wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

STPM BM SEM 3 - SIRI 4

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan yang manakah BENAR tentang wacana?

a)

Tidak mengutamakan susunan idea

b)

Kedudukannya lebih tinggi daripada ayat

c)

Sangat mementingkan pemilihan perkataan

d)

Memperlhatkan buah fikiran yang bertentangan

2.

Yang berikut ialah ciri wacana, KECUALI

a)

mempunyai tumpuan

b)

maklumatnya berlawanan

c)

memiliki susunan yang berurutan

d)

wujudnya hubungan antara penutur dengan pendengar

3.

Yang manakah mempunyai hubungan semantik sebab dan hasil?

a)

Rumah di tepi laut itu besar. Rumah yang sebuah lagi lebih besar.

b)

Kemalangan malam tadi sungguh mengerikan. Kereta remuk dan semua penumpangnya terbunuh.

c)

Orang itu bekerja keras pada setiap hari. Sekarang dia hidup dengan senang-lenang dengan keluarganya.

d)

Dia menghabiskan wang simpanannya demi kawan-kawannya. Setelah hidupnya susah dia tidak dipedulikan oleh kawan-kawannya.

4.

Pemikiran dan keyakinan khalayak dapat dikuasai menerusi


I pemerian

II pemujukan

III penceritaan

IV penghujahan

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

5.

(i) - Memperlihatkan turutan peristiwa.

(ii) - Bahasanya bersifat kreatif.

(iii) - Gaya penulisannya tersendiri


Ciri-ciri di atas merujuk kepada

a)

retorik pemerian

b)

retorik penceritaan

c)

retorik pendedahan

d)

retorik penghujahan

6.

Yang manakah paling sesuai dengan retorik pendedahan?

a)

Promosi dan jualan barang

b)

Kisah perjalanan hidup individu

c)

Menjelaskan maksud sesuatu istilah

d)

Pembentangan rang undang-undang di Parlimen

7.

(i) - Jenis bahasa terkawal

(ii) - Mengutamakan ketepatan

(iii) - Mematuhi penggunaan tatabahasa


Variasi bahasa di atas digunakan dalam

a)

perbualan antara rakan karib

b)

penulisan laporan kajian ilmiah

c)

percakapan semasa berada di restoran

d)

penghasilan karya kesusasteraan bahasa Melayu

8.

Yang manakah pernyataan yang tepat tentang isoglos?

a)

Bahasa kacukan yang telah mantap

b)

Kewujudan dua variasi dalam sesuatu bahasa

c)

Kelainan penggunaan bahasa disebabkan masalah pertuturan

d)

Garis sempadan antara satu dialek dengan satu dialek lain dalam sesuatu bahasa yang sama

9.

Yang manakah ciri yang membezakan sesuatu dialek dengan sesuatu dialek yang lain?


I - Berdasarkan individu

II - Kosa kata yang tersendiri

III - Cara sebutan dialek tersebut

IV - Penggunaannya dalam suasana tidak rasmi

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

10.

Cuaca sangat sejuk. Hujan lebat yang membasahi bumi malam tadi yang pertama selepas kemarau berbulan-bulan. Anak-anak pokok dapat membesar kembali setelah bantut oleh pantulan cahaya matahari setiap hari sekian lama. Banyak sudah pokok yang mati dek tanah yang kering kontang.


Yang manakah jenis laras bahasa yang terdapat dalam teks di atas?


I - Laras iklan

II - Laras sains

III - Laras sastera

IV - Laras geografi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Yang berikut ialah pernyataan yang benar tentang laras bahasa, KECUALI

a)

kelainan bahasa disebabkan perbezaan konteks penggunaan

b)

kelainan bahasa yang memperlihatkan perbezaan antara satu dengan yang lain dari aspek leksikal

c)

kelainan bahasa yang penggunaannya difahami oleh mereka yang berpengalaman dalam bidang yang diperkatakan

d)

kelainan bahasa yang menunjukkan perbezaan antarar satu dengan yang lain disebabkan perbezaan tempat asal penuturnya

12.

Yang manakah persamaan antara laras bahasa agama dengan laras bahasa undang-undang?

a)

Mementingkan kegramatisan ayat

b)

Tidak menggunakan kosa kata khusus

c)

Memerlukan takrifan dan tafsiran yang tepat

d)

Berkaitan dengan uji kaji dan fakta yang jelas

13.

Ayat yang manakah mengandungi frasa yang memperlihatkan makna denotatif?


I - Dia suka makan kaki ayam goreng.

II - Pisau pencukur elektrik itu sangat mahal.

III - Mereka makan angin di Pulau Phuket selama seminggu.

IV - Mempelai yang bersanding di pelamin tersenyum simpul.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

14.

Yang manakah frasa yang mengandungi perkataan yang bersifat polisemi?

a)

Masih di sekolah

b)

Pakaian yang dijemur itu

c)

Berguguran ketika musim luruh

d)

Hangat diperkatakan oleh orang ramai

15.

