wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Gerakan

Total questions: 10

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Kereta direka dengan bampar yang senang kemik apabila dilanggar. Apakah tujuan mempraktikkan rekaan ini?

a)

Untuk mengurangkan momentum kereta

b)

Untuk menambahkan momentum kereta

c)

Untuk memanjangkan masa pelanggaran

d)

Untuk menyahpecutkan kereta dalam tempoh masa yang singkat

2.

Rajah berikut menunjukkan satu sistem hidraulik untuk menaikkan beban 100N. Omboh P ditolak dengan daya F. Apakah tekanan yang wujud di X, Y dan Z?

a)

Tekanan di X, Y dan Z adalah sama

b)

Tekanan di X adalah lebih besar daripada tekanan di Y dan Z

c)

Tekanan di Y adalah lebih besar daripada tekanan di X dan Z

d)

Tekanan di Z adalah lebih besar daripada tekanan di X dan Y

3.

Rajah berikut menunjukkan bentuk aerofoil yang bergerak di udara. Antara kawasan yang berlabel A, B, C dan D yang manakah mempunyai tekanan udara paling tinggi?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

4.

Sebiji bola ping pong "terapung" di atas pancutan air seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut. Nyatakan prinsip yang terlibat dalam pemerhatian ini.

a)

Prinsip Bernoulli

b)

Prinsip Archimedes

c)

Prinsip Pascal

d)

Prinsip Keabadian Momentum

5.

Semasa lejang aruhan dalam enjin diesel empat lejang,

a)

omboh bergerak ke bawah

b)

aci engkol memutar sebanyak satu pusingan

c)

kedua-dua injap masuk dan injap ekzos tertutup

d)

campuran diesel dan udara membakar

6.

Jadual menunjukkan isi padu dan jisim empat bongkah. Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan susunan empat bongkah dalam susunan inersia yang semakin bertambah?

a)

Q < R < P < S

b)

S < Q < R < P

c)

S < P < R < Q

d)

P < R < Q < S

7.

Rajah berikut menunjukkan bagaimana suatu jek hidraulik beroperasi.


Sekiranya daya yang diperlukan untuk mengangkat kereta adalah 1000N, apakah jisim kereta itu dalam kg? (1 kg = 10 N)

a)

100000 kg

b)

10000 kg

c)

1000 kg

d)

100 kg

8.

Daya angkat sebuah kapal terbang adalah disebabkan oleh perbezaan tekanan dan aliran udara yang bergerak melalui aerofoil. Kejadian ini dapat dijelaskan dengan menggunakan

a)

prinsip momentum keabadian

b)

prinsip bernoulli

c)

prinsip archimedes

d)

prinsip pascal

9.

Rajah menunjukkan kereta bergerak dari W ke T.


Masa yang diambil adalah 10 minit. Berapakah pecutan kereta itu?

a)

10 ms-1

b)

100 ms-1

c)

0.2 ms-1

d)

0.1 ms-1

10.

Antara yang berikut, yang manakah adalah betul mengenai sistem hidraulik?

a)

Tekanan dalam bendalir tidak bergantung pada kedalaman

b)

Daya tujah meningkat apabila bahagian yang tenggelam meningkat

c)

Tekanan dikenakan pada bendalir dipindahkan dengan nilai yang sama pada semua arah

d)

Tekanan berkurang apabila halaju bendalir meningkat