wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Perniagaan Ting 4 Set 1 [ PAT ]

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah tergolong dalam saiz perniagaan antarabangsa?

I Skala tempatan

II Skala kebangsaan

III Skala global

IV Skala zon

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Apakah borang yang perlu digunakan oleh perniagaan yang ingin membuat permohonan carian nama?

a)

Borang A

b)

Borang 9

c)

Borang 13A

d)

Borang PNA 42

3.

Apakah yang perlu dibayar oleh francaisi kepada francaisor?

a)

Rizab

b)

Royalti

c)

Bonus

d)

Dividen

4.

Kriteria manakah yang menentukan saiz sesuatu perniagaan?

a)

Jumlah jualan tahunan

b)

Jumlah modal pusingan

c)

Jumlah pemegang saham

d)

Jumlah pendapatan semasa

5.

Puan Wong pemilik perniagaan Restoran Makanan Laut Song. Puan Wong berhak mengawal keseluruhan operasi perniagaan restorannya.


Apakah jenis milikan perniagaan yang dimiliki oleh Puan Wong?

a)

Koperasi

b)

Perkongsian

c)

Milikan Tunggal

d)

Syarikat Berhad

6.

Encik Jeffery tidak menyumbangkan sebarang modal kepada perniagaan perkongsian yang disertainya. Dia hanya membenarkan namanya disenaraikan sebagai pekongsi. Dia tidak mengambil bahagian secara aktif dalam pengurusan syarikat tetapi turut menanggung liabiliti perkongsian.


Apakah jenis rakan kongsi yang ada pada Encik Jeffery?


a)

Rakan kongsi aktif

b)

Rakan kongsi lelap

c)

Rakan kongsi berhad

d)

Rakan kongsi nominal

7.

Faktor manakah yang menyebabkan pengangguran teknologi berlaku?

a)

ekonomi merosot

b)

pekerja mahir kurang diperlukan

c)

Gaji pekerja rendah

d)

Penggunaan mesin ditingkatkan

8.

Deflasi adalah satu keadaan berlaku kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan.

Apakah kesan jika deflasi berlaku di negara kita?

I Barang tiada di pasaran

II Kenaikan harga tidak terkawal

III Penduduk kehilangan pekerjaan

IV Membantutkan aktiviti perniagaan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

9.

Firma Guaman Rajesh dan Raihan


Antara yang berikut, yang manakah benar tentang bentuk milikan berkenaan?

I Bilangan pemilik tidak boleh melebihi 50 orang

II Keuntungan perniagaan tertakluk kepada cukai syarikat

III Tanggungan pemilik terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja

IV Pendaftaran Perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Apakah peranan PBT dalam mewujudkan Bazar Ramadhan di sebuah taman?

a)

Menyediakan pelbagai infrastruktur

b)

Memberi pinjaman kepada usahawan

c)

Menyediakan sistem pendidikan usahawan

d)

Menaja pembangunan perniagaan setempat

11.

Encik Rahman mempunyai beberapa orang pekerja yang sangat rajin, kreatif, berdisiplin dan berkemahiran. Ini telah membuatkan perniagaan restoran Encik Rahman semakin maju.


Apakah trend persekitaran yang berlaku dalam situasi di atas?

a)

Trend meningkat, faktor luaran

b)

Trend menurun, faktor dalaman

c)

Trend menurun, faktor luaran

d)

Trend meningkat, faktor dalaman

12.

Pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan analisis SWOT.

a)

Peluang dan ancaman adalah faktor luaran

b)

Peluang dan kelemahan adalah faktor dalaman

c)

Kekuatan dan kelemahan adalah faktor luaran

d)

Kekuatan dan ancaman adalah faktor dalaman

13.

Sesebuah perniagaan memerlukan visi supaya hala tuju perniagaan dapat dicapai.


Apakah maksud visi?

a)

Target keuntungan dalam perniagaan

b)

Panduan untuk membuat keputusan

c)

Kepuasan pekerja diutamakan

d)

Sasaran dalam pencapaian perniagaan

14.

Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna?

a)

Meningkatkan imej perniagaan

b)

Meningkatkan pendapatan negara

c)

Menjalankan penyelidikan dan pembangunan

d)

Memenuhi keperluan dan kehendak

15.

Manakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sektor primer?

a)

Pembinaan

b)

Pembalakan

c)

Perkhidmatan Awam

d)

Pengilangan

16.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan Bank Negara Malaysia (BNM)?

I. memberi pinjaman jangka panjang kepada perniagaan.

II. menyediakan pelbagai perkhidamatan penerimaan wang.

III. mengawal selia sistem pembayaran negara.

IV. memantau dan mengawal keadaan ekonomi.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

17.

Encik. Arif berhak untuk menggunakan rahsia dagangan francaisor dengan membuat bayaran dalam bentuk royalti.


Apakah kelebihan yang didapati oleh Encik Arif dengan menjalankan perniagaan tersebut?

a)

Tidak perlu mengawal kualiti barang yang dijual

b)

Risiko kegagalan dalam perniagaan rendah

c)

Perniagaan boleh dijalankan secara berterusan

d)

Kerugian perniagaan ditanggung oleh francaisor

18.

Pernyataan manakah yang menerangkan misi perniagaan?

a)

Sasaran yang ingin dicapai oleh organisasi.

b)

fokus masa hadapan dan perancangan jangka panjang

c)

ketetapan aktiviti perniagaan untuk mencapai matlamat perniagaan

d)

kaedah yang perniagaan untuk merancang dan mengetahui hasil yang diperoleh.

19.

Meningkatkan keuntungan sebanyak 15% daripada hasil jualan dalam jangka masa tiga bulan yang akan datang.


Apakah ciri yang terdapat dalam pernyataan objektif di atas?

a)

Fleksibel

b)

Boleh diukur

c)

Mudah difahami

d)

Munasabah

20.

Kodak adalah perintis dalam industri kamera digital yang cukup hebat. Namun idea untuk memperkenalkan kamera digital menggantikan era kamera berasaskan filem kepada umum telah ditolak oleh pihak pengurusan. Pada tahun 2012, syarikat ini telah diisytihar bankrap atas kegagalan mengikuti perkembangan teknologi semasa


Apakah kesan yang dihadapi oleh Kodak akibat dari kegagalan mencapai matlamat dan objektif organisasi?


I Imej perniagaan terjejas

II Gagal dalam persaingan dengan syarikat lain

III Peningkatan dalam jualan syarikat

IV Mengembangkan perniagaan di dalam dan luar negara

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Apakah peranan bahagian fungsian teknologi maklumat dan komunikasi dalam sebuah organisasi perniagaan?

a)

Dapat meningkatkan produktiviti

b)

Dapat memudahkan pengurusan inventori

c)

Dapat membuat perancangan kewangan

d)

Dapat memastikan keselamatan sistem ICT

22.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan aspek penting dalam carta organisasi?

I Pembahagian kerja

II Hierarki pengurusan

III Panduan keselamatan

IV Peraturan dalam organisasi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

23.

Apakah kepentingan keuntungan kepada perniagaan Ahmad Enterprise ?

I Mengembangkan perniagaan

II Mengukur tahap prestasi

III Mendapat pengiktirafan

IV Membeli bangunan baharu

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

24.

Apakah berikut manakah ciri milikan tunggal?

a)

Keanggotaan tidak terhad

b)

Modal lebih besar

c)

Laporan kewangan dihebahkan

d)

Liabiliti tidak terhad

25.

· Perniagaan di kawasan kejiranan setempat

· Kebenaran berniaga di kawasan pasar malam

· Mengawal tahap kesihatan awam


Pihak yang manakah bertanggungjawab menjalankan tugas tersebut?

a)

Kerajaan Persekutuan

b)

Kerajaan Pusat

c)

Kerajaan Tempatan

d)

Kerajaan Negeri

26.

· Pengecualian cukai

· Elaun cukai pelaburan


Apakah persamaan yang terdapat kepada pengecualian cukai tersebut ?

a)

Perniagaan berstatus Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)

b)

Perniagaan berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC)

c)

Perniagaan berasaskan makanan

d)

Perniagaan berasaskan sumber utama

27.

