Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KIMIA-Ulangkaji Tingkatan 4

Total questions: 55

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan unsur?

a)

Stim

b)

Ferum

c)

Udara

d)

Tetraklorometana

2.

Rajah di bawah menunjukkan satu proses. Apakah yang berlaku setelah kadbod dialihkan?

a)

Zarah-zarah gas nitrogen dioksida mengambil alih tempat zarah-zarah udara.

b)

Udara akan terbebas ke persekitaran.

c)

Zarah-zarah gas nitrogen dioksida akan meresap ke dalam ruang-ruang kosong antara zarah-zarah udara.

d)

Warna perang gas nitrogen dioksida akan bertukar menjadi tidak berwarna.

3.

Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan proses pendidihan?

a)

Wap iodin tersebar ke seluruh balang gas.

b)

Air bertukar menjadi wap semasa dipanaskan.

c)

Bebola naftalena dalam almari menjadi kecil.

d)

Air menjadi ais di dalam peti sejuk.

4.

Antara pernyataan berikut, yang manakah menerangkan mengapa karbon-12 dipilih sebagai rujukan piawai untuk jisim atom relatif dan jisim molekul relatif?

a)

Karbon-12 adalah unsur bukan logam.

b)

Karbon-12 adalah pepejal dan mudah dikendalikan.

c)

Karbon-12 adalah unsur yang paling ringan.

d)

Karbon-12 mempunyai empat elektron valens.

5.

Persamaan kimia berikut menunjukkan pembakaran lengkap bagi gas etana.

2C2H6 + 7O2 --> 4CO2 + 6H2O

Apakah bahan-bahan tindak balas dalam persamaan ini?

a)

Etana dan oksigen

b)

Karbon dioksida dan air

c)

Etana dan karbon dioksida

d)

Oksigen dan karbon dioksida

6.

Takat didih bromin lebih rendah jika dibandingkan dengan iodin. Pernyataan yang manakah paling tepat menerangkan tentang fenomena yang dinyatakan di atas?

a)

Saiz atom iodin lebih kecil berbanding dengan bromin.

b)

Daya ikatan antara molekul bromin lebih lemah berbanding dengan iodin.

c)

Bilangan petala yang berisi elektron dalam atom bromin lebih banyak berbanding dengan iodin.

d)

Ikatan kovalen antara atom bromin lebih rendah berbanding dengan iodin.

7.

Unsur G bertindak balas dengan ion sulfat untuk membentuk suatu sebatian dengan formula G2SO4. Apakah susunan elektron yang bagi G?

a)

2.8.1

b)

2.8.2

c)

2.8.3

d)

2.8.4

8.

Pernyataan yang manakah benar tentang tindak balas atom litium dengan oksigen untuk membentuk litium oksida?

[Nombor proton: Li = 3; O = 8]

a)

Satu atom litium berkongsi satu elektron dengan satu atom oksigen.

b)

Dua atom litium berkongsi dua elektron dengan satu atom oksigen.

c)

Satu atom litium mendermakan satu elektron kepada satu atom oksigen.

d)

Dua atom litium mendermakan satu elektron masing-masing kepada satu atom oksigen.

9.

Bahan yang manakah merupakan sebatian kovalen?

a)

Litium klorida

b)

Karbon dioksida

10.

Antara yang berikut, yang manakah sifat bagi magnesium oksida?

a)

Mempunyai takat didih yang rendah

b)

Mengalirkan arus elektrik dalam keadaan akueus.

11.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan bahan radioaktif?

a)

Karbon-12

b)

Oksigen-16

c)

Natrium-23

d)

Uranium-235

12.