Perkataan yang manakah mengalami peluasan makna?

a)

Bukan

b)

Sayang

c)

Jemput

d)

Saudara

16.

Semak di belakang rumahnya sudah dibersihkan.


Dari segi perkaitan leksikal, perkataan yang bergaris dalam ayat di atas merupakan

a)

hiponim

b)

homonim

c)

homograf

d)

superordinat

17.

Serumpun bagai serai, seliang bagai tebu


Peribahasa di atas bermaksud

a)

Pekerjaan yang dilakukan dengan sedaya upaya

b)

Menolong orang yang dalam kesusahan

c)

Bersatu hati dalam segala hal

d)

Orang yang rajin bekerja

18.

Ayat yang manakah mengandungi kiasan pemanis dan kiasan melompat?

a)

Orang rumah Azli pulang ke kampung untuk bersalin.

b)

Ketika berbadan dua, isteri Azli tidak larat untuk memasak nasi.

c)

Mentua Azli sudah lama menoreh getah di kebun kepunyaannya sendiri.

d)

Mentua Azli pernah digelar harimau berantai kerana pernah berlawan dengan Pak Belang.

19.

Yang manakah merupakan ragam bahasa besar?

a)

Pekikannya menggugurkan batu-batu dari bukit itu.

b)

Tiada orang yang lebih pandai daripadanya di kelas kami.

c)

Niat hati hendak memeluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.

d)

Yasmin tidak hadir ke sekolah kerana kepalanya berdenyut-denyut kesakitan.

20.

Ragam bahasa tempelak dengan ragam bahasa herdik berbeza dari aspek

a)

waktu berlakunya teguran seseorang

b)

musabab terjadinya kesilapan seseorang

c)

tujuan kedua-dua ragam bahasa itu dipilih

d)

cara gambaran kedua-dua ragam bahasa itu

21.

Orang itu bergelar Tan Sri. Dia menamatkan pengajian doktor falsafah dalam bidang kejuruteraan dua tahun lalu.


Yang manakah gelaran yang dimiliki oleh orang itu?

a)

Gelaran keagamaan dan gelaran kekeluargaan

b)

Gelaran anugerah dan gelaran akademik

c)

Gelaran keturunan dan gelaran kurniaan

d)

Gelaran warisan dan gelaran ikhtisas

22.

(i) - Ayah Masnida ialah Tengku Musa

(ii) - Masnida pegawai di sebuah jabatan kerajaan

(iii) - Masnida dipilih sebagai wakil rakyat


Yang manakah rujukan kehormat yang sesuai untuk Masnida?

a)

Yang Berbahagia Masnida binti Tengku Musa

b)

Yang Berusaha Tengku Masnida binti Tengku Musa

c)

Yang Berhormat Tengku Masnida binti Tengku Musa

d)

Yang Berhormat Mulia Tengku Masnida binti Tengku Musa

23.

Yang manakah antara yang berikut mengandungi gabungan gelaran?

a)

Tan Sri Sepiah

b)

Prof. Dr. Haji Shahril

c)

Tengku Farhana Syahira

d)

Tuan Haji Mohd Adib Abdullah

24.

Haji Abdullah mendapat gelaran Tan Sri daripada Yang di-Pertuan Agong.


Apakah rujukan kehormat untuk isterinya, Habibah?

a)

Yang Berbahagia Tan Sri Habibah

b)

Yang Berbahagia Puan Sri Habibah

c)

Yang Berbahagia Puan Sri Hajah Habibah

d)

Yang Amat Berbahagia Puan Sri Hajah Habibah

25.

Tuan Haji Maliki dilantik sebagai Mufti di sebuah negeri. Sebelum itu beliau merupakan Kadi Besar.


Apakah yang gelaran yang digunakan untuknya bagi jawatan baharu itu?

a)

Al-Fadil

b)

Sahibul Fadilah

c)

Sahibus Samahah

d)

Sahibul Fadilah dan Sahibus Samahah

26.

Dialek merupakan kelainan bahasa yang disebabkan oleh

a)

situasi

b)

individu

c)

tahap sosial

d)

pengguna bahasa

27.

Pernyataan yang benar tentang dialak

a)

perbezaan bentuk-bentuk bahasa

b)

variasi bahasa tertentu bagi seseorang

c)

kelainan bahasa berdasarkan konteks penggunaan

d)

perbezaan variasi bahasa berdasarkan sebutan, tatabahasa dan kosa kata

28.

Tiga ciri bagi dialek ialah

a)

sebutan, kata, bahasa

b)

kata, kosa kata , tatabahasa

c)

sebutan, kosa kata, tatabahasa

d)

sebutan kata, perkataan, tatbahasa

29.

Yang manakah padanan yang betul


a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

30.

*berbeza tetapi mempunyai maksud yang sama

*bunyi yang berbeza


Pernyataan di atas merujuk

a)

kosa kata

b)

sebutan

c)

tatabahasa

d)

perkataan