wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ULANGKAJI MELAYU ISLAM BERAJA TAHUN 4

Total questions: 75

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Apakah yang dimaksudkan dengan 'sekolah'?

a)

Sekolah adalah tempat pelajar mendapatkan pelbagai kelab seperti tarian, bola sepak, menyanyi dan sebagainya.

b)

Sekolah adalah tempat pelajar mendapatkan pelbagai ilmu seperti Pengetahuan Ugama Islam, Sains, Matematik dan sebagainya.

c)

Sekolah adalah tempat pelajar mendapatkan pelbagai buku-buku.

d)

Sekolah adalah tempat guru-guru mendapatkan pelbagai ilmu seperti Pengetahuan Ugama Islam, Sains, Matematik dan sebagainya.

2.

Bagaimanakah cara seorang pelajar menjaga dan menaikkan nama baik sekolah?

a)

Cara untuk menjaga dan menaikkan nama baik sekolah ialah dengan mengemas barang-barang sekolah.

b)

Cara untuk menjaga dan menaikkan nama baik sekolah ialah dengan merosakkan harta benda kerajaan.

c)

Cara untuk menjaga dan menaikkan nama baik sekolah ialah dengan cara tidak ponteng sekolah.

d)

Cara untuk menjaga dan menaikkan nama baik sekolah ialah dengan cara mengotorkan sekolah.

3.

Mengapakah ponteng sekolah itu merugikan pelajar?

a)

Ponteng sekolah itu merugikan pelajar kerana pelajar akan mengetahui ilmu yang diajarkan pada hari itu.

b)

Ponteng sekolah itu merugikan pelajar kerana pelajar akan rasa menyesal tidak datang ke sekolah.

c)

Ponteng sekolah itu merugikan pelajar kerana pelajar tidak akan mengetahui ilmu yang diajarkan pada hari itu.

d)

Ponteng sekolah itu merugikan pelajar kerana pelajar akan berasa gagal dalam peperiksaan di kemudian hari.

4.

Selain ibu bapa, siapakah lagi yang mesti dihormati oleh seorang pelajar?

a)

Selain ibu bapa, keluarga yang mesti dihormati oleh seorang pelajar.

b)

Selain ibu bapa, sahabat-handai yang mesti dihormati oleh seorang pelajar.

c)

Selain ibu bapa, guru-guru yang mesti dihormati oleh seorang pelajar.

d)

Selain ibu bapa, kawan-kawan yang mesti dihormati oleh seorang pelajar.

5.

Apakah akibat jika ramai pelajar ponteng sekolah?

a)

Jika ramai pelajar ponteng sekolah, sudah tentulah ramai pelajar suka bersukan.

b)

Jika ramai pelajar ponteng sekolah, sudah tentulah ramai pelajar tidak berdisiplin.

c)

Jika ramai pelajar ponteng sekolah, sudah tentulah ramai pelajar yang tidak hadir ke sekolah.

d)

Jika ramai pelajar ponteng sekolah, sudah tentulah ramai pelajar yang tidak berilmu dan tercicir.

6.

Mengapakah negara juga akan rugi jika pelajar ponteng sekolah?

a)

Negara juga akan rugi jika pelajar ponteng sekolah kerana negara telah membelanjakan wang berjuta-juta ringgit untuk memajukan bidang pertanian.

b)

Negara juga akan rugi jika pelajar ponteng sekolah kerana negara telah membelanjakan wang berjuta-juta ringgit untuk memajukan bidang pendidikan.

c)

Negara juga akan rugi jika pelajar ponteng sekolah kerana negara telah membelanjakan wang berjuta-juta ringgit untuk memajukan bidang keagamaan.

d)

Negara juga akan rugi jika pelajar ponteng sekolah kerana negara telah membuat bangunan-bangunan kedai sebagai tempat hiburan.

7.

Senaraikan 4 nilai-nilai murni yang perlu ada bagi setiap pelajar?

a)

rajin, baik hati, tolong-menolong dan berusaha.

b)

rajin, ponteng sekolah, tolong-menolong dan berusaha.

c)

malas, baik hati, tolong-menolong dan berusaha.

d)

rajin, baik hati, bersedekah dan menumpukan perhatian.