Mengapakah pengilang barangan elektrik tempatan mencetak logo SIRIM?

a)

Promosi keluaran baru

b)

Keluaran untuk dieksport

c)

Kuantiti keluaran terhad

d)

Mutu keluaran diperakui

28.

Apakah yang akan berlaku sekiranya negara gagal mencapai guna tenaga penuh?

a)

Politik tidak stabil

b)

Pengangguran meningkat

c)

Pepecahan kaum

d)

Kemelesetan ekonomi

29.

Penetapan visi dalam sesebuah organisasi perniagaan amat penting. Tujuan penetapan visi dalam organisasi perniagaan adalah…

a)

menerangkan aktiviti perniagaan

b)

mencapai matlamat dalam lebih 5 tahun

c)

mencapa sasaran secara khusus

d)

mempunyai ciri-ciri SMART

30.

Manakah benar tentang tujuan perniagaan?

a)

Memajukan perniagaan

b)

Menawarkan barang dan perkhidmatan

c)

Mendapatkan keyakinan daripada pelabur

d)

Membantu golongan yang kurang berkemampuan

31.

Apakah tujuan setiap perniagaan menyediakan barangan dan perkhidmatan?

a)

Meningkatkan imej perniagaan

b)

Meningkatkan taraf hidup masyarakat

c)

Menjalankan penyelidikan dan perkhidmatan

d)

Memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

32.

Manakah pernyataan yang menerangkan perniagaan tersebut?


I Perniagaaan berskala global

II Perniagaan bersaiz besar

III Perniagaan sektor kedua

IV Perniagaan berasaskan perkhidmatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

33.

Gambar menunjukkan logo Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Malaysia

Manakah bidang kuasa pihak tersebut?

I Menggubal undang-undang kecil berkaitan perniagaan


II Mendaftar dan mengawal selia semua pemaju perumahan tempatan

III Merangka dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan setempat


IV Menguatkuasakan semua undang-undang jalan raya di sesuatu kawasan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

34.

Pertanian > Perkilangan


Apakah jenis pengangguran yang berlaku akibat perubahan tersebut?

a)

Pengangguran berstruktur

b)

Pengangguran bermusim

c)

Pengangguran teknologi

d)

Pengangguran kitaran

35.

· Dasar fiskal

· Dasar kewangan


Mengapa kerajaan melaksanakan dasar-dasar tersebut ?

a)

untuk menjamin keadaan ekonomi yang stabil

b)

untuk menggalakkan eksport barang tempatan

c)

untuk mengurangkan aliran yang masuk mata wang asing

d)

untuk meningkatkan permintaan barangan keluaran tempatan

36.

Antara berikut, yang manakah merupakan faktor dalaman bagi trend persekitaran perniagaan?


I Ekonomi

II Jaringan

IIIPengeluaran

IVTeknologi maklumat

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

III dan IV

37.

Syarikat Cerdik Sdn Bhd memberi ruang dan kebebasan kepada pekerja mereka dalam melaksanakan tugas masing-masing.


Apakah gaya pengurusan tersebut?

a)

Gaya pengurusan sokongan

b)

Gaya pengurusan sederhana

c)

Gaya pengurusan autokratik

d)

Gaya pengurusan laissez-faire

38.

Akta manakah yang diperuntukkan untuk mewujudkan kesan X?

a)

Akta Kontrak 1950

b)

Akta Syarikat 1965

c)

Akta Hakcipta 1987

d)

Akta Persaingan 2010

39.

Manakah ciri SMART?

a)

Boleh dilihat

b)

Boleh dicapai

c)

Boleh diterima

d)

Boleh disasar

40.

Manakah kepentingan penetapan objektif?

a)

Membantu perniagaan membuat perancangan

b)

Menjelaskan tujuan penubuhan organisasi perniagaan

c)

Menjadi sasaran yang membantu pencapaian tujuan organisasi

d)

Memastikan halatuju perniagaan berada di landasan yang tepat