WorksheetsPENGURUSAN KUALITI
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
Joseph M. Juran mendefinisikan kualiti sebagai
kepandaian
cukup untuk digunakan
kreativi dan inovasi
melakukan pembetulan
Manakah antara berikut dimensi kualiti dalam sektor perkhidmatan?
Kebolehpercayaan
Nilai estetik
Kesopanan
Fungsi
Menurut perspektif pengurusan kualiti terhadap hubungan pembekal-pelanggan, setiap syarikat @ firma itu dalam masa yang sama adalah
pengedar dan pemborong
pembekal dan peruncit
pengeluar dan pemborong
pembekal-pelanggan
Berikut merupakan prinsip dalam hubungan pembekal-pelanggan KECUALI
mengiktiraf kepentingan strategik di antara kedua-duanya
membina hubungan bersifat menang-menang
memastikan pekerja berkemampuan
hubungan berdasarkan kepercayaan
Antara peranan pelanggan menurut Teori Mempelbagaikan Peranan Pelanggan ialah
pengedar
hasil utama @ produk
proses transformasi
pihak yang terpisah
Teori yang memperluaskan konsep dan pengertian pelanggan ialah teori
Perspektif Kebergantungan Sumber (RDP)
X dan Y
Kepimpinan Transformasi
Hierarki Maslow
Pasukan kerja kualiti yang dianggotai oleh pengurusan kanan syarikat dan bertanggungjawab membentuk objektif kualiti organisasi dikenali sebagai
pasukan projek
pasukan kerja maya
pasukan kerja ad-hoc
jawatankuasa kemudi
Salah satu kriteria yang menunjukkan sebuah pasukan kerja itu berkesan ialah apabila ia mampu
mengadaptasi perubahan dengan pantas
membentuk keputusan yang pelbagai di kalangan ahli
membentuk pelbagai jenis pasukan kerja bagi menyelesaikan satu masalah
memilih masalah yang popular untuk diselesaikan
Manakah antara berikut BUKAN intipati pasukan kerja cemerlang menurut Peter Scholtes?
Matlamat pasukan yang jelas
Komunikasi yang jelas
Penyertaan ahli yang seimbang
Penetapan tugas yang senang
Pekerja yang diberi kuasa perlu dibekalkan dengan maklumat agar mereka mampu membuat keputusan
untuk pelbagai masalah di luar bidang tugas mereka
yang difikirkan bersesuaian dengan situasi semasa
dengan pantas dan tepat
yang seiring dengan objektif @ keperluan organisasi
Faktor ganjaran berkait dengan pemberian kuasa kerana
peningkatan beban kerja perlu seiring dengan peningkatan ganjaran
pemberian kuasa melibatkan kos yang tinggi
pekerja perlu dinaikkan pangkat setelah diberi kuasa
pengurus perlu menyumbang gajinya kepada pekerja yang diberi kuasa
Pemberian kuasa penting kepada organisasi kerana ia akan membuatkan pekerja
memiliki kuasa yang lebih tinggi daripada ketuanya
mengabaikan tanggungjawab asalnya sebagai pekerja
mampu mengabaikan arahan ketua
merasakan pendapat mereka di ambilkira oleh ketua
Manakah berikut teori yang menyatakan bahawa pekerja akan bermotivasi jika diberi tugas yang pelbagai?
Maslow
Pencirian Kerja
Penetapan Matlamat
Memenuhi Keperluan
Merupakan pekerja fungsian yang dilatih dalam pengenalan peralatan dan kaedah Six Sigma Bekerja dalam sesuatu projek sebagai pekerja separuh masa
Ciri-ciri di atas merujuk kepada
Champions
Green Belts
Rakan pasukan
Master Black Belts
Berikut merupakan peranan pemimpin kualiti KECUALI
membentuk visi
menghidupkan nilai
menerajui penambahbaikan yang berterusan
meningkatkan ganjaran
Visi yang dibentuk oleh pemimpin seharusnya
ringkas dan jelas
panjang dan umum
sukar difahami
sukar diingati
Menurut Teori Kepimpinan Situasi, seorang pekerja yang bersemangat untuk bekerja tetapi kurang mahir untuk melakukan kerja tersebut, perlu disesuaikan dengan gaya
mengarah
menunjuk ajar
menjadi contoh
memberi kuasa
Dua jenis perubahan di dalam organisasi ialah perubahan
teras dan alternatif
eksklusif dan insklusif
minda dan fizikal
strategik dan proses
- tidak boleh disentuh
- sukar diukur dan penglibatan pelanggan adalah tinggi
Pernyataan di atas merujuk kepada proses
nilai
kerja
cipta
perkhidmatan
Antara perspektif perubahan budaya ialah
mudah untuk dilakukan
memakan masa yang pendek
akan berjaya pada percubaan pertama
mungkin ditentang oleh pihak lain