8.

Nilai-nilai murni yang patut dicontohi dalam gambar ini.

a)

hormat-menghormati

b)

sayang-menyayangi

c)

berprasangka buruk

d)

benci-membenci

e)

malas

9.

Perilaku yang tidak patuh dicontohi.

a)

berprasangka baik

b)

mengejek

c)

Tidak menghormati rakan

d)

menghina

e)

rajin

10.

Pada suatu hari, salah seorang dari rakan sekelas kamu telah ditimpa musibah iaitu kebakaran tempat tinggalnya. Apakah tindakan yang perlu kamu lakukan?

a)

Saya akan menghinanya dengan keadaan rakan sekelas saya lalui.

b)

Saya akan membiarkan hidupnya merana dan susah.

c)

Saya tidak akan menolongnya dan membiarkannya merana.

d)

Saya akan memberitahu kepada ibubapa saya dan menolong seangkat-angkat hari bersedekah berupa wang kepadanya.

11.

Abang kamu baru berumur 16 tahun tetapi sudah berani dan pandai memandu kereta. Abang kamu belum mempunyai lesen memandu. Apakah tindakan yang perlu kamu lakukan?

a)

Saya akan membiarkan abang saya memandu sesuka hatinya.

b)

Saya akan menegur dan menasihati abang saya tentang akibat memandu di bawah umur boleh mengakibatkan kemalangan di jalan raya.

c)

Saya akan memandu dan mengikuti gaya abang saya.

d)

Saya akan berasa gembira apabila abang saya memandu kereta.

12.

Jangan mudah _________ kepada orang yang baru kita kenali.

a)

percaya

b)

senang

c)

gembira

d)

angkuh

13.

Menabung dan tidak _________ mengajar kita untuk hidup berdikari.

a)

ingkar

b)

boros

c)

bertanggungjawab

d)

ikhlas

14.

Berdoa adalah amalan yang sangat _____

a)

buruk

b)

dibenci

c)

menunjuk-nunjuk

d)

mulia

15.

Pakaian yang sesuai mengikut pandangan Islam ialah pakaian _____

a)

ketat

b)

terdedah

c)

menutup aurat, bersih dan kemas

d)

cantik dan bergaya

16.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah diputerakan pada ____

a)

15 Julai 1946

b)

15 Julai 1970

c)

15 Januari 1945

d)

15 Ogos 1946

17.

Jika kita tersalah pilih kawan, kawan itu boleh menjadi _____

a)

sahabat

b)

teman

c)

lawan

d)

rakan

18.

Kita hendaklah saling ______ dengan jiran tetangga.

a)

hormati-menghormati

b)

bermusuhan

c)

hina-menghina

d)

caci-mencaci

19.

Jika kita menolong seseorang biarlah ______ tanpa mengharap balasan.

a)

bersih

b)

berdaya saing

c)

menunjuk-nunjuk

d)

ikhlas

20.

Rajin berusaha mendorong ke arah ______ diri sendiri.

a)

kerugian

b)

kejayaan

c)

kehinaan

d)

kemunduran

21.

Kamu ternampak wang sebanyak lima ringgit tercicir di tangga sekolah. Kamu akan _________

a)

membelanjakannya

b)

menyerahkan kepada guru sekolah

c)

memasukkan dalam tabung kamu

d)

belanja kawan rapat kamu

22.

Keluarga amat penting untuk setiap individu kerana mereka adalah tempat kita ________

a)

mengadu

b)

meminjam wang dan berbelanja

c)

menyusahkan dan menyakiti hati mereka

d)

melawan arahan yang mereka suruh

23.

Apabila ________ sesuatu barang hendaklah dipulangkan dengan segera.

a)

meminta

b)

meminjam

c)

menaruh

d)

menerima

24.

Bagaimanakah cara kita menjaga nama baik keluarga?

a)

memberi rasuah kepada orang lain.

b)

memberikan harta kepada orang lain.

c)

menanamkan sikap dengki dan iri hati

d)

menjaga tingkah laku dan tatasusila kita

25.

