Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan Jenis Ayat

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Pilih jenis ayat penyata yang betul.

a)

Wah, rumah kamu cantik sangat !

b)

Tolong ambilkan saya secawan air.

c)

Fatimah tidak pergi ke sekolah hari ini kerana sakit kepala.

d)

Jangan pergi ke tempat itu main.

2.

Ayat penyata ialah ayat yang

a)

menanyakan sesuatu hal

b)

menerangkan sesuatu hal

c)

melahirkan perasaan seperti marah, sedih, kecewa, gembira dan benci

d)

menimbulkan tindakan tertentu daripada pendengar

3.

Yang manakah contoh ayat silaan ?

a)

Tolong tutupkan pintu itu.

b)

Jemputlah makan bersama-sama.

c)

Minta anda semua esok bawa buku latihan Sains.

d)

Tolonglah hantar latihan kamu kepada saya sebelum hari jumaat.

4.

Yang manakah ayat yang menggunakan ayat tanya tanpa kata tanya?

a)

Pemain piono itu siapa ?

b)

Bilakah hari jadi kamu ?

c)

Apakah yang ibu beli di pasar ?

d)

Pertandingan bicara itu akan diadakan esok pukul 2 petang ?

5.

" Tahniah, anda mendapat keputusan SPM yang cemerlang ! "


Ayat di atas memperlihatkan jenis ayat

a)

seruan

b)

silaan

c)

perintah

d)

penyata

6.

Tukarkan ayat penyata kepada ayat tanya tanpa mengubah maksud asal.


" Ibu membeli sayur dan buah-buahan di pasar. "

a)

Bilakah ibu beli sayur ini ?

b)

Kenapa ibu beli sayur dan buah-buahan ?

c)

Pasar mana yang ibu beli sayur dan buah-buahan ini?

d)

Sayur dan buah-buahan ini yang ibu beli di pasar tadi ?

7.

Antara berikut, yang manakah jenis ayat perintah yang betul ?

a)

perintah, tanya, seruan, penyata

b)

usahan, larangan, tolongan, silaan

c)

larangan, permintaan, silaan, suruhan

d)

permintaan, seruan, tanya, perintah

8.

Pilih ayat suruhan yang betul.

a)

Jemputlah datang ke rumah saya.

b)

Kamu siapkan latihan ini sekarang.

c)

Tolong bukakan pintu untuk saya.

d)

Jangan pergi ke sungai itu main.

9.

" Tolong buka kasut sbelum masuk ke dalam perpustakaan " kata pengawas itu


Ayat di atas ialah ayat

a)

seruan

b)

tanya

c)

penyata

d)

perintah

10.

Yang manakah ayat yang menggunakan ayat penyata?


I. Kakak Aisya guru.

II. Amboi, sakitnya kepala saya !

III. Aktiviti bersenam menyihatkan badan.

IV. Jangan membuat bising di sini.

a)

I dan IV

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

II dan IV