wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Sains SPM 3

Total questions: 45

Worksheet time: 23mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fungsi neuron ini?

a)

Membawa impuls saraf dari neuron deria ke neuron motor

b)

Membawa impuls saraf dari neuron motor ke neuron deria

c)

Membawa impuls saraf dari efektor ke reseptor

2.

Bagaimanakah mikroorganisma ini membiak?

a)

Belahan dedua

b)

Pertunasan

c)

Konjugasi

d)

Pembentukan spora

3.

Apakah fungsi antibiotik?

a)

Menghalang pertumbuhan bakteria

b)

Menghalang pembiakan virus

c)

Merangsang penghasilan antibodi

d)

Membekalkan antiserum

4.

Mengapakah penyakit ini berlaku?

a)

Kekurangan iodin

b)

Kekurangan kalsium

c)

Kekurangan vitamin C

d)

Terlebih hormon pertumbuhan

5.

Kelenjar manakah merembeskan hormon untuk meningkatkan kadar degupan jantung?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

6.

Apakah kesan kekurangan nitrogen pada tumbuhan?

a)

Daun kekuningan

b)

Sel-sel ditepi daun mati

c)

Pertumbuhan akar sedikit

d)

Pertumbuhan bunga terbantut

7.

Yang manakah menunjukkan kekurangan fosforus?

a)
b)
c)
8.

Mengapakah penyakit ini berlaku?

a)

Pengambilan lemak berlebihan

b)

Pengambilan garam berlebihan

c)

Pengambilan gula berlebihan

d)

Kekurangan vitamin D

9.

Apakah nama penyakit ini?

a)

Bronkitis

b)

Radang peparu

c)

Sirosis hati

d)

Arteriosklerosis

10.

Bongkah manakah menghasilkan tekanan paling tinggi?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

11.

Apakah pemboleh ubah bergerak balas?

a)

Jenis larutan yang ditambahkan

b)

Keadaan lateks selepas beberapa ketika

c)

isipadu larutan yang ditambahkan

d)

Asid menyebabkan lateks bergumpal

12.

Apakah jenis modulasi gelombang ini?

a)

Modulasi frekuensi

b)

Modulasi amplitud

13.

Jika buah tersebut disinari dengan cahaya kuning, apakah warna yang akan kelihatan?

a)

Hijau

b)

Biru

c)

Hitam

d)

Merah

14.

Apakah sifat yang sama bagi sepasang kembar seiras?

a)

Jenis rambut

b)

Warna kulit

c)

Berat badan

d)

Ketinggian

15.

Antara berikut, yang manakah merupakan contoh variasi tak selanjar?

a)

Ketinggian pokok

b)

Jisim buah

c)

Panjang jengkal

d)

Kumpulan darah

16.

Logam manakah paling reaktif?

a)

Argentum

b)

Kuprum

c)

Besi

d)

Zink

17.

Apakah penyakit ini?

a)

Sindrom Klinefelter

b)

Sindrom Turner

c)

Sindrom Down

d)

Albinisme

18.

Apakah ciri-ciri pesakit haemofilia?

a)

Darah lambat membeku

b)

Tidak dapat membezakan warna merah dan hijau

c)

Kulit dan rambut berwarna putih

d)

Mudah berasa letih

19.

Apakah kaedah pemprosesan makanan terbaik untuk makanan ini?

a)

Pendinginan

b)

Pembekuan

c)

Pempasteuran

d)

Pembungkusan vakum

20.

Apakah fungsi alat elektronik ini di dalam sistem komunikasi radio?

a)

Menggabungkan isyarat audio dan isyarat radio

b)

Mengeluarkan bunyi

c)

Menghasilkan isyarat audio

d)

Meningkatkan kekuatan bunyi

21.

Alat manakah boleh digunakan untuk berhubung dalam jarak yang jauh?

a)

Satelit

b)

Kamera

c)

Radio teleskop

d)

Komputer

22.

Antara berikut, yang manakah mempunyai gelombang paling pendek?

a)

Gelombang radio

b)

Sinar gama

c)

Sinar-X

d)

Cahaya nampak

23.

Apakah sifat termoplastik?

a)

Boleh mengalirkan elektrik

b)

Tidak tahan haba

c)

Boleh mengalirkan haba

d)

Boleh diacu sekali sahaja

24.

Bahan manakah paling sesuai untuk membuat bahan pelekat?

a)

Bakelit

b)

Perspeks

c)

Melamina

d)

Epoksi

25.

Apakah aplikasi inersia dalam kenderaan untuk mengurangkan kecederaan semasa kemalangan?

a)

Pemasangan bampar pada bahagian depan dan belakang

b)

Pemasangan cermin pandang sisi pada badan kenderaan

c)

Penggunaan bunga tayar yang lebih kasar

d)

Pemasangan pelapik kepala pada tempat duduk

26.

Apakah nama lejang ini?

a)

Lejang kuasa

b)

Lejang aruhan

c)

Lejang mampatan

d)

Lejang ekzos

27.

