wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN PERIBAHASA

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Jalan raya menuju ke Cameron Highlands agak curam dan bengkang-bengkok seperti ______________ .

a)

aur ditarik songsang

b)

bumi dengan langit

c)

pinang dibelah dua

d)

ular kena palu

2.

Semua murid __________________ ketika mendengar taklimat Program Perkhemahan Unit Beruniform yang akan diadakan di Hutan Lipur Bukit Wang, Jitra pada minggu hadapan.

a)

pasang badan

b)

pasang telinga

c)

ambil berat

d)

ambil hati

3.

Alif merupakan ___________________pasukan bola sepak bagi daerah Kota Setar untuk peringkat sekolah rendah.

a)

bekas tangan

b)

lipas kudung

c)

orang tengah

d)

ayam tambatan

4.

Hubungan keluarga Encik Majid dan Dato’ Halim seperti ______________.

a)

melukut di tepi gantang

b)

cincin dengan permata

c)

aur dengan tebing

d)

ular kena palu

5.

Kanak-kanak perlu dihantar ke sekolah supaya mereka tidak ______________.

a)

buta hati

b)

buta perut

c)

buta huruf

d)

buta warna

6.

Cikgu Mazlan _____________ kerana jasanya dihargai oleh warga Sekolah Kebangsaan Seri Kayangan.

a)

besar hati

b)

gelap mata

c)

besar kepala

d)

hidung tinggi

7.

Sani dan Hadi membawa _______________ ketika melawat Badrul di hospital.

a)

buah tangan

b)

alas perut

c)

buah mulut

d)

buah hati

8.

Ibu Anita sangat jelita, manakala bapanya tampan dan bergaya. Mereka diibaratkan bagai ________________.

a)

isi dengan kuku

b)

cincin dengan permata

c)

aur dengan tebing

d)

bulan dipagari bintang

9.

Kampung Setia terpilih sebagai kampong contoh pada peringkat kebangsan kerana penduduknya mengamalkan cara hidup _________________________.

a)

isi dengan kuku

b)

enau dalam belukar

c)

berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

d)

berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

10.

Para peniaga perlu meletakkan _______________ pada barangan yang dijual untuk makluman pelanggan.

a)

harga mati

b)

tanda harga

c)

tanda niaga

d)

harga diri

11.

Azizi dan anak-anaknya ______________ kerana sebaik sahaja mereka sampai jamuan mula dihidang.

a)

langkah kanan

b)

langkah bendul

c)

langkah seribu

d)

langkah kiri

12.

Pada cuti hujung minggu,Encik Zaki membawa keluarganya _____________ ke taman bunga.

a)

ambil hati

b)

ambil langkah

c)

ambil ringan

d)

ambil angin

13.

Juara Sukan Paralimpik Rio, Mohamad Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romly terus mengharumkan nama negara selepas masing-masing mencipta rekod dunia baharu pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta telah menjadi_________ rakyat Malaysia.

a)

buah hati

b)

anak buah

c)

buah mulut

d)

buah tangan

14.

Kakak Alia _________________ ketika memilih kain tudung yang beraneka fesyen dan warna di Butik Idaman Kasih itu.

a)

rambang mata

b)

lupa daratan

c)

serkap jarang

d)

lipas kudung

15.

Pak Amin dan Mak Bedah memastikan anak-anaknya mendapat didikan ilmu agama yang mencukupi kerana bagi mereka ___________________________.

a)

tepuk dada tanya selera

b)

bersatu teguh, bercerai roboh

c)

bagaimana acuan begitulah kuihnya

d)

melentur buluh biarlah daripada rebungnya

16.

Kehidupan Hadi sungguh bahagia walaupun dia anak angkat kerana ibu bapanya menjaga dia ______________________________

a)

bagai tikus jatuh ke beras

b)

bagai intan dengan permata

c)

bagai kucing kehilangan anak

d)

bagai menatang minyak yang penuh

17.

Amir ___________________________ kerana radio yang cuba dibaikinya sudah tidak boleh digunakan lagi.

a)

bagai si kudung mendapat cincin

b)

bagai anjing dengan kucing

c)

bagai tikus membaiki labu

d)

bagai kumbang putus tali

18.

Asmida dan Liyana ______________________ ketika menonton filem komedi di pawagam.

a)

tajam akal

b)

pecah perut

c)

goyang kaki

d)

patah kemudi

19.

Hadi membuka _________________ apabila seekor anjing menyalak lalu mengejarnya.

a)

langkah seribu

b)

langkah kanan

c)

langkah kiri

d)

langkah lari

20.

Nasrul menghadiahi ibunya sebuah beg tangan berjenama setelah mendapat ____________________ pada minggu lalu.

a)

akal kancil

b)

durian runtuh

c)

paku belanda

d)

telinga lintah