, kecil, tebal, besar, rendah
III. sabun, cangkul, penyapu, kurus, tinggi
IV. tumpul, susah, gembira, lapar, dukacita
V. gerak, kumpul, letup, terjun, nipis, harimau, baju
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
II, IV dan V
