wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Soalan STPM Ulangan Penggal 2 (2017)

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah yang termasuk dalam kajian morfologi?


I- Mengklasifikasikan kata mengikut golongan tertentu

II- Mengkaji penyusunan morfem dalam penerbitan kata

III- Menentukan kedudukan kata dalam sesuatu binaan ayat

IV- Memastikan ketepatan susunan kata dalam binaan yang lebih tinggi dalam hierarki tatabahasa

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.
  • Terdiri daripada tiga morfem
  • Kata dasarnya ialah kata terbitan


Yang manakah perkataan yang menepati pernyataan di atas?


I- Keberadaan

II- Kepemilikan

III- Kesaksamaan

IV- Kebertanggungjawaban

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

3.

Yang manakah jenis kata yang betul bagi I, II, dan III dalam ayat di atas?

a)

P - Ikhtiar, jalurah

Q - Dukacita, barangkali

b)

P - Berdikari, cakerawala

Q - Merah jambu, cenderawasih

c)

P - Anugerah, tetikus

Q - Matahari, kerani kanan

d)

P - Proton, cenderahati

Q - Deria rasa, tatasusila

4.

Yang manakah ayat yang menggunakan kata sendi nama dengan betul?

a)

Jambangan bunga itu hendak diberikan pada siapa?

b)

Adik menendang bola dari penjuru kiri padang terus ke dalam gol.

c)

Ramai pelancong tertarik dengan keindahan pusat peranginan di negeri ini.

d)

Kita hendaklah bergotong-royong membersihkan sungai ini demi untuk kepentingagn penduduk.

5.

Yang manakah jenis kata yang termasuk dalam kata praklausa?


I - Kata seru

II - Kata bantu

III - Kata pembenar

IV - Kata sendi nama

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

6.

Dia suka bersendirian dalam menyelesaikan masalah

(I) (II)

peribadinya.

(III)


Yang manakah jenis kata yang betul bagi I, II, dan III dalam ayat di atas?

a)

I - Kata adverba

II - Kata hubung

III - Kata ganti nama diri

b)

I - Kata bantu

II - Kata sendi nama

III - Kata penekan

c)

I - Kata penguat

II - Kata arah

III - Kata ganti nama diri

d)

I - Kata bantu

II - Kaa hubung

III - Kata pembenda

7.

Yang manakah kumpulan kata yang kesemuanya kata nama?


I - Keruping, jejentik, kebersihan

II - Pengintip, gementar, penemuan

III - Telunjuk, tandatangan, tambahan

IV - Kebaratan, nyaman, antarabangsa

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

8.

Yang manakah ayat yang mengandungi kata kerja berpenerang?


I - Cincinnya itu bersalut emas 18 karat.

II - Budak itu berjaya merenangi sungai itu.

III - Abang beroleh pendapatan yang lumayan.

IV - Lelaki yang lumpuh sebelah kaki itu bertongkat rotan.

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

9.

Kami mengambil keputusan untuk terus ke kawasan penempatan mangsa banjir. Memandangkan terdapat banyak kemudahan di situ, ia dapat meringankan beban mangsa banjir.


Berdasarkan petikan di atas, yang manakah pasangan kata yang mengalami perubahan golongan kata jika imbuhannya digugurkan?

a)

Mengambil, penempatan

b)

Meringankan, keputusan

c)

Mengambil, meringankan

d)

Memandangkan, kemudahan

10.

Yang manakah kumpulan perkataan yang setiap satunya mengalami proses pembentukan kata yang berbeza?

a)

Setiausaha, semalaman, sukarela

b)

Bertilamkan, barangkali, bergincu

c)

Perhilitan, persendirian, pesuruhjaya

d)

Kemungkinan, kerjasama, kelengkeng

11.

