wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

EKSPLORASI SEJARAH SPM 2018

Total questions: 40

Worksheet time: 1hrs 14mins

Name
Class
Date
1.

Konsep tamadun dari sudut pandangan islam menekankan pembangunan rohaniah


Apakah yang berkaitan dengan pembangunan rohaniah?

a)

A Kepelbagaian kepercayaan

b)

B Kepelbagaian kemahiran

c)

C Ketinggian pemikiran

d)

D Ketinggian tatasusila

2.

Mengapakah tamadun awal dunia tertumpu di lembah sungai?


I Mempunyai tanah yang subur

II Mengekalkan warisan tradisi

III Mendapat mandat tuhan

IV Memudahkan perhubungan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

3.

Mohenjo Daro dan Harappa adalah bandar terancang terawal di dunia.


Mengapakah masyarakat Tamadun Indus berjaya membina bandar terancang tersebut?

a)

A Perluasan ajaran agama

b)

B Sistem pemerintahan teokrasi

c)

C Sumbangan golongan bangsawan

d)

D Pertembungan dengan tamadun luar

4.

Stresthin adalah sebuah pertubuhan perdagangan yang ditubuhkan di India


Apakah matlamat penubuhan tersebut?

a)

A Melahirkan pekerja mahir

b)

B Mengawal kadar gaji pekerja

c)

C Menjaga kepentingan majikan

d)

D Menetapkan had masa bekerja

5.

Apakah persamaan sistem demokrasi yang diamalkan di Yunani dengan sistem demokrasi yang diamalkan pada masa kini?

a)

A Penglibatan rakyat dalam pembentukan kerajaan

b)

B Golongan agama menjadi penasihat pemerintah

c)

C Pilihan raya diadakan setiap lima tahun

d)

D Raja menjadi ketua pentadbir negara

6.

Penganut agama hindu berusaha untuk mencapai moksya. Mereka berbuat demikian supaya

a)

A Dilahirkan semula

b)

B Diberi pengampunan

c)

C Di masukkan ke syurga

d)

D Disatukan dengan tuhan

7.

Bagaimanakah kerajaan Agraria di Asia Tenggara memajukan sektor pertanian?

a)

A Membina sistem pengairan

b)

B Membawa masuk tenaga buruh

c)

C Menaik taraf kemudahan pelabuhan

d)

D Memperkenalkan kaedah penggiliran tanaman

8.

Senarai berikut antara artifak yang ditemui di lokasi kerajaan Kedah Tua


*Tembikar Qing Pai

*Pelita tembaga

*Manik


Penemuan tersebut membuktikan bahawa kerajaan Kedah Tua

a)

A menjadi pusat penyebaran agama

b)

B Mengutamakan pengkhususan pekerjaan

c)

C Sebagai pusat pembuatan barang hiasan

d)

D merupakan sebuah pelabuhan entrepot

9.

Masyarakat Arab pada zaman jahiliah sering bergaduh sesama sendiri. Mengapakah pergaduhan tersebut berlaku?

a)

A Pertukaran hak menguasai telaga zamzam

b)

B Perebutan hak milik untuk mengawal kaabah

c)

C Pertelagahan kuasa mengutip cukai

d)

D Pengamalan semangat kesukuan

10.

Bentuk pemulauan terhadap keluarga Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh orang Quraisy Makkah adalah larangan

a)

A mendekati orang ramai

b)

B menjalin hubungan luar

c)

C Memasuki kota Makkah

d)

D Menjalankan perniagaan

11.

Mengapakah pergaduhan sering berlaku antara kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah?

a)

A Mengawal Kaabah

b)

B Menguasai telaga zamzam

c)

C Merebut hak pungutan cukai

d)

D Mengamalkan semangat kesukuan

12.

Mengapakah pada peringkat awal penyebaran islam di Makkah ramai hamba memeluk islam?

a)

A Bersedia mati syahid

b)

B Mendapat hak yang sama

c)

C Mendapat keizinan tuannya

d)

D Berpeluang menjadi pemimpin

13.

Apakah sumbangan tokoh berikut kepada kerajaan islam?


  • Khalid bin al Walid
  • Usamah bin Zaid
a)

A Menjadi panglima angkatan tentera

b)

B Mengembangkan pengajaran Al Quran

c)

C Melancarkan gerakan membasmi nabi palsu

d)

D Memetrai perjanjian dengan kerajaan Parsi

14.

Apakah langkah Khalifah Umar bin al Khattab r.a mengawal penyelewengan hakim?

a)

A Mengenakan hukuman yang berat

b)

B Membuat pemantauan yang kerap

c)

C Memberikan gaji bulanan yang lumayan

d)

D Meningkatkan kefahaman terhadap islam

15.