Dalam suatu eksperimen, unsur X ditambahkan pada baja untuk megkaji penyerapan baja oleh tumbuhan. Apakah unsur X?

a)

Iodin-131

b)

Natrium-24

c)

Karbon-14

d)

Fosforus-32

13.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan kegunaan radioisotop karbon-14?

a)

untuk menganggar usia artifak

b)

untuk mengesan kebocoran dalam paip

c)

untuk menentukan ketebalan kepingan logam

d)

untuk mengkaji kadar penyerapan baja oleh tumbuhan

14.
___________  ialah sebarang bahan yang terbentuk daripada gabungan kimia dua atau lebih unsur
a)
atom
b)
sebatian
c)
ikatan
d)
homogen
15.
Elektron membentuk hubungan yang dipanggil ______________ di antara atom-atom.
a)
optik
b)
sebatian
c)
ikatan kimia
d)
molekul
16.
Gas adi dikenali sebagai  __________
a)
logam
b)
gas lengai
c)
natrium
d)
oksigen
17.
Gas adi mempunyai susunan elektron yang sangat _______
a)
rapuh
b)
stabil
c)
kukuh
d)
mantap
18.
______  mempunyai 2 elektron pada petala luarnya, yang dikenali sebagai susunan elektron duplet.
a)
helium
b)
neon
c)
argon
d)
kripton
19.
Corak susunan elektron dipanggil sebagai _______________
a)
Jadual Berkala
b)
Hukum Alam
c)
Hukum Oktet
20.
Ikatan kimia dapat dibentuk melalui 2 cara iaitu __________ elektron dan ________ elektron.
a)
kesatuan, gabungan
b)
perpecahan, kesatuan
c)
pemindahan, perkongsian
21.
Pemindahan elektron akan membentuk ______________
a)
ikatan kimia
b)
ikatan sebenar
c)
ikatan ion
d)
ikatan kovalen
22.
Perkongsian elektron akan membentuk ___________
a)
ikatan ion
b)
ikatan kovalen
c)
ikatan kimia
d)
sebatian
23.
ikatan elektrovalens adalah daya tarikan _____________  yang kuat di antara ion yang berlawanan cas.
a)
elektrik
b)
kimia
c)
elektrostatik
d)
magnet
24.
Atom logam akan melepaskan satu atau lebih elektron dan membentuk logam positif iaitu
a)
anion
b)
kation
c)
kripton
d)
neon
25.
Struktur ______  ialah struktur yang berdimensi dua untuk menunjukkan pembentukan sebatian atau molekul.
a)
Hermon
b)
Lewis
c)
Harry
d)
Valens
26.
Apakah nama molekul ini, CCl4
a)
klorofil
b)
tetrahidro
c)
molekul tetraklorometana
d)
karbon
27.
Semua sebatian ion merupakan pepejal yang mempunyai takat lebur dan takat didih yang _______ pada keadaan bilik.
a)
rendah
b)
tinggi
c)
sederhana
28.
Kebanyakan sebatian kovalen merupakan molekul yang ______. Atom dalam sbatian kovalen diikat oleh ikatan kovalen yang ______.
a)
ringkas, rapuh
b)
kompleks, kuat
c)
ringkas, kuat
d)
kompleks, rapuh
29.

The following information shows the properties of element Q.

Maklumat berikut menunjukkan ciri-ciri unsur Q.


*Act as a catalyst

Bertindak sebagai mangkin

*Form complex ion

Membentuk ion kolmpleks

*Forms coloured compounds

Membentuk sebatian berwarna

*Has more than one oxidation number

Mempunyai lebih daripada satu nombor pengoksidaan


What is Q?

Apakah Q?

a)

A. Iron

Ferum

b)

B. Sodium

Natrium

c)

C. Sulphur

Sulfur

d)

D. Magnesium

Magnesium

30.

The diagram below shows the position of elements V,W,X,Y and Z in the Periodic Table of element.

Rajah di bawah menunjukkan kedudukan unsur V, W, X, Y dan Z dalam Jadual Berkala Unsur.


Which of the following is true about elements V,WW,X,Y and Z?