Yang manakah ayat yang mengandungi imbuhan pinjaman kata adjektif?

a)

Nama saintifik bagi bunga kemboja ialah Plumeria Acuminata.

b)

Langkah kerajaan membina lebuh raya itu agak tidak ekonomis.

c)

Kursus psikologi menjadi rebutan pelajar untuk menyambung pelajaran.

d)

Ketika cuaca panas, pelajar tidak digalakkan untuk menjalankan aktiviti luar.

12.

Yang manakah ayat yang mengandungi perkataan yang mempunyai awal teR- sebagai kata kerja tak transitif?

a)

Kami terlihat Amar semasa ke bandar.

b)

Tingkap bilik rumahnya tertutup rapat hari itu.

c)

Nenek tidak terbaca tulisan halus pada kertas itu.

d)

Perempuan itu asyik termenung sejak kejadian itu.

13.

Yang manakah padanan jenis frasa yang betul bagi I dan II?

a)

I - Inti + penerang nama penyambut

II - Inti + penerang nama tempat

b)

I - Inti + penerang nama perkara

II - Inti + penerang nama penyambut

c)

I - Inti + penerang nama jenis

II - Inti + penerang nama tempat

d)

I - Inti + penerang nama penyambut

II - Inti + penerang nama arah

14.

I - Mata duitan

II - Guru pelatih

III - Rumah tangga

IV - Putih melepak


Yang manakah padanan contoh yang betul bagi kata majmuk dan frasa?

a)

Kata majmuk - I dan II

Frasa - III dan IV

b)

Kata majmuk - I dan IV

Frasa - II dan III

c)

Kata majmuk - I dan III

Frasa - II dan IV

d)

Kata majmuk - II dan III

Frasa - I dan IV

15.

Yang manakah ayat yang mengandungi klausa bebas dan klausa tak bebas?

a)

Kami beramai-ramai pergi ke sana demi dia.

b)

Dia tidak lagi tercari-cari akan kesalahan adiknya itu.

c)

Dia telah melakukan pembaziran sekali lagi pada masa itu.

d)

Nasibnya sentiasa baik lantaran dia sering mendapat peluang seperti itu.

16.

Klausa bebas + klausa tak bebas sebagai pelengkap


Yang manakah ayat yang menepati binaan di atas?


I - Kami masih yakin bahawa penyakit kanser datuk dapat dipulihkan.

II - Menteri Besar mengumumkan bahawa catuan air di negeri ini diteruskan.

III - Pemerhati bersetuju bahawa perbalahan kedua-dua belah pihak semakin meruncing.

IV - Tidak mustahil bahawa atlet itu akan dipilih sebagai olahrawan dalam kejohanan kali ini.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

17.

Yang manakah ayat dasar?


I - Hal seumpama itu belum pernah kami lihat lagi.

II - Segar sungguh jambungan bunga mawar putih di atas meja itu.

III - Lelaki berjambang lebat itu mufti sebuah negeri di utara tanah air.

IV - Seorang wanita dalam lingkungan umur 50-an sedang berdiri di hadapan perhentian bas itu.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

18.

Yang manakah ayat susunan biasa?

a)

Kematian anak bongsu wanita itu.

b)

Memang berkunci pintu rumahnya sejak tadi.

c)

Semalam remaja yang merempit itu kena saman.

d)

Hasrat ibu untuk melihat kejayaan adik tertunai juga.

19.

Yang manakah contoh ayat yang betul bagi X?

a)

Masih belum bangun tidur lagi datuk saya.

b)

Terlanggar tiang telefon sebentar tadi lori itu.

c)

Hingga petang semalam kakak masih belum balik.

d)

Bising sungguh apabila bertemu dengan kawan-kawan budak itu.

20.

Yang manakah binaan ayat pasif songsang yang betul?

a)

Kita akan tolong mangsa banjir itu.

b)

Kamu belum lagi hantar buku latihan itu.

c)

Telah kami minum semalam air limau itu.

d)

Mereka susun kerusi meja di dalam kelas itu.

