wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENGENALAN KEUSAHAWANAN - KUIZ 1

Total questions: 15

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.
Apakah maksud keusahawanan?
a)
Seorang peniaga yang hanya melakukan aktiviti jual beli
b)
Seorang peniaga yang hanya mementingkan keuntungan.
c)
Seorang peniaga yang bergiat hanya untuk pasaran yang sedia ada
d)
Seorang peniaga yang sentiasa mencipta sesuatu yang baharu dan menarik
2.
Maklumat berikut menerangkan sesuatu konsep.
Kesanggupan dan kemahuan seseorang bertindak dengan tepat dan cekap untuk menjayakan perniagaannya.
Apakah konsep itu.
a)
Peniaga
b)
Usahawan
c)
Perniagaan
d)
Keusahawanan
3.
Siapakah antara berikut yang mempunyai ciri-ciri usahawan?
a)
Chin membeli barang di pasar raya
b)
Hamid membeli hasil pertanian dan menjualnya semula.
c)
Malar membeli barangan lama dan mengubah suai menjadi barangan baharu.
d)
Francis membeli barangan pada harga rendah dan menjual dengan harga tinggi.
4.
Encik Arif berkeupayaan menghasilkan barangan baharu yang berfaedah kepada masyarakat.
Apakah ciri usahawan tersebut?
a)
Kreatif
b)
Inovatif
c)
Daya usaha berterusan
d)
Sanggup menghadapi risiko.
5.
Apakah sifat yang perlu ada bagi seorang peniaga yang ingin menjadi seorang usahawan?
a)
Membuat kerja yang sama sahaja
b)
Mengharap bantuan orang lain.
c)
Sanggup menghadapi risiko
d)
Sentiasa bersikap negatif.
6.
Syarikat dikecualikan daripada membayar cukai ntuk tempoh 5 hingga 10 tahun.
Apakah bentuk galakan itu?
a)
Kuota
b)
Pelepasan cukai
c)
Taraf perintis
d)
Galakan pelaburan
7.

Siapa pelopor Teori Ekonomi ini?

a)

Carl Menger (1871)

b)

Joseph A. Schumpeter (1934)

c)

Alfred Marshall (1946)

d)

Israel Kirzner (1973)

8.

Intipati Teori : Usahawan sebagai seorang pengubahsuai atau 'innovator' tidak akan membiarkan sistem ekonomi berada di dalam suasana yg beku.

a)

Adam Smith (1776)

b)

Joseph A. Schumpeter (1934)

c)

Alfred Marshall (1946)

d)

Israel Kirzner (1973)

9.

Maksud ciri usahawan berikut: BERANI MENGAMBIL RISIKO

a)

kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan dirinya tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran.

b)

Sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil

c)

membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko.

d)

sentiasa ingin membuat pembaharuan

10.

Menurut ___________________________ usahawan ialah seseorang yang memperkenalkan sesuatu yang baharu dan membangunkan teknologi yang belum pernah dicuba.

a)

Richard Cantillon

b)

Abraham Maslow

c)

Max Weber

d)

Joseph Schumpeter

11.

Individu yang sanggup memulakan usaha teroka, bersifat inovatif dan kreatif, mewujudkan pasaran baharu serta sanggup mengambil risiko dikenali sebagai _____________

a)

Usahawan

b)

Peniaga

c)

Pekerja

d)

Pengurus

12.

Individu yang membeli barangan pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi semata-mata untuk mendapatkan keuntungan dan tidak berkeinginan mengembangkan perniagaannya dikenali sebagai ____________________.

a)

Usahawan

b)

Peniaga

c)

Pekerja

d)

Pengurus

13.

Individu yang bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi-fungsi pengurusan iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan kawalan bagi memperoleh imbuhan dalam bentuk gaji sebagai pulangan dikenali sebagai ____________________.

a)

Usahawan

b)

Peniaga

c)

Pekerja

d)

Pengurus

14.

Perkataan “entrepreneur’ berasal daripada perkataan negara ?

a)

ENGLAND

b)

BELANDA

c)

PERANCIS

d)

AMERIKA

15.

“entrepreneur’ berasal daripada perkataan?

a)

Entreprendre

b)

Enterprendre

c)

Entreprende

d)

Enterprende