Sebiji batu seberat 2N dimasukkan ke dalam air. Apabila dimasukkan ke dalam air, beratnya menjadi kurang dari 2N. Mengapakah keadaan tersebut berlaku?

a)

Berat batu lebih besar daripada daya tujah air

b)

Berat batu sama dengan berat air

c)

Momentum air menolak batu ke atas

d)

Air menghasilkan daya tujah ke atas terhadap batu

28.

Antara berikut, yang manakah benar?

a)

A ialah daya tujah

b)

B ialah daya angkat

c)

C ialah daya graviti

d)

D ialah daya seretan

29.

Apabila suatu objek direndam di dalam bendalir, objek tersebut akan mempunyai daya tujah ke atas yang sama dengan berat bendalir yang disesarkan.


Apakah prinsip yang dinyatakan di atas?

a)

Prinsip Pascal

b)

Prinsip Bernoulli

c)

Prinsip Archimedes

d)

Prinsip Keabadian Tenaga

30.

Antara berikut, yang manakah kegunaan ammonia?


I - Untuk membuat baja

II - Untuk membuat bahan pencuci

III - Untuk menghasilkan alkohol

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan III

31.

Jika suatu makanan mengandungi 30 gram karbohidrat, 15 gram protein dan 20 gram lemak, berapakah jumlah kalori yang dibekalkan?

[ Karbohidrat = 16.7 kJ/g, Protein = 16.7 kJ/g, Lemak = 37.6 kj/g]

a)

1503.5 kJ

b)

1085.5 kJ

c)

2444.0 kJ

32.

Rajah menunjukkan sejenis aloi. Apakah bahan yang digunakan untuk membuat aloi tersebut?

a)

Kuprum dan nikel

b)

Kuprum dan aluminium

c)

Aluminium dan besi

d)

Besi dan nikel

33.

Berdasarkan rajah, apakah bahan yang ditambahkan?

a)

Alkohol

b)

Yis

c)

Asid hidroklorik

d)

Vanila

34.

Yang manakah benar mengenai sinaran radioaktif?

a)

Sinar beta bercas positif

b)

Sinar alfa mempunyai kuasa penembusan yang tinggi

c)

Sinar alfa bercas negatif

d)

Sinar gama boleh menembusi kepingan aluminium

35.

Apakah warna yang akan terhasil?

a)

Hitam

b)

Magenta

c)

Hijau

d)

Sian

36.

Hitung data berdasarkan sifat pada rajah.

a)

Berambut lurus = 9, Berambut kerinting = 11

b)

Berambut lurus = 8, Berambut kerinting = 12

c)

Berambut kerinting = 9, Berambut lurus = 11

d)

Berambut kerinting = 10, Berambut lurus = 10

37.

Antara berikut, yang manakah benar mengenai bateri asid-plumbum?

a)

Menghasilkan voltan yang kecil

b)

Lebih ringan

c)

Tidak boleh dicas semula

d)

Elektrolitnya boleh tumpah

38.

Apakah ciri sepunya?

a)

Dipengaruhi oleh genetik

b)

Tidak dipengaruhi oleh persekitaran

c)

Mempunyai sifat perantaraan

d)

Tidak boleh diukur

39.

Hazama menolak sebuah kereta sorong berisi pasir dan kemudian sebuah kereta sorong tanpa muatan di atas lantai. Dia mendapati bahawa kereta sorong berisi pasir lebih sukar digerakkan daripada kereta sorong tanpa muatan.


Apakah hipotesis yang sesuai?

a)

Semakin besar jisim semakin besar momentumnya

b)

Semakin besar jisim semakin besar tekanannya

c)

Semakin kecil luas semakin besar tekanannya

d)

Semakin besar jisim semakin besar inersianya

40.

Rafidah ingin mengkaji kesan haba terhadap dua jenis platik yang berbeza. Dia dibekalkan dengan pemetik api, kepingan melamina, kepingan polisterina dan penyepit logam.

Apakah bahan lain yang dia perlukan?

a)

Tungku kaki tiga

b)

Dapur gas

c)

Penunu Bunsen

d)

Termometer

41.

Roberto ingin mengkaji kesan jisim terhadap momentum sesuatu objek yang sedang bergerak. Antara berikut, yang manakah pemboleh ubah dimanipulasikan?

a)

Momentum objek

b)

Bilangan troli

c)

Halaju objek

d)

Jenis troli

42.

Antara berikut, yang manakah merupakan bencana alam semula jadi?

a)

Kemarau

b)

Banjir kilat

c)

Pemanasan global

d)

Penipisan lapisan ozon

43.

Apakah fungsi bahan penstabil dalam makanan?

a)

Menambahkan rasa makanan

b)

Membunuh atau menghalang pertumbuhan mikroorganisma

c)

Mengekalkan tekstur makanan

d)

Menjadikan makanan lebih menarik

44.

Yang manakah dapat mengelakkan hakisan tanah?

a)

Mengamalkan tanaman bergilir

b)

Mengamalkan tanaman campuran

c)

Mengamalkan sistem tanaman bersepadu

d)

Mengamalkan tanaman tutup bumi

45.

Kaedah manakah boleh memperbaiki kualiti hasil makanan?

a)

Kejuruteraan genetik

b)

Penggunaan jentera moden

c)

Pengurusan tanah yang cekap

d)

Penggunaan tanah yang optimum