NEW
Font size
WorksheetsBAHASA ISTANA
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. " Izinkan _________ mengambil keris di dalam almari itu," kata Panglima Toha kepada pengawal istana.
beta
patik
baginda
hamba
2. "Sultan Mahmud Syah merupakan seorang sultan yang baik hati. Oleh itu, _____________ disukai dan dihormati oleh rakyat jelata.
patik
tuanku
baginda
hamba
3. "_______________ akan berangkat ke Melaka pada minggu hadapan," titah Sultan Ismail.
Beta
Saya
Patik
Hamba
4. "Wahai pengawal, minta Datuk Bendahara datang menghadap ____________," titah sultan.
patik
beta
hamba
tuan hamba
5. "Sudikah _____________ menerima tawaran daripada hamba?" tanya Lela Sari kepada Tun Teja.
beta
baginda
patik
tuan hamba
6. "Biarlah __________ yang menyelesaikan persengketaan itu," lata Hang Jebat kepada Hang Tuah.
hamba
patik
baginda
beta
7. "__________________ sangat berterima kasih atas kesudian tuanku untuk menyampaikan sumbangan ini," kata Hang Kasturi kepada sultan.
Tuan hamba
Patik
Beta
Baginda
8. "Santapan __________________ telah patik sediakan," ujar dayang istana kepada permaisuri.
tuan hamba
tuanku
patik
baginda
9 "Ampun _____________, bantuan telah diberikan kepada mangsa," kata Hang Kamit kepada sultan.
tuanku
baginda
patik
beta
10. "_____________ berasa sukacita melihat kemajuan yang dicapai oleh negara ini," titah Yang di-Pertuan Agong.
Patik
Tuanku
Beta
Baginda
11. "Mengapakah _________________ asyik bersedih?" tanya Mak Inang kepada Puteri Balkis.
patik
beta
tuanku
baginda
12. "________________ amat bersimpati terhadap kehidupan sekeluarga Hang Kamit," kata Datuk Bendahara.
Hamba
Beta
Patik
Baginda
13. "Ampun ______________, semua tetamu sudah tiba di balairung seri," ujar Bendahara.
tuan
awak
tuanku
hamba
14. "Ampun ________________, tuanku" sembah Hang Tuah kepada raja.
beta
hamba
patik
baginda
15. "Jikalau begitulah titah ______________, eloklah kita pergi siasat segera," kata Hulubalang kepada Panglima Ali.
tuan hamba
baginda
patik
beta
16. "__________________ harap negara kita akan bertambah maju" titah Sultan Iskandar.
Patik
Beta
Hamba
Tuanku
17. "__________________ menjunjung perintah, tuanku" kata Bendahara kepada Sultan.
Tuanku
Patik
Beta
Baginda
18. Yang manakah bukan kata ganti nama diri yang digunakan semasa berkomunikasi dengan kerabt diraja (orang istana).
saya
patik
beta
baginda
19. "Cis, berani kamu menderhaka _____________________," titah Sultan Sulaiman dengan murka.
beta
patik
baginda
hamba
20. "Ampun tuanku. Titah tuanku telah _______________ jalankan dengan sempurna," kata Hang Tuah kepada Sultan Mahmud.
hamba
patik
tuan hamba
baginda
