WorksheetsPerniagaan Tingkatan 4 Bab 2
Total questions: 34
Worksheet time: 17mins
Antara yang berikut, manakah yang merupakan peranan Bank Negara Malaysia?
I Memberikan pinjaman kepada orang ramai
II Memantau dan mengawal keadaan ekonomi
III Mengawal selia infrastruktur sistem pembayaran negara
IV Menyediakan kemudahan pembiayaan kepada perniagaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, akta manakah yang diwujudkan untuk mengawal perjalanan aktiviti perniagaan?
I Akta Kontrak 1950
II Akta Perkongsian 1961
III Akta Kawalan Harga 1957
IV Akta Mutu Alam Sekitar 1974
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Akta manakah yang berkaitan dengan perlindungan pengguna agar pengguna tidak ditindas oleh peniaga?
I Akta Perkongsian 1961
II Akta Kawalan Harga 1946
III Akta Perihal Dagangan 1972
IV Akta Perhubungan Industri 1967
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, agensi manakah yang melakukan aktiviti pungutan cukai?
I TEKUN Nasional
II Majlis Bandaraya
III Lembaga Hasil Dalam Negeri
IV Jabatan Kastam Diraja Malaysia
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis pelepasan cukai.
- Mengutip cukai import
- Mengutip cukai barang dan perkhidmatan
Apakah agensi berkenaan?
Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM)
Apakah jenis pelepasan cukai yang diterima oleh syarikat tersebut?
Taraf perintis
Potongan cukai
Elaun cukai pelaburan
Elaun pelaburan semula
Maklumat di bawah ini berkaitan dengan sejenis pelepasan cukai.
- Terlibat dalam perniagaan pembinaan jalan
- Pendapatan syarikat dilabur semula untuk pembelian aset
Apakah jenis pelepasan tersebut?
Taraf perintis
Pengecualian cukai
Elaun pelaburan cukai
Elaun pelaburan semula
Agensi kerajaan manakah yang menyediakan pembiayaan perniagaan tersebut?
Majlis Amanah Rakyat
Amanah Ikhtiar Malaysia
Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad
Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad
Antara yang berikut, manakah yang benar tentang pihak berkuasa tempatan (PBT)?
I Melaksanakan tanggungjawab sosial
II Melaksanakan aktiviti perniagaan tempatan
III Ditubuhkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976
IV Memainkan peranan penting melatih peniaga tempatan
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Agensi kerajaan manakah yang dapat membantu mempromosikan keluaran perniagaan Encik Aimin?
Perbadanan Produktiviti Malaysia
Perbadanan Usahawan Nasional Berhad
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia
Perbadanan Perusahaaan Industri Kecil dan Sederhana Malaysia
Manakah yang disediakan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad?
Skim Pembiayaan Am
Skim Pembiayaan Ikhtiar
Skim Jaminan Laluan Terus
Perkhidmatan menyewa jentera
Apakah yang disediakan oleh agensi kerajaan tersebut?
Aktiviti promosi
Aktiviti perlindungan pengguna
Aktiviti latihan dan pembangunan
Aktiviti penyelidikan dan pembangunan
Apakah agensi X?
MPOB
SIRIM
MARDI
TNB RESEARCH
Manakah yang bukan usaha kerajaan negeri untuk membantu perkembangan perniagaan?
Menarik kemasukan pelabur tempatan
Memberikan beberapa skim galakan yang kompetitif
Mewujudkan kawasan industri di suatu kawasan tertentu
Memastikan setiap pembinaan dalam keadaan yang selamat
Antara yang berikut,manakah yang merupakan bidang kuasa pihak di atas?
I Memberikan bantuan kepada usahawan yang baharu
II Merangka dan melaksanakan dasar pembangunan setempat
III Memastikan setiap pembinaan bangunan dalam keadaan selamat
IV Mendaftar dan mengawal selia semua pemaju perumahan tempatan
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Manakah yang merupakan peranan kerajaan pada peringkat serantau untuk menggalakkan perniagaan?
Menyediakan elaun eksport
Mengurangkan kadar faedah
Membantu meningkatkan pendapatan penduduk setempat
Meningkatkan pengeluaran barang dan perkhidmatan barang
Apakah yang dimaksudkan dengan guna tenaga penuh?
Tidak berlaku pengangguran geseran
Semua penduduk mempunyai pekerjaan
Negara akan menghadapi kemelesetan ekonomi
Kadar pengangguran kurang daripada empat peratus
Mengapakah kerajaan pusat melaksanakan dasar fiskal dan dasar ekonomi?
