WorksheetsLatihan Setiausaha JKKP
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Apakah nama akta yang menyatakan keperluan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP)?
Akta Kilang & Jentera 1994
Akta Keselamatan Pekerjaan 1994
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Akta Keselamatan dan Penyakit Pekerjaan 1994
Berikut adalah syarat wajib penubuhan JKKP kecuali:
Terdapat 40 atau lebih orang di tempat kerja
Di arah oleh Ketua Pengarah JKKP
Di arah oleh majikan
Ada majikan dan juga pekerja di dalam sesebuah syarikat
Pilih kenyataan yang benar. Berikut adalah objektif penubuhan JKKP:
Menggalakkan konsep perundingan dan kerjasama bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
Menyediakan forum atau saluran komunikasi dua hala untuk menyampaikan keteguran, pandangan, maklumat dan maklumbalas mengenai isu-isu keselamatan dan kesihatan
Memupuk minat dan motivasi semua pihak dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan
Semua di atas
Pilih kenyataan yang benar. Berikut adalah fungsi utama JKKP:
Menjalankan siasatan kemalangan dan aduan
Mengkaji semula polisi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
Membantu menganjurkan program galakan dan pendidikan
Memastikan semua tanggungjawab majikan dilaksanakan oleh pekerja
Berikut adalah komposisi JKKP kecuali:
Pengerusi
Setiausaha
Bendahari
Wakil Majikan
Berapakah minimum wakil majikan dan pekerja sekiranya bilangan pekerja syarikat tersebut 60 orang?
Wakil Majikan : 2 orang, Wakil Pekerja : 2 orang termasuk Setiausaha dan Pengerusi
Wakil Majikan : 4 orang, Wakil Pekerja : 4 orang termasuk Setiausaha dan Pengerusi
Wakil Majikan : 2 orang, Wakil Pekerja : 2 orang tidak termasuk Setiausaha dan Pengerusi
Wakil Majikan : 4 orang, Wakil Pekerja : 4 orang tidak termasuk Setiausaha dan Pengerusi
Berapakah minimum wakil majikan dan pekerja sekiranya bilangan pekerja syarikat tersebut 150 orang?
Wakil Majikan : 2 orang, Wakil Pekerja : 2 orang termasuk Setiausaha dan Pengerusi
Wakil Majikan : 4 orang, Wakil Pekerja : 4 orang termasuk Setiausaha dan Pengerusi
Wakil Majikan : 2 orang, Wakil Pekerja : 2 orang tidak termasuk Setiausaha dan Pengerusi
Wakil Majikan : 4 orang, Wakil Pekerja : 4 orang tidak termasuk Setiausaha dan Pengerusi
Berikut adalah kekerapan mengadakan mesyuarat JKKP:
Diadakan sekali bagi sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 90 hari
Diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 bulan
Diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali
Mengikut kelapangan pengerusi dan setiausaha
Salinan minit mesyuarat mestilah diedarkan kepada setiap ahli jawatankuasa dan majikan di dalam tempoh _____________ dari tarikh mesyuarat
1 minggu
2 minggu
20 hari
Mengikut tarikh yang telah diputuskan oleh pengerusi
Sila aturkan susunan penyediaan Mesyuarat JKKP:
i) Keluarkan notis panggilan mesyuarat
ii) Merancang mesyuarat JKKP
iii) Minit mesyuarat harus dihantar kepada ahli Jawatankuasa dalam tempoh 2 minggu selepas mesyuarat
iv) Mengambil dan menyediakan minit mesyuarat
i,ii,iii,iv
i,iii,ii,iv
ii,i,iv,iii
ii,iv,i,iii