Antara berikut yang manakah benar tentang unsur V, W, X, Y dan Z ?

a)

A. Oxide V and oxide Y are acidic

Oksida V dan oksida Y bersifat asid

b)

B. Positive charge of nucleus increases from V to X

Cas positif nukleus bertambah dari V ke X

c)

C. The radius of atom V is bigger than atom Y

Jejari atom V lebih besar daripada atom Y

d)

D. Electronegativity of atom Y is higher than atom Z.

Keelektronegatifan atom Y lebih tinggi daripada atom Z

31.

Aluminium oxide has both acidic and basic properties. What is the name given to this property?

Aluminium oksida mempunyai kedua-dua sifat asid dan bes. Apakah nama yang diberikan kepada sifat ini?

a)

A. A base oxide

Oksida bes

b)

B. An acid oxide

Oksida asid

c)

C. A metalloid oxide

Oksida separuh logam

d)

D. An amphoteric oxide

Oksida amfoterik

32.

Which elements dissolve in water to produce solution that turns blue litmus paper to red before it is bleached?

Unsur manakah yang larut dalam air untuk menghasilkan larutan yang menukarkan kertas litmus biru ke merah dan kemudian dilunturkan?


I Astatine

Astatin

II Chlorine

Klorin

III Bromine

Bromin

IV Iodine

Iodin

a)

A. I and II

I dan II

b)

B. I and IV

I dan IV

c)

C. II and III

II dan III

d)

D. III and IV

III dan IV

33.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan elektrolit?

a)

Larutan kuprum (II) sulfat

b)

Leburan naftalena

c)

Larutan glukosa

d)

Logam zink

34.

Dalam rajah dibawah, bahan X menyalakan mentol dalam keadaan leburan. Pernyataan yang manakah paling baik menerangkan pemerhatian tersebut?

a)

X terdiri daripada ion-ion

b)

X terdiri daripada molekul-molekul

c)

X mempunyai ion-ion bebas bergerak

d)

X mempunyai ion-ion dalam kedudukan tetap

35.

Seorang pelajar membina satu sel kimia menggunakan rod kuprum, rod zink, larutan kuprum (II) sulfat dan wayar penyambung. Antara yang berikut, yang manakah akan menjadi terminal positif?

a)

Rod kuprum

b)

Rod zink

c)

Wayar penyambung

d)

Larutan kuprum (II) sulfat

36.

Rajah dibawah menunjukkan susunan radas untuk menyadur satu sudu besi dengan argentum. Antara yang berikut, yang manakah larutan Y?

a)

Ferum (II) sulfat

b)

Ferum (II) klorida

c)

Argentum klorida

d)

Argentum nitrat

37.

Persamaan berikut menunjukkan tindak balas untuk mendapatkan garam sulfat terlarutkan.

H2SO4 + Y → garam sulfat + H2O

Apakah Y?

a)

Kalsium oksida

b)

Barium hidroksida

c)

Kalium hidroksida

d)

Plumbum (II) oksida

38.
Namakan asid yang menghasilkan garam kalium klorida.
a)
asid hidroklorik
b)
asid sulfurik
c)
asid nitrik
d)
asid fosforik
39.
Apakah hasil bagi tindak balas di bawah?
MgCO3 dicampurkan dengan HNO3 menghasilkan Mg(NO3) dan .....
a)
gas hidrogen dan air
b)
gas karbon dioksida sahaja
c)
gas karbon dioksida dan air
d)
air sahaja
40.

Berikut ialah kaedah penyediaan garam terlarutkan kecuali?

a)

Tindak balas asid dengan alkali

b)

Penitratan

c)

Pemendakan

d)

Penambahan dengan logam, logam oksida dan logam karbonat secara berlebihan dengan asid

41.

Apakah definisi yang sesuai bagi garam?

a)

Terbentuk apabila logam dan bukan logam bertindakbalas

b)

Terbentuk apabila ion hidrogen daripada asid digantikan oleh ion logam atau ion ammonium

c)

Terbentuk apabila ion hidroksida digantikan oleh ion logam atau ion ammonium

d)

Terbentuk apabila asid bertindakbalas dengan air

42.