Cara menjadikan diri kita menjadi orang yang berilmu ialah _______

a)

banyak menbaca buku

b)

malu bertanya

c)

rajin ponteng sekolah

d)

melawan arahan guru

26.

Seseorang itu hendaklah sihat dari segi ______

a)

banyak makan

b)

mental dan fizikal

c)

badan gemuk

d)

mental dan emosi

27.

Amalan ziarah-menziarahi ke rumah sanak saudara bertujuan mengeratkan _____

a)

permusuhan

b)

persahabatan

c)

tali persaudaraan

d)

persengketaan

28.

Orang yang _________ tidak akan membocorkan rahsia kepada orang lain.

a)

amanah

b)

rajin

c)

cantik

d)

sombong

29.

Pemimpin yang _______ adalah orang yang bersikap adil dan tidak pilih kasih.

a)

bengis

b)

baik

c)

zalim

d)

pemalu

30.

Badudun bermaksud ___________

a)

sejenis binatang

b)

kuih Melayu Brunei

c)

mencari rezeki

d)

ziarah-menziarahi atau berkunjung ke rumah keluarga atau jiran.

31.

Kunjungilah jiran tetangga pada kala suka dan _______

a)

gembira

b)

duka

c)

bahagia

d)

marah

32.

Orang yang benar-benar sihat ialah orang yang mengutamakan kebersihan fizikal dan mental.

a)

Betul

b)

Salah

33.

Bermain mercun mendatangkan bahaya kepada diri kita.

a)

Betul

b)

Salah

34.

Kita perlu menghormati orang lain.

a)

Betul

b)

Salah

35.

Tidak menghormati ibu bapa akan mendapat ganjaran pahala.

a)

Betul

b)

Salah

36.

Merendahkan diri dan kreatif adalah sikap yang terpuji.

a)

Betul

b)

Salah

37.

Elakkan diri dari sifat berdisiplin dan bersyukur.

a)

Betul

b)

Salah

38.

Kesan mata menjadi rabun jika kaca mata yang sudah tidak jelas kantanya, lama dan patah bingkainya.

a)

Betul

b)

Salah

39.

Merokok adalah baik untuk kesihatan.

a)

Betul

b)

Salah

40.

Kawan yang baik tidak akan mengajak kita melakukan kejahatan.

a)

Betul

b)

Salah

41.

Balasan anak yang derhaka ialah masuk Syurga.

a)

Betul

b)

Salah

42.

Menjaga kebersihan diri dengan mengamalkan mandi yang teratur.

a)

Betul

b)

Salah

43.

Kita hendaklah bersikap taat dan patuh kepada ibu bapa.

a)

Betul

b)

Salah

44.

Fizikal bermaksud badan atau jasmani.

a)

Betul

b)

Salah

45.

Tindakan memaafkan orang yang menyakitkan hati kita adalah suatu tindakan yang mulia.

a)

Betul

b)

Salah

46.

Salah satu cara menjaga keberishan tempat tinggal ialah menyidai tuala di tempat yang khas.

a)

Betul

b)

Salah

47.

Apabila tiada guru di dalam bilik darjah kita hendaklah berbuat bising dan menganggu rakan.

a)

Betul

b)

Salah

48.

Manfaatkanlah masa dengan amalan yang berkebajikan.

a)

Betul

b)

Salah

49.

Kita tidak perlu menghormati orang lain.

a)

Betul

b)

Salah

50.

Membaca doa sebelum makan dan belajar adalah amalan yang mulia dan terpuji.

a)

Betul

b)

Salah

51.

Boros berbelanja menyerupai perangai syaitan.

a)

Betul

b)

Salah

52.

Berjimat cermat ialah merancang dan mengawal perbelajaan secara teratur dan __________.

a)

bersaing

b)

pembaziran

c)

diperlukan

d)

bersederhana

53.

Sikap suka berlebihan dalam hal berpakaian dan menghias diri merupakan satu _____________.

a)

bersaing

b)

pembaziran

c)

diperlukan

d)

boros

54.

