NEW
Font size
WorksheetsPECUTAN AKHIR PA SEM 1
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Sistem pemerintahan negara Malaysia berlandaskan perkara-perkara berikut
I. Perlembagaan Persekutuan
II. Perlembagaan Negeri
III. Majlis Raja-Raja
IV. Demokrasi Berparlimen
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Yang manakah antara berikut benar tentang teori pengasingan kuasa?
Membentuk corak pemerintahan mutlak
Mengelakkan campurtangan daripada pelbagai pihak
Membahagikan kuasa kepada badan-badan yang mempunyai tanggungjawab secara khusus
Menggalakkan pemusatan kuasa berada dalam tangan sebuah organisasi
Antara yang berikut, yang manakah bidang kuasa bersama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri?
Pendidikan
Tanah
Perumahan
Perpustakaan
-Berminat untuk tinggal di Malaysia
-Berusia 21 tahun atau lebih
Penyataan di atas merujuk kepada syarat asas untuk memohon kewarganegaraan secara
masukan
pendaftaran
pencantuman wilayah
kuatkuasa undang-undang
Yang manakah berikut bidang kuasa eksekutif Yang di- Pertuan Agong?
Melantik Ketua Hakim Negara
Memperkenankan rang Undang-Undang
Memberhentikan dan membubarkan Parlimen
Meminta mesyuarat Majlis Raja-Raja diadakan
Yang manakah benar tentang Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan?
I. Cukai pendapatan
II. Pungutan zakat
III. Hasil tanah dan lombong
IV. Duti eksport kelapa sawit
I & III
I & IV
II & III
II & IV
Tugas Parlimen yang terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara ialah
Menggubal undang-undang untuk dikuatkuasakan
Meluluskan dasar kerajaan
Membahaskan ideologi parti-parti politik
Menyelaras pelaksanaan dasar kerajaan
Yang manakah benar tentang Dewan Negara?
Yang di-Pertua Dewan Negara dibantu oleh dua orang Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara
Kedudukan Dewan Negara tidak tergugat apabila Parlimen dibubarkan
Ahlinya mesti mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong
Dewan Negara berkuasa meminda rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat
Yang manakah berikut merujuk kepada tanggungjawab secara kolektif ahli kabinet ?
Semua ahli kabinet terlibat dalam jawatankuasa mengkaji dasar kerajaan
Semua ahli kabinet bersama-sama melaksanakan dasar-dasar awam negara
Semua ahli kabinet menyokong dan mempertahankan semua tindakan kerajaan
Semua ahli kabinet menghebahkan dasar-dasar kerajaan melalui kementerian masing-masing
-Pemudah cara bagi pelaksanaan program pemodenan dan transformasi sistem penyampaian Perkhidmatan Awam.
Penyataan di atas merujuk
Unit Perancang Ekonomi (EPU)
Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU)
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
Unit Penyelidikan Sosioekonomi (SERU)
PETISYEN PILIHAN RAYA
Tuduhan : Penyalahgunaan wang oleh calon yang menang
Keputusan pilihan raya : Kemenangan calon dibatalkan
Yang manakah berkaitan dengan petisyen pilihan raya di atas?
I. Suruhanjaya Pilihan Raya perlu mengadakan pilihan raya kecil
II. Petisyen berkenaan mesti dikemukakan di Mahkamah Tinggi
III. Keputusan mahkamah boleh dirayu ke Mahkamah Rayuan
IV. Petisyen dikemukakan dalam masa 24 jam selepas pengumuman keputusan pilihan raya
I & II
I & IV
II & III
III & IV
Yang manakah kriteria peruntukan kewangan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri?
I. Luas kawasan
II. Panjang jalan raya
III. Jumlah hasil kutipan
IV. Bilangan penduduk
I & III
I & IV
II & III
II & IV
Yang manakah perkhidmatan yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan?
Menyediakan klinik 1 Malaysia
Menyediakan perumahan kos rendah
Menyediakan perkhidmatan pelancongan
Membina kolam renang dan gimnasium
Pematuhan kepada akauntabiliti dalaman memerlukan pelaksanaan dengan pendokumentasian salah satu perkara berikut
Kuasa dan peranan Ketua Setiausaha, Ketua Jabatan, Pegawai Eksekutif, Lembaga, dan Jawatankuasa Badan-badan bukan berkanun.
Pelan Tindakan adalah bagi mencapai objektif agensi menurut penetapan kuasa, tugas dan tanggungjawab
Proses penyemakan dan auditan dalaman
Mengemukakan maklumat mengenai prestasi dan pematuhan kepada peraturan yang berkaitan dalam tempoh yang ditetapkan
Yang manakah benar tentang kesan buruk akibat globalisasi
Peningkatan suhu bumi
Peningkatan budaya hedonisme
Peningkatan kemasukan pelancong asing
Keperluan buruh berasaskan pengetahuan