Untuk meningkatkan pendapatan penduduk
Untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi
Untuk memastikan eksport mengatasi import
Untuk mengurangkan aliran masuk mata wang asing
Apakah jenis pengangguran yang dihadapi oleh kedua-dua jenis pekerjaan tersebut?
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Pengangguran teknologi
Pengangguran bermusim
Apakah jenis pengangguran tersebut?
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Pengangguran teknologi
Pengangguran bermusim
Mengapakah inflasi boleh berlaku?
I Kenaikan harga barang dan perkhidmatan
II Penduduk menangguhkan pembelian barang
III Penduduk tidak mampu membeli barang di pasaran
IV Peningkatan permintaan barang dengan jumlah barang yang terhad di pasaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Apakah itu deflasi?
Satu keadaan apabila kadar pengangguran berada pada tahap yang tinggi
Satu keadaan kenaikan harga barang dan perkhidmatan secara langsung
Satu keadaan kejatuhan harga barang dan perkhidmatan secara berterusan
Satu keadaan apabila harga barang dan perkhidmatan naik secara mendadak
Apakah kesan inflasi terhadap ekonomi?
Kuasa beli individu menurun
Kadar pengangguran bertambah
Penurunan pendapatan benar individu
Pertambahan stok-stok barang yang tidak terjual
Bagaimanakah kerajaan Negara X mengatasi masalah tersebut?
Menurunkan kadar faedah
Meningkatkan kadar cukai
Memberikan subsidi kepada pengeluar
Melaksanakan dasar galakan pelaburan
Manakah yang bukan langkah kerajaan dalam menangani inflasi?
Meningkatkan kadar faedah
Memberikan subsidi kepada pengeluar
Menggalakkan orang ramai berbelanja lebih
Mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan
Antara yang berikut, manakah yang merupakan kesan deflasi?
I Penduduk kehilangan pekerjaan
II Kuasa beli penduduk meningkat
III Kadar faedah benar adalah rendah
IV Membantutkan aktiviti perniagaan
I,II dan III
I,II dan IV
I,III dan IV
II,III dan IV
Apakah jenis pengangguran tersebut?
Pengangguran kitaran
Pengangguran struktur
Pengangguran teknologi
Pengangguran bermusim
Apakah peranan agensi tersebut?
Promosi dan pemasaran
Latihan dan pengurusan
Penyelidikan dan pembangunan
Kemudahan infrastruktur dan ruang niaga
Antara yang berikut, agensi manakah yang
terlibat dalam membantu peniaga dalam
kegiatan promosi?
I Majlis Amanah Rakyat (MARA)
II Perbadanan Produktiviti Negara (MPC)
Ill Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
(PKKM)
IV Perbadanan Pembangunan Luar Malaysia
(MATRADE)
I dan II
I dan III
II dan III
III dan IV
Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar mengenai elaun pelaburan semula?
I Diterima oleh syarikat yang terlibat dalam industri yang dapat menyumbangkan kepada pembangunan negara
II Diberikan dalam bentuk pengecualian cukai pendapatan sehingga had tertentu untuk pembelian aset modal
III Potongan cukai dua kali untuk promosi eksport barang buatan Malaysia
IV Mengurangkan amaun pendapatan yang layak dikenakan cukai
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Apakah peranan agensi tersebut?
Promosi dan pemasaran
Latihan dan pengurusan
Penyelidikan dan pembangunan
Kemudahan infrastruktur dan ruang niaga
Apakah tujuan kerajaan Malaysia memberikan pelepasan cukai kepada syarikat yang tertentu?
I Menggalakkan aktiviti mengimport barang
II Menggalakkan aktiviti eksport barangan buatan tempatan
III Menggalakkan pertumbuhan syarikat yang berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC)
IV Menggalakkan penyertaan pengeluar dalam kegiatan pengeluaran barang yang dipromosikan oleh kerajaan
I,II dan III
I,II dan IV
I,III dan IV
II,III dan IV
Bagaimanakah agensi kerajaan membantu pengusaha memajukan perniagaan mereka?
I Mengawal kegiatan pesaing
II Melindungi risiko perniagaan
III Mengadakan latihan kemahiran
IV Menyediakan kemudahan pembiayaan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Mengapakah pengilang barangan elektrik dan elektronik tempatan mencetak logo SIRIM pada barang keluaran mereka?
Harga barang istimewa
Kuantiti keluaran terhad
Hasil adalah untuk eksport
Keluaran diperakui bermutu