21.

Yang manakah padanan yang betul antara jenis ragam ayat dengan contoh ayatnya?

a)

I - S

II - Q

III - P

IV - R

b)

I - S

II - R

III - P

IV - Q

c)

I - Q

II - S

III - P

IV - R

d)

I - P

II - Q

III - R

IV - S

22.

Yang manakah contoh ayat pasif bagi X?


I - Pemain bola sepak itu mula kepenatan.

II - Projek itu mesti kamu siapkan sebelum akhir bulan.

III - Beberapa ekor kura-kura saya pelihara sejak tahun lalu.

IV - Bajunya yang koyak pada bahagian lengan masih belum berjahit.

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

23.

Yang manakah ayat aktif tak transitif berpelengkap?


I - Mereka berlari beramai-ramai ke arah pantai.

II - Pegawai penyiasat sudah tiba di lokasi pagi tadi.

III - Kami sekeluarga akan berkunjung ke rumah nenek esok.

IV - Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dengan jiran tetangga.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

24.

Yang manakah padanan yang betul bagi ayat I, II, dan III?

a)

Ayat I - Ayat tunggal

Ayat II - Ayat majmuk

Ayat III - Ayat majmuk

b)

Ayat I - Ayat dasar

Ayat II - Ayat tunggal

Ayat III - Ayat majmuk

c)

Ayat I - Ayat tunggal

Ayat II - Ayat majmuk

Ayat III - Ayat dasar

d)

Ayat I - Ayat majmuk

Aayt II - Ayat tunggal

Ayat III - Ayat tunggal

25.

Beliau dimaklumkan oleh doktor itu pada petang kelmarin bahawa beliau telah termakan makanan yang dicemari oleh bakteria berbahaya.


Ayat di atas terdiri daripada

a)

dua ayat induk dan dua ayat pancangan

b)

dua ayat induk dan satu ayat pancangan

c)

satu ayat induk dan dua ayat pancangan

d)

satu ayat induk dan satu ayat pancangan

26.
  • Ayat ini merupakan ayat yang dibina dengan menggabungkan dua klausa atau lebih.
  • Gabungan jenis ini menunjukkkan susunan faktanya berturutan.


Yang manakah ayat yang menepati pernyataan di atas?


I - Daripada kamu bercakap, lebih baik kamu membaca buku.

II - Kami mengalas perut di sebuah restoran sementara menunggu abang tiba.

III - Ketua jabatan tidak pernah mempersoalkan kewibawaan kami, justeru beliau selalu membantu kami.

IV - Rumah Ali sahaja dirobohkan, padahal rumah Abu pun didirikn tanpa kebenaran majlis perbandaran.

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

27.

Apakah jenis ayat majmuk bagi Y?

a)

Ayat majmuk relatif

b)

Ayat majmuk campuran

c)

Ayat majmuk gabungan

d)

Ayat majmuk komplemen

28.

Yang manakah ayat yang mengalami pengguguran frasa nama sebagai subjek yang serupa?

a)

Dia membuka dan menutup pintu.

b)

Kejadian itu sungguh menghairankan.

c)

Murid-murid di kelas itu suka menyanyi.

d)

Abang dan kakak saya menaiki kereta api itu.

29.

Yang manakah ayat yang mengalami peluasan predikat?

a)

Mekanik sedang membaiki kereta saya yang rosak.

b)

Keris buatan Terengganu itu sudah lama disimpannya.

c)

Kami berdoa agar semua penumpang pesawat itu selamat.

d)

Mangsa yang cedera sudah dikejarkan ke Hospital Sri Suria.

30.

Yang manakah ayat yang menepati rajah pohon ini?

a)

Pelajar itu sahaja telah datang ke sekolah.

b)

Bapa budak itu belum pulang dari pejabat,

c)

Anak jiran saya sedang bermain di padang.

d)

Bayi lelaki saya masih tidur di dalam buaian.