Golongan ulama sangat berpengaruh dalam sistem pentadbiran di Acheh.


Apakah peranan golongan tersebut?

a)

A Melantik pembesar negeri

b)

B Mengetuai upacara rasmi

c)

C Menetapkan protokol

d)

D Menasihati sultan

16.

Apakah persamaan pendapat tokoh berikut tentang cara kedatangan Islam ke Asia Tenggara?


  • John Crawford
  • Emmanuel Gadindho Eredia
  • Snouck Hurgronje
a)

A Melalui aktiviti perdagangan

b)

B Menerusi aktiviti penaklukan

c)

C Mengislamkan pemerintah

d)

D Menjalankan perkahwinan siasah

17.

Perkara yang manakah menunjukkan kedatangan Islam ke Asia Tenggara mempengaruhi cara hidup bermasyarakat tempatan

a)

A Amalan bercukur

b)

B Adat bersanding

c)

C Persaudaraan Ummah

d)

D Cara bercucuk tanam

18.

Konsep daulat merupakan pengikat yang kuat antara rakyat biasa dengan pemerintah dalam masyarakat Melayu Tradisional.


Bagaimanakah konsep tersebut diperkukuh?

a)

A Melalui pendidikan formal

b)

B Menggunakan kekuatan tentera

c)

C Memantapkan adat istiadat

d)

D Menjalin hubungan luar

19.

Adat Perpatih yang diamalkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan mempunyai siri matrilineal


Apakah ciri matrilineal dalam adat tersebut?

a)

A Pelantikan ketua adat

b)

B Keturunan sebelah bapa

c)

C Perkahwinan sesama suku

d)

D Anak perempuan mewarisi harta

20.

Pada zaman pertengahan di Eropah gereja di anggap mengongkong kehidupan masyarakat.


Mengapakah masyarakat Eropah beranggapan demikian terhadap gereja?

a)

A Mengamalkan sistem perhambaan

b)

B Mementingkan keperluan akhirat

c)

C Mengenakan cukai yang tinggi

d)

D Mendukung sistem monarki

21.

Pemodal dari Eropah dan China menguasai pertanian komersial di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

A Menguasai kumpulan kongsi gelap

b)

B Mendapat bantuan pembesar tempatan

c)

C Menguasai pasaran tenaga kerja tempatan

d)

D Mendapat konsesi tanah dari kerajaan

22.

Muhammadiyah adalah pertubuhan penting dalam gerakan nasionalisme tahap pertama di Indonesia.


Mengapakah pertubuhan tersebut ditubuhkan?

a)

A Menentang sekularisme

b)

B Melancarkan pemberontakan

c)

C Menuntut kebebasan bersuara

d)

D Membentuk kerajaan campuran

23.
  • AKTA KAMPUNG ULU BURMA
  • AKTA PERKAMPUNGAN BURMA


Apakah implikasi pengenalan akta di atas kepada Burma?

a)

A Pengaruh golongan agama meningkat

b)

B Sistem pentadbiran tradisional terhapus

c)

C Kedudukan institusi beraja diperkukuhkan

d)

D Pendapatan penduduk tempatan merosot

24.

Apakah matlamat golongan nasionalis di Asia Tenggara pada tahap kedua?


I Memajukan kegiatan ekonomi

II Membebaskan diri daripada penjajah

III Menyebarkan ilmu pengetahuan

IV Menimbulkan kesedaran politik

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

25.

Penghulu Dol Said telah melakukan penentangan terhadap British di Naning.


Mengapakah beliau menentang British?

a)

A Pembinaan balai polis

b)

B Pencabulan adat tradisi

c)

C Pembayaran ufti tahunan

d)

D Pengenalan peraturan tanah

26.

Mengapakah Gerakan Islah sukar bergerak di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu berbanding dengan Negeri-Negeri Selat?

a)

A Kekurangan sumber modal

b)

B Penolakan ideologi Kaum Muda

c)

C Penguatkuasaan undang-undang

d)

D Ketiadaan pemimpin berkebolehan

27.

Gerakan Islah bertujuan membetulkan pandangan orang Melayu terhadap Islam.


Apakah saranan gerakan tersebut kepada orang Melayu?

a)

A Mengutamakan pemimpin

b)

B Memelihara warisan tradisi

c)

C Berani mengkritik penjajah

d)

D Bekerjasama dengan kaum imigran

28.