Manakah antara berikut adalah benar?

a)

Semua garam sulfat larut

b)

Semua garam nitrat larut

c)

Semua garam karbonat larut

d)

Semua garam klorida tidak larut

43.

Garam tak terlarut boleh disediakan menggunakan kaedah

a)

Peneutralan

b)

Penitratan

c)

Penambahan bahan secara berlebihan

d)

Penguraian ganda dua

44.

Ion apakah yang menentukan sifat keasidan sesuatu larutan?

a)

Ion OH-

b)

Ion SO42-

c)

Ion H+

d)

Ion NO3-

45.

Apakah yang dimaksudkan dengan alkali?

a)

Bahan kimia yang meneutralkan asid untuk menghasilkan garam dan air

b)

Bes yang larut dalam air

c)

Bahan kimia yang mengandungi ion H+

d)

Bahan yang mempunyai rasa yang masam

46.

Ciri-ciri asid kuat ialah


I. Kepekatan ion H+ tinggi

II. Penceraian tidak lengkap apabila dilarutkan dalam air

III. Kepekatan ion OH- tinggi

IV. Penceraian lengkap apabila dilarutkan dalam air

a)

I dan II sahaja

b)

II dan III sahaja

c)

I dan IV sahaja

d)

II, III dan IV sahaja

47.

Berikut merupakan sifat fizik bagi asid kecuali

a)

Rasa masam

b)

Nilai pH kurang daripada 7

c)

Rasa licin

d)

Menukarkan kertas litmus biru lembap kepada merah

48.

Unit kepekatan yang biasanya digunakan ialah

a)

g dm-3 atau molar

b)

mol gdm-3 atau molar

c)

mol kgdm-3 atau molar

d)

mol dm-3 atau molar

49.

Pembuatan asid sulfurik melibatkan 4 peringkat. Antara persamaan berikut, yang manakah mewakili tindak balas yang menggunakan mangkin?

a)

S + O2 → SO2

b)

2SO2 + O2 → 2SO3

c)

SO3 + H2SO4 → H2S2O7

d)

H2S2O7 + H2O → 2H2SO4

50.

Mangkin apakah yang digunakan dalam Proses Sentuh untuk menghasilkan asid sulfurik?

a)

Fe

b)

Ni

c)

MnO2

d)

V2O5

51.

Ammonia bertindak balas dengan bahan X untuk menghasilkan baja ammonium sulfat. Apakah bahan X?

a)

Sulfur

b)

Sulfur dioksida

c)

Asid sulfurik

d)

Natrium sulfat

52.

Antara berikut yang manakah mangkin digunakan dalam proses Haber?

a)

Ferum

b)

Hidrogen peroksida

c)

Vanadium(V) oksida

d)

Kalium manganat(VII)

53.

Aloi gangsa mempunyai komposisi seperti berikut:

90% Kuprium 10% Bahan Q

Apakah bahan Q:

a)

Stanum

b)

zink

c)

Ferum

d)

Aluminium

54.

Pada zaman sekarang, kita menggunakan polimer sintetik secara meluas kerana ianya agak murah, senang dibentuk dan mudah diwarnakan. Tetapi penggunaan polimer sintetik banyak menyebabkan pencemaran alam sekitar.

Antara yang berikut, yang manakah menerangkan bagaimana polimer sintetik ini menyebabkan pencemaran alam sekitar.

I tidak mudah terbiodegradasikan

II sistem salur air tersumbat menyebabkan banjir kilat

III Pembakaran polimer sintetik membebaskan gas yang beracun dan berbau sengit

IV Menyebabkan pembentukan alga

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

I, III dan IV

55.

Penutup alatan memasak dibuat daripada jenis kaca Y. Kaca Y mempunyai pekali pengembangan terma yang redah dan sangat tahan terhadap haba dan bahan kimia.

Apakah jenis kaca Y yang digunakan?

a)

Kaca plumbum

b)

Kaca borosilikat

c)

Kaca soda kapur

d)

Kaca silika terlakur