wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PPT PERNIAGAAN TINGKATAN 5 2021

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, manakah merupakan faedah yang diberikan oleh majikan kepada seseorang pekerja?

a)

Gaji asas

b)

Elaun

c)

Upah

d)

Kemudahan perubatan

2.

Apakah yang dimaksudkan dengan gaji?

a)

Bayaran sampingan yang dibayar oleh majikan kepada pekerja yang menyumbang duit dalam sesebuah organisasi.

b)

Bayaran secara tetap yang dibayar oleh majikan kepada pekerja yang menyumbang tenaga dalam sesebuah organisasi.

c)

Bayaran secara tetap yang dibayar oleh pekerja kepada majikan yang menyumbang tenaga dalam sesebuah organisasi.

d)

Bayaran sampingan yang dibayar oleh majikan kepada pekerja yang menyumbang duit dalam sesebuah organisasi.

3.

Pernyataan manakah yang tepat tentang maksud pengusan sumber manusia?

a)

A. Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi

b)

B. Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara tetap

c)

C. Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat organisasi

d)

D. Aktiviti melatih pekerja baharu untuk mencapai matlamat jangka panjang organisasi

4.

Berdasarkan gambar di atas, apakah faktor penentu sistem penggajian?

a)

Faktor lokasi

b)

Kemampuan organisasi

c)

Bentuk dan jenis tugas

5.

Pada pandangan anda, mengapakah pemberian insentif yang munasabah kepada pekerja penting bagi organisasi?


i. Menjamin kesetiaan pekerja

ii. Dapat meningkatkan imej syarikat

iii. Dapat meningkatkan motivasi pekerja

iv. Dapat meningkatkan kreativiti pekerja

a)

A. i dan ii

b)

B. i dan iii

c)

C. ii dan iv

d)

D. iii dan iv

6.

Syarikat B&J Bhd mempunyai banyak cawangan di negara luar. Apakah jenis struktur organisasi yang sesuai untuk syarikat tersebut?

a)

Struktur organisasi berdasarkan matriks

b)

Struktur organisasi berdasarkan geografi

7.

APAKAH DEFINISI KEMAHIRAN KEBOLEHKERJAAN ?

a)

A.kepakaran yang dimiliki oleh pekerja.

b)

B.kebolehan yang dimiliki oleh pekerja.

c)

C.kemahiran yang dimiliki oleh pekerja.

d)

D.kemahiran atau kebolehan yang dimiliki oleh pekerja.

8.

MANAKAH FAKTOR PENENTU SISTEM PENGGAJIAN ?

a)

permintaan dan penawaran buruh

b)

bentuk dan jenis tugas

c)

undang-undang kerajaan

d)

ganjaran yang dibayar oleh majikan

9.

TANDAKAN DUA FAEDAH YANG WAJIB DI BERI KEPADA PEKERJA

a)

Kemudahan Cuti

b)

Caruman KWSP

c)

Insurans Berkelompok

d)

Caruman PERKESO

10.

Manakah struktur organisasi Yang sesuai untuk perkhidmatan bank?

a)

Berdasarkan fungsi

b)

Berdasarkan produk

c)

Berdasarkan pelanggan

d)

Berdasarkan wilayah

11.

Mengapakah sesebuah perniagaan perlu mengurus sumber fizikal?

a)

Mengelakkan pekerja membazir masa

b)

Meningkatkan kes kecurian sumber fizikal

c)

Meningkatkan kemahiran dan pengalaman pekerja

d)

Memastikan sumber fizikal selamat dan berfungsi

12.

Apakah KEPENTINGAN INSURANS terhadap sumber fizikal dalam perniagaan

a)

Mengembangkan perniagaan

b)

Memaksimumkan keuntungan

c)

Memudahkan urusan perniagaan

d)

Melindungi perniagaan daripada risiko

13.

"Danny bertugas sebagai seorang juruteknik di kilang pembuatan skru"

Berdasarkan pernyataan diatas, apakah tugas yang perlu Danny lakukan supaya operasi kilang berjalan lancar?

a)

Membersihkan kilang

b)

Menyelenggara mesin

c)

Menyimpan dokumen

d)

Memantau pekerja lain

14.

Berikut merupakan jenis - jenis sumber fizikal kecuali...

a)

Kilang dan mesin.

b)

Bangunan dan kemudahan.

c)

Bahan mentah

d)

Bahan basah

15.
sumber fizikal manakah yang berkaitan dengan sebuah kilang perabot?
a)
bangunan dan kelengkapan
b)
Stok
c)
penyelenggaraan & Pembaikan
d)
Jentera dan Mesin
16.

Jenis insurans manakah yang dapat melindungi sumber fizikal terhadap risiko kerugian?

I Insurans kemalangan

II Insurans kebakaran

III Insurans kehilangan barang

IV Insurans nyawa

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

17.

Apakah maksud harta intelek?

a)

Hasil kreativiti atau ciptaan yang berasal daripada daya intelektual seseorang

b)

Hasil kreativiti atau ciptaan yang berasal daripada kemampuan intelektual seseorang

c)

Hasil kreativiti atau ciptaan yang berasal daripada imaginasi seseorang

d)

Hasil kreativiti atau ciptaan yang berasal daripada ilham atau inspirasi seseorang

18.

Syarikat Wana ingin mengemukakan permohonan paten untuk reka cipta produk baharu. Agensi kerajaan manakah harus dirujuk?

a)

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)

b)

Perbadanan Hak Cipta dan Paten Malaysia

c)

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

d)

Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC)

19.

Maksud lesen perisian

a)

Perjanjian bertulis antara pemilik dengan pengguna

b)

Hak eksklusif untuk sesuatu rekacipta

20.