Agama Islam mendidik kita agar mengamalkan sikap ______, berjimat-cermat dan tidak membazir kerana sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.

a)

bersaing

b)

pembaziran

c)

diperlukan

d)

bersederhana

55.

Kita janganlah sekali-kali suka _______, menunjuk-nunjuk dan berbangga-bangga dengan barang yang kita miliki.

a)

bersaing

b)

pembaziran

c)

diperlukan

d)

boros

56.

Beberapa cara boleh kita lakukan untuk menjimatkan wang. Contohnya membeli barang-barang yang sederhana harganya tetapi sesuai dan ______ sahaja.

a)

bersaing

b)

pembaziran

c)

diperlukan

d)

boros

57.

Membocorkan rahsia rakan kepada orang lain.

a)

Kelakuan yang baik

b)

Kelakuan yang tidak baik

58.

Menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.

a)

Kelakuan yang baik

b)

Kelakuan yang tidak baik

59.

Membeli barang-barang yang mahal dan berjenama.

a)

Kelakuan yang baik

b)

Kelakuan yang tidak baik

60.

Hormat dan patuh kepada kedua ibu bapa.

a)

Kelakuan yang baik

b)

Kelakuan yang tidak baik

61.

Merosakkan harta benda sekolah.

a)

Kelakuan yang baik

b)

Kelakuan yang tidak baik

62.

Meminta upah apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

a)

Kelakuan yang baik

b)

Kelakuan yang tidak baik

63.

Mengamalkan ziarah-menziarahi untuk mengeratkan silaturahim.

a)

Kelakuan yang baik

b)

Kelakuan yang tidak baik

64.

Mengulangkaji pelajaran di rumah tanpa disuruh.

a)

Kelakuan yang baik

b)

Kelakuan yang tidak baik

65.

Bergurau senda dengan kasar dan menyinggung perasaan.

a)

Kelakuan yang baik

b)

Kelakuan yang tidak baik

66.

Berdikari bermaksud ____________

a)

Tidak menipu

b)

Perbuatan yang baik, kebaikan atau kebajikan.

c)

Segan silu

d)

Tidak bergantung kepada orang lain untuk menolong.

67.

Tekun bermaksud _________

a)

Tidak menipu

b)

Berusaha sedaya upaya untuk mencapai sesuatu tujuan.

c)

Segan silu

d)

Bersungguh-sungguh

68.

Menabung bermaksud _______

a)

Segan silu

b)

Bersungguh-sungguh

c)

Menyimpan wang

d)

Tidak membantah

69.

Patuh bermaksud _______

a)

Tidak membantah

b)

Tidak menipu

c)

Mengambil berat atau perhatian terhadap sesuatu perkara.

d)

Hubungan persaudaraan, kekeluargaan dan persahabatan.

70.

Prihatin bermaksud ______

a)

Segan silu

b)

Menyimpan wang

c)

Mengambil berat atau perhatian terhadap sesuatu perkara.

d)

Tidak membantah

71.

Jujur bermaksud ________

a)

Perbuatan yang baik, kebaikan atau kebajikan.

b)

Bersungguh-sungguh

c)

Tidak menipu.

d)

Tidak bergantung kepada orang lain untuk menolong.

72.

Berikhtiar bermaksud ______

a)

tidak menipu

b)

Perbuatan yang baik, kebaikan atau kebajikan

c)

segan silu

d)

Berusaha sedaya upaya untuk mencapai sesuatu tujuan.

73.

Awar galat bermaksud _____

a)

segan silu

b)

tidak membantah

c)

tidak menipu

d)

menyimpan wang

74.

Silaturahim bermaksud _____

a)

segan silu

b)

Hubungan persaudaraan, kekeluargaan dan persahabatan.

c)

tidak menipu

d)

bersungguh-sungguh

75.

Ihsan bermaksud _____

a)

segan silu

b)

Perbuatan yang baik, kebajikan

c)

bersungguh-sungguh

d)

menyimpan wang