Worksheetsperibahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 8mins
Kaki Zamri sakit kerana dia _____ berjalan di padang.
langkah bendul
langkah kanan
kaki ayam
kaki judi
Ayah Cindy selalu pulang lewat dalam keadaan mabuk kerana dia _____.
kaki judi
kaki botol
langkah kiri
langkah seribu
Pada minggu lepas, kami sekeluarga _____ ke Melaka.
makan angin
makan diri
naik angin
naik kepala
Linda dengan Faris _____ kerana selalu membantu antara satu sama lain dalam mata pelajaran.
bagai dakwat dengan kertas
cantik bagai bidadari
campak bunga dibalas dengan tahi
bagai aur dengan tebing
Walaupun Ana anak orang kaya tetapi dia sentiasa _____.
rendah diri
rambang mata
sakit hati
sagu hati
Perasaan Encik Lee ______ apabila anaknya hanya lulus dua mata pelajaran dalam peperiksaan UPSR.
seperti rusa masuk kampung
seperti belut pulang ke lumpur
seperti pungguk rindukan bulan
seperti kaca terhempas ke batu
Encik Ali dan Puan Fatimah menjaga anak angkat mereka _______
seperti ular kena palu
seperti bumi dengan langit
seperti anjing dengan kucing
bagai menatang minyak yang penuh
Keadaan televisyen yang rosak itu menjadi lebih teruk apabila dibaiki oleh Tan Choong. Bak kata orang_______________
bagai menarik rambut dalam tepung
bagai kumbang putus tali
bagai tikus membaiki labu
bagai melepaskan anjing tersepit
Penghulu menyelesaikan masalah rakyat dengan berhati-hati supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.
bagai melepaskan batuk di tangga
Bagai menarik rambut dalam tepung
bagai buluh di tarik songsang
bagai aur dengan tebing
Pasukan pengakap sekolah sekolah bekerjasama _______________ semasa mengadakan aktiviti perkhemahan di sekolah.
bagai isi engan kuku
bagai dakwat dengan kertas
bagai aur dengan tebing
bagai abu di atas tunggul
Ibu selalu menasihati Zairi agar banyak membaca kerana ________________
masa itu emas
membaca jambatan ilmu
bahasa jiwa bangsa
badan sihat otak cergas
Puan Basrah masih ________________ meneruskan perniagaan suaminyawalaupun tidak mendapat sokongan daripada anak-anaknya.
geli hati
cekal hati
makan hati
isi hati
Semua barang itu dijual dengan __________________ dalam Pameran JomHeboh.
harga diri
harga mati
tanda mata
tanda harga
Pengadil bola sepak antara sekolah saya dengan sekolah jiran dicaci oleh parapenonton kerana _______________ semasa mengadili perlawanan tersebut.
berat mulut
angkat kaki
berat sebelah
lepas tangan
Kebanyakan penduduk Kampung Sungai Batu ________________________ kerana mereka mendapat bayaran pampasan yang tinggi daripada pihak kerajaan.
bagai bulan jatuh ke riba
bagai kaca jatuh ke batu
bagai duri dalam daging
bagai ayam disambar helang
Setelah berjaya menjawat jawatan yang tinggi di bandar, Kumaresan telahmelupakan ibu bapanya di kampung seperti ______________________
enau dalam belukar
kacang lupakan kulit
aur dengan tebing
dakwat dengan kertas
Pada cuti hujung minggu, Encik Zaiman membawa keluarganya _____________ ke taman bunga.
ambil hati
ambil langkah
ambil ringan
ambil angin
Aliff tidak mengenang jasa ibu dan bapa angkatnya yang telah membesarkannya. Sikapnya ________________.
bagai kacang lupakan kulit
bagai melukut ditepi gantang
bagai ayam disambar helang
bagai gagak pulang ke benua
Persembahan Nabil dalam rancangan Raja Lawak sungguh _______________ para penonton.
mengambil berat
mencuit hati
mengambil tahu
menarik hati
Abang saya suka berenang manakala kakak hanya suka bermain di ______________ kerana dia takutkan ombak
atas pagar
gigi air
luar bagar
bawah angin