Persidangan Damai Paris menghasilkan Deklarasi Empat Belas Perkara Woodrow Wilson.


Apakah kesan Deklarasi tersebut terhadap Eropah?

a)

A Sistem beraja dipulihkan

b)

B Kuasa raja diperkukuhkan

c)

C Negara bangsa baharu muncul

d)

D Pakatan tentera serantau dibentuk

29.

Itali dan Jerman adalah dua buah negara bangsa moden di Eropah pada abad ke 19


Apakah kaedah yang digunakan untuk memajukan negara tersebut?

a)

A Realpolitik

b)

B Perjanjian

c)

C Perundingan damai

d)

D Kuat kuasa undang-undang

30.

Pada 8 Februari 1946 Vyner Brooke mengisytiharkan penyerahan Sarawak kepada British.


Mengapakah penyerahan tersebut mendapat bantahan penduduk tempatan?

a)

A Sistem beraja tergugat

b)

B Sempadan wilayah berubah

c)

C Negeri menjadi tanah jajahan

d)

D Kegiatan perdagangan terjejas

31.

Apakah faktor yang menyebabkan British menggantikan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu?

a)

A Kekuatan perpaduan orang Melayu

b)

B Pertambahan bilangan kaum imigran

c)

C Memenuhi desakan orang dagang

d)

D Akur tuntutan golongan radikal

32.

Apakah kebaikan sistem Ahli kepada penduduk Persekutuan Tanah Melayu?

a)

A Mendapat peluang mentadbir kerajaan

b)

B Mengekalkan pentadbiran tradisional

c)

C Mendapat pengiktirafan kuasa besar

d)

D Menjimatkan kewangan kerajaan

33.

Lee Kuan Yew menggunakan alasan berikut untuk membawa masuk Singapura dalam Persekutuan Malaysia


  • Mempercepatkan proses kemerdekaan
  • Melemahkan ancaman komunis


Mengapakah Singapura dipisahkan daripada Persekutuan Malaysia pada tahun 1965?

a)

A Menghormati hak kaum imigran

b)

B Tidak mengiktiraf parti berhaluan kiri

c)

C Enggan mematuhi dasar kerajaan

d)

D Memohon naungan pihak British

34.

Apakah kesan peristiwa berikut?


  • Jeneral Soeharto telah mengambil alih kuasa pemerintahan daripada Presiden Soekarno
a)

A Perang dingin merebak

b)

B Pakatan tentera dibentuk

c)

C Dasar konfrontasi berakhir

d)

D Sistem beraja dipulihkan

35.

Perlembagaan Malaysia merupakan peraturan tertinggi negara kita


Apakah kepentingan perlembagaan tersebut terhadap warganegara Malaysia?


I Menjamin keselamatan rakyat

II Melicinkan pentadbiran rakyat

III Mengawal pertambahan penduduk

IV Memberi kebebasan memilih kerakyatan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

36.

Bagaimanakah Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) dapat melaksanakan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia?

a)

A Tidak membenarkan wakil parti politik memantau pilihan raya

b)

B Tidak memihak kepada mana-mana parti politik

c)

C Membenarkan calon mengemukakan sebarang isu

d)

D Menyalurkan bantuan kewangan kepada parti yang bertanding

37.
  • RANCANGAN MALAYA PERTAMA


Mengapakah rancangan tersebut gagal dicapai?

a)

A Bahan mentah terhad

b)

B Ancaman komunis

c)

C Kelemahan pentadbiran

d)

D Kekurangan kemudahan asas

38.
  • Dewan Bahasa dan Pustaka
  • Universiti Kebangsaan Malaysia


Mengapakah kerajaan menubuhkan insititusi berikut?

a)

A Meningkatkan kadar celik huruf

b)

B Menggalakan kadar kemasukan pelajar asing

c)

C Meningkatkan kemahiran pelbagai bahasa

d)

D Memperkasakan kedudukan bahasa kebangsaan

39.

Mengapakah kerajaan mewujudkan Koridor Raya Multimedia?

a)

A Membangunkan wilayah pembangunan baru

b)

B Mewujudkan keseimbangan ekonomi

c)

C Merancakkan perkembangan perindustrian

d)

D Membentuk masyarakat yang bermaklumat

40.

Adolf Hitler adalah pemimpin Jerman yang dituduh mengingkari Perjanjian Versailes yang ditandatangani pada tahun 1919.


Apakah bukti tuduhan tersebut?

a)

A Memperbesar angkatan tentera

b)

B Menakluki wilayah Itali

c)

C Menyertai kuasa Bersekutu

d)

D Mengamalkan pemerintahan diktaktor