NEW
Font size
WorksheetsAKTIVITI : UP 1, UP 2 DAN UP4
Total questions: 25
Worksheet time: 12mins
Yang manakah bukan aspek kesantunan dari segi bahasa;
imej diri
sistem panggilan
gaya bahasa
suara/intonasi
‘Sahibul Fadilah’ merupakan gelaran bagi
bilal
imam
kadi
mufti
Cara berkomunikasi ketika berlaku pencanggahan pendapat
Tegas dengan pendapat sendiri
Berfikiran positif dan sedia mendengar penerangan
Ikut sahaja pendapat orang lain walaupun tidak setuju
Abaikan pendapat orang lain
Pilih satu pernyataan yang benar mengenai konsep budi bahasa dalam kesantunan berbahasa.
Adab tertib merujuk kepada perlakuan yang menggambarkan akhlak yang baik dan terpuji.
Etika menunjukkan tingkah laku yang sopan santun semasa menampilkan diri dalam hubungan interpersonal.
Budi bahasa merujuk kepada perlakuan seseorang yang berlandaskan peraturan dan norma yang dipandang mulia oleh masyarakat.
Budi pekerti adab tertib dalam hubungan interpersonal yang merangkumi gerak laku, penggunaan bahasa yang sopan dan situasi mental semasa berbicara.
Berikut merupakan kesan daripada amalan kesantunan bahasa kecuali
tidak menimbulkan kegusaran dan kemarahan
mencetuskan rasa tersingggung dan emosi sedih
mewujudkan pertembungan komunikasi yang berkesan
menimbulkan suasana yang harmoni antara penutur dan pendengar
Menurut Asmah Hj. Omar (2007), peraturan berbahasa yang menekankan tentang penyesuaian penggunaan bahasa mengikut tujuan komunikasi ialah
linguistik
semantik
sosiolinguistik
pragmatik
Berbudi bahasa merujuk kepada asas penggunaan bahasa yang tepat dan sopan. Berikut merupakan contoh penggunaan bahasa yang dilafazkan kecuali
“Salam sejahtera, boleh saya bercakap dengan Puan Azwa?”.
“Hai, nama saya Andrea. Boleh saya bercakap dengan Cik Mastura?”.
“Hello, selamat pagi. Sambungkan panggilan saya kepada ketua awak sekarang”.
“Selamat pagi encik, saya ingin bercakap dengan Tuan Hadi, boleh sambungkan talian ini kepada beliau?”.
‘Bentuk bahasa yang lebih halus dan manis untuk menggantikan perkataan asal yang dianggap kasar sebagai pemanis bahasa untuk menjaga hati dan perasaan seseorang yang mendengar’ merujuk kepada
eufemisme
retorik
sirkumlokasi
tabu
Surat rasmi yang berkualiti mempunyai ciri- ciri yang berikut;
I. Betul
II. Jelas
III. Panjang dan lengkap
IV. Nada lembut dan bersopan
I dan II
I, II dan III
III dan IV
I, II dan IV
Apakah yang membezakan struktur dalam surat rasmi dengan memorandum?
tandatangan dan nama pengirim
rujukan
ungkapan "Yang Benar"
tarikh
Berikut merupaka kesalahan bahasa yang terdapat dalam Surat Rasmi, Memorandum dan E-mel KECUALI
Saudari diarahkan melapor diri di Pusat Pengajian Siswazah, UKM Bangi Selangor pada 9 September 2020, jam 9.00 pagi.
Diharap pihak tuan dapat memproses permohonan ini dengan cepat dan beritahu pihak kami apabila siap nanti.
Kerjasama daripada pihak tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Adalah dengan hormatnya saya menarik perhatian tuan mengenai perkara di atas.
Antara struktur ayat berikut yang manakah SALAH untuk menyertakan lampiran dalam Surat Rasmi, Memorandum dan E-mel?
Bersama- sama ini dikepilkan sesalinan resume saya untuk rujukan pihak tuan.
Bersama- sama ini dilampirkan sesalinan resume saya untuk rujukan pihak tuan.
Bersama- sama ini dikemukakan sesalinan resume saya untuk rujukan pihak tuan.
Bersama- sama ini disertakan sesalinan resume saya untuk rujukan pihak tuan.
Dalam menghasilkan resume yang baik, apakah ciri- ciri yang perlu ada dalam penulisan resume?
I. Butiran diri
II. Latar belakang pendidikan
III. Pengalaman kerja
IV. Panjang dan padat
I dan II
I, II dan III
III, dan IV
kesemua di atas
Apakah institusi yang telah ditubuhkan untuk menunjukkan bahasa kebangsaan menjadi bahasa ilmu pada tahun 1970?
Universiti Malaya
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Malaysia Terengganu
Universiti Putra Malaysia
Apakah bahasa kebangsaan negara kita seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957?
Inggeris
Melayu
Istana
Mandarin
Bahasa kebangsaan ini wajib digunakan dalam urusan rasmi seperti mesyuarat, taklimat, kursus, segala urusan bertulis dan surat menyuarat.
Pernyataan ini merupakan peranan bahasa kebangsaan sebagai _______________________.
Bahasa Pendidikan
Bahasa Ilmu
Bahasa Pentadbiran
Bahasa kebangsaan dapat mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Peranan bahasa kebangsaan bagi pernyataan di atas sebagai ____________________.
Bahasa Perhubungan
Bahasa Ilmu
Bahasa Ekonomi
___________________________ memainkan peranan yang besar sejak merdeka untuk memajukan bahasa kebangsaan melalui pengembangan bahasa dan sastera, penyebaran ilmu, sains dan teknologi.
Dewan Bandaraya Malaysia (DBM)
Dewan Bahasa dan Perpustakaan (DBP)
Dewan Bahasa dan Sastera (DBS)
Tokoh yang mengatakan Melayu berasal dari Taiwan ialah
Anday
Francois Valentijin
J.A. Fishman
Peter Bellwood
Penyataan berikut benar menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia kecuali orang Melayu
mestilah beragama Islam
menggunakan bahasa Melayu
mesti lahir di Malaysia
Mengamalkan adat budaya Melayu
Istilah Maleu-Kolon yang dicatatkan oleh Ptolemy membawa maksud
Melayu asli
Melayu barat
Melayu timur
Melayu kacukan
Perkara dalam penyataan di bawah berkait rapat dengan satu usaha dalam perancangan bahasa iaitu
"Setiap negara hendaklah memiliki satu bahasa yang dapat menunjukkan jati diri bangsa penuturnya. Bahasa itu mestilah dimartabatkan dengan setinggi- tingginya agar mendapat kedudukan yang sewajarnya."
Perancangan Taraf Bahasa
Akta Bahasa Kebangsaan
Pemasyarakatan Bahasa Standard
Pemilihan dan Penentuan Satu Variasi Bahasa
Perkara ini termaktub dalam
Akta Bahasa Kebansaan 1963/67
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1956
Perkara 152 Perlembagaan Malaysia
Resolusi Kogres Bahasa dan Persuratan Melayu 1952
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan namun tidak menjejaskan penggunaan bahasa-bahasa lain
Perkara 151
Perkara 152
Perkara 153
Perkara 160
Tujuan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah untuk
Mengekalkan fungsi sebagai bahasa perpaduan antara kaum.
Bersaing dengan perkembangan dan kemajuan bahasa serumpun.
Sebagai simbol jati diri bangsa dan negara Malaysia.
Meneruskan keunggulan sebagai lingua franca dan bahasa ilmu.
