NEW
Font size
WorksheetsBAHASA MELAYU UPSR (TATABAHASA)
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
"Apakah modal telefon pintar yang _______________ mahu?"tanya jurujual itu kepada Ahmad.
cik
beliau
saudara
dia
Apabila Adam mendapat markah terendah dalam ujian Sains, ____________ bimbang dimarahi bapanya.
kita
dia
kamu
beliau
"______________ , makanlah kek yang saya bawa ini!" kata Suzi kepada Suriati.
Nah
Oh
Wah
Hai
Darnessa segera menanggalkan _________nya lalu berlari masuk ke dalam rumah.
topi
kaki
kasut
kepala
Tun Pateh tiba di istana pada pagi itu untuk berjumpa dengan Sultan Salehudin.
Apakah yang Tun Pateh mahu lakukan pada pagi tersebut?
Bersantap
Bersiram
Mengadap
Berangkat
Abu menggunakan ____________ untuk memasang palang untuk membina pondok.
bebiri
kekuda
kekabu
tetupai
"__________________kah tujuan kamu datang ke sini?"tanya Pak Ismail kepada Tamrin.
Ada
Apa
Siapa
Bagaimana
Darren bingkas bangun daripada kerusi ____________ namanya dipanggil oleh Cikgu Amir.
jika
hingga
apabila
sejak
Sekumpulan budak nakal segera ____________ apabila mereka melihat dua orang anggota polis sedang membuat rondaan.
lapik perut
angkat kaki
buah mulut
angkat tangan
"Encik cakera padat yang encik beli ini bukan tulen,"kata Cik Latifah kepada Encik Zaid.
Pilih perkataan sinonim bagi tulen.
unik
benar
asli
istimewa
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
I Kishan memakai seluar pendek dengan baju singlet.
II Pendek kata, semua perbelanjaan rumah ditanggung olehnya.
III Semakin pendek umur,semakin uzur.
IV Penyanyi baharu itu pendek nafas, tidak dapat menyampaikan lagu dengan baik.
I, II dan III
I, II dan IV
II, III dan IV
I, II, III dan IV
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.
Senaman boleh menenang dan melapangkan minda seseorang.
Bagaimanakah pendapat kamu tentang minda seseorang?
Apakah minda dapat menenangkan fikiran seseorang?
Bilakah manusia dapat menenang dan melapangkan fikiran?
Apakah yang dapat menenang dan melapangkan minda seseorang?
Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
"Bukankah sudah berpuluh kali kamu dipanggil temu duga? Tidak satupun yang berjaya?" tanya Khairil.
Eh! Sabarlah! Jangan berputus asa.
Memang belum rezeki aku lagi.
Wah, sindir aku nampaknya!
Tidak, engkau apa peduli!
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Puan Aini meminta Adam menjemur kasut sekolahnya yang basah.
"Ibu, tolong jemurkan kasut sekolah yang basah ini," kata Adam kepada ibunya.
"Adam, mari kita jemur kasut sekolah ini yang basah," kata ibu kepada Adam.
"Kasut sekolah Adam yang basah ini akan ibu jemurkan nanti,"kata Puan Aini.
"Adam, sila jemur kasut sekolah kamu yang basah itu," kata Puan Aini kepada Adam.
Pilih ayat yang betul.
I Akar yang sihat akan dapat melahirkan idea-idea yang bernas.
II Biarpun Jasmin berada di luar negara, namun dia tidak lupa akan akar dirinya.
III Hisyam hampir tersungkur kerana kakinya tersadung akar pokok rambai.
IV "Janganlah kamu bertindak seperti orang tiada akar," kata nenek kepada Hanim.
I dan II
II dan III
III dan IV
I dan IV