Antara berikut, yang manakah merupakan syarat sesuatu reka cipta boleh dipatenkan?

I Belum dizahirkan kepada orang ramai

II Boleh diaplikasikan di industri tertentu

III Sudah dizahirkan kepada orang ramai

IV Melibatkan langkah-langkah untuk mereka cipta

a)

I & II

b)

I & IV

c)

II & III

d)

III & IV

21.

Sumber pembiayaan perniagaan terdiri daripada sumber ____________ dan sumber ____________.

a)

ekstraktif; perkilangan

b)

pertama; kedua

c)

dalaman; luaran

d)

primer; sekunder

22.

Nyatakan dua contoh sumber pembiayaan perniagaan dalaman.

a)

Simpanan peribadi dan pinjaman bank

b)

Simpanan peribadi dan modal daripada keuntungan(rizab)

c)

Simpanan peribadi dan pinjaman daripada saudara-mara

d)

Simpanan peribadi dan pinjaman daripada kawan-kawan

23.

Nyatakan dua contoh sumber pembiayaan perniagaan luaran.

a)

Bank dan institut kewangan serta agensi swasta

b)

Bank dan institut kewangan serta modal daripada keuntungan(rizab)

c)

Bank dan institut kewangan serta simpanan peribadi

d)

Bank dan institut kewangan serta agensi kerajaan

24.

Nyatakan tiga kemudahan yang disediakan oleh agensi kerajaan dalam usaha membantu usahawan mengembangkan perniagaannya.

a)

Sewa beli, jaminan kredit serta bantuan modal.

b)

Pembelian bahan mentah, jaminan kredit serta bantuan modal.

c)

Kenderaan, jaminan kredit serta bantuan modal.

d)

Geran penyelidikan dan pembangunan, jaminan kredit serta bantuan modal.

25.

Pernyataan manakah yang merupakan bukti bahawa sesuatu perniagaan itu sedang mengalami pertumbuhan?

a)

Pemilik mengubah lokasi perniagaan

b)

Hasil meningkat dari semasa ke semasa

c)

Pemilik membawa masuk modal tambahan

d)

Pemilik meningkatkan bilangan pekerja

26.

Kemudahan yang disediakan oleh bank atau institusi kewangan kepada usahawan yang mempunyai akaun semasa ialah ________________.

a)

sewa beli

b)

draf bank

c)

overdraf

d)

kad kredit

27.

Prosedur pertama yang perlu dilakukan oleh usahawan sebelum memulakan perniagaan ialah _________________.

a)

menyediakan penyata bank

b)

menyediakan rancangan perniagaan

c)

membuat rundingan dengan pakar kewangan

d)

memulakan perniagaan atau memohon semula

28.

Apakah kelemahan sumber pembiayaan dalaman?

a)

Sukar menambah modal dalam masa yang singkat

b)

Cepat dan ringkas

c)

Tidak melibatkan kos

d)

Modal yang banyak

29.

Apakah kelemahan sumber pembiayaan luaran?

a)

Jumlah pinjaman boleh disesuaikan dengan keperluan semasa

b)

Memerlukan pinjaman

c)

Jumlah pinjaman boleh disesuaikan dengan keperluan semasa

d)

Tidak melibatkan kos seperti faedah atas pinjaman

30.

Apakah kekuatan sumber pembiayaan daripada agensi kerajaan kepada usahawan?

a)

Memberi pinjaman kepada usahawan yang tidak mempunyai modal mencukupi

b)

Memerlukan cagaran dalam bentuk harta atau aset tetap

c)

Jumlah pinjaman yang terhad

d)

Mengenakan faedah yang tinggi

31.

Mengapakah sesebuah perniagaan menyediakan penyata pendapatan?

a)

Membolehkan peniaga mengetahui jumlah hutangnya

b)

Membolehkan peniaga melihat prestasi perniagaannya

32.

Apakah tujuan sesebuah perniagaan menyediakan Kunci Kira-kira?

a)

Melihat kedudukan aset dan liabiliti perniagaan

b)

Melihat prestasi perniagaan

33.

Apakah ciri aset semasa?

a)

Mempunyai tempoh penggunaan kurang daripada setahun

b)

Mempunyai jangka hayat yang melebihi satu tahun

34.

Antara yang berikut, yang manakah terkandung dalam penyata pendapatan?

a)

Kos jualan

b)

Modal kerja

35.

Golongan manakah yang memerlukan penyata kewangan perniagaan?

a)

Orang tengah

b)

Pelabur

36.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merupakan salah satu pihak yang berkepentingan dan memerlukan penyata kewangan perniagaan di Malaysia setiap tahun.


Apakah tujuan LHDN tersebut?

a)

Mentafsir pungutan cukai perniagaan

b)

Menjadi garis panduan bagi menilai keutuhan perniagaan

37.

Pernyataan manakah yang benar tentang titik pulang modal?

a)

Jumlah hasil diterima mencukupi untuk menampung semua kos

b)

Tahap pengeluaran yang paling maksimum dikeluarkan

38.

Mengapakah analisis titik pulang modal sangat penting kepada sesebuah perniagaan?

a)

Memastikan sesebuah perniagaan itu berdaya saing

b)

Membolehkan peniaga merancang pengeluaran untuk memperoleh keuntungan sasaran

39.

Apakah yang dimaksudkan dengan nisbah kewangan?

a)

Alat yang digunakan untuk menilai keadaan kewangan sesebuah perniagaan

b)

Alat yang boleh digunakan untuk menetapkan tahap pencapaian minimum

40.

Apakah nisbah yang digunakan untuk menentukan peratusan pertambahan pada kos bagi menentukan harga jualan?

a)

Peratusan untung tokokan

b)

Peratusan margin